You are on page 1of 6

1.

LATAR BELAKANG SURUHANJAYA REID


2. ISI-ISI PENTING PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
3. KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
4. PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAA
5. KERJASAMA POLITIK PEMIMPIN NEGARA DALAM MENGEKALKAN
KEDAULATAN NEGARA

6. CABARAN MASA KINI YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM


MENGEKALKAN KERJASAMA POLITIK

Dalam mengekalkan kerjasama politik, antara cabaran masa kini yang dihadapi oleh negara
Malaysia ialah perebutan kuasa pemerintahan. Disebabkan keinginan untuk sentiasa terus berada di
pihak kerajaan, sesetengah pucuk pimpinan parti politik sanggup meninggalkan dan membelakangkan
permuafakatan politik yang dianggotai selama ini selepas melalui kekalahan dalam pilihan raya. Suatu
kerjasama politik itu akan menjadi tidak stabil lantara berlaku keretakan hubungan antara ahli-ahli
permuafakatan politik. Pada tahun 2018, Barisan Nasional yang mengalami kekalahan pertama pilihan
raya umum telah menyaksikan parti-parti komponennya di Sarawak memutuskan untuk keluar
daripada gabungan tersebut dan beralih menjadi mesra parti kerajaan. Pendek kata, sudah jatuh
ditimpa tangga, perebutan kuasa pemerintahan telah menyukarkan pengekalan sesebuah kerjasama
politik yang terjalin di Malaysia.

Selain itu, perbezaan fahaman dan ideologi juga mencabar pengekalan kerjasama politik di
Malaysia. Terdapat parti politik di Malaysia yang berpegang kepada prinsip konservatif manakala ada
pula yang berpegang kepada nilai liberal dan sekular. Jika ada sesebuah parti anggota yang
membawakan dasar yang bertentangan konsepnya dengan ideologi akar parti anggota lain, sesebuah
permuafakatan politik tidak dapat menyampaikan pandangan secara senada. Impaknya, keterjalinan di
dalam kerjasama politik akan tercalar dan membawa kepada perpecahan dalaman. Pada tahun 2016,
gabungan parti Pakatan Rakyat menyaksikan pembubarannya setelah wujud perselisihan di antara
Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berideologikan sekular dengan usaha Parti Islam Se-Malaysia
(PAS) membentangkan undang-undang hudud di Parlimen. Tuntasnya, perbezaan fahaman dalam
setiap parti politik mampu sedikit sebanyak menggugat pengekalan kerjasama politik di Malaysia.

Di samping itu, kelunturan semangat perjuangan juga memainkan peranan menyukarkan


pengekalan kerjasama politik di Malaysia. Dengan suasana politik di Malaysia yang bermusim,
banyak gabungan parti politik baharu dibentuk pilihan raya dijalankan dan apabila ia berakhir, parti-
parti politik yang bekerjasama berkemungkinan telah kehilangan semangat kebersamaan. Sesebuah
kerjasama politik itu akan menuju ke arah kemerosotan andai perkara ini berlaku. Contohnya seperti
pembentukan blok Gagasan Sejahtera pada 2017 yang diketuai oleh PAS dalam menghadapi Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU-14) bersama beberapa parti politik lain seperti Pari Ikatan Bangsa Malaysia
(IKATAN) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA). Selepas kekalahan dalam pilihan
raya itu, PAS mula membentuk kerjasama tidak rasmi dengan Pertubungan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) yang selama ini merupakan seteru politiknya. Ringkasnya, kelunturan semangat
perjuangan juga berupaya melemahkan sesebuah kerjasama politik yang terbentuk.
7. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI CABARAN YANG DIHADAPI
OLEH MALAYSIA DALAM MENGEKALKAN KERJASAMA POLITIK

Dalam mengatasi cabaran mengekalkan kerjasama politik, antara langkah yang harus
dilaksanakan ialah mengamalkan pendekatan perbincangan dan musyawarah. Perbincangan
merupakan pintu kepada pembentukan sesebuah kerjasama politik kerana melalui usaha ini, setiap
kepentingan parti politik dapat diketengahkan dan seterunsya strategi politik dapat diatur demi
memperoleh manfaat bersama. Contohnya, dalam mendepani PRU-14, Parti Warisan Sabah
(WARISAN) telah memuktamadkan satu persepakatan dengan gabungan parti Pakatan Harapan
dalam isu pembahagian kerusi pilihan raya di negeri Sabah. Hasilnya, tiada pertindihan perletakan
calon antara kedua-dua pihak berlaku dan ini membawa kepada kemenangan sulung WARISAN
bersama Pakatan Harapan di negeri tersebut. Pendek kata, pendekatan perbincangan dan musyawarah
merupakan langkah terbaik dalam mengekalkan kerjasama politik di Malaysia.

Selain itu, amalan toleransi ahli permuafakatan politik juga mampu mengekalkan sebuah
kerjasama politik. Walaupun berbeza bahasa, budaya dan ideologi dalam sebuah gabungan parti
namun dengan adanya parti komponen yang mampu menerima pandangan dan dasar rakan gabungan
lain, kerjasama antara ahli gabungan parti politik akan bertahan lama. Situasi ini dapat dilihat di
dalam gabungan parti Pakatan Harapan di mana parti berteraskan Nasionalisme Melayu (Parti
Pribumi Bersatu Malaysia - PPBM) boleh duduk semeja dengan parti berideologikan sekular (Parti
Tindakan Demokratik - DAP). Sesungguhnya, amalan toleransi yang diamalkan ini telah membawa
kepada kemenangan besar Pakatan Harapan dalam PRU-14. Tuntasnya, kerjasama politik berupaya
dikekalkan dengan cara toleransi antara parti politik.

Di samping itu, kerjasama politik juga mampu dikekalkan dengan usaha menetapkan
matlamat perjuangan bersama. Melalui matlamat inilah, setiap ahli permuafakatan politik sudah
mengetahui peranan masing-masing untuk menjayakan objektif yang digariskan demi memperoleh
kejayaan. Tanpa matlamat yang jelas, sesebuah gabungan parti politik akan mudah tersadai di
pertengahan jalan. Kita boleh mengambil contoh daripada Gabungan Sabah yang dibentuk hasil
permuafakatan empat parti tempatan di Sabah dengan matlamat ingin mengembalikan hak penduduk
negeri Sabah terutamanya dalam isu hasil gas dan petroleum. Walaupun parti-parti tempatan itu
diketuai oleh pemimpin berbeza etnik, namun kerana matlamat yang telah ditetapkan mereka
mengenepikan perbezaan itu. Ringkasnya, penetapan matlamat perjuangan dalam suatu
permuafakatan akan membawa kepada pengekalan kerjasama politik.
8. IKTIBAR YANG DIPEROLEH DARIPADA KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU PADA 1957

Berdasarkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957, antara iktibar yang
dapat diperolehi adalah mulai berusaha untuk menanamkan perasaan kekitaan dalam diri kita.
Hal ini supaya sebarang kerjasama mudah terbentuk sehingga melepasi batasan perbezaan
bahasa, budaya dan ideologi. Itulah yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan
seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun H.S. Lee dan Tun V.T. Sambanthan
melalui Parti Perikatan. Kerjasama yang dicapai dapat memacu pembangunan negara tanpa
adanya berlaku persengketaan dan perebutan kuasa. Tuntasnya, perasaan kekitaan sebagai
rakyat Malaysia amat penting terhadap kemajuan negara dalam pelbagai bidang.

Selain itu, kita perlulah bersikap bijak dalam mengatur strategi agar perjuangan yang
kita lakukan mencapai objektifnya dalam kadar yang memberangsangkan. Kadang-kadang,
kita perlu memikirkan langkah yang terbaik sebelum memulakan tindakan. Contohnya,
walaupun kemerdekaan Tanah Melayu diberikan pada tahun 1957 kemudian Sabah dan
Sarawak pada 1963; kemerdekaan kita adalah usaha pembebasan tanah air tanpa sebarang
pertumpahan darah. Hal ini jauh berbeza dengan negara Indonesia yang merdeka pada 1945
namun menanggung kematian berpuluh ribu penduduknya sendiri semasa kempen
kemerdekaan mereka. Pendek kata, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengajar
kita untuk bijak mengatur strategi.

Di samping itu, kita haruslah menyedari bahawa setiap situasi perlu diselesaikan
melalui jalan perundingan agar semua pihak dapat mengetahui pandangan dan keperluan
masing-masing. Perselisihan faham pastilah akan timbul sekiranya suatu keputusan terus
diambil tanpa dibincangkan bersama golongan berkepentingan yang lainnya. Usaha
rombongan kemerdekaan ke London bagi membincangkan untung nasib Tanah Melayu
berjaya membuahkan hasilnya melalui pemberian status kerajaan sendiri daripada penjajah
British. Apa yang telah dilakukan ini juga menjamin hubungan bilateral yang kekal damai
antara Persekutuan Tanah Melayu dengan British. Ringkasnya, sudah terang lagi bersuluh
bahawa jalan perundingan ialah iktibar yang dapat diambil daripada kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.

9. A) PENGETAHUAN YANG DIPEROLEH

B) NILAI MURNI DAN UNSUR PATRIOTISME YANG DIPEROLEH MELALUI


KERJASAMA KAUM DAN PERJUANGAN PEMIMPIN NEGARA

C) HARAPAN UNTUK MENJADIKAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


TERUS KEKAL BERDAULAT
LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN PERPADUAN DI MALAYSIA

1. Bersedia bekerjasama
2. Saling menghormati
3. Saling menghargai
4. Menghormati pegangan agama lain
5. Menghormati amalan budaya lain
6. Menghormati kebebasan beragama
7. Menyokong kebudayaan kebangsaan
8. Tidak memperbesarkan perbezaan yang wujud antara kaum
9. Mengamalkan nilai-nilai murni
10. Membudayakan aktiviti gotong-royong dalam masyarakat
11. Semangat kejiranan
12. Bertolak ansur
13. Menghormati suara ramai
14. Menolak politik perkauman
15. Tidak mementingkan diri sendiri
16. Menyokong segala dasar kerajaan
17. Menghayati Rukun Negara
18. Mengadakan rumah terbuka semasa musim perayaan
19. Amalan ziarah-menziarahi
20. Sambutan hari kemerdekaan

CABARAN HADAPI MALAYSIA DALAM MENGEKALKAN PERPADUAN

1. Ancaman pihak luar


2. Kelemahan penggunaan Bahasa Melayu
3. Semangat perkauman melampau
4. Menyentuh hal-hal yang sensitif
5. Nilai-nilai kemanusiaan memudar
6. Keruntuhan akhlak / gejala sosial
7. Dadah
8. Demonstrasi dan rusuhan
9. Buta teknologi / ICT
10. Buta huruf
11. Individualistik

LANGKAH MENGATASI CABARAN DI ATAS

1. Peranan pemimpin
2. Menghormati agama kaum yang lain
3. Menghormati kebudayaan kaum yang lain
4. Menghapuskan diskriminasi
5. Bersama menentang gejala sosial
6. Tidak membangkitkan isu sensitif
7. Memperkasa pendidikan pada tahap awal
8. Menekankan penggunaan ICT dalam pendidikan
9. Menguatkuasa undang-undang
10. Berfikiran terbuka
11. Peranan media massa
NILAI MURNI / IKTIBAR / PATRIOTISME

1. Kerjasama antara pemimpin


2. Berfikiran positif
3. Melakukan perundingan untuk menyelesaikan masalah
4. Berdaya saing
5. Berbangga dengan pencapaian negara
6. Tidak mudah putus asa
7. Memelihara jatidiri
8. Mengukuhkan perpaduan negara
9. Berdisiplin
10. Kegigihan/rajin bekerja
11. Bijak merancang strategi
12. Sanggup berkorban
13. Menghormati malan demokrasi
14. Bersemangat kekitaan
15. Berfikiran rasional

KEJAYAAN NEGARA

1. Meningkatkan kestabilan negara


2. Perpaduan kaum
3. Negara demokrasi
4. Meningkatkan imej negara di mata dunia
5. Peningkatan penglibatan rakyat dalam bidang politik
6. Hubungan diplomatik dengan negara luar
7. Mengeratkan kerjasama serantau ASEAN
8. Mengeratkan kerjasama antarabangsa PBB OIC NAM
9. Institusi raja berperlembagaan ditegakkan
10. Transformasi oleh kerajaan
11. Penambahbaikan sistem undang-undang (kehakiman)
12. Penambahbaikan sistem ketenteraan dan pertahanan
13. Meningkatkan semangat patriotic dan jatidiri
14. Meningkatkan ekonomi
15. Meningkatkan pelaburan asing
16. Memangkin pembentukan Malaysia
17. Menjadi perantara dalam menyelesaikan isu-isu antarabangsa

PENGETAHUAN YANG DIPEROLEH

1. Saya dapat mengetahui tentang latar belakang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
2. Saya dapat mengetahui tentang isi-isi penting perjanjian PTM 1957 yang menjadi panduan
pentadbiran negara sekarang
3. Saya dapat mengetahui jasa-jasa pemimpin terdahulu yang berjuang untuk kemerdekaan

NILAI / UNSUR PATRIOTISME

1. Hendaklah menghargai jasa pemimpin terdahulu dengan mengekalkan kemerdekaan agar


tidak jatuh ke tangan negara asing
2. Berusaha sedaya usaha untuk membangunkan negara selepas kemerdekaan

HARAPAN

16. Berharap agar negara Malaysia yang merdeka dapat menjadi sebuah negara yang terulung di
mata dunia dan rakyatnya sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai.

You might also like