You are on page 1of 6

Tabung BNM untuk PKS:

Kemudahan Pembiayaan untuk Membantu PKS


yang Terjejas Akibat Wabak COVID-19
Soalan-soalan Lazim (FAQ)

No. Soalan Jawapan

Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF)

1. Mengapa SRF hanya terhad • SRF bertujuan untuk memberi sokongan aliran tunai segera
kepada PKS yang terjejas akibat dan disasarkan kepada PKS yang terjejas akibat wabak
wabak COVID-19 sahaja? COVID-19 untuk meneruskan operasi perniagaan dan
mengekalkan pekerjaan.
• PKS yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
juga layak untuk memohon SRF kerana PKP yang
diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia adalah untuk
membendung penularan wabak COVID-19.
• PKS yang tidak terjejas akibat wabak COVID-19 tetapi ingin
mendapatkan pembiayaan, boleh memohon kemudahan-
kemudahan pembiayaan di bawah Tabung BNM untuk PKS,
seperti Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (All Economic
Sectors Facility, AES), Kemudahan Automasi dan Digital
(Automation and Digitalisation Facility, ADF), Kemudahan
Agromakanan (Agrofood Facility, AF) dan Kemudahan
Perusahaan Mikro (Micro Enterprise Facility, MEF), tertakluk
kepada syarat kelayakan kemudahan pembiayaan dan
penilaian oleh institusi kewangan peserta (IKP).

2. Bagaimana PKS boleh PKS dinasihatkan untuk menghubungi IKP melalui panggilan
memastikan bahawa mereka telefon atau e-mel bagi memastikan kelayakan mereka di bawah
layak untuk memohon SRF. Semua permohonan pembiayaan tertakluk kepada
pembiayaan di bawah SRF? penilaian pihak IKP.

3. Adakah PKS tempatan yang Ya. Semua permohonan permbiayaan adalah tertakluk kepada
mempunyai dana pemegang penilaian pihak IKP.
saham (shareholders’ funds)
melebihi RM5 juta layak untuk
memohon?

4. Adakah SRF terbuka kepada Tidak, SRF terbuka kepada semua pelanggan PKS baharu dan
pelanggan IKP yang sedia ada pelanggan IKP yang sedia ada.
sahaja?

5. Bolehkah PKS membuat • Ya, PKS boleh membuat beberapa permohonan SRF,
beberapa permohonan tertakluk kepada had agregrat pembiayaan yang diluluskan
pembiayaan SRF kepada IKP iaitu sebanyak RM1 juta bagi setiap PKS; dan penilaian pihak
yang berlainan? Bagaimanakah IKP.
sekiranya PKS tersebut adalah • PKS yang mempunyai pemegang saham yang sama adalah
syarikat berkaitan yang tertakluk kepada had agregat pembiayaan yang berasingan,
mempunyai pemegang saham sekiranya PKS tersebut mempunyai tenaga kerja yang
yang sama? berbeza.

1
No. Soalan Jawapan

6. Bolehkah PKS mendapatkan Tidak. Kemudahan ini khusus untuk tujuan modal kerja
SRF untuk membaik pulih atau perniagaan sahaja.
mengubah suai premis
perniagaan sedia ada?

7. Bolehkah PKS mendapatkan Tidak. SRF TIDAK boleh digunakan untuk membiayai semula
SRF untuk membiayai semula kemudahan pinjaman/pembiayaan sedia ada.
pembiayaan sedia ada?

8. Perlukah PKS menyediakan Tidak. Cagaran TIDAK diperlukan untuk kemudahan ini.
cagaran untuk mendapatkan
pembiayaan di bawah SRF?

9. Berapakah fi jaminan yang Keperluan jaminan pembiayaan di bawah SRF adalah tertakluk
dikenakan kepada pembiayaan kepada penilaian oleh pihak IKP. Perlindungan jaminan, jika
di bawah SRF? perlu, akan disediakan oleh Credit Guarantee Corporation
Malaysia Berhad (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan
Perniagaan Berhad (SJPP), sehingga 80% daripada jumlah
pembiayaan pada fi 0.5% setahun. Walau bagaimanapun,
sekiranya jaminan diperlukan, fi ini telah diambil kira dalam
kadar pembiayaan yang dikenakan kepada pelanggan, iaitu
sehingga 3.5% setahun.

10. Bolehkah PKS memohon SRF Boleh. Pembiayaan di bawah SRF tidak tertakluk kepada had
sekiranya telah mendapat pembiayaan agregat berjumlah RM5 juta bagi setiap PKS di
pembiayaan agregat berjumlah bawah Tabung BNM untuk PKS.
RM5 juta di bawah Tabung BNM
untuk PKS?

11. Sekiranya perniagaan saya • PKS yang tidak layak untuk SRF masih boleh memohon
tidak layak untuk SRF, apakah pembiayaan daripada kemudahan-kemudahan lain di bawah
sokongan lain yang tersedia Tabung BNM untuk PKS atau produk pembiayaan lain yang
untuk saya? ditawarkan oleh institusi kewangan. PKS juga boleh
membuat permohonan melalui platform imSME1. Kelulusan
permohonan pembiayaan bagi skim-skim tersebut adalah
tertakluk kepada kriteria kelayakan dan juga penilaian pihak
IKP.
• Selain itu, PKS juga boleh mendapatkan khidmat nasihat
kewangan melalui MyKNP (Khidmat Nasihat Pembiayaan)
yang menyediakan bantuan khidmat nasihat dan panduan
untuk menambah baik kelayakan bagi mendapatkan
kelulusan pembiayaan di masa hadapan serta sumber
pembiayaan alternatif. (www.myknp.com.my)
• Bagi meringankan beban aliran tunai PKS yang terjejas oleh
wabak COVID-19, institusi kewangan akan menawarkan
penangguhan/moratorium secara automatik bagi semua
pembayaran pinjaman / pembiayaan untuk tempoh 6 bulan,
mulai 1 April 2020.

1 Platform rujukan atas talian untuk pembiayaan/pinjaman PKS yang diuruskan oleh Credit Guarantee
Corporation Malaysia Berhad (CGC). Platform ini boleh diakses di https://imsme.com.my
2
No. Soalan Jawapan
• Selain itu, PKS juga boleh menghubungi institusi kewangan
masing-masing melalui e-mel atau panggilan telefon untuk
memohon penjadualan semula dan penstrukturan semula
pinjaman/pembiayaan sedia ada, jika perlu.
• Jika rundingan yang dibuat dengan institusi kewangan
masing-masing untuk penjadualan semula dan
penstrukturan semula pinjaman/pembiayaan sedia ada
masih tidak mencapai jalan penyelesaian, PKS boleh
memohon bantuan di bawah Skim Penyelesaian Pinjaman
Kecil (Small Debt Resolution Scheme, SDRS). SDRS
membantu PKS yang menghadapi masalah dengan institusi
kewangan menerusi penjadualan semula dan penstrukturan
semula pembiayaan sedia ada. Untuk maklumat lanjut, sila
hubungi BNMTELELINK di 1-300-88-5465.

Kemudahan Automasi dan Digital PKS (SME Automation and Digitalisation Facility, ADF)
12. Apakah projek/aktiviti yang ADF boleh digunakan untuk membiayai pembelian kelengkapan,
layak untuk pembiayaan di mesin, perkakasan dan perisian komputer, solusi dan
bawah ADF? perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tak
ketara lain bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan kecekapan
perniagaan.
13. Bolehkah PKS menggunakan Boleh, tertakluk kepada penilaian IKP. Kos untuk melantik
ADF untuk melantik syarikat syarikat perundingan mestilah dikira sebagai sebahagian
perundingan bagi menilai daripada kos keseluruhan pembelian seperti yang dijelaskan
penambahbaikan operasi dalam Soalan 12.
perniagaan?
14. Adakah PKS yang terlibat • Tidak, ADF hanya dikhaskan untuk PKS bagi membiayai
dengan pengeluaran dan pembelian untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan
penyediaan perkhidmatan seperti yang dijelaskan dalam Soalan 12.
automasi dan digital layak untuk • PKS yang terlibat dalam pengeluaran dan penyediaan
memohon ADF? perkhidmatan automasi dan digital boleh memilih untuk
memohon pembiayaan daripada:
o Kemudahan AES atau MEF di bawah Tabung BNM
untuk PKS;
o Dana Transformasi Pendigitalan Industri oleh Bank
Pembangunan Malaysia Berhad; atau
o Skim/produk pembiayaan sedia ada yang ditawarkan
oleh institusi kewangan;
tertakluk kepada penilaian pihak IKP/institusi kewangan.
15. Perlukah PKS menyediakan Keperluan penyediaan cagaran untuk pembiayaan di bawah
cagaran untuk mendapatkan ADF tertakluk kepada penilaian IKP, termasuk jaminan oleh
ADF? pihak CGC atau SJPP.
16. Bolehkah PKS memohon ADF Boleh. Pembiayaan di bawah ADF tidak tertakluk kepada had
sekiranya telah mendapat pembiayaan agregat berjumlah RM5 juta bagi setiap PKS di
pembiayaan agregat berjumlah bawah Tabung BNM untuk PKS.

3
No. Soalan Jawapan
RM5 juta di bawah Tabung BNM
untuk PKS?
Kemudahan Agromakanan (Agrofood Facility, AF)

17. Apakah maksud • Agromakanan merujuk kepada komoditi atau produk


‘agromakanan’? makanan yang diperbuat daripada:
o Tanaman (padi, sayur-sayuran dan buah-buahan)
o Ternakan (ayam, lembu/kerbau/kambing/bebiri dan
tenusu)
o Perikanan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ‘2019-2020 Way Forward and
Strategy’2 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(MOA).

18. Adakah semua PKS yang Aktiviti agromakanan yang layak untuk pembiayaan di bawah
terlibat dengan aktiviti AF perlu memenuhi semua kriteria berikut:
‘pengeluaran makanan’ layak (i) Projek berdaya maju yang melibatkan pengeluaran
memohon kemudahan ini? agromakanan asas (upstream), pemprosesan/
pembuatan agromakanan, atau aktiviti-aktiviti hiliran
agromakanan (downstream) lain; dan
(ii) Berorientasikan domestik, di mana sekurang-kurangnya
separuh daripada pengeluaran dijual kepada pasaran
tempatan; dan
(iii) Menyokong pengeluaran agromakanan asas tempatan:
a) Untuk aktiviti pembuatan agromakanan3, sekurang-
kurangnya separuh bahan mentah utama adalah
dari sumber tempatan; atau
b) Untuk aktiviti perkhidmatan berkaitan agromakanan,
sekurang-kurangnya separuh daripada aktiviti
peniagaan mesti menyokong pengeluaran
agromakanan tempatan.
PKS boleh menghubungi pihak IKP untuk penjelasan lanjut.

19. Bolehkan petani mendapatkan Boleh, selagi petani tersebut memenuhi kriteria kelayakan di
pembiayaan di bawah AF bagi bawah AF. Selain itu, petani tersebut mempunyai pilihan untuk
membeli kelengkapan atau memohon di bawah ADF yang menawarkan tempoh
melabur dalam teknologi untuk pembiayaan yang lebih panjang sehingga 10 tahun.
meningkatkan produktiviti?
20. Bolehkah PKS menggunakan Pembelian tanah untuk pembangunan projek agromakanan
dana ini untuk membeli tanah dibenarkan selagi jumlah pembelian tanah tersebut tidak
bagi pengembangan melebihi 30% daripada kos keseluruhan projek. Tanah tersebut
perniagaan? hendaklah digunakan untuk aktiviti pengeluaran agromakanan
asas sahaja.

2Dokumen ini boleh didapati di sini.


3Syarat ini tidak dikenakan kepada pembuatan agromakanan atau aktiviti pra-pengeluaran (seperti pembuatan
makanan haiwan untuk ternakan dan perikanan, dan pengeluaran benih untuk buah-buahan dan sayur-sayuran).
4
No. Soalan Jawapan

21. Bolehkah PKS menggunakan • Boleh, selagi PKS tersebut memenuhi kriteria kelayakan AF.
kemudahan AF untuk tujuan • Contoh aktiviti-aktiviti yang layak termasuk:
mendapatkan pensijilan serta o Pembelian benih berhasil tinggi / bahan mentah.
penggunaan amalan terbaik
o Pelaburan dalam kelengkapan yang menyediakan teknik
agromakanan?
penanaman, penuaian atau pengeluaran makanan
Contohnya: terbaik.
• Malaysian Good Agricultural o Pelaburan untuk mesin yang meningkatkan produktiviti.
Practice (MyGap)
o Menambah baik pembungkusan / penjenamaan
• Malaysian Organic makanan dan lain-lain.
(MyOrganic)
• Good Manufacturing Practice
(GMP)
• Hazard Analysis Critical
Control Points (HACCP)
• Halal certificate

22. Bolehkan PKS mendapatkan AF Tidak. Pembiayaan di bawah AF TIDAK boleh digunakan untuk
untuk membiayai semula membiayai semula kemudahan pinjaman/pembiayaan sedia
pembiayaan sedia ada? ada.

23. Perlukah PKS menyediakan Keperluan penyediaan cagaran untuk pembiayaan di bawah AF
cagaran untuk mendapatkan tertakluk kepada penilaian IKP, termasuk jaminan di bawah
pembiayaan di bawah AF? CGC atau SJPP.

24. Bolehkah PKS memohon AF Tidak. Had pembiayaan agregat berjumlah RM5 juta bagi setiap
sekiranya telah mendapat PKS di bawah Tabung BNM untuk PKS adalah termasuk
pembiayaan agregat berjumlah pembiayaan di bawah AF.
RM5 juta di bawah Tabung BNM
untuk PKS?

Kemudahan Perusahaan Mikro (Micro Enterprise Facility, MEF)

25. Bolehkah perusahaan mikro Ya, perusahaan mikro boleh membuat beberapa permohonan
membuat beberapa untuk MEF, di mana had pembiayaan untuk setiap permohonan
permohonan pembiayaan untuk ialah RM50,000 bagi setiap perusahaan mikro dari setiap IKP,
MEF kepada IKP yang tertakluk kepada penilaian pihak IKP tersebut.
berlainan?

26. Perlukah PKS menyediakan Tidak. Cagaran TIDAK diperlukan untuk kemudahan ini.
cagaran untuk mendapatkan
pembiayaan di bawah MEF?

Umum

27. Apakah kemudahan Sila rujuk kepada jadual Lampiran di dalam siaran akhbar BNM
pembiayaan PKS lain yang yang bertajuk "Langkah-Langkah Tambahan untuk Terus
terdapat di bawah Tabung BNM Menyokong PKS dan Individu yang Terjejas Akibat COVID-19"
untuk PKS? pada 27 March 2020 di sini.

28. Bolehkan PKS memohon Ya. PKS boleh memohon pembiayaan di bawah SRF, ADF dan
pembiayaan di bawah SRF, AF pada masa yang sama sekiranya mereka memenuhi kriteria

5
No. Soalan Jawapan
ADF dan AF pada masa yang kelayakan bagi setiap kemudahan, tertakluk kepada penilaian
sama? pihak IKP.

29. Bolehkah PKS memohon • Ya, PKS boleh memohon pembiayaan secara atas talian
pembiayaan secara atas talian melalui platform imSME (https://imsme.com.my) atau
atau melalui panggilan telefon melayari laman sesawang IKP untuk permohonan secara
semasa Perintah Kawalan atas talian.
Pergerakan? • PKS juga dinasihatkan untuk menghubungi IKP melalui e-
mel atau panggilan telefon untuk mengetahui dengan lebih
lanjut tentang pilihan menghantar permohonan pembiayaan
secara digital.

30. Apakah yang perlu PKS lakukan Jika permohonan ditolak, PKS dinasihatkan supaya:
jika permohonan pembiayaan a) Mendapatkan penjelasan sebab-sebab permohonan ditolak
untuk mana-mana kemudahan daripada IKP tersebut;
ditolak oleh IKP? b) Mempertimbangkan penghantaran semula permohonan
melalui platform imSME, sekiranya PKS tersebut belum
membuat sedemikian (https://imsme.com.my/portal/en/);
c) Mendapatkan khidmat nasihat kewangan melalui MyKNP
(Khidmat Nasihat Pembiayaan). MyKNP menyediakan
bantuan khidmat nasihat dan panduan untuk menambah
baik kelayakan bagi mendapatkan pembiayaan pada masa
hadapan serta sumber pembiayaan alternatif
(www.myknp.com.my); atau
d) Salurkan pertanyaan atau aduan kepada BNM melalui
BNMTELELINK:
Pusat Perhubungan Pelanggan (BNMTELELINK)
Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
(Luar Negara: +603-2174-1717)
Borang web : eLINK (https://telelink.bnm.gov.my/)
SMS : 15888

Bank Negara Malaysia


Dikemas kini pada 27 Mac 2020

You might also like