You are on page 1of 2

LATIHAN PKPB 20 OKTOBER 2020

Berdasarkan berita yang disertakan , tuliskan sebuah karangan yang


membincangkan bahawa faktor kecuaian merupakan faktor utama berlakunya
kemalangan jalan raya di Malaysia.

Pemandu MyVi sebabkan kemalangan


maut positif dadah
JOHOR BAHRU: Polis menahan pemandu Perodua Myvi wanita yang terbabit kemalangan
dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, di sini semalam,
hingga menyebabkan seorang lelaki meninggal dunia.

Difahamkan, pemandu berusia 23 tahun itu dipercayai tidak mempunyai lesen memandu
kenderaan, selain cukai jalan dipercayai sudah tamat tempoh.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain,
berkata saringan awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif dadah.

Mohd Padzli berkata, kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, membabitkan kenderaan pemandu
berkenaan dengan kereta jenis Honda Accord dan Proton Iswara.

"Pemandu Myvi sudah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan
Jalan 1987.
"Saringan awal air kencing mendapati positif dadah. Turut siasat mengikut Seksyen 15(1)(a)
Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular video menerusi rakaman kamera perakam video berdurasi 37 saat
memaparkan berlaku insiden kereta berwarna putih terbalik selepas dilanggar kenderaan lain
dalam kejadian berhampiran dengan lampu isyarat.

Mohd Padzli berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca pemandu
kereta Myvi dipercayai hilang kawalan.

Katanya, pemandu itu kemudiannya terbabas melanggar tembok batu pembahagi jalan dan
seterusnya melanggar dua kenderaan lain yang berada di persimpangan lampu isyarat
menghala ke Plaza Pelangi Johor Bahru.

"Akibat kemalangan terbabit, pemandu kenderaan jenis Honda Accord mengalami


kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan
kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan," katanya.

Semalam, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Rizal Buseri, 31, maut di tempat
kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami kecederaan
ringan.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai
Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman, berkata pihaknya menggerakkan sebuah
jentera dengan kekuatan sembilan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati kereta jenis
Honda Accord dipandu seorang mangsa dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di
bahagian pemandu.

"Mangsa tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak
polis, manakala mangsa cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan
selanjutnya," katanya.

Failkan karangan lengkap anda dalam Fail Latihan PKPB Oktober.

You might also like