You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK DATO’ HJ KAMARUDDIN Kod Sekolah: BEB 5066

1. Nama Guru NORHIDAYAH BINTI ALI


UMAR AL-KHATTAB
2. Judul 3. Bidang: SEJARAH ISLAM
REFORMIS DUNIA ISLAM
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengisahkan pahlawan yang bernama Umar Al-Khattab. Beliau berumur 42 tahun
sebelum hijrah. Usianya 12 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Pada mulanya beliau
antara orang Quraisy yang paling keras menentang Islam serta memusuhi Rasulullah SAW. Tetapi
ketika berusia 35 tahun beliau mendapat hidayah lalu terus memeluk Islam.

Tetapi selepas memeluk Islam, hatinya yang keras itu digunakannya untuk membela
Rasulullah SAW dan Islam. Sifat berani dan kegagahannya digunakan bagi menentang mereka
yang memusuhi baginda sehingga mendapat gelaran al-Faruq yang bermaksud orang yang berani
menyatakan kebenaran. Beliau antara sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW.

Umar al-Khattab dilantik sebagai khalifah bagi meneruskan usaha yang dilakukan Abu Bakar
as- Siddiq bagi membebaskan umat Islam daripada ancaman kuasa Rom dan Parsi. Beliau berjaya
membebaskan semenanjung tanah Arab daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Syria, Iraq, Jordan
dan Mesir berjaya ditaklukinya. Kemuncak kejayaannya ialah apabila berjaya menakluk Jerusalem
daripada kekuasaan Rom.

Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara islam yang mendapat
penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi
lambang kejayaan bangsa Arab dan umat islam. Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah
seluruh empayar RoM dan Pasri tundukk dibawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai
penakluk, Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur.
Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya
membentuk sebuah negara Islam yang baru.

Dalam bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi
mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi
membina kapal laut. Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan
bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan
bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.

Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli
gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman
keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

• Seseorang hendaklah mempunyai matlamat yang jelas dalam bidang yang diceburi
• Sentiasa memberi peluang yang seseorang boleh berubah untuk menjadi lebih baik
• Pemimpin mempunyai ciri kepimpinan yang terbaik untuk dikuti oleh orang lain

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru hendaklah mempunyai sifat yang berani, keyakinan yang tinggi, percaya kepada pemimpin
serta berusaha untuk membentuk sesebuah organisasi kearah yang lebih baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................ ....................................................
(NORHIDAYAH BINTI ALI) (KANHA A/P PRAK PROM KEU)
Guru Akademik Biasa Pengetua
SMK Dato’ Haji Kamaruddin SMK Dato’ Haji Kamaruddin
Kuala Kubu Bharu Kuala Kubu Bharu

You might also like