You are on page 1of 6

Laporan Latihan Pusat Hoki

Di Astoturf Batu Gajah


21.3.2014

Penerangan dari Pengurus Pasukan Hoki


Puan Radizan bt Hj Abd Samad
Pemain sedang menjalani latihan

Jurulatih sedang
Jurulatoh sedang memantau murid
memberi latihan

3 orang murid SK Perlok iaitu Syakila Wahida, Nurul


Athirah dan Nur Marlisa Ardina
Pemain menjalani latihan

Pemain sedang berehat di tepi turf


Pertandingan Hoki Daerah Bawah 12 tahun

Daerah Batang Padang

Pada 20.2.2014 seramai 9 orang murid telah menyertai Pertandingan Hoki Bawah 12 tahun peringkat Daerah
Batang Padang di SK Seri Besout. Murid-murid ini terdiri daripada tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid yang menyertai
pertandingan ini terdiri daripada:

bi Nama No Kad Pengenalan


l
1 Nurul Natasha Najwa bt Roslee 020510080142
2 Nurul Athirah bt Aban 020526080868
3 Nurul Adiba bt Khalid A 14066177
4 Nurul Fatihah bt Razak 020316080018
5 Noor Suraya bt Adnan 020420080552
6 Nur Marlisa Ardina bt Muhamad Ridha 021014080594
7 Syakila Wahida bt Muhammad 020616081360
8 Nurannisya Natasya bt Abu Badri 020216080248
9 NorSufi Fatiha bt Mohd Sopian 030321081460
Sk Perlok telah menjadi Johan Perempuan Bawah 12 tahun. Keputusan pertandingan adalahh seperti berikut:

Nama Sekolah Keputusan


SK PERLOK LWN SK BESOUT 5 0-1
SK PERLOK LWN SK BESOUT 3 2-0
SK PERLOK LWN SK SG KELAH 1-0
KEPUTUSAN AKHIR
SK PERLOK LWN SK BESOUT 5
- MENANG PENALTI 5-4

Daripada 9 orang pemain, 3 orang murid telah terpilih untuk mewakili negeri . Murid-murid yang terpilih ialah

1. Syakila Wahida bt Muhammad

2. Nurul Athirah bt Aban

3. Nur Marlisa Ardina bt Muhamad Ridha

Disediakan oleh, 1 MAC 2014

Pengurus Pasukan Hoki

Sk Perlok

Latihan Pusat Pasukan Daerah ke Kejohanan Hoki Bawah 12 & 18 Tahun


Majlis Sukan Sekolah Perak 2014

Pada 21.3.2014 murid-murid yang telah terpilih dari sekolah daerah Batang Padang telah menjalani latihan pusat
di AstroTurf di Batu Gajah. Wakil dari SK Perlok sebanyak 3 orang iaitu Syakila Wahida bt Muhamad, Nurul Athirah bt
Aban dan Nur Marlisa Ardina bt Mohd Ridha. Jumlah keseluruhan murid yang menjalani latihan ini ialah 18 orang.ini
telah dihadiri oleh Pengurus Pasukan iaitu Pn. Rafizan bt Hj Samad, Penolong Pengurus En Mohd Zahrani b Zainal Abidin,
Ketua Jurulatih En Zairi b Osman, Penolong Jurulatih Cik Norhidatul Erma Kamarudin dan Fisioterapi, Puan Wan Dliyana
bt Wan Ahmad Kaspi. Latihan ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Latihan 24.3.2014 latihan pusat yang kedua diadakan di SMK Sungai Kruit. Latihan ini diadakan pada jam 7.00
pagi hingga 1.30 petang. Latihan ini dihadiri seramai 18 orang murid perempuan.

Latihan pusat yang ketiga diadakan pada 25.3.2014 iaitu pada jam 7.00 pagi hingga 1.30 petang. Latihan ketiga
ini diadakan di SK Besout 3. Seramai 14 orang menjalani latihan pada hari tersebut.

Disediakan oleh, 7 April 2014

Pengurus Pasukan Hoki

Sk Perlok
Pemain –Pemain Perempuan Bawah 12 Tahun ( Perempuan)
Sk Perlok menjadi Johan Peringkat Daerah Batang Padang

Laporan Majlis Aku Janji Murid-Murid tahun 6

Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6

Majlis Aku Janji Murid-Murid Tahun 6 bersama dengan dengan ibu bapa telah diadakan
pada 2 April 2014, iaitu pada hari Rabu jam 11.00 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk
memberi kesedaran kepada murid-murid dan ibu bapa kepetingan peperiksaan UPSR kepda murid
dan ibu bapa. Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa di meja pendaftaran.Setiap murid dan
ibu bapa dibekalkan dengan Aku Janji masing-masing.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Guru Besar, Pn Hajah Rohani bt Abu Bakar. Guru Besar
mengharapkan murid-murid dan ibu bapa tahun 6 supaya menepati janji yang akan dibaca untuk
kecemerlangan anak-anak.

Selesai ucapan Guru Besar, majlis dimulakan dengan ceramah daripada guru dari SK Pendita
Zaaba Tapah Road iaitu En. Mohd Fauzi bin Jusoh. En Mohd Fauzi menerangkan tentang
bagaimana hendak membentuk supaya murid-murid ini menjadi seorang yang cemerlang.

Setelah hampir 2 jam sesi ceramah, majlis diteruskan dengan Aku Janji daripada ibu bapa
murid tahun 6. Bacaan ini diketuai oleh Puan Umi Kelsom bt Mohamed wakil ibu bapa murid tahun 6.
Bacaan ini disertai dengan janji ibu bapa untuk membantu anak mereka supaya meningkat dalam
akademik.

Selepas ikrar daripada ibu bapa , majlis diteruskan dengan bacaan ikrar daripada murid tahun
6. Di dalam borang Aku Janji tersebut, setiap murid dikehendaki meletakkan markah peperiksaan
mereka yang lalu dan meletakkan target UPSR mereka. Mereka berdiri di hadapan pentas dan
berikrar di hadapan ibu bapa masing-masing. Bacaan ikrar ini diketuai oleh adik Suhail Azmin bin
Azhar selaku wakil dari tahun 6.

Diharapkan, apa yang telah dijanjikan oleh murid-murid dan ibu bapa tahun 6 ini akan ditepati
dan dilaksanakan. Dengan usaha sama dari murid-murid, ibu bapa dan juga guru diharapkan SK
Perlok akan melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR 2014 nanti.

Disediakan oleh, 7 April 2014

Wan Dliyana bt Wan Ahmad Kaspi

S/u Kecemerlangan UPSR

SK Perlok

You might also like