You are on page 1of 37

Isi kandungan

Tajuk Muka surat

1.      Rumusan eksekutif
2.      Pengenalan
3.      Objektif
4.      Latar belakang syarikat
5.      Latar belakang pemilik
6.      Latar belakang projek
7.      Rancangan organisasi
8.      Rancangan pemasaran
9.      Rancangan operasi
10.  Rancangan kewangan
11.  Kesimpulan
12.  Lampiran

Rumusan Eksekutif

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan

kewangan dari MARA di bawah Skim Pembiayaan perniagaan bagi projek saya iaitu

Zulaikha Pets Shop di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Zulaikha Pets Shop

akan menyediakan empat  perkhidmatan utama iaitu menjual pelbagai binatang

peliharaan kesukaan masyarakat Malaysia seperti kucing dan arnab , kemudahan

penginapan lima binatang untuk binatang peliharaan, dandanan dan kebersihan diri

serta penjualan produk binatangpeliharaan. Perniagaan saya dianggap berbeza kerana

kemudahan penginapan yang disediakan adalah sangat tinggi mutunya untuk

memberikan keseronakan yang tidak terhingga kepada binatang kesayangan

pelanggan saya. Pengetahuan yang saya peroleh melalui kursus perniagaan binatang
peliharaan anjuran House of Groomers , Kuala Lumpur selama dua minggu dan juga

pengalaman bekerja sebagai penyelia di Cuty Pets Shop di Kelana Jaya Selangor

selama 3 tahun mendorong saya  untuk memulakan perniagaan binatang  peliharaan

saya sendiri.Kos perniagaan ini dianggarkan RM120 000. Saya akan menggunakan

simpanan peribadi sebanyak RM70 000. Saya bercadang untuk mendapatkan bantuan

pembiayaan melalui skim pembiayaan perniagaan MARA sebanyak RM50 000.

Modal sumbangan saya akan digunakan untuk kos permulaan seperti sewa bangunan,

stok permulaan dan promosi serta perbelanjaan operasi yang lain. Pinjaman MARA

akan digunakan untuk pembelian stok tambahan, kelengkapan serta peralatan dan juga

sebagai modal pusingan. Bukit Antarabangsa dipilih kerana tiada pusat perniagaan

binatang peliharaan di sini. Di samping itu kawasan ini juga mempunyai penduduk

yang ramai iaitu hampir 300 000 orang  yang mempunyai saiz pendapatan yang agak

tinggi serta pelbagai kaum. Ia juga mudah diakses melalui jalan raya dan juga lebuh

raya lingkaran tengah dan lebuhraya DUKE. Lokasi kedai juga terletak bersebelahan

pasar raya Giant yang mungkin menjadi daya tarikan kepada perniagaan saya. Selaras

dengan misi perniagaan saya iaitu menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi,

konsisten dan inovatif, mesra pelanggan serta mampu bayar menyebabkan binatang

peliharaan anda lebih mencintakan kedai Zulaikha Pets Shop, saya percaya ,

perniagaan saya akan mendapat sambutan yang tinggi serta mampu mendapat

pulangan dalam masa tiga bulan beroperasi. Berdasarkan kajian pemasaran yang

dijalankan, perniagaan saya dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 16% setahun

berbanding dnegan pertumbuhan industri sebanyak 7%. Saya juga bercadang untuk

menyediakan kemudahan veternari pada masa akan datang serta membuka tiga lagi

cawangan baharu dalam masa lima tahun akan datang. Program pemasaran yang

kompeten iaitu penawaran produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan citarasa dan
kehendak pelanggan, harga berpatutan, akses maklumat melalui laman web, khidmat

lepas jualan yang menarik serta strategi menggunakan artis tempatan sebagai duta

produk dijangka membawa peningkatan jualan berterusan kepada perniagaan saya.

Prospek perniagaan ini adalah sangat cerah dan mempunyai potensi besar untuk

berkembang kerana gaya hidup warga kota yang suka melancong dan budaya balik

kampung untuk perayaan untuk pelbagai kaum memberi peluang besar kepada

perniagaan binatang peliharaan khususnya kemudahan penginapan.

Pengenalan

Zulaikha Pets Shop (Zupies)  akan mula beroperasi pada 7 Januari 2017 di no 27,

Jalan Wangsa 2, Bukit Antarabangsa yang letak bersebalahan dengan stesyen minyak

Petronas, McDonald dan Pasar raya Giant. Perniagaan yang berstatus milik tunggal

milik bumiputra. Zupies terlibat dalam perniagaan binatang peliharaan iaitu jualan

binatang peliharaan, khidmat dandanan dan kebersihan diri, pusat penginapan serta

penjualan produk untuk makanan peliharaan rumah. Kedai Zupies akan beroperasi

tujuh sehari seminggu dan waktu operasi ialah 10 panggi hingga 10 malam.

Pelanggan yang memerlukan perkhidmatan penginapan secara kecemasan juga boleh

menghubungi pemilik bila-bila masa dan perkhidmatan menerima binatang dari

rumah juga disediakan.

Pemilik Zupies telah menjalankan kajian pemasaran di Bukit Antarabangsa melalui

soalselidik yang diedarkan di pasar raya Giant, Bukit Antarabangsa dan juga
soalselidik atas talian menunjukkan penduduk Bukit Antarabangsa amat memerlukan

perkhidmatan binatang peliharaan khususnya kemudahan pemginapan , dandanan

serta kebersihan diri. Kawasan Bukit Antarabangsa tidak mempunyai sebarang pusat

binatang peliharaan dan ini memberi peluang besar kepada Zupies untuk berkembang

pesat. 

Industri perkhidmatan binatang peliharaan  semakin berkembang khusunya di

kawasan bandar kerana lebih ramai memiliki binatang peliharaan. Kempen kesedaran

yang dibuat oleh Persatuan kebajikan haiwan seperti Paws Animal Welfare Society,

Persatuan Kebajikan Haiwan Pulau Pinang, Tempat Perlindungan Haiwan Masyarakat

Pulau Pinang, dan SPCA Selangor menyebarkan kesedaran melalui media sosial

dengan menyiarkan video dan imej kucing sesat dan anjing untuk menggalakkan

pemeliharaan haiwan di rumah. Permintaan bagi produk makanan haiwan peliharaan

dan haiwan kesayangan juga semakin meningkat. Akses mudah dan lokasi stretagik

kedai haiwan peliharaan, juga meningkatkan jualan produk makanan haiwan

peliharaan dan haiwan kesayangan. Penjualan produk jenama antarabangsa seperti

Whiskas, Pedigree, Purina  Friskies dan Heart Smart yang mempunyai portfolio

produk yang pelbagai memudahkan strategi promosi serta  mencatat pertumbuhan

nilai jualan runcit yang kukuh dalam penjagaan haiwan kesayangan.

Zupies dijangka akan mendapat keuntungan bersih dalam masa tiga  bulan pertama

beroperasi dan jualan dijangka meningkat pada kadar 15% setahun. Berdasarkan

pengalaman yang dimiliki oleh pemiliknya, Zupies akan menggunakan pelbagai

strategi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan serta menjadi penyedia perkhidmatan

perniagaan binatang peliharaan terunggul di Lembah Kelang dalam masa lima tahun

akan datang.
Objektif perniagaan Zupies

Visi

Menjadi peneraju perniagaan binatang peliharaan dengan sentiasa berusaha

menyediakan perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan

Misi

Menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan inovatif, mesra pelanggan

serta mampu bayar menyebabkan binatang peliharaan anda lebih mencintakan kedai

Zulaikha Pets Shop

Objektif

1.       Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan dengan

menyediakan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan.

2.       Pengendalian segala urusan  perniagaan dengan mematuhi etika kerja dan

penerapan nilai murni di antara syarikat dengan pelanggan.

3.       Menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap

kepuasan pelanggan yang maksimum serta mencapai matlamat organisasi jangka

pendek dan jangka panjang.

4.       Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku dalam industri

agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan sesuai dengan

kehendak pelanggan.

5.       Konsisten dalam menangani masalah pelanggan agar perkhidmatan yang

disediakan memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan.

Rancangan perniagaan ini juga disediakan untuk mendapatkan pembiayaan melalui

skim pembiayaan perniagaan MARA sebanyak RM40 000 yang akan digunakan
untuk pembelian stok tambahan, kelengkapan serta peralatan dan juga sebagai modal

pusingan.

Latar belakang syarikat

Jenis perniagaan : Perkhidmatan binatang peliharaan


Nama syarikat : Zulaikha Pets Shop
Nombor : A12345678

pendaftaran
Nombor telefon : 012-2776699
Alamat syarikat : 123, Jalan Lingkaran Hadapan, Taman Merbau jaya, 53100  

   Kuala Lumpur

Tagline syarikat : Zupies the Saviour


Keluasan premis : 3 000 kaki persegi
perniagaan
Jenis milikan : Milikan Tunggal

perniagaan
Pelan lokasi Latitute: 3.19218101.770252
Nama bank Maybank Berhad Taman Melawati
Nombor bank 112233445566
Tarikh mula 7 Januari 2017

perniagaan

Latar belakang pemilik

Nama pemilik : Zulaikha binti Zulkifli


Nombor kad pengenalan : 941231-12-3456
Alamat surat menyurat : 123, Jalan Lingkaran Hadapan, Taman Merbau jaya,

53100 

   Kuala Lumpur
Nombor telefon : 012-2776699
e-mail : zupies@gmail.com
Laman web : www.zupies.com.my
Bentuk perniagaan : Milikan tunggal
Kegiatan utama : Penjagaan dan jualan binatang peliharaan
Tarikh pendaftaran : 1 Julai 2016
Modal permulaan : RM90 000
Kelayakan akademik : Diploma Pengurusan Perniagaan, OUM Malaysia

   Executive Diploma in Pet Grooming Management,

House of

   Groomers Malaysia

Kursus dihadiri : General Practitioner Groomer Course, House of

   Groomers Malaysia
Pengalaman 1.       Penyelia di Cuty Pets Shop di Kelana Jaya Selangor

selama 3 tahun

2.       Professional Groomer di Cuty Pet Shop, Kelana Jaya

Latar belakang projek

Perniagaan binatang peliharaan berkembang pesat di Malaysia khususnya di Lembah

Klang. Perkembangan ini didorongi oleh kesedaran pengguna tentang adaptasi

binatang peliharaan disebabkan kempen kesedaran yang dijalankan oleh NGO seperti

SPCA. Di samping itu peningkatan taraf hidup dan keperluan keluarga menggalakkan

permintaan terhadap binatang peliharaan. Ia juga mewujudkan permintaan untuk

perkhidmatan penjagaan, penginapan, dandanan dan kebersihan diri serta keperluan

lain seperti makanan binatang peliharaan. Berikut ialah analisis SWOT untuk Zupies

Kekuatan Kelemahan

         lokasi  perniagaan strategik          pekerja kurang pengalaman

         pemilik mempunyai kemahiran dan          perniagaan baharu

pengalaman          kesukaran mendapat kemudahan

         pekerja mencukupi kredit pembekal

         kemudahan mencukupi          bangunan lama

         modal mencukupi          kekurangan tempat letak kereta


Peluang Ancaman

         kurang persaingan          potensi peningkatan persaingan


         industri mencatat pertumbuhan pesat          kadar lantik henti pekerja yang tinggi

         kuasa beli dan taraf hidup penduduk dalam industri

yang tinggi          isu kesihatan dan penyakit baharu

         galakan kerajaan          keadaan ekonomi tidak stabil

Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki  oleh pemilik mendorong penubuhan

perniagaan ini. Saya telah lama bercadang untuk memulakan perniagaan sendiri. Saya

berasa ada banyak idea baharu yang boleh dilaksanakan dalam perniagaan ini untuk

menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Di samping itu kursus yang

dihadiri di House of Groomers juga memberi peluang kepada saya untuk mengetahui

strategi perniagaan yang sesuai dan berkesan untuk menjalankan perniagaan binatang

peliharaan dengan cekap dan berkesan. Saya juga mempunyai simpanan peribadi yang

cukup sebagai modal asas permulaan perniagaan kerana saiz permulaan perniagaan

saya ialah berskala kecil.

Berdasarkan dapatan kajian pemasaran yang dibuat oleh pemilik dan juga berdasarkan

laporan kajian pihak luar, perniagaan binatang peliharaan mempunyai prospek yang

sangat baik khususnya di Lembah Klang. Perniagaan ini juga kurang menghadapi

masalah dan tidak terlalu bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding dengan

industri lain. Industri ini juga mengalami pertumbuhan yang baik pada masa ini dan

pemilik ingin menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pulangan maksimum

daripada pelaburan yang dilakukan serta mencapai kemajuan dalam perniagaan yang

diceburi seperti mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan baharu dan

juga memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu berkaitan dengan binatag

peliharaan mengikut tren dan keperluan semasa.

Walaupun memulakan perniagaan dengan sendiri adalah sesuatu yang sukar dan

mencabar, saya percaya pengalaman dan kemahiran yang saya miliki akan membantu
saya mengatasi halangan dan cabaran yang mungkin dihadapi. Sifat keazaman yang

tinggi , bijak merebut peluang, kreatif dan inovatif  yang saya miliki akan membantu

saya mengusahakan perniagaan ini dengan cemerlang. Budaya kerja cemerlang yang

saya amalkan semasa bekerja akan diteruskan dan digunakan untuk membimbing

pekerja Zupies agar pelanggan mendapat perkhidmatan cemerlang dan yang terbaik.

Rancangan organisasi

Rancangan organisasi merupakan aspek utama  dalam pengurusan sesebuah

perniagaan.  Perancangan yang berkesan bermula dengan penetapan visi , misi dan

objektif perniagaan. Berikut ialah visi, misi dan objektif perniagaan Zupies.

Visi

Menjadi peneraju perniagaan binatang peliharaan dengan sentiasa berusaha

menyediakan perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan

Misi

Menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan inovatif, mesra pelanggan

serta mampu bayar menyebabkan binatang peliharaan anda lebih mencintakan kedai

Zulaikha Pets Shop

Objektif

1.       Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan dengan

menyediakan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan.

2.       Pengendalian segala urusan  perniagaan dengan mematuhi etika kerja dan

penerapan nilai murni di antara syarikat dengan pelanggan.

3.       Menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap

kepuasan pelanggan yang maksimum serta mencapai matlamat organisasi jangka

pendek dan jangka panjang.


4.       Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku dalam industri

agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan sesuai dengan

kehendak pelanggan.

5.       Konsisten dalam menangani masalah pelanggan agar perkhidmatan yang

disediakan memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan.

Perniagaan Zupies mempunyai lima orang pekerja termasuk pemilik. Zupies akan

menggaji dua orang Groomers,  seorang juruwang yang juga bertindak sebagai kerani

kaunter dan seorang pembantu yang akan menguruskan aktiviti penginapan binatang

peliharaan. Rajah di bawah menunjukkan carta organisasi Zupies.


                                                      

Carta Organisasi Zupies

Memandangkan saiz perniagaan yang kecil serta mengurangkan kos operasi, tugas

pengarah urusan, pengurusan kewangan, operasi dan pemasaran dan sumber manusia

akan diuruskan oleh pemilik sendiri.  Ini merupakan strategi sementara dan

pengambilan pekerja baru yang berkemahiran dan berpengalaman akan dilaksanakan 

apabila kedudukan kewangan perniagaan yang kukuh dan juga saiz perniagaan

berkembang. Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki sebagai penyelia dan

groomer akan membantu saya menguruskan  perniagaan ini dengan cekpa dan

berkesan. Saya juga dapat meguruskan dan membimbing pekerja saya agar mereka

dapat memberi perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan.

Jadual di bawah menunjukkan senarai jawatan, senarai tugas untuk setiap pekerja

dalam perniagaan Zupies.

Senarai jawatan dan tugas

Senarai Jawatan Senarai Tugas


Pengarah Urusan          Melaksanakan  polisi perniagaan dengan merujuk kepada

visi , misi dan objektif yang telah ditetapkan

         Membangunkan dan melaksanakan plan strategic

         Mempengerusikan mesyuarat

         Mengawal hal ehwal kewangan

         Mewujudkan hubungan baik antara pekerja dan pihak


pengurusan

Pengurus          Memastikan pengurusan kewangan yang telus dan cekap

kewangan dan          Menyediakan penyata pendapatan, penyata kewangan dan

sumber manusia aliran tunai

         Memastikan aliran tunai perniagaan cukup

         Memastikan rekod kewangan dibuat dengan teratur

         Menguruskan pengambilan dan pekerja dan

         Menyediakan program latihan

         Menguruskan prestasi, pembayaran ganjaran dan kebajikan

pekerja

Pengurus operasi          Memastikan pengurusan operasi harian berjalan lancar

dan pemasaran          Menetapkan saran kerja dan memastikan sasaran kerja

tercapai

         Menyediakan jadual tugas dan mengatur pekerja ganti

         Mengadakan program promosi seperti yang telah dirancang

         Menguruskan dan mengemaskini laman web perniagaan

Groomer          Memastikan perkhidmatan yang disediakan menepati

kehendak pelanggan

         Memastikan kualiti perkhidmatan mencapai standard yang

telah ditetapkan

         Menggunakan kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan

         Memujuk pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan

tambahan dan produk yang dijual


Juruwang          Merekodkan pesanan pelanggan

         Menguruskan pelanggan walk in

         Mengutip dan merekod bayaran

         Menyalurkan pertanyaan dan kemusyikilan pelanggan

kepada unit yang berkaitan

Pembantu am          Memastikan kawasan operasi bersih dan kemas

         Memastikan kawasan penginapan binatang peliharaan

dalam keadaan kondusif

         Menguruskan aktiviti pemberian makanan binatang

mengikut jadual yang ditetapkan

         Menghubungi pengurus jika ada binatang yang sakit atau

bermasalah

Susun atur pejabat


Imbuhan  (bulanan)

Jawatan Bilangan Gaji Caruman Caruman Jumlah


bulanan KWSP Perkeso

Pengurus 1 2 000 260 34.15 2294.15


Groomer 2 1 200 (x2) 312 40.30 2752.30
Juruwang 1 1 200 156 20.15 1376.15
Pembantu 1 1 200 156 20.15 1376.15

am
Jumlah 7799.00

Insentif

Jenis elaun Kadar


Elaun lebih masa RM10.50 sejam
Elaun kehadiran penuh RM100 sebulan

Belanjawan pentadbiran

Butiran Aset tetap Bulanan Lain-lain Jumlah (RM)


Keperluan aset

tetap
Komputer 1 500 1 500
pencetak    400   400
Cash register 1 200 1 200
Kabinet besi 1 400 1 400
sangkar 10 000 10 000
Keperluan

modal kerja
Gaji,KWSP 7 799 7 799

dan

PERKESO
Sewa kedai 9 000 9 000
Utiliti 600
Deposit utiliti 1 000
Deposit 18 000 18 000

bangunan
Pendaftaran & 600 600

lesen
Insurans 1 000 1 000
kebakaran
Ubahsuai 26 000 26 000

bangunan
Pelbagai 1 000 1 000

belanja
Jumlah  (RM) 15 500 17 399 47 600 80 499

Strategi pengurusan

Zupies akan menggunakan beberapa strategi pengurusan untuk memastikan

pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan. Antara strategi pengurusan

yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

·         Penerapan semangat kerja berpasukan di antara para pekerja

·         Mengadakan perjumpaan harian sebelum mula bekerja dan perbincangan tumpu

kepada masalah yang dihadapi, pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan

·         Pembayaran imbuhan dan insentif selaras dengan amalan industri dan juga selaras

dengan mutu kerja

·         Menyediakan program latihan atau kursus yang berkaitan untuk mempertingkatkan

kamahiran dan kepakaran pekerja

·         Memberi nasihat , bimbingan dan motivasi berterusan kepada semua pekerja

·         Menerapkan budaya dan etika kerja yang cemerlang.

Rancangan pemasaran

Lokasi perniagaan
Zulaikha Pets Shop (Zupies)  akan mula beroperasi di no 27, Jalan Wangsa 2, Bukit

Antarabangsa yang letak bersebalahan dengan stesyen minyak Petronas, McDonald

dan Pasar raya Giant. Ia merupakan lokasi yang strategik kerana terdapat klinik, dua

buah restoren, stesyen minyak, pasar raya Giant, cybercafe, kedai komputer dan juga

kedai dobi. Oleh itu ia merupakan pusat bandar bagi penduduk yang tinggal di Bukit

Antarabangsa. Kawasan ini merupakan kawasan yang sibuk dengan orang ramai dari

pukul 8 pagi hingga 11 malam.

Sasaran pasaran

Zupies menyasarkan penduduk yang tinggal di Bukit Antarabangsa yang mempunyai

binatang peliharaan dan juga mereka yang ingin memiliki binatang peliharaan sebagai

sasaran utama perkhidmatan perniagaan. Penduduk Bukit Antarabangsa merupakan

golongan berpendapatan sederhana dan tinggi , terdiri daripada penduduk berbilang

kaum tetapi majorinya orang Melayu. Sebahagian kecil penduduk juga terdiri

daripada golongan expatriate.  Pelanggan utama Zupies ialah mereka yang memiliki

binatang peliharaan seperti anjing, kucing dan arnab. Pelanggan ini memerlukan

pelbagai produk dan perkhidmatan untuk binatang peliharaan mereka seperti tempat

penginapan, kebersihan diri dan produk keperluan binatang. Zupies juga menyasarkan

kumpulan bakal pelanggan  yang ingin memiliki binatang peliharaan dan juga

mencuba perkhidmatan  untuk binatang peliharaan mereka.

Saiz pasaran

Penduduk Bukit Antarabangsa dianggarkan meningkat pada 5% setahun disebabkan

pembukaan lebih banyak kawasan perumahan baharu. Di samping itu akses mudah

melalui lebuhraya DUKE dan  lebuhraya lingkaran tengah menyebabkan peningkatan

penduduk dan aktiviti perniagaan di Bukit Antarabangsa. Disebabkan belum ada

kedai binatang peliharaan di Bukit Antarabangsa, Zupies  akan mempunyai saiz


pasaran yang besar pada permulaan perniagaan. Disebabkan akses mudah ke lokasi

Zupies , perniagaan saya juga juga menyasarkan pengguna dari kawasan persekitaran

seperti  Ukay Perdana, Keramat, Ampang , Melawati, Wangsa Melawati dan Wangsa

Maju.

Persaingan

Perniagaan binatang peliharaan semakin berkembang di Malaysia. Permintaan untuk

perkhidmatan dan produk berkaitan binatang peliharaan juga semakin meningkat

khususnya di Kuala Lumpur. Ini merupakan antara sebab utama saya memilih untuk

menceburi bidang perniagaan ini. Zupies ingin mengambil peluang perniagaan ini

dengan  memperkenalkan produk baharu dan juga perkhidmatan yang cekap, inovatif,

efisien dengan bayaran yang berpatutan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Pada

masa kini tidak terdapat sebarang pusat perkhidmatan untuk binatang peliharaan di

Bukit Antarabangsa. Terdapat tiga penyedia perkhidmatan di Taman Melawati yang

terletak hampir 6 kilometer daripada lokasi yang dicadangkan oleh Zupies. Di

samping itu, berdasarkan pemerhatian saya, sebahagaian besar pengguna yang

mengunjungi kedai-kedai tersebut terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan

perkhidmatan serta masalah tempat letak kereta. Ini merupakan peluang bagi

perniagaan Zupies kerana  lokasi yang dipilih mempunyai banyak ruang letak kereta.

Zupies akan menggunakan pekerja yang berkemahiran untuk menyediakan

perkhidmatan berkualiti dengan masa menunggu yang paling minimum untuk

meningkatkan kepuasan pelanggan. Rajah di bawah menunjukkan lokasi pesaing –

pesaing utama.

Plan lokasi pesaing utama


Campuran pemasaran

Zupies akan menggunakan campuran pemasaran yang efektif untuk meningkatkan

jualan dan juga kepuasan pelanggan. Strategi campuran pemasaran terdiri daripada

strategi produk, harga, agihan dan promosi.

Strategi produk

Zupies menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan dengan binatang

peliharaan.

Antara produk yang dicadankan untuk jualan ialah pelbagai barang makanan untuk

binatang peliharaan, penyembur anti kutu, penyembur rambut, cat Tree, sangkar,

bekas tidur, voyaguer, bekas tandas, dan sebagainya. Senarai lengkap akan

dipaparkan dalam laman web Zupies. Zupies akan memastikan pelanggan mempunyai

banyak pilihan produk , bermutu dan dijual dengan harga yang berpatutan. Zupies
juga akan membantu pelanggan untuk mendapatkan produk tertentu melalui pesanan

atas talian.

Untuk pelanggan yang ingin meninggalkan binatang kesayangan mereka semasa

bercuti, tujuan kecemasan atau tujuan lain, Zupies menyediakan perkhidmatan

penginapan ‘pet hotel’ bertaraf lima bintang. Setiap binatang peliharaan akan

disediakan sangkar penginapan berasingan . Dengan bayaran tambahan minimum ,

pelanggan boleh menggunakan kemudahan webcam yang membolehkan pelanggan

memerhatikan  gerak geri binatang kesayangan mereka. Saiz sangkar bergantung

kepada saiz binatang dengan bayaran yang berbeza. Binatang peliharaan juga diberi

makanan berkala , dimandikan serta menyediakan keperluan lain.

Di samping itu, Zupies juga menyediakan

perkhidmatan grooming iaitu grooming asas meliputi kuku, telinga, cukur,

pembersihan anal gland, mandi, dan blow drying. Grooming lengkap pula meliputi

pengguntingan, klip, kuku, telinga, cukur, pembersihan anal gland, mandi, dan blow

drying. Perkhidmatan ini akan disediakan oleh pekerja profosional mengikut

keperluan pelanggan. Zupies akan menyediakan tempat grooming yang bersih dan

disanitasi dan boleh dilawati oleh pelanggan. Sangkar dan alatan yang digunakan juga

akan diinfekatasi untuk memastikan tiada penyebaran penyakit atau kutu. Pemilihan

produk pembersihan juga bergantung kepada keadaan kulit dan rambut binatang

peliharaan. Semua perkhidmatan ini akan disediakan dengan harga yang sangat

berpatututan dan kompetitif.

Untuk peringkat permulaan Zupies akan menumpukan kepada dua perkhidmatan

utama sahaja iaitu grooming  dan perkhidmatan penginapan. Perkhidmatan jualan

produk akan bermula selepas enam bulan perniagaan beroperasi ataupun sekiranya

modal operasi yang cukup.


Strategi harga

Zupies akan menetapkan harga berdasarkan harga pesaing dan disamping itu dapat

menampung kos pengeluaran. Jadual di bawah menunjukkan harga untuk produk dan

perkhidmatan yang ditawarkan oleh Zupies

Harga grooming

Anjing Kucing
Saiz Bayaran Saiz Bayaran

(RM) (RM)
25-29 25 20-22 15

cm cm
30-34 29 23-25 19

cm cm
35-39 33 26-28 23

cm cm
40-44 37 29-31 27

cm cm
45-49 41 32-34 31

cm cm
50-54 45 35-37 35

cm cm
25-29 49 38-40 39

cm cm
30-34 53 41-45 43

cm cm
35-39 57 46-50 47

cm cm
40-44 61 51-55 51

cm cm
45-49 65 56-65 55

cm cm
50-54 69 66-76 59

cm cm
55-59 73

cm
60-64 77

cm
65-69 81

cm
70-74 85

cm
75-79 89

cm
> 80 100

cm

Harga penginapan

Anjing

Superior  suite (kecil dan sederhana): RM30 sehari

Royal suite (berpasangan / saiz besar): RM40 sehari

Kucing

Superior  suite (kecil dan sederhana): RM30 sehari

Royal suite (berpasangan / saiz besar): RM40 sehari

Bayaran tambahan akan dikenakan untuk perkhidmatan tambahan seperti penggunaan

webcam, pengambilan binatang dari rumah dan perkhidmatan lain. Bayaran ini
bergantung kepada budibicara pihak pengurusan dan juga atas persetujuan pihak

pelanggan. Semua bayaran berbentuk tunai atau kad kredit.

Strategi promosi

Disebabkan perniagaan ini baru dimulakan dan mempunyai modal yang terhad,

Zupies akan menggunakan kaedah promosi kos efektif seperti laman web dan juga

pengedaran risalah. Zupies juga akan menggunakan papan tanda yang menarik.

Zupies akan menyediakan risalah menarik berkaitan perkhidmatan Zupies  yang akan

disisip dalam surat khabar untuk edaran di Bukit Antarabangsa dan juga dikawasan

sekitar. Risalah ini akan diedarkan sebanyak 3 kali untuk 3 bulan berturut-turut.

Zupies juga akan menyediakan laman web menarik yang memngandungi pelbagai

maklumat produk dan perkhidmatan perniagaan dan juga forum pelanggan, sudut

pertanyaan serta pesanan produk dan perkhidmatan.

Papan tanda yang menarik juga akan disediakan untuk paparan pengguna dan akan

dipasang dua minggu sebelum operasi perniagaan bermula. Zupies juga akan

memasang banner di beberapa lokasi strategic untuk menyampaikan maklumat

tentang perniagaan Zupies.

Belanjawan Pemasaran

Butir-butir Aset tetap Bulanan Lain-lain jumlah


Keperluan

aset tetap

Papan tanda 1 200 1 200

Keperluan

modal kerja

Banner 240
Risalah 500

Pembinaan 800

laman web

Jumlah 1 540 2 740

Ramalan jualan

Jadual di bawah menunjukkan ramalan jualan untuk 12 bulan pertama beroperasi.

Dijangkakan jualan Zupies akan meningkat kadar 15% pada tahun pertama beroprasi

Bulan Grooming Penginapan Produk Jumlah


Januari 5 000 5 000 - 10 000
Februari 5 750 5 750 - 11 500
Mac 6 613 6 613 - 13 226
April 7 603 7 603 - 15 206
Mei 8 745 8 745 - 17 490
Jun 10 057 10 057 3 000 23 114
Julai 11 565 11 565 3 450 26 580
Ogos 13 300 13 300 3 968 30 568
September 15 295 15 295 4 563 35 153
Oktober 17 589 17 589 5 248 40 426
November 20 228 20 228 6 035 46 491
Disember 23 362 23 362 6 940 5 3664
Jumlah 195 107 195 107 33 204 42 3418

Ramalan jualan untuk lima tahun pertama beroperasi

Tahun Grooming Penginapan Produk Jumlah


2017 195 107 195 107 33 204 423 418
2018 224 373 224 373 38 185 486 937
2019 258 029 258 029 43 912 559 970
2020 296 733 296 733 50  499 643 965
2021 341 243 341 243 58 074 740 560

Strategi Pemasaran
Untuk memastikan program pemsaran berjalan dengan cekap dan berkesan, Zupies

akan mengambil tindakan berikut:

i.                     Memastikan segala program pemasaran yang dirancang dilaksanakan mengikut

perancangan.

ii.                   Membuat penilaian dan mengambil tindakan ke atas program pemasaran yang

telah dilaksanakan

iii.                  Memastikan strategi pemsasaran yang dirancang dilaksanakan berdasarkan

belanjawan yang telah ditetapkan.

Rancangan organisasi

Perkhidmatan yang dihasilkan

Zupies menyediakan tiga perkhidmatan utama iaitu jualan produk berkaitan binatang

peliharaan, khidmat dandanan dan kebersihan diri dan pusat penginapan

Carta aliran untuk perkhidmatan dandanan dan kebersihan serta diri dan

penginapan
Proses pengeluaran

Proses pengeluaran untuk perkhidmatan grooming bermula dengan mengenalpasti

alatan yang diperlukan serta jenis binatang yang memerlukan grroming. Groomer

akan mengenalpasti keperluan alatan dan bahan setelah memeriksa binatang yang

memerlukan grooming.

Selepas proses mengenalpati keperluan alatan dan penyediaan bahan, proses

pengeluaran iaitu pembersihan , guntingan dan kerja lain akan dilaksanakan. Groomer

akan mematuhi standard kualiti yang telah ditetapkan seperti penggunaan sumber

yang optimum, mematuhi prosedur kerja dan masa yang telah ditetapkan.

Proses terakhir ialah penyerahan binatang setelah kerja –kerja grooming selesai.

Pelanggan diberi peluang untuk memeriksa binatang dan memastikan perkhidmatan

yang disediakan berkualiti dan memenuhi citarasa pelanggan

Kapasiti pengeluaran

Perkhidmatan Grooming

Jenis perkhidmatan Masa Bilangan sesi maksimum

sehari
Grooming asas 10-15 minit 30 sesi seorang pekerja
Grooming lengkap 30-40 minit 15 sesi seorang pekerja

Perkhidmatan penginapan

Jenis binatang Superior suite Royal suite


Anjing 30 20
Kucing 60 40
Keperluan bahan dan alatan

Keperluan bahan

Jenis bahan Kuantiti diperlukan Kos (RM)


Syampu 10 ml – 30 ml untuk setiap cucian 30 sen setiap

ikut saiz binatang cucian


Penyembur anti 1 penyembur untuk setiap 8 RM8 sebotol

kutu binatang
Air 10-30 liter unutk setiap cucian ikut 10 sen setiap

saiz binatang cucian


Putik kapas 6 unit untuk setiap binatang 10 sen setiap

binatang
Sabun cuci 1 botol sehari RM12
Makanan binatang 100-300  gram sehari mengikut saiz RM5 untuk

binatang setiap

binatang

Alatan

Jenis alatan Kuantiti (set) Kos (RM)


Mesin pemotong rambut 2 80
gunting 10 60
Pemotong kukuk 4 40
Kabinet kayu 2 200
Sangkar binatang kecil 50 1500
Sangkar binatang besar 100 5 000
Bekas air 150 150
Bekas makanan 150 300
Pili air 2 100
Lain-lain 500

Anggaran kos

Perkhidmatan Grooming

Anjing
Grroming biasa RM5 hingga RM30 mengikut saiz
bnatang
Grroming istimewa RM10 hingga RM60 ikut saiz

binatang

Kucing
Grroming biasa RM3 hingga RM20 mengikut saiz

bnatang
Grroming istimewa RM15 hingga RM80 ikut saiz

binatang

Perkhidmatan penginapan

Anjing Kos
Superior  suite RM10
Royal suite   RM15
Kucing
Superior  suite RM5
Royal suite RM10

Tenaga kerja

Operasi perniagaan dikendalikan oleh , seorang pengurus kewangan, operasi dan serta

seorang pengurus pemasaran dan sumber manusia yang diuruskan oleh pemilik

sendiri.  Doi samping itu 2 orang groomer, seorang pembantu am dan seorang

juruwang akan terlibat secara langsung dalam operasi harian  perniagaan Zupies.

Susun atur operasi  kawasan grooming


Strategi pengurusan operasi
1.       Penyediaan perkhidmatan mematuhi standard kualiti dan prosedur yang telah

ditetapkan

2.       Pemantauan melalui CCTV ,penyeliaan pengurus serta maklumbalas pelanggan

digunakan untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan

3.       Latihan dan bimbingan berterusan kepada pekerja  serta perjumpaan harian untuk

membincang masalah dan isu , cadangan dan penambahbaikan.

Rancangan kewangan

Kos projek

Di bahagian ini akan dibincang tentang kos projek termasuk aset, liabiliti perniagaan dan

anggaran

modal kerja yang diperlukan untuk memastikan perniagaan ini berjalan lancar.

Jumlah Harta (Kos Projek)  

Perkara RM
Ubahsuai bangunan 26 000
Peralatan 14 500
Deposit sewa bangunan 18 000
Deposit utiliti 1 000
Jumlah 59 500

Jumlah tanggungan (sumber pembiayaan)

Perkara RM
Modal pemilik 70 000
Pinjaman Mara 50 000
Jumlah 120 000

Keperluan modal kerja (anggaran untuk tiga bulan pertama beroperasi)

Perkara RM
Bekalan   barangan 1 500

Sewa bangunan 27 000


utiliti 1 800

Imbuhan pekerja 23397

Bayaran ansuran pinjaman 3 000


Jumlah 56 697

Penyata kewangan proforma

Di bahagian ini saya telah menyediakan unjuran penyata aliran tunai dan juga penyata

pendapatan

proforma untuk memberi gambaran kedudukan kewangan perniagaan untuk lima tahun akan

datang.

Unjuran Penyata Aliran Tunai

Kedai Haiwan Peliharaan Zulaikha Pets Shop

Unjuran penyata aliran tunai bagi tempoh Januari –Julai 2017

Perkara Januari Februari Mac April Mei Jun Julai


Aliran tunai

masuk

10 000 51 101 43 37 33 31 34

Baki tunai awal 50 000 - 592 719 726 917 632

Pinjaman 10 000 11 500 -

Jualan Tunai 13 15 17 23 26

226 206 490 114 580

Jumlah aliran 70 000 62601 56 52 51 55 61

tunai masuk 818 925 216 031 212


Aliran  tunai

keluar

 7 799 7 799 7 799 7 799 7 799 7 799 7 799


Imbuhan 500 550 600 650 700 1 750 2 050

Belian 9 000 9 000 9 000 9 000 9 000 9 000 9 000

Sewa 600 660 700 750 800 850 900

Utiliti 1 000  1 000  1  1 000  1  1  1

Ansuran pinjaman 000 000 000 000

Jumlah aliran 18 899 19 009 19 19 19 20 20

tunaI keluar 099 199 299 399 749


Baki tunai 51 101 43 592 37 33726 31 34 40

719 917 632 463

Kedai Haiwan Peliharaan Zulaikha Pets Shop

Penyata Pendapatan Proforma 2017- 2021

Perkara 2017 2018 2019 2020 2021


Jualan 423 418 486 937 559 970 643 965 740 560
Pendapatan kasar 423 418 486 937 559 970 643 965 740 560
Belanja operasi 320 988 353 090 388 390 427 235 469 960
Pendapatan sebelum 102 430 133 847 171 040 216 730 270 600

belanja dan faedah


Belanja faedah 2 000 1 800 1 500 1 000 500
Pendapatan sebelum 100 430 132 047 169 540 215 730 270 100

cukai
Cukai 10 000 12 000 14 000 16 000 18 000
Pendapatan bersih 90 430 120 047 154 540 199 730 252 100

Jadual susut nilai aset tetap

Aset tetap 2017 2018 2019 2020 2021


Komputer 150 150 150 150 150
Pencetak 40 40 40 40 40
Cash 120 120 120 120 120

register
Kabinet 140 140 140 140 140

besi
sangkar 1 000 1 000 1 000 1 000 1 000
jumlah 1 450 1 450 1 450 1 450 1 450

Kawalan sistem kewangan perniagaan

Untuk memastikan pengurusan kewangan yang teratur dan telus, pihak pengurusan

akan memastikan segala rekod kewangan dalam keadaan yang teratur dan terkini.

Semua bayaran akan dibuat melalui bank dan penyata bulanan bank akan digunakan

sebagai rekod untuk menentukan aliran tunai perniagaan. Pengurus kewangan akan

menyediakan laporan bulanan untuk dibincang dalam mesyuarat pengurusan bulanan.

Tindakan pembetulan akan diambil jika ada sebarang penyimpangan dalam

pengurusan akaun. Akaun perniagaan juga akan dihantar kepada akauntan bertauliah

untuk diaudit.Semuaramalan juakeluar juga perlu ditandatangani oleh pengurus

kewangan . Juruwang hanya dibenarkan memegang tunai sebanyak RM100 pada

setiap masa. Juruwang juga perlu merekodkan urusan penerimaan tunai harian dalam

buku panjar dan akan disemak oleh pengurus kewangan sebelum operasi perniagaan

tamat pada setiap hari. Penerimaan tunai akan dimasukkan dalam bank setiap hari.

Pegangan tunai minimum akan dibuat untuk memastikan tiada penyelewengan dan

salahguna wang oleh kakitangan perniagaan.

Kesimpulan

Perniagaan binatang peliharaan mempunyai potensi yang besar dan mempunyai kadar

pertumbuhan yang tinggi. Berdasarkan kajian pemasaran yang dibuat, Zupies


berpendapat perniagaan ini bakal mendapat kejayaan besar. Ini disebabkan keunikan

produk berpusatkan pelanggan seperti kemudahan penginapan berkualiti dan mewah,

perkhidmatan grooming bertaraf antarabangsa dan penyediaan perkhidmatan rumah

ke rumah akan memberi impak besar kepada perniagaan Zupies.  Selaras dengan visi

Zupies iaitu menjadi peneraju perniagaan binatang peliharaan dengan sentiasa

berusaha menyediakan perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan dan misi iaitu

menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan inovatif, mesra pelanggan

serta mampu bayar menyebabkan binatang peliharaan anda lebih mencintakan kedai

Zulaikha Pets Shop, saya berharap perniagaan ini mempunyai potensi yang baik dan

mampu berkembang pada masa akan datang.  Dengan kaedah pengurusan modal insan

yang cemerlang, saya berharap tenaga manusia ini akan mmepunyai komitmen yang

tinggi serta bermotivasi dan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan

cemerlang kepada pelanggan yang merupakan aset utama Zupies. Berdasarkan

penyata profroma yang disediakan berdasarkan unjuran yang tepat dan konsisten ,

saya berharap Zupies tidak menghadapi masalah untuk menjelaskan pinjaman

MARA.

Lampiran
Cadangan : Ruang pameran barang

You might also like