You are on page 1of 3

PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran!

Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut


atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.
Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau
dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan
bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.
Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang
zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.
Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda
amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi
mengandungi bahan itu.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc
dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat
sulit mereka berbanding wanita sihat.
Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan
ovari.
Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40
peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.
"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum
walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus
kepada mereka yang memakainya setiap hari.
"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan
berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir,"
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan
sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.
Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula
boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.
Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara
membengkak lalu menyebabkan pneumonia.
"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung
beras.
"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah
ruam kulit bayi," ujarnya.
 

You might also like