You are on page 1of 1

2.

PENYERAHAN SABAH DAN SARAWAK KEPADA BRITISH


Mangapakah penyerahan Sarawak kepada British mendapat tentangan hebat berbanding
respon yang lebih baik dari rakyat Sabah? *
Kerana rakyat Sarawak telah mempunyai kesedaran politik yang jelas pada ketika itu
berbanding rakyat Sabah yang tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan kepada
British.

Senaraikan pemimpin tempatan yang terlibat dalam Gerakan anti penyerahan di Sarawak
dari 1946 hingga 1949? *
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Rosli Dhobi, Awang Rambli Mohd Deli, Bujang Suntong,
Morshidi Sidek

Nyatakan bentuk penentangan yang dilancarkan oleh rakyat Sarawak terhadap


penyerahan kepada British.
Terdapat beberapa bentuk penentangan rakyat Sarawak seperti menghantar surat bantahan
kepada British, menampal poster-poster penentangan misalnya "Sarawak Adalah Hak Kami,
Leburkan Kolonial", peletakan jawatan kakitangan kerajaan serta penglibatan kaum wanita
misalnya kaum ibu PKMS dan BPM.

Jelaskan tindakan British terhadap gerakan anti penyerahan di Sarawak?


British tidak mengendahkan surat bantahan yang dihantar. British juga mengeluarkan notis
iaitu Pekeliling No.9 yang berkisar amaran kepada kakitangan kerajaan supaya tidak terlibat
dalam gerakan antipenyerahan. British turut menggiatkan usaha untuk melemahkan gerakan
dengan pecahbelakan perpaduan kaum. Misalnya, pihak British menuduh perjuangan orang
Melayu Sarawak hanyalah untuk mengekalkan hak istimewa orang Melayu Sarawak sahaja.

You might also like