You are on page 1of 1

Bab 6

 Kedatangan Mat Kilau Sementara menunggu waktu Isyak, Zahid dan


Samad beredar ke pekarangan masjid. Zahid ternampak ada orang
asing yang datang. Orang itu ialah Mat Kilau. Mat Kilau bersalaman
dengan Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja. Mat Kilau membawa
berita tentang mesyuarat antara Clifford,sultan dan orang -orang besar
di Pulau Tawar. Banyak perkara tentang Datuk Bahaman dibincangkan
dalam mesyuarat itu. Syres mengadu kepada sultan bahawa Datuk
Bahaman tidak memberikan kerjasama kepadanya sewaktu dia
membina rumah pasung. Owen pula berkata Datuk Bahaman
menghalang orangnya membuat bancian. Rodger pula mengadu
kepada sultan bahawa Datuk Bahaman telah menulis surat kepada
Residen Selangor meminta Semantan ini di masukkan di bawah
pemerintahan Selangor. Perkara paling menyedihkan apabila Clifford
meminta sultan menitahkan Datuk Bahaman telah menderhaka.Jika
sultan tidak mahu mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai
penderhaka,Inggeris menganggap bahawa sultan menyebelahi Datuk
Bahaman. Sultan boleh dibuang daerah ke lautan hindi. Sultan terpaksa
bersetuju lalu menandatangani perisytiharan itu yang berbunyi Datuk
Bahaman telah derhaka. Oleh itu segala gelaran datuk yang telah
dianugerahi sultan telah ditarik semula.Datuk Bahaman tidak berkuasa
lagi di Semantan. Datuk Bahaman memberitahu orang di Semantan
bahawa pangkat tidak penting baginya. Inggeris telah mencabarnya.
Inggeris telah memisahkan dan memecahbelahkan bangsa Melayu.
Dengan demikian senang mereka mengalahkan bangsa Melayu.
Menurut Datuk Bahaman lagi,semasa di Johor dahulu Gaabenor
Singapura telah menawarkan wang berjumlah 500 ringgit sebulan
kepadanya jika beliau tidak memihak kepada rakyat.Namun Datuk
Bahaman menolak.

You might also like