You are on page 1of 2

MENUKAR AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF

SOALAN 3(b)
Menukar ayat pasif kepada ayat aktif
Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat akti tanpa mengubah maksud asalnya (tahun 2018)
(i) Barangan yang penting sahaja perlu kita bawa ke tapak perkhemahan di atas bukit
itu.(2018)
(ii) Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu
di perpustakaan sekolahnya.(2018)

(iii) Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi
penjagaan alam sekitar.(2018)

(iv) Emak diberitahu oleh kakak bahawa adik sedang membaca buku cerita di dalam
biliknya.

(v) Semua murid tingkatan lima diminta oleh Cikgu Syahir untuk ke dewan sekolah bagi
mendengar taklimat khas tentang peperiksaan.

(vi) Keluhan dan masalah anak-anak remaja perlu didengar oleh ibu bapa supaya mereka
dapat mengatasi gangguan emosi mereka.

(vii) Beberapa ujian kecergasan perlu kami lepasi sebelum diterima menganggotai
pasukan sukarelawan itu.

(viii) Tindakan tegas akan dikenakan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang
didapati ponteng kelas atau ponteng sekolah .

(ix) Semua rakyat telah diseru oleh pihak kerajaan untuk bersama-sama menggunakan
perkhidmatan awam bagi merealisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.

(x) Pihak kerajaan telah menyeru semua rakyat untuk bersama-sama menggunakan
perkhidmatan awam bagi merealisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.
(xi) Laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa telah disediakan oleh setiausaha Persatuan
Bahasa Melayu sekolah saya.

LATIHAN CAKAP AJUK CAKAP PINDAH

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.
Cuba dulu kemudian semak jawapan.
Soalan aras tinggi. Tahniah kerana mencuba.

“Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.
“Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang
cemburu saya,” kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.
“Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat
tolongnya,” jerit Fatimah.
“Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak
bertindak sesuatu,” kata seorang tua di kedai kopi.
“Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap
begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian,” kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.
“Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada
keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelaki,” kata Hang Jebat kepada
Hang Tuah.
“Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan,”
kata gadis itu.
“Asma, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu
masak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan kau di
sekolah esok,” kata emak.
“Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon,” kata jurujual
itu kepada Tauke Lim
“Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim. Apakah dia ada di
rumah?” kata pemuda itu.

You might also like