You are on page 1of 1

NAMA : JENIFFER

TARIKH : 15.09.2020

TUGASAN : TUTORIAL 2

Huraikan pelaksanaan Pendidikan Inklusif yang melibatkan inklusif separa dan murid
penuh dengan contoh-contoh yang sesuai.

Konsep Program Pendidikan Inklusif adalah selaras dengan penyataan dalam


Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) adalah “Program Pendidikan
Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas
yang hadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam
kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Matlamat
program ini adalah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada
MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di
arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak
menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka bolhe
diminimakan jika diberi peluang yang sama.

Pendekatan PPI ini boleh terbahagi kepada dua iaitu Inklusif Penuh dan
Inklusif Separa. MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus
perdana. MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran bersama murid
arus perdana. Inklusif separa pula MBK belajar bersama-sama arus perdana bagi
mata pelajaran yang tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka. Terdapat 5
pelaksaan PPI iaitu Penempatan murid, Pentaksiran, Kriteria murid, pengajaran dan
pembelajaran serta guru.

Sebagai contoh, pelaksaan pentaksiran. MBK inklusif sepenuh membuat


semua peperiksaan sama seperti murid arus perdana manakala inklusif separa pula
murid mengambil peperiksaan tahap yang agak rendah serta mengambil ujian biasa
dalam mata pelajaran yang tertentu sahaja. Selain itu penempatan murid. Bagi
inklusif sepenuh MBK menetap di bilik darjah sepenuh masa dan bagi semua mata
pelajaran manakala inklusif separa pula MBK akan bersama murid arus perdana
bagi mata pelajaran yang tertentu sahaja.

You might also like