You are on page 1of 5

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN


SEKOLAH KEBANGSAAN UJONG PASIR
JALAN UJONG PASIR 75050 MELAKA

KERTAS KERJA
PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN

TARIKH
19 APRIL 2018

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM PPKI
DAN

1
BADAN KEBAJIKAN IBU BAPA DAN GURU
PENDIDIKAN KHAS
PROGRAM HARI USAHAWAN MUDA

1.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahan tingkah laku yang agak tetap.
Pembelajaran berlaku apabila rangsangan yang diproses oleh otak untuk menjadi
pengalaman. Pembelajaran juga membawa maksud sebagai satu proses memperoleh ilmu
pengetahuan, kemahiran sikap dan nilai yang baru secara berterusan yang mengakibatkan
perubahan tingkah laku individu

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang


seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga
turut digubal bagi melahirkan murid-murid Pendidikan Khas yang mampu membawa
dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat keperluan pendidikan dan
pembelajaran bagi murid-murid Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusun atur
sebagai langkah untuk mencapai matlamat tersebut.

Program Hari Usahawan ini diadakan bagi memberikan pendedahan dan


pengalaman kepada murid – murid pendidikan khas dalam bidang perniagaan. Bermula
daripada peringkat awal penyediaan produk hinggalah kepada proses jualan. Hal ini secara
tidak langsung berupaya mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan Murid
Berkeperluan Khas. Di samping itu, program ini juga menyediakan ruang dan peluang
kepada murid-murid untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa berdasarkan kepada
pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan mereka. Hal ini dapat membantu
meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid dari semasa ke semasa.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini ialah menyediakan wahana pendidikan keusahawanan


kepada semua murid sebagai nilai tambah kepada kurikulum sedia ada.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan
mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan
bertanggungjawab.
3.2 Memberi peluang kepada murid-murid pendidikan khas untuk merasai pengalaman
berniaga.
3.3 Memberi peluang kepada murid khas untuk berinteraksi dengan warga sekolah dan
masyarakat.
3.4 Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan
keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar
yang sejajar dengan nilai dan etika perniagaan.

4.0 SASARAN

2
Program hari usahawan muda ini terbuka kepada murid-murid Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir, Melaka.

5.0 MODULAR PROGRAM HARI USAHAWAN MUDA

MATA
STANDARD KANDUNGAN
PELAJARAN/ STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
NO. (SK)
KOMPONEN
1 BAHASA 1.1 Mendengar dan 1.1.1 Mendengar dan memberi
MELAYU memberi respons respons terhadap ayat
dalam pelbagai situasi perintah
2 PENDIDIKAN 1.6 Projek Seni 1..1 Menghasilkan karya menggunakan
SENI VISUAL unsur-unsur seni yang telah dipelajari.
2.3 Projek corak dan rekaan 2.3.2 Menghasilkan produk rekaan yang
kreatif
3 PENDIDIKAN 4.1 Berterima kasih dalam 4.1.1 Menyatakan situasi yang sesuai untuk
MORAL kehidupan seharian. berterima kasih.
5.1 Beradab sopan dalam 5.1.4 Menunjuk cara adab sopan dalam
berkomunikasi berkomunikasi.
4 MATEMATIK 4.2 Menentukan nilai wang 4.2.1 Menentukan nilai wang berdasarkan
bilangan.
i) wang syiling dengan wang syiling.
ii) wang kertas dengan wang kertas
iii)wang kertas dengan wang syiling

Menyelesaikan operasi melibatkan


wang
4.3 Menyelesaikan operasi 4.3.1 Menambah dua nilai wang yang
melibatkan wang melibatkan:
(i) sen
(ii) ringgit
4.3.2 Menolak dua nilai wang yang melibatkan:
(i) sen
(ii) ringgit
5 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi
MELAYU respons dalam pelbagai respons terhadap ayat
situasi perintah.

** RPH MODULAR PROGRAM HARI USAHAWAN MUDA – rujuk Lampiran 4

6.0 BUTIRAN PROGRAM (CONTOH)

Jangkamasa Aktiviti : 1 hari


Tarikh Aktiviti : 19 April 2018
Hari Aktiviti : Khamis
Bilangan murid : 20 orang
Bilangan guru dan PPM : 15 orang

3
7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn Janna Bt Daud (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Siti Hamidah Bt Selamat (GPK PK)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Veronica De Mello (GPK 1)
Naib Pengerusi 3 : Pn Almiah pakiah bt. Hj. Jusoh (GPK HEM)
Naib Pengerusi 4 : Pn Norhamizah Bt Daud (GPK KOKU)
Penyelaras Program : En Rahimin bin Ibrahim
Penolong Penyelaras : En Ahmad Yunus bin Selim
Setiausaha Program : Pn Norainie Bt Abu Bakar
Naib Setiausaha : Pn Nurul Huda Bt Saat
Bendahari : Cik Nur Natijah Zaihariahmah Bt Zainur Rashid

Jawatankuasa :

Logistik : En.Muhammad Putera bin Khairi


Penyediaan Bahan : Pn. Normala Tambi Omar
Promosi : Pn. Rogayah binti Yunos
Persiapan tempat : Pn. Nor Shahidah bt. Abdul Latif
Rekod Jualan : Pn. Nursyafiqah bt. Abdul Rahim
Dokumentasi : Pn. Rafidah bt. Yaakop
Jualan (murid) : 1. Mazidul bin Haris
2. Linda binti Haris
3. Nurul Amirah bt. Yusri
4. Nurul Jannah bt. Roslan

8.0 BUTIRAN PRODUK DAN JUALAN

Bil Produk Tarikh, Masa & Lokasi Kumpulan Guru Terlibat


Jualan sasaran
1. Penanda buku 19 April 2018 Guru & Murid dan Semua guru,
Tudung saji berhias 8.30 – 12.00 tgh Staf murid dan PPM
Bunga tisu Dataran perhimpunan dan ibu bapa
Layang-layang PPKI PPKI.
Pelangi Frame

9.0 TENTATIF PROGRAM

Lihat Borang BP57

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Lihat Borang BP57, Lampiran 2

4
11.0 SENARAI NAMA GURU DAN MURID

Lihat Borang BP57, Lampiran 3

12.0 PENUTUP

Pelaksanaan Program Hari Usahawan Muda ini diharapkan dapat mewujudkan


persefahaman dan semangat kerja berpasukan di samping memberi pendedahan kepada
murid mengenai kaedah perniagaan sekaligus mengaplikasikan pembelajaran di dalam
kehidupan seharian.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disokong oleh,

………………………………… ……………………………………. ………………………

(SETIAUSAHA PROGRAM) (GPK PENDIDIKAN KHAS) (GURU BESAR)

You might also like