You are on page 1of 4

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

KERTAS KERJA PENUBUHAN MINI STUDIO FOTOGRAFI DAN BILIK PENYIARAN


UKK

1.0 PENGENALAN

Kelab fotografi adalah sebuah kelab yang memberi pendedahan asas kepada pelajar tentang
ilmu fotografi dan kemahiran mengedit gambar. Kelab ini memberi peluang kepada pelajar
untuk menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing dalam bidang fotografi. Bagi
meluaskan lagi pengetahuan pelajar tentang ilmu fotografi dan memaksimumkan bakat yang
sedia ada, Mini Studio Fotografi SMKGS amatlah diperlukan.

2.0 RASIONAL

Mini studio ini perlu diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar SMKGS
mempelajari teknik fotografi di dalam studio dengan lebih berkesan. Selain itu, pelajar dapat
meningkatkan kemahiran dengan mengambil pelajar-pelajar yang mendapat anugerah pada
Hari Anugerah Kecermelangan Kokurikulum,Hari Anugerah Cemerlang Akademik dan Hari
Graduasi pelajar tingkatan 5 dan 6 yang di anjurkan setiap tahun. Secara tidak langsung pihak
sekolah tidak perlu lagi mendapatkan perkhidmatan jurugambar luar yang meletakkan harga
yang tinggi. Secara tidak langsung dapat menjimatkan kos untuk jangka masa yang panjang
dengan menggunakan khidmat pelajar-pelajar kelab fotografi SKMGS.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan tentang ilmu fotografi di dalam studio.


3.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan gambar studio secara
professional.
3.3 Memberi pendedahan tentang penggunaan peralatan-peralatan yang digunakan
di dalam mini studio.
3.4 Memberi pendedahan dan memberi kemahiran dalam bidang ICT
3.5 Mengembangkan bakat, kreativiti dan kebolehan pelajar dalam bidang
fotografi dan mengedit gambar.
3.6 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menghasilkan gambar graduasi
pelajar.

1
4.0 JAWATANKUASA KELAB FOTOGRAFI SMKGS 2014

Pengerusi : Puan Hjh Maimun binti Ahmad ( Pengetua )

Naib Pengerusi : Puan Siti Aida Binti Joned


Cik Azlinawati Binti Nordin
Encik Mohd Zaikham Bin Husin
Puan Normawati Binti Abd. Rasyid

Guru penasihat : En Wan Mohd Zain Bin Wan Omar


En Mohd Syafizee Bin Sa’arani

5.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

BI ANGGARAN KUANTITI
BAHAN JUMLAH
L PERBELANJAAN
LAMPU RM 2650.00 1 RM 2650.00
1 PENCAHAYAAN
MODEL : MV600 DS KIT
2 BACKDROP STAND RM 230.00 2 RM 460.00
BACKDROP CANVAS RM 330.00 1 RM 330.00
3
10’ x 20’
CANVAS WHITE RM 180.00 2 RM 360.00
4
10’ x 20’
5 TRIGGER MASTER RM 110.00 1 RM 110.00
6 CLIP BACKDROP RM 8.00 6 RM 48.00
PASSPORT RM 80.00 1 RM 80.00
7 BACKGROUND
5’ x 7’
BATERI ENELOP RM 120.00 1 RM 120.00
8
SANYO
9 TRIPOD V7 RM 105.00 1 RM 105.00
JUMLAH RM 4263.00

2
6.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya studio mini fotografi ini akan dapat melahirkan pelajar-
pelajar yang kreatif dan inovatif serta berkemahiran dalam bidang fotografi. Sesungguhnya
usaha ini akan membuahkan hasil dengan adanya kerjasama daripada semua pihak secara
menyeluruh.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………..………………………… …………………………………….
(MOHD SYAFIZEE BIN SA’ARANI) (WAN MOHD ZAIN BIN WAN OMAR)
SETIAUSAHA KETUA GURU PENASIHAT
KELAB FOTOGRAFI KELAB FOTOGRAFI
SMKGS SMKGS

Disahkan oleh,

…………………………
(MAIMUN BINTI AHMAD)
PENGETUA
SMK GOMBAK SETIA

3
KERTAS CADANGAN
MINI STUDIO FOTOGRAFI SMKGS

KELAB FOTOGRAFI
SMK GOMBAK SETIA

You might also like