You are on page 1of 1

Aturcara perkhidmatan yang disediakan oleh OS ialah:

(a) Mereka bentuk program (program design) - menyediakan pelbagai kemudahan


dalam perkhidmatan untuk membantu pengaturcara dalam mereka bentuk program.
Ini termasuk dalam tugas-tugas 'utilities'.

(b) Perlaksanaan program (program execution) - sebilangan tugas perlu dilakukan


untuk melaksanakan sesuatu program. Arahan dan data mesti dimasukkan ke dalam
ingatan utama, peranti I/O dan fail perlu 'initialized' dan sumber-sumber (resources)
lain perlu disediakan. Kesemua tugas ini dilakukan oleh OS.

(c) Capaian peranti I/O (I/O device access) - setiap peranti I/O memerlukan set arahan
atau signal kawalan untuk beroperasi. OS menyediakan perincian tugas ini supaya
pengaturcara hanya perlu berfikir untuk membaca dan menulis ke peranti I/O.

(d) Kawalan pencapaian fail (file access control) - kawalan perlu memahami tentang
peranti I/O (disk drive, tape drive), format dan media penyimpanan dalam ingatan
sekunder. Tugas-tugas terperinci disediakan oleh OS. Untuk satu sistem komputer
yang mempunyai ramai pengguna (multi-user computer system) yang cuba
melaksanakan tugas masing-masing secara serentak (concurrent execution), OS
menyediakan mekanisma perlindungan untuk mengawal pencapaian ke sumber yang
dikongsi (shared resources). Sumber yang selalunya dikongsi adalah seperti fail,
pencetak dan CPU.

(e) Kemasukan sistem (system entry) - dalam kes perkongsian sumber (shared
resources), OS mengawal kemasukan aturcara ke dalam sistem secara keseluruhan
serta pengawalan sumber tertentu untuk aturcara pengguna.

You might also like