You are on page 1of 5

SJK ( C ) CHENDERIANG

No 11, JALAN TEMOH, 35300


CHENDERIANG PERAK.

KERTAS KERJA

PEMBANGUNAN

SAHSIAH

(MOTIVASI PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2020)


1.0 PENGENALAN

Program Motivasi Pencegahan Dadah merupakan usaha berterusan dalam penyebaran


maklumat dan meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah di
sekolah. Program ini dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama, iaitu
pengurusan dan kepimpinan, kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Pendedahan hasil
daripada program ini sedikit sebanyak mampu mendidik murid-murid terutamanya di
sekolah rendah sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terjebak
dengan dadah. Ia diharap mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan
pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar,
guru, kakitangan sekolah dan komuniti sekitarnya.

2.0 RASIONAL

“Motivasi Pencegahan Dadah” merupakan satu program bagi pembangunan sahsiah


murid. Program ini adalah satu bentuk pendidikan awal kepada anak-anak murid untuk
menghindarkan diri daripada terlibat dalam penagihan dadah dan terjebak dalam
masalah sosial. Berdasarkan senario semasa, ramai anak muda yang terlibat dalam
penagihan dadah adalah merupakan mereka yang tidak mendapat didikan awal
berkaitan dengan bahayanya penyalahgunaan dadah. Pendedahan awal dalam
pencegahan dadah ini adalah sangat penting memandangkan murid di sekolah rendah
adalah golongan yang paing sesuai. Program ini memberi kesedaran awal kepada anak-
anak murid di sekolah ini berkaitan dengan bahayanya penggunaan dadah. Di samping
itu, ia juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah melalui
perkongsian maklumat dan mesej anti dadah.

3.0 MATLAMAT
i. Mendedahkan murid-murid kepada bahaya penggunaan dadah.
ii. Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang jenis-jenis dadah.

4.0 OBJEKTIF
i. Memberi kesedaran awal kepada murid-murid di sekolah ini berkaitan dengan
bahaya penagihan dadah.
ii. Membantu murid-murid mengenalpasti cara-cara menghindarkan diri daripada
terlibat dalam penagihan dadah.
iii.Memberi pengalaman menarik kepada pelajar melakukan hands-on
experiment di dalam rumah masing-masing melalui aktiviti yang dijalankan.
iv. Membantu murid menjana budaya tingkah laku positif serta meneladani nilai
murni.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : 10 Ogos 2020 Hingga 14 Ogos 2020
Masa : Waktu Pendidikan Moral setiap kelas
Tempat : Kelas Masing-Masing

6.0 KUMPULAN SASARAN


i) Guru Pendidikan Moral : 6 orang
ii) Murid : 74 orang
Jumlah : 80 orang

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Wong Mei Leng (Guru Besar)

Naib Pengerusi : i. Pn. Foo Yoke Foung (PK Pentadbiran)

ii. Pn. Lai Mun Yee (PK HEM)

iii. En. Chai San Fatt (PKKK)


Setiausaha : Pn. Cheng Hsiou Mei(Ketua Program Pembagunan

Sahsiah)
Ahli : Semua Guru Pendidikan Moral

8.0 TENTATIF PROGRAM


Tarikh/Hari Masa Aktiviti Penerangan

- Guru Pendidikan Moral


10/8/2020 Waktu memberi ceramah
Ceramah
- Pendidikan pencegahan dadah di kelas
Pencegahan
13/8/2020 Moral Setiap masing-masing semasa
Dadah
Kelas waktu Pendidikan Moral.

- Murid-murid menjawab
soalan kuiz pencegahan
dadah di kelas masing-
Waktu
masing.
14/8/2020 Pendidikan Kuiz Pencegahan
Moral Setiap Dadah - Kuiz dalam bentuk soalan
Kelas objektif.
- 5 pemenang dipilih daripada
setiap kelas.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Harga /Unit Jumlah Sumber
Kewangan
1 Hadiah Murid RM8 x 6 RM 48.00 BKK
Johan
2 Hadiah Murid Naib RM6 x 6 RM 36.00 BKK
Johan
3 Hadiah Murid RM5 x 6 RM 30.00 BKK
Tempat Ketiga
4 Hadiah Murid RM3 x 6 RM 18.00 BKK
Tempat Keempat
5 Hadiah Murid RM3 x 6 RM 18.00 BKK
Tempat Kelima
6 Kertas A4 RM10 x 1 RM 10.00 BKK
Jumlah
RM 160.00
Keseluruhan

10.0 Penutup
Diharapkan Motivasi Pencegahan Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti pembangunan
sahsiah seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari
semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha
murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya
kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________ _____________________
(CHENG HSIOU MEI) (FOO YOKE FOUNG)
Ketua Panitia Program Pembagunan Penolong Kanan Pentadbiran
Sahsiah

Disahkan oleh ,

___________________
(WONG MEI LENG)
Guru Besar

You might also like