You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PROGRAM PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH

PERINGKAT SK HIJRAH BADONG, DARO

1. PENDAHULUAN

Penagihan najis dadah merupakan suatu penyakit kronik yang boleh


menghancurkan kehidupan sekaligus membawa kemusnahan kepada individu,
masyarakat dan negara. Semua pihak digesa memainkan peranan secara
bersungguh- sungguh dalam memerangi gejala ini daripada terus berleluasa dan
bermaharajalela. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah seluruh negara.
Golongan murid di bangku sekolah merupakan aset dan sumber tenaga manusia
terpenting yang perlu dibangunkan untuk kepentingan pembangunan negara di
masa hadapan. Kempen anti dadah yang bakal dijalankan nanti diharapkan dapat
dijadikan sebagai wadah dan penunjuk jalan ke arah pembentukan insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang sekaligus merealisasikan hasrat dan impian
kerajaan.

2. MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah ialah untuk memberi


pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan
dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah
dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah . Pencegahan awal adalah
bertujuan untuk melindungi pelajar daripada terlibat dengan dadah sejak awal lagi.
Untuk mencapai matlamat ini, seseorang pelajar perlu mempunyai pengetahuan
tentang keburukan najis dadah, mempunyai ketahanan diri yang tinggi, sikap yang
positif, mengamalkan nilai-nilai keagamaan, moral, budaya dan sosial yang murni.
Pelajar perlu sedar bahawa dadah adalah penghalang utama ke arah pencapaian
cita-cita. Mencegah dadah adalah tanggungjawab dan amanat serta merupakan
ibadah.

3. OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar dari semua peringkat


umur mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

2. Memperkukuhkan pengetahuan pelajar mengenai jenis-jenis dadah dan bahaya


dadah.

3. Menanam sifat benci kepada dadah di dalam diri pelajar

4. Mencungkil dan menyuburkan bakat di kalangan pelajar ke arah perkembangan


yang positif dan membina.

5. Menjauhkan pelajar daripada mengambil dadah dan menentang tabiat


menggunakan dadah.

6. Menggalakkan lagi penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran dan


pendidikan pencegahan dadah melalui kegiatan dan aktiviti luar darjah.
4. PERLAKSANAAN

Tarikh : 07hb- 09hb Mei 2024

Hari : Selasa - Khamis

Masa : Rujuk jadual

Tempat : Kelas dan Ruang Legar

Perasmi : Guru Besar SK Hijrah Badong

5. SASARAN

Semua murid SK Hijrah Badong, Daro

You might also like