You are on page 1of 1

Pendahuluan

Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan

usaha berterusan dalam penyebaran maklumat dan meningkatkan

kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah di sekolah.

Pendedahan hasil daripada program ini sedikit sebanyak mampu

mendidik murid-murid terutamanya di sekolah rendah sebagai

langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terjebak

dengan dadah.

Ia diharap mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan

pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran pendidikan pencegahan

dadah kepada pelajar, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa,

penjaga dan komuniti sekitarnya.

b) Objektif

1.1. Diwujudkan sebagai wadah dan sudut pengajaran dan

pembelajaran merentasi kurikulum

1.2. Membantu murid menjana budaya tingkah laku positif

serta meneladani nilai-nilai murni.

1.3. Memberi pendedahan tentang maklumat penyalahgunaan

dadah dan perkara yang berkaitan dengannya.

c) Rasional

Sejajar dengan itu, kewujudan sudut khas untuk program

sebegini menjadi keperluan sebagai pusat informasi dan

rujukan sampingan yang memastikan momentum penyebarannya

berkekalan setiap masa. Memandangkan kekangan bagi

menyediakan bilik khas, lokasi yang sedia ada terletak di

laluan ke kantin dan ruang legar. Ianya difikirkan sesuai

kerana menjadi tumpuan murid untuk pelbagai aktiviti sama

ada untuk laluan ke kantin, berkumpul, kelas seni

mempertahankan diri dan sebagainya.

You might also like