You are on page 1of 2

LALUAN DAN SUDUT PPDa

Laluan dan Sudut PPDa adalah merupakan pusat sehenti yang menyediakan maklumat
lengkap PPDa kepada murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Maklumat
dan bahan berkaitan PPDa dalam pelbagai medium boleh meningkatkan pengetahuan murid
khususnya tentang bahaya penyalahgunaan dadah, substan/bahan terlarang dan
pelencongan sosial. Semua maklumat yang mempunyai hubung kait dengan masalah
penggunaan dadah boleh dimuatkan bagi menambah nilai maklumat yang sedia ada.
Laluan dan sudut PPDa adalah merupakan pusat sehenti seperti laluan dan papan
berinformasi di bilik darjah atau sudut strategik di sekolah yang menyediakan maklumat
lengkap PPDa kepada murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Maklumat
dan bahan berkaitan PPDa dalam pelbagai medium boleh meningkatkan pengetahuan murid
khususnya tentang bahaya penyalahgunaan dadah substan/bahan terlarang dan
pelencongan sosial. Semua maklumat yang mempunyai hubung kait dengan masalah
penggunaan dadah boleh dimuatkan bagi menambah nilai maklumat yang sedia ada.

a) Rasional
• Sekolah merupakan institusi terbaik bagi memberikan pendidikan
pencegahan awalan kepada murid-murid.
• Pendekatan interaktif yang bersifat jangka panjang, memberi kesan dan
kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan
dadah, substan/bahan terlarang dan pelencongan sosial.
• Laluan dan sudut PPDa boleh menjadi tempat penyebaran maklumat terkini
berkaitan penyalahgunaan dadah, substan/bahan terlarang dan pelencongan
sosial oleh pihak sekolah secara sistematik, interktif dan efektif di samping
dapat diakses dengan mudah oleh murid-murid, guru-gurudan
masyarakat sekitarnya.
b) Objektif
• Menyediakan pusat sehenti untuk meningkatkan motivasi berkaitan PPDa.
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PPDa dalam kalangan murid
secara lebih sistematik dan berkesan.
• Menyediakan ruang sebagai informasi Jawatankuasa PPDa dan memberi
peluang kepada murid-murid mempamerkan kreativiti dalam
penyebaran maklumat tentang bahaya penyalahgunaan dadah, substan/bahan
terlarang dan pelencongan sosial secara holistik.
c) Kumpulan Sasar
• Murid sekolah rendah dan sekolah menengah
• Guru-guru dan kakitangan sekolah
• Ibu bapa
• Komuniti setempat
• Pekerja swasta sekolah
• Agensi , NGO/ swasta
d) Kaedah Pelaksanaan
• Pembentukan Jawatankuasa PPDa
• Mesyuarat Jawatankuasa
• Perancangan aktiviti
• Penyediaan laluan dan sudut PPDa
• Jadual penggunaan laluan dan sudut PPDa
• Dokumentasi / Penghargaan
e) Personalia
• Pentadbir
• Setiausaha PPDa
• Guru dan kakitangan sekolah
• Guru Bimbingan dan Kaunseling
• Penolong Pengarah HEM / Penolong PPD (HEM)
• AADK/ PDRM/ JKN/ JKM
• Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
• Agensi berkaitan dan NGO/ swasta

You might also like