You are on page 1of 4

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

TUGASAN 1

NAMA KURSUS: DT50802 KAEDAH PENGAJARAN ABAD


KE-21

TAHUN & SEMESTER: 2022 & SEMESTER 1 SESI 2022/2023

NAMA PENSYARAH: DR. CRISPINA GREGORY K HAN

Bil Nama Pelajar No. Matrik Pelajar Tanda Tangan


1.
MOHD ADLIEZAN BIN PP2212009T
ROSMAN
Pengenalan

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari


maklumat tertentuyang diperlukan oleh seseorang. Ianya merangkumi kebolehan
mencari dan memperolehimaklumat dalam apa jua format samada melalui bahan
bercetak atau secara elektronik sertamengggunakan maklumat tersebut secara aktif.
Pada masa kini, dalam semua jenis institusi pendidikan, kurikulum telah disatukan
dengan pembelajaran dalam talian untuk memenuhi permintaan maklumat dan
pengetahuan. Sistem capaian maklumat dalam talian kini boleh didapati di
perpustakaan moden termasuk katalog dalam talian, sistem rangkaian perkongsian
sumber perpustakaan, CD-ROM dan pencarian talian untuk pangkalan data rangkaian.
Pelajar digalakkan mempunyai kemahiran maklumat sebagai keupayaan untuk
mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan
penyelesaian masalah secara efektif. Tedapat banyak jenis sumber maklumat yang
boleh digunakan oleh pihak sekolah. Antaranya ialah bahan bercetak seperti risalah,
buku, surat khabar, majalah, peta dan poster. Bahan yang tidak bercetak pula
terbahagi kepada dua sumber iatitu sumber elektronik dan sumber media. Antara
contoh sumber elektronik adalah seperti pangkalan data, Internet dan media
sosial.manakala bagi sumber media adalah seperti CD ROM, Filem dan VCD/DVD.
Selain itu, sumber maklumat lain yang boleh dipakai oleh pihak sekolah adalah
seperti temuramah, pemerhatian,lisan dan penceritaan. Oleh hal sedemikian, jenis
sumber maklumat ini mempunyai hubungkait dengan elemen-elemen literasi
maklumat yang dapat diimplementasikan dalam sekolah. Terdapat lima teras elemen
literasi maklumat antaranya iaitu elemen kemahiran perpustakaan, kemahiran
berfikir dengan kritis dan kreatif, kemahiran belajar, kemahiran berkomunikasi atau
meyanmpaikan maklumat dan kemahiran teknologi maklumat (ICT). Melalui elemen
ini, program dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat tercapai anataranya
seperti prgoram nilam dan MBMMBI serta kaedah pengajaran dan pembelajaran
berasakan sumber.

Program Nilam

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi
pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan
yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif
sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan
murid. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah
melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah
melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Objektif
Program Nilam antaranya, Menjadikan murid banyak membaca, menggalakkan
sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
Selain itu melalui program Nilam juga murid akan lebih membaca dan merekod
bahan bacaan serta murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap
kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat,
penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku
rekod.

1
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber

Pembelajaran berasaskan sumber meliputi penggunakan keseluruhan deria iaitu


mendengar, melihat, merasa, menyentuh dan mengaplikasikan teori dalam situasi
sebenar iaitu (praktikal). Ianya sangat berfaedah dan dapat menyelesaikan masalah
secara praktis, pelajar dapat bergerak maju mengikut kebolahan masing-masing,
penglibatan pelajar secara aktikdalam pembelajaran, guru menggunakan
"instructional methodology" yang pelbagai untuk mempertingkan proses pengajaran
dan pembelajaran serta peluang mewujudkan situasi pembelajaran untuk individu
atau kumpulan keci.l Pembelajaran berasaskan sumber melibatkan penyertaan yang
aktif dengan penggunaanpelbagai sumber iaitu jurnal, suratkhabar, multi-media,
laman web, komuniti dan masyarakat. Pelajar digalakkan untuk mendapatkan
maklumat secara aktif dari pelbagai sumber. Pembelajaran berasaskan sumber
berpusatkan kepada pelajar dan dilakukan di tempat yang menggalakkan pelajar
untuk mendapatkan maklumat secara kendiri. Kejayaan pembelajaran berasaskan
sumber banyak bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatka
nmaklumat dengan tepat. Sejauh mana maklumat yang dicari dapat menyelesaikan
masalahyang dihadapi oleh pelajar sejauh itu proses pembelajaran berasaskan
sumber dapatmembantu pelajar. strategi pemusatan sumber pelajaran ialah kaedah
audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video yang
melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak. Sesetengah strategi pengajaran
berpusatkan murid seperti penggunaan kaedah inkuiri-penemuan, kaedah
penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaanradas dan
bahan-bahan pembelajaran yang lain. Oleh itu, bahan-bahan pengajaran perlu
disesuaikan supaya berkaitan dengan objektif pembelajaran , berfaedah dan dapat
diaplikasikan oleh pelajar apabila pelajar menguasainya. Dalam pengajaran sesuatu
topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidakdapat dihurai dengan
perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkandengan contoh-contoh
tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali. Bahan-
bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjahseperti siaran langsung
atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui sesuatudengan lebih jelas.
Contohn sumber pendidikan digital antaranya Laman web. Bahan sumber dimuatkan
dalam pelayan (server) dan disusun mengikut indeks. Bahan ini boleh dimuat turun
dengan menggunakan enjin carian maklumat seperti Google, Yahoo, Bing dan
sebagainya. Seterusnya, Portal. Portal ialah pusat sehenti (one-stop centre) yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat khusus contohnya berkaitan pendidikan,
ekonomi, alam sekitar, perkhidmatan seperti berita, forum, dan sebagainya. Portal
atau gerbang pendidikan merupakan trend pendidikan terkini yang seharusnya
dimanfaatkan oleh semua pihak. Disamping itu, pembelajaran dalam talian.
Pembelajaran Dalam talian (Online learning) merupakan kaedah pembelajaran yang
membolehkan pengguna untuk belajar di mana-mana pada bila-bila masa melalui
komputer dan Internet. Selain itu, Persekitaran Pembelajaran Maya Virtual Learning
Environment (VLE). Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) atau platform
pembelajaran ialah sistem e-pembelajaran berasaskan web yang menyediakan akses
kepada bilik darjah, kandungan PdP, pentaksiran, tugasan, sumber pendidikan dan
pautan pendidikan, secara maya. VLE juga menyediakan ruang sosial yang
digunakan oleh guru dan murid berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama
lain. Selain daripada pembelajaran secara jarak jauh, VLE boleh diintegrasikan dalam
persekitaran pebelajaran secara fizikal yang selalunya dirujuk sebagai pembelajaran
meluas.

2
Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMMBI)

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada


tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan
manakalaMemperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan
penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa
komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Antara strategi
memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris ialah yang
pertama melalui pendekatan Modular kurikulum. Penguasaan asas kemahiran
berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan
holistik menerusi modul pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Didik Hibur
menerusi Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa
inggeris akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui
pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa
dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan
pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Modul Language Arts
menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. Pengajaran dan pembelajaran
bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants,
choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik
seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan
Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris
pelbagai genre. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum
penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong
pengajaran dan pembelajran Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau
bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa
Malaysia itu sendiri. Disamping itu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran juga antara strategi memartabatkan Bahasia Malaysia
dan Bahasa Inggeris. Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, laman
sembang laman web dapat menyediakan Pengajaran dan pembelajaran yang bersifat
interaktif serta nenghiburkan dan Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan
perkakasan dan perisian supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa.
Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai.Satu portal akan diwujudkan
untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat
bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk
berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia. Disamping
itu, Program Bacaan seperti program bacaan seperti Komponen Sastera dalam
Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur
dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya
pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.

Rujukan

Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia. (2019). Panduan Literasi Media
dan Maklumat. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Majlis Amanah Rakyat (MARA). (2016). Modul Literasi Maklumat Berasaskan
schoolwide Enrichment Model . Kuala Lumpur: MARA Knowledge Centre,
Bahagian Teknologi Kreatif dan Multimedia

You might also like