You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING 2

JALAN ANGGERIK DORITIS 41/153


40460 SHAH ALAM SELANGOR

KERTAS KERJA

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA


ANAK YATIM DAN MISKIN

Tarikh : 7 Jun 2018 / 22 Ramadhan 1439H


Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2

Anjuran:
PANITIA AGAMA ISLAM DENGAN KERJASAMA
BADAN KEBAJIKAN GURU DAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
(PIBG) SK BUKIT KEMUNING 2

1
PENGENALAN

Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia yang menjadi penghulu
segala bulan di mana amalan yang dilakukan pada bulan ini mendapat ganjaran pahala yang berlipat
ganda. Bersempena dengan bulan yang mulia ini, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan
Kebajikan Guru & Kakitangan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 akan mengadakan Majlis
Berbuka Puasa bersama murid-murid fakir miskin dan anak yatim. Majlis ini pertama kali diadakan
secara besar-besaran pada tahun ini.

OBJEKTIF

1. Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa.


2. Menggalakkan amalan bersedekah di kalangan murid dan guru.
3. Mengeratkan silaturrahim antara pelajar dengan guru-guru dan kakitangan SK Bukit
Kemuning 2.
4. Melakukan amalan-amalan sunat di bulan Ramadhan.

SASARAN

1. Semua guru dan kakitangan sekolah

2. Murid-murid Tahun 4,5 dan 6

3. Murid anak yatim dan miskin tahun 1 hingga 6

ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru serta Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) SK Bukit Kemuning 2

PELAKSANAAN

Tarikh : 7 Jun 2018

Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2

2
JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn Hjh. Huzaimah Bt Mohktar


(Guru Besar )

Pengerusi : Pn Zurina bt Dasuki


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Tim. Pengerusi : Pn Jamaliah Bt Razlan


(Penolong Kanan Pentadbiran )

: Pn Nor Haini Bt Dalimi


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

: Pn Nor Hasmah bt Md Isa


(Penolong Kanan Petang)

Ketua Panitia : Pn Asma‘ Binti Che Hassin

Setiausaha : Pn. Norsyuhada binti Mustaffa

AJK : Semua guru SKBK 2


AJK PIBG (AJK ibu bapa)

3
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI PERBELANJAAN JUMLAH

1. Majlis berbuka puasa Murid Tahun 4, 5 dan 6


(makanan) *termasuk anak yatim dan miskin

200 orang x RM5.00

Ibu bapa pelajar RM 2500.00

200 orang x RM5.00

Guru dan kakitangan

100 orang x RM5.00

2. Sumbangan Hari Raya kepada anak yatim


(a) Duit Raya 42 orang x RM50.00 RM 2100.00
(b) Baju Raya (sepasang) 42 orang x RM100.00 RM 4200.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 8800.00

Ringgit Malaysia Lapan Ribu Lapan Ratus sahaja

4
PENUTUP

Semoga majlis ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Sumbangan dan kerjasama daripada
semua pihak amatlah diharapkan bagi menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan segala usaha murni
ini diredhai Allah S.W.T dan dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan murid dan warga SK
Bukit Kemuning 2.

Disediakan oleh , Disemak oleh,

…………………………………………….. ………………………………………
( PN NORSYUHADA BT MUSTAFFA) (PN ASMA BT CHE HASSIN)
Setiausaha Majlis Berbuka Puasa Ketua Panitia Pen. islam
Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning2

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

…………………………………………………. ...............................................
(PN. ZURINA BT DASUKI) (PN HJH. HUZAIMAH BT MOKHTAR)
GPK Kokurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2

You might also like