You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA KELAB BOLA JARING 2020

TARIKH: 7 JANUARI 2020


MASA: 1:00 – 2:00 PETANG
TEMPAT: KELAS 6 BESTARI, SK FELDA PASOH2
KEHADIRAN: SEMUA AHLI KELAB BOLA JARING
TURUT HADIR: 1. PN.NOORASHIKIN BT MAAMIN
2. PN NORHAZIAH BT MOHD NOR
3. PN JUNAIDAH BT ABDUL MANAP
4. PN SITI NUR’AIN BT ANUAR

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan
mengalu-alukan kehadiran guru penasihat dan murid-murid.
1.2 Beliau memperkenalkan guru-guru penasihat kelab yang akan sama-sama
membantu dalam melaksanakan aktiviti kelab dan kerjasama murid-murid
diharapkan agar dapat melicinkan perjalanan aktiviti yang dirancang.
1.3 Diminta kepada murid-murid agar dapat hadir pada setiap kali perjumpaan pada
masa datang.

Tindakan: Guru penasihat dan ahli

2. Perlantikan Jawatankuasa Murid


2.1 Mesyuarat bersetuju dengan perlantikan jawatankuasa murid seperti berikut:
Pengerusi: NUR BATRISYA UMAIRAH BT MOHD AZLAN
Naib Pengerusi:NUR DANIA FASIHAH BT MOHD FAIZAL
Setiausaha:NUR DAMIA QASEH BT ABD KADIR
AJK: THN 6: NUR FARRAH QISTINA BT MOHD FAIZAL
THN 5 : NOR IRAWANI SHAHIRA BT OTHMAN ADLI
THN 4 : NUR NASUHA BT AZIZUL
2.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada barisan murid yang dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa dan berharap agar mereka dapat menjalankan tugas dengan sebaik-
baiknya sepanjang tahun ini.
Tindakan: Guru Penasihat dan semua ahli
3. Hal-hal lain
3.1 Pengerusi berharap kelab bola jaring dapat menjalankan aktiviti seperti yang
dirancang dengan sempurna dan mendaat kerjasama sepenuhnya daripada semua
ahli.
3.2 Pengerusi juga mengingatkan semua ahli mesti menjaga kesihatan dengan hadir ke
sekolah setiap hari agar menjadi contoh kepada murid-murid yang lain.
3.3 Pengerusi juga menasihati murid bersarapan pagi sebelum ke sekolah agar
bertenaga untuk memulakan pembelajaran sepanjang hari.

Tindakan: Guru Penasihat dan semua ahli

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________ ___________________
(NUR DAMIA QASEH BT ABD KADIR) (PN NOORASHIKIN BT MAAMIN)
SETIAUSAHA KELAB BOLA JARING KETUA PENASIHAT KELAB BOLA JARING

You might also like