You are on page 1of 1

FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH SM Sains Sultan Iskandar

BAHAN BUKAN BUKU - BAHAGIAN II

 Cara mengkatalogkan bahan bukan buku adalah lebih kurang sama dengan bahan buku, hanya terdapat
perbezaan dari segi maklumat mengenai huraian fizikal bahan itu.
 Kad Entri Utama baginya ialah Kad Judul dan nota atau keterangan mengenai isi kandungan bahan adalah
penting dan perlu disebutkan dalam kad.
 Kad Katalog bagi bahan bukan buku adalah kad berwarna. Kad-kad ini adalah disusun bersama-sama dengan
kad-kad pengarang dan kad judul untuk bahan buku.

JENIS MAKLUMAT

 Untuk Pusat Sumber Sekolah ini dicadangkan Kad Entri Utama ialah Kad Judul. Maklumat yang perlu
diisikan ialah;

1. Nombor panggilan
2. Tanda letak
3. Judul
4. Nama penerbit, tarikh terbitan (jika diketahui)
5. Huraian fizikal bahan
6. Nota - termasuk isi dan kesesuaiannya serta bahan yang disertakan
7. Terasing

 Maklumat yang diperlukan untuk penghurai fizikal bahan-bahan ialah seperti berikut;

 Bahan-bahan pandang

1. Peta
2. Carta
3. Gambar
4. Kad Imbasan
5. Filem Bisu
6. Tranperansi OHP
7. Filem Jalur
8. Slaid
9. Kad Lembaran Kerja Jurnlah; h.p. atau bwn; saiz

 Bahan-bahan Audio

1. Piring Hitam
2. Kaset
3. Pita ril (Open reel)

 Bahan Pandang Dengar

1. Filem Suara
2. Pita/Slaid
3. Pita Filem Jalur
4. Pita Kad Audio
5. Pita Video
6. Kit
7. Bahan 3D
8. Model
9. Permainan
10. Glob

You might also like