You are on page 1of 48

Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 1

TALQIN
DAN 100 BUAH KITAB
MENOLAK FAHAMAN
WAHABI
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 2

Tajuk

Talqin dan 100 Buah Kitab Menolah Fahaman Wahabi

Disusun oleh
Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari

Cetakan Pertama: 2008M /1429H


Cetakan Kedua: 2009M / 1430H
Cetakan Ketiga: 2010M / 1431H

Hakcipta terpelihara.

ISBN 978-983-3343-36-2

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi


kandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara
sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihak
penerbit iaitu
Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah
Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Disemak dan ditashih oleh:


Lujnah Penyemakan dan Pentashih Penerbitan Agama Johor
Diketuai oleh:
Sohibus Samahah Y.B. Dato’ Haji Nooh bin Gadot,
Mufti Negeri Johor.

Diterbitkan oleh:
Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah,
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Pusat Islam Iskandar Johor
Jalan Masjid Abu Bakar
80990 Johor Bahru

Dicetak oleh:
Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 3

TALQIN
DAN 100 BUAH KITAB
MENOLAK FAHAMAN
WAHABI

Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari


Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 4

Intisari Kandungan Hal

Pertama

 Talqin si mati - Mukadimah 5


 Dalil keharusan talqin 6
 - Abi Umamah -
 - Imam Al-Suyuthi 11
 Kesimpulan 24

Kedua

 Kitab-kitab karangan ulama yang 26


menyanggah fahaman Wahabi –
Mukadimah
 Nama kitab dan pengarang 27
 Kesimpulan 47
 Rujukan 48


Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 5

Pertama



TALQIN

Mukadimah

Talqin mengikut bahasa Arab ialah Tafhim. Mengikut Kamus Al-


Muhit: (4/268) maknanya memberi faham. Mengikut Kamus Al-
Marbawi: (225) pula maknanya mengajar dan memberi ingat.
Manakala mengikut Kamus Cemerlang, Arab Melayu – Melayu
Arab, Abd. Bin Nuh & Oemar Bakri: (308) maknanya mendidik dan
mengajar. Di dalam Al-Munjid maknanya lebih luas lagi, iaitu
memberi faham dan memberi ingat secara mulut dengan
berhadapan satu sama lain.

Erti Talqin menurut kitab-kitab fiqah: 


Pertama:  Mengajar orang yang hampir mati dengan kalimah
tauhid, (). 
Kedua:  Mengingatkan orang yang sudah mati yang baru
sahaja dikebumikan mengenai beberapa perkara
penting untuk menghadapi malaikat Munkar Nakir yang
akan datang menyoalnya apabila orang-orang yang
menghantarnya ke kubur (kubur) berangkat balik
meninggalkan tanah perkuburan. 1

1
(Al-Dalail Al-Muniqah fi Bayan Adillati Al-Masail Al-Khilafiyah: 34).
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 6

Mentalqin si mati dihukumkan bid’ah oleh golongan yang


dikenali sebagai 'Kaum Muda' pada tahun 50-an di Semenanjung
Tanah Melayu. Fahaman ini disebarkan semula oleh golongan
Wahhabi yang kini mempunyai berbagai nama antaranya
mendakwa sebagai "Itba' Al-Sunnah", Salafiyyah dan juga Ahlu
Al-Sunnah wa Al-Jamaah.

Dakwaan mentalqinkan si mati itu bid'ah adalah


berasaskan kononnya ia tidak ada nas mengenainya di dalam Al-
Quran dan Hadis. Nas yang ada hanya menjelaskan bahawa si
mati tidak mendengar sesuatu (percakapan) daripada orang yang
masih hidup, maka tidak ada faedahnya kita mengajar orang yang
telah mati, seolah-olahnya kita mengajar kayu dan batu yang
hanya dilakukan oleh orang yang nyanyuk tiada akal.2

DALIL MENGENAI TALQIN

Walaupun golongan Wahhabi menolak amalan tersebut,


membaca Talqin kepada si mati adalah digalakkan oleh para
ulama salaf (sebelum tahun 300 hijrah) dan ulama khalaf (selepas
tahun 300 Hijrah). Rasulullah SAW pernah bersabda yang ertinya:
Ulama adalah pewaris para nabi, lantaran itulah kita bepegang
teguh kepada pendapat ulama berdasarkan saranan Nabi SAW
tersebut.

Antara hujah mengenai Talqin seperti berikut:

1. Abu Umamah r.a.

Al-Thobarani melaporkan dalam Al-Mu'jam Al-Kabir berkata:

2
(Minhaj Al-Salimin fi Toriqati Al-Mutaqaddimin, tahun 1381H: 7).
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 7

Ertinya: Daripada Said ibn Abdullah Al-Audi berkata: Aku lihat Abu
Umamah ketika beliau dalam naza' terakhir berkata: Andainya aku
meninggal dunia buatkanlah kepadaku sebagaimana yang
diperintahkan oleh Rasulullah SAW. kepada si mati dari kalangan
kita. Rasulullah SAW. menyuruh kita dengan sabdanya: Apabila
ada di antara kamu yang meninggal dunia maka hendaklah
diratakan tanah di atas kuburnya, kemudian salah seorang
daripada kamu berdiri di tepi bahagian kepalanya (mengadap ke
mukanya) dan katakan: Wahai pulan ibn pulanah, sesungguhnya
dia mendengar cuma tidak boleh menjawab. Kemudian katakan:
Wahai pulan ibn pulanah ketika itu ia pun duduk, kemudian
katakan wahai pulan ibn pulanah, lalu si mati berkata: Berilah
bimibngan dan ingatan kepada kami mudah-mudahan engkau
(yang bertalqin) dirahmati oleh Allah, tetapi kamu semua (para
hadirin) tidak menyedarinya, lantaran itu katakanlah kepadanya:
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 8

Maka pentalqin mengingatkan si mati apa yang dibawa balik dari


dunia ini, janaganlah kamu lupa ikatan janji taat setiamu yang ada
semasa kamu meninggalkan kami waktu menuju ke alam akhirat
iaitu mengucap syahadah; Dan engkau reda Allah itu sebagai
Tuhanmu, Islam sebagai agamamu, Nabi Muhammad itu sebagai
nabi dan Rasulmu, Al-Quran itu sebagai pedoman dan ikutanmu,
malaikat Munkar dan Nakir setelah mendengar si mati telah
dilakqinkan, maka kedua-duanya pun meninggalkan si mati
tersebut. Lalu seorang lelaki bertanya kepada Baginda: Wahai
Rasulullah, sekiranya tidak diketahui nama ibu si mati bagaimana
keadaannya? Sabdanya: Nasabkan kepada Hawa'.3

Hadis di atas diulas seperti berikut:

1. Hadis ini dikenali dengan hadis Abu Umamah,


kerana beliau yang mendengar Nabi SAW bersabda
demikian. Orang yang meriwayatkan hadis ini ialah Imam
Al-Thobarani dan Imam Ahmad ibn Hanbal. Seramai 23
orang. Di antaranya termasuklah Imam Al-Thobarani,
bukannya Imam Al-Bukhari dan Muslim sahaja seperti
sangkaan setengah orang.

2. Hadis inilah yang menjadi hujah ulama fiqah yang


masyhur di dalam mazhab Syafie dalam amalan Talqin: Di
antaranya seperti berikut:
1) Imam Al-Ramli di dalam kitab Al-Nihayah
(3/40).
2) Imam Al-Nawawi di dalam kitab Al-Majmu'
(7/304).
3) Al-Syeikh Muhammad Syarbini Al-Khatib di
dalam kitab Mughni Al-Muhtaj (1/367).

3
Diriwayatkan oleh Al-Thobarani dalam Al-Kabir: (7979). Al-Haithami dalam Al-Majma’
(4248). Ibn Hajar dalam Al-Talkhis Al-Habir (242-243) mengatakan sanadnya baik dan
diperkuatkan lagi oleh Al-Dhiya’ dalam kitab Al-Ahkam dan pendapat ini dinukil oleh
Al-Hafiz Ibn Hajar daripada Imam Al-Nawawi dalam Al-Majmu’ (5/243). Al-Mausu’ah
Al-Yusufiyah : hal. 310-311 dan 623.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 9

4) Al-Syeikh Al-Ardabili di dalam kitab Al-


Anwar (1/367).
5) Zainal Abidin Al-Malibari di dalam kitab Fath
Al-Mu'in hal. 48.
6) Al-Syeikh Syihabuddin Al-Qalyubi di dalam
kitab Al-Qalyubi (1/353).
7) Al-Syeikh Al-Syeid Al-Bakri Syatho di dalam
kitab I'anah Al-Tolibin (2/140).
8) Al-Syeikh Abdul Majid Al-Syarwani dalam
kitab Tuhfah Al-Muhtaj (3/207)
9) Al-Syeikh Mansur Ali Nasif seorang ulama
Al-Azhar Al-Syarif di dalam kitab Al-Taj Al-
Jami' li Al-Usul (1/415); dan lain-lain lagi.

3. Di dalam hadis ini ternyata bahawa Nabi SAW


menyuruh mentalqinkan si mati, yakni mengingatkan si
mati yang telah dikebumikan, sedang perkara yang
diingatkan itu amat penting; iaitu berkenaan dengan iktiqad
tentang ketuhanan dan kenabian, agama, Al-Quran,
Ka'bah dan lain-lain lagi. Faedahnya ialah untuk
membantu melancarkan jawapan si mati semasa
menghadapi dua malaikat Munkar dan Nakir yang akan
datang menyoalnya.

4. Di dalam hadis ini disebutkan ketika menyeru si


mati itu wahai fulan ibn fulanah, ini adalah sebagai contoh
sahaja. Kalau yang ditalqinkan itu si mati yang betul-betul
mempunyai nama, maka hendaklah diseru namanya yang
sebenar dan nama ibunya, umpamanya anak Aspiah
misalnya, maka diseru wahai Zainuddin bin Aspiah
sebanyak dua atau tiga kali mengikut fatwa Al-Syeikh
Mansur sebagaimana di dalam kitabnya Al-Taj.

5. Menurut hadis Abu Umamah ini, si mati yang


ditalqinkan itu tidak jadi disoal oleh Munkar dan Nakir,
kerana si mati telah ditalqinkan.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 10

6. Hanya sanad hadis ini terdapat sedikit kelemahan,


kerana salah seorang daripada perawi hadis ini yang
bernama 'Asim ibn Abdullah yang dikatakan oleh Ibn
Huzaimah, beliau ini hafalanya kurang sedikit.
Sungguhpun demikian kata Sya'rani di dalam kitab Mizan
Al-I'tidal (2/354) ( ) ia tidak mencacat celakan
hadis tersebut. 4

2. Sebagai menyokong hadis Abi Umamah terdapat hadis:

Ertinya: Daripada Syamamah Al-Mahri berkata: Kami hadir


bersama Amru Ibn Al-'As ketika beliau hampir meninggal dunia, ia
berkata: Apabila aku sudah meninggal dunia, janganlah yang
mengiringi jenazahku itu perempuan yang meratap dan menangis
serta membawa api. Maka apabila kamu telah mengkebumikan
aku, kemudian kamu ratakan tanah dengan sempurna, selepas itu
berhentilah kamu di sekeliling kuburku sekadar masa sembelihan
kibasy dan membahagi-bahagikan dagingnya hingga aku dapat
bersama-sama kamu dan supaya dapat aku meneliti jawapan
utusan Tuhanku. 5

Kenapa kita mempertahankan Talqin berdasarkan hadis Abu


Umamah ini, kerana beberapa sebab, antaranya:

4
Al-Dalail Al-Miniqah fi Bayan Adillati Al-Masail Al-Khilafiyah: 38-39.
5
Syarah Muslim (3/139).
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 11

i. Soal Talqin adalah semata-mata Fadhail A’mal iaitu


amalan sunat. Imam Al-Ghazali yang mendapat gelaran Hujjatul
Islam, beliau terkenal di kalangan ulama-ulama Islam sedang
beliau memakai hadis dhaif untuk Fadhail A’mal dalam kitab-
kitabnya seperti Ihya’ Ulum Al-Din, Minhaj Al-Abidin dan lain-lain
lagi.

ii. Hadis ini matannya banyak mendapat sokongan daripada


hadis-hadis yang sahih, bahkan dari ayat Al-Quran juga. Ini bererti
ia terjalin menjadi satu dengan hadis-hadis yang sahih. Lantaran
itu darjatnya naik kepada hadis hasan lighairihi (baik dengan
sebab yang lain) maka tidak dihukum dhaif lagi. Perkara
seumpama ini telah dilakukan oleh ulama Al-Syafi’e sejak dahulu
hingga sekarang. (Al-Dalail Al-Muniqah:40). Antara fatwa ulama
besar di dalam mazhab Syafi'e mengenai perkara di atas,
umpamanya:

Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fath Al-Mu'in, hal. 32 berkata:


Sesungguhnya para ulama telah sepakat di atas harusnya
beramal dengan hadis-hadis dhaif tentang fadhilah-fadhilah amal.

Imam Al-Nawawi dalam Al-Azkar hal. 7 berkata: Ulama-


ulama hadis, ahli-ahli fiqah dan yang lain daripada mereka, harus
lagi sunat beramal pada kelebihan-kelebihan amal dan targhib
dan tarhib dengan hadis dhaif, selagi ia tidak sampai kepada
darjat maudhu'. Adapun selagi hukum seperti halal dan haram,
jualbeli, nikah, talaq dan lain-lain seumpamanya, maka tidak boleh
beramal dengannya melainkan dengan hadis sahih dan hasan.

2. Imam Al-Suyuthi

Imam Al-Suyuthi dalam kitab Al-Hawi Al-Fatawa berhujah


mengenai sabitnya soal Munkar Nakir bagi menyokong
pandangan Abu Bakar ibn Furik dalam kitabnya Al-Nidzami fi Usul
Al-Din sebagaimana dinukil oleh Ismail bin Ahmad bin Mohammad
Soleh pengarang Minhaj Al-Salimin fi Thoriqati Al-Mutaqaddimin
mengatakan: Ketahuilah bahawa soal Munkar dan Nakir di dalam
kubur itu adalah hak (benar), manakala Mu’tazilah pula menolak
perkara ini kerana asas fahaman mereka yang tidak sehaluan.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 12

Dalil membuktikan kesahihan pendapat ini berdasarkan


hadis-hadis berikut:

Ertinya: Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW. bahawasanya


setelah dikebumikan putera Baginda yang bernama Ibrahim,
Baginda SAW berhenti di sisi kuburnya lalu bersabda: Wahai
anakku, ayahmu berdukacita dan mengalirkan air mata dan tidak
memperkatakan sesuatu yang dimurkai Allah. Bahawasanya kita
semua adalah dari Allah dan kepadaNya kita semua akan
kembali. Wahai anakku! Katakanlah bahawa Allah itu Tuhanku,
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 13

Islam itu agamaku, Rasulullah itu ayahandaku, maka menangislah


para sahabat dan Umar ibn Al-Khattab dengan tangisan yang
kuat. Maka Nabi SAW berpaling dan melihat Umar menangis dan
para sahabat juga sama mengangis, lalu Baginda bertanya:
Wahai Umar! Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Lalu
dijawab oleh Umar, Wahai Rasulullah! Ini puteramu (Ibrahim)
masih belum baligh lagi dan masih belum ditaklifkan, walaupun
demikian dia memerlukan kepada orang yang pentalqinkannya
sepertimu? Macam mana kedudukannya sedangkan dia (Ibrahim)
masih kanak-kanak yang belum mukallaf? Lalu Nabi SAW
menangis dan para sahabat juga turut menangis. Ketika itu
turunlah malaikat Jibril (malaikat yang tugasnya menurunkan
wahyu) lalu bertanya kepada Nabi mengapa Baginda menangis,
lalu Baginda menjawab apa yang diperkatakan oleh Umar dan
apa yang warid daripada sabda Baginda sendiri, maka malaikat
Jibril pun menemui Allah kemudian kembali semula sambil
berkata: Allah mengucapkan salam kepadamu, dan berberfirman:

        

  
Ertinya: Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman
dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan
akhirat. Lalu Nabi SAW. membacakan wahyu tersebut kepada
para sahabat, lalu tenanglah perasaan mereka dan diamlah
mereka semua. 6

Justeru asal sejarah Talqin itu ialah apa yang dinukilkan


dalam Al-Hawi Al-Fatawa oleh Imam Al-Subki:

6
Minhaj Al-Salimin fi Toriqati Al-Mutaqaddimin, tahun 1381H : 7-9.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 14

Ertinya: Nabi SAW menakala mensemadikan puteranya Ibrahim


bersabda: Katakanlah bahawa Allah itu Tuhan-ku, Islam itu
agamaku, Rasulullah itu ayahandaku.

Al-Subki mengatakan bahawa ditalqinkan si mati yang


sudah mukallaf. Hadis Rasulullah mentalqin puteranya Ibrahim
adalah hadis gharib. Mengikut pengarang Minhaj Al-Salimin fi
Toriqati Al-Mutaqaddimin bahawa Talqin itu ada dalil dan ada
asal. Hadis gharib adalah hadis yang perawinya hanya seorang
sahaja sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-Manzumah Al-
Baiquniyah, tetapi hadis gharib ada kalanya sahih, ada kalanya
hasan dan ada kalanya dhaif sebagaimana dijelaskan oleh Syeikh
Hassan Muhammad Al-Masyat di dalam Syarahnya. Hadis ini
boleh diamalkan pada fadhail a’mal (kelebihan amal) seperti
Talqin.

3. Ibn Taimiyah dan Ibn Al-Qaiyim Al-Jauzi (merupakan dua


orang tokoh yang menjadi sumber rujukan golongan berfahaman
Wahhabi) yang ditolak fahamannya dalam banyak hal, mereka
berdua bersetuju mengenai amalan Talqin ini.

Ibn Taimiyah dalam Majmu' Al-Fatawa (24/294), apabila


ditanya mengenai Talqin kepada si mati selepas dikebumikan, lalu
dijawabnya: Talqin itu telah dinukil daripada sekumpulan para
sahabat di mana mereka menyuruh melakukannya seperti Abu
Umamah dan lainnya. Dalam soal ini terdapat hadis daripada Nabi
SAW, tetapi hadis ini tidak pasti kesahihannya dan tidak ramai
para sahabat yang melakukan, lantaran itu Imam Ahmad dan
ulama yang lain berkata: Talqin ini tidak mengapa diamalkan, ia
merupakan kebenaran yang tidak diperintah mengamalkannya
(tidak dilarang mengamalkannya).

Manakala Ibn Al-Qaiyim Al-Jauzi walaupun dalam


beberapa hal bercanggah pendapatnya dengan fahaman Ahli
Sunnah wal Jamaah, tetapi beliau menerima Talqin ini
sebagaimana dijelaskan dalam kitabnya Al-Roh hal. 39 semasa
menyokong amalan Talqin mengatakan: Hadis ini sekalipun tidak
sabit tetapi ia telah diamalkan di merata tempat dan zaman tanpa
ada sesiapa yang menentang orang yang mengamalkannya.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 15

4. Hadis Baginda Rasulullah SAW menggalakkan supaya


mentalqinkan si mati dengan kalimah syahadat:

Ertinya: Daripada Abi Said dan Abu Hurairah r.a berkata: Baginda
Rasulullah bersabda Talqinkanlah si mati dari kalangan kamu
dengan kalimah: ( ). Ertinya: Tiada Tuhan yang berhak
disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. 7

Dari zahir hadis, dengan jelas ia mengharuskan Talqin.

5. Dalam Athar disebutkan:

Ertinya: Daripada Rasyid ibn Sa’ad, Dhamrah ibn Habib dan


Hakam ibn Umair berkata: Apabila kubur si mati telah diratakan
dan orang yang menghantarnya balik meninggalkannya, mereka
mengamalkan dan menyuruh supaya si mati ditalqinkan di sisi
kuburnya. Dengan berkata: Wahai pulan, katakan sebanyak 3 kali

7
Syarah Muslim (6/219). Ahmad (3/3). Muslim (897). Abu Daud (3117) dan Al-Tirmizi
(976). Tahzib Misykat Al-Masobih : 1/227
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 16

kalimah: Lailaaha Illallah. Wahai pulan katakanlah: Allah itu


Tuhanku, Islam itu agamaku dan Muhammad SAW itu adalah
Nabi dan Rasulku, kemudian barulah ia meninggalkan kubur itu.8

6. Imam Al-Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ menjelaskan:
Beberapa orang sahabat dari kalangan kami (mazhab Syafi'e)
mengatakan: Sunat ditalqinkan si mati sebaik sahaja ia
dikebumikan. Seseorang hendaklah duduk bersetentang dengan
kepalanya (mengadap wajahnya) dan berkata: Wahai pulan anak
pulanah hingga ... akhir hadis.

(Imam Nawawi merupakan seorang mujtahid fatwa dalam


mazhab Syafie. Beliau meninggal dunia pada tahun 676 Hijrah.
Sekiranya dianggarkan fatwa ini dikeluarkan sepuluh tahun
sebelum beliau wafat, bererti fatwa ini sekarang sudah 750 tahun,
jauh lebih awal daripada wujudnya fahaman Wahhabi itu sendiri.

7. Imam Al-Nawawi juga, menjelaskan dalam kitab Al-Azkar:


Adapun Talqin si mati selepas dikebumikan, ramai dari kalangan
sahabat-sahabat kita (golongan mazhab Syafie) mengatakan,
bahawa Talqin itu adalah sunat. Di antara ulama yang menaskan
sunat ialah Al-Qadhi Husain di dalam kitab Ta'liq dan sahabatnya
Imam Mutawalli di dalam kitab Al-Tatimmah, Al-Syeikh Al-Zahid
Abu Al-Fath Nasr ibn Ibrahim, Abul Kassim Al-Rafie dan lain-lain
lagi di mana Qadhi Husain menaqalkan daripada sahabat-sahabat
Syafi'e. (Qadhi Hussain wafat tahun 462 Hijrah, diandaikan fatwa
ini sepuluh tahun sebelum wafat, bermakna fatwa ini sekarang
sudah berusia hampir 1,000 tahun). Ini bererti amalan bertalqin
telah berusia hampir sebiru tahun lebih awal daripada wujudnya
fahaman Wahhabi itu sendiri.

8. Fatwa sunat Talqin ini bukan sahaja difatwakan oleh


ulama khalaf, malah telah difatwakan oleh ulama-ulama salaf iaitu
dalam tiga kurun yang pertama yang dipuji oleh Nabi SAW
dengan sabdanya:

8
Diriwayatkan oleh Said ibn Mansur dalam Al-Talkhis Al-Habir (2/136).
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 17

Ertinya: Sebaik-baik kurun ialah kurunku kemudian diikuti kurun


selepasnya dan begitulah seterusnya iaitu kurun seterusnya.9

9. Imam Yusof Al-Ardabili di dalam kitab Al-Anwar (6/124)


mengatakan: Sunat ditalqinkan si mati yang sudah baligh sesudah
selesai dikebumikan dengan orang yang mentalqinkannya itu
duduk bersetentang dengan kepala si mati (mengadap wajahnya).
itu dan tidak ditalqinkan si mati yang masih kanak-kanak
sekalipun sesudah mumaiyiz (sudah dapat membezakan mana
yang bersih dengan yang kotor). Setelah selesai si mati
dikebumikan, hendaklah ia duduk walaupun sekejap serta
dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan memohon keampunan
baginya, amatlah baik sekiranya dapat dikhatamkan sebuah Al-
Quran. Kesimpulannya, boleh dikatakan seluruh ulama Syafi'eyah
dan kitab-kitab mereka memfatwakan bahawa Talqin itu adalah
sunat.

10. Al-Syeikh Al-Bakri Syatho dalam kitab Fath Al-Mu'in (2/140)


mengatakan yang mafhumnya: Disunatkan mentalqin si mati yang
sudah baligh dan jikalau mati syahid sekalipun setelah selesai
dikebumikan, kerana Allah S.W.T berfirman:

     


Ertinya: Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana
sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada
orang-orang yang beriman.

Ini menjelaskan bahawa memberi peringatan itu amat


bermanfaat kepada orang-orang mukmin, antaranya bertalqin
itulah yang sangat diperlukan oleh si mati pada ketika itu, iaitu
ketika akan menghadapi pertanyaan malaikat Munkar Nakir.

9
Al-Syeikh Uthman Jalaluddin dalam kitab Matla' Al-Anwar, hal. 208.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 18

Dalam hubungan ini juga, Imam Al-Khatib Al-Syarbini


dalam Mughni Al-Muhtaj (1/367) menjelaskan: Orang masih
mengamalkannya sejak kurun pertama mereka mengikuti amalan
ini berdasarkan maksud firman Allah: Berikanlah ingatan, kerana
ingat mengingati itu amat bermanfaat kepada orang-orang
mukmin. Ketika si mati telah dikebumikan, ketika itulah mereka
amat memerlukan kepada ingatan dan tunjuk ajar melalui talqin.

Imam Al-Thobarani berkenaan dengan talqin ini, maka


hadis Al-Thobarani itu menjadi kuat dan elok untuk dalil talqin
yang dinamakan hasan lighairihi (hasan kerana sebab yang
lain).10

KEADAAN SI MATI DI DALAM KUBUR

Si mati di dalam kubur sebenarnya berada di suatu alam peralihan


yang dikenali dengan hidup di 'Alam Barzah'. Mereka berada
dalam keadaan yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T sahaja.
Nas-nas syarak banyak menjelaskan tentang keadaan si mati
sepanjang di dalam kubur sebelum dibangkitkan semula untuk
dihisab di Padang Mahsyar kelak.

Daripada nas-nas syarak itu menunjukkan bahawa si mati


sebenarnya memerlukan bantuan dan pertolongan dalam bentuk
talqin, kiriman doa dan hadiah pahala amalan daripada orang

10
Al-Dalail Al-Muniqah fi bayan adillah Al-Masail Al-Khilafiyah: 42.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 19

yang hidup untuk mereka. Tujuannya bagi meringankan beban


azab yang diterimanya sekiranya banyak melakukan dosa, kerana
si mati sudah tidak boleh melakukan sebarang amalan jasmani,
hanya pertolongan daripada orang yang hidup sahaja yang masih
boleh diterima. Antara nas-nas yang membuktikan sedemikian
dapat dilihat sebagaimana berikut:

1. Si mati sebenarnya hidup di dalam kubur. Ini dijelaskan


dalam surah Ali Imran ayat 169:

            

. 
Ertinya: Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang
yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati,
(mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara
istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

Jika sekiranya makna hidup itu ialah kekalnya roh di alam


barzah dan tidak binasa, maknanya ia tidak ada perbezaan sama
ada si mati itu orang yang mati syahid atau bukan, kerana roh
semua anak Adam adalah sama iaitu kekal dan tidak binasa.
Cuma bezanya dari segi kurniaan rahmat dan nikmat di alam
Barzah di mana ia bergantung kepada amalannya. Orang yang
mati syahid sudah jelas diberikan keistimewaan yang luar biasa
oleh Allah kerana perjuangan yang dilakukan. Inilah yang sahih
mengikut para penyelidik dari kalangan ahli ilmu sebagaimana
yang di tahqiq oleh Al-Syeikh Ibn Al-Qaiyim dalam kitab Al-Roh.

2. Si mati di dalam kubur disoal oleh malaikat Munkar dan


Nakir. Oleh yang demikian si mati memerlukan bantuan dalam
bentuk ingatan dan pengajaran seperti melalui talqin, doa dan
menghadiahkan pahala amalan kepada si matu. Di dalam (Al-
Azkar Al-Nawawiyah: 147) dan Sunan Abu Daud (3/215) dan Al-
Baihaqi dengan sanad yang hasan (baik) daripada Uthman ibn
Affan berkata:
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 20

Ertinya: Bahawa Nabi SAW apabila selesai mengkebumikan si


mati Baginda bersabda: Mohonkanlah keampunan bagi saudara
kamu dan mintalah ditetapkan pendirian untuk menjawab soalan
dua malaikat, kerana pada ketika ini si mati sedang disoal.

3. Si mati mengetahui apa yang dilakukan oleh orang yang


hidup, hanya si mati tidak boleh berkomunikasi dengan mereka
yang hidup, si mati boleh menjawab salam dan dapat menerima
apa yang dikatakan oleh mereka yang masih hidup di dunia.

Dalam hadis Muslim, disebutkan dalam Tahzib Misykat Al-


Masobih (254-255) daripada Saiyidatina Aisyah r.a berkata:

Ertinya: Wahai Rasulullah apakah yang hendak aku ucapkan


semasa menziarahi kubur? Rasulullah SAW bersabda:
Katakanlah: Selamat sejahtera ke atas ahli kubur ini dari kalangan
orang-orang mukmin dan muslim. Mudah-mudahan Allah
memberikan rahmat kepada mereka yang terlebih dahulu
daripada kami dan mereka yang kemudian kelak. Sesungguhnya
kami insya-Allah akan menemui kamu nanati.

Imam Muslim juga menyebutkan dalam kitab Al-Janaiz bil.


(974). Bahawa Nabi SAW mengajar umatnya apabila mereka
menziarahi tanah perkuburan hendaklah mengucapkan kepada
ahli kubur dengan ucapan:
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 21

Ertinya: Selamat sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur ini dari
kalangan orang mukmin dan muslim, sesungguhnya kami insya-
Allah akan menemui kamu nanti. Semoga Allah memberi rahmat
kepada kamu yang terlebih dahulu meninggalkan kami dan orang-
orang yang akan mengikuti jejak langkah kamu dari kalangan
kami. Kami mohon kepada Allah semoga diberikan kesejahteraan
kepada kami dan kamu semua.

4. Si mati mampu menjawab salam yang diucapkan kepada


mereka yang berada di dalam kubur. Ibn Abdul Bar berkata: Sabit
daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda:

Ertinya: Setiap orang Islam yang melalui perkuburan saudaranya


yang dikenalinya di dunia lalu memberi salam ke atasnya nescaya
Allah mengembalikan rohnya sehingga si mati mampu menjawab
salam yang diucapkan kepadanya.11

5. Si mati mendengar bunyi tapak kaki orang-orang yang


menghantar mereka ke kubur apabila mereka beredar. Ini
dijelaskan oleh Imam Al-Bukhari dalam kitab Al-Janaiz bab Al-
Maiyit Yasm'u Khofaqa Al-Ni'al (bil.1338). Bahawa Nabi SAW
bersabda:

11
Ibn Al-Jauzi dalam Fi Al-'Ilal Al-Mutanahiyah (2/1423).
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 22

Ertinya: Sesungguhnya si mati di dalam kubur mendengar bunyi


tapak kaki orang-orang yang menghantar mereka ke kubur
apabila mereka beredar pulang.

Dalam hadis yang lain riwayat Abu Hatim daripada Abu


Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: Sesungguhnya si mati apabila telah dikebumikan di dalam


kubur, dia mendengar bunyi tapak kaki orang-orang yang
menghantar mereka ke kubur apabila mereka beredar pulang.

6. Si mati dalam kubur bagaikan orang yang tenggelam


meminta pertolongan, jika sekiranya ada dari kalangan ibu
bapanya, saudara maranya atau kawan dan sahabatnya
memberikan pertolongan ia amat bererti sekali bagi si mati.
Disebutkan dalam kitab I’anah Al-Tholibin ‘ala Halli Alfadz Fath Al-
Mu’in (3/113) terdapat hadis riwayat Al-Dailami daripada Ibn
Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: Si mati di dalam kubur bagaikan orang yang karam


terkapai-kapai di tengah lautan meminta pertolongan, ternanti-
nanti doa yang akan menemuinya dari ibu bapanya, adik
beradiknya dan sahabat handainya, apabila doa tersebut
menemuinya (roh) ia adalah lebih baik daripada dunia dan segala
isi yang ada di dalamnya. Sesungguhnya hadiah-hadiah orang
yang hidup kepada si mati ialah doa dan istighfar.

7. Si mati di dalam kubur disiksa oleh Malaikat Munkar dan


Nakir kerana melakukan dosa. Ini dijelaskan oleh Baginda SAW
dalam hadisnya:
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 23

Ertinya: Sesungguhnya kedua-dua mereka ini sedang di azab


kerana melakukan dosa. Kemudian baginda bersabda: Salah
seorang daripada mereka suka mengumpat orang dan yang
kedua pula tidak menjaga kebersihan ketika membuang air kecil.
Dia berkata: Kemudian baginda mengambil sebatang dahan
kurma yang masih basah dan dipataahkannya menjadi dua,
kemudian dicacakkan di atas kubur kedua mayat tersebut lalu
bersabda: Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua si mati
dalam kubur ini selama dahan tersebut belum kering.12

8. Terdapat juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-


Baihaqi: Bahawa si mati begitu seronok dan ceria di dalam kubur,
mereka ziarah menziarahi antara satu dengan yang lain.

Diriwayatkan oleh Al-Dailami, bahawa si mati tersiksa di


dalam kuburnya apa yang menyakitinya berlaku di kalangan ahli
keluarganya di dunia. Mereka menyeru kepada orang yang
berbuat kebaikan supaya beristiqamah (konsisten) melakukanya
dan memohon supaya pelaku maksiat diberikan pertunjuk.

Ini disebutkan oleh Imam Ahmad (3/195) yang diceritakan


oleh Abdul Razak dikhabarkan oleh Sufian daripada Anas ibn
Malik berkata: Rasulullah SAW bersabda:

12
Al-Bukhari (218). Muslim (292) dan lain-lain.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 24

Ertinya: Sesungguhnya amalan kamu di dunia mempengaruhi


kaum kerabat dan keluarga kamu yang telah meninggal dunia, jika
sekiranya amalanmu itu baik mereka merasa gembira dan jika
sebaliknya mereka berkata: Ya Allah perbaikilah perilakunya,
Engkau berikan mereka pertunjuk sebagaimana Engkau telah
memberikan pertunjuk kepada kami.

KESIMPULAN

Daripada penjelasan di atas dapat disimpulkan mengenai Talqin


ini seperti berikut:

1. Daripada hadis-hadis di atas jelas kepada kita bahawa si


mati sebenarnya hidup di alam barzah yang diberikan pelbagai
kurniaan atau sebaliknya oleh Allah S.W.T bergantung kepada
amalan yang dilakukannya semasa hidup di dunia. Justeru
amalan talqin merupakan salah satu usaha daripada orang yang
hidup untuk membantu si mati menghadapi suasana di alam
kubur.
2. Sahabat-sahabat Nabi s.aw mengamalkan Talqin. Kita
tidak perlu ragu-ragu dalam soal ini kerana telah sabit di dalam
beberapa hadis sahih bahawa Allah menghidupkan orang yang
mati di dalam kubur mereka sebagai hidup di alam barzah yang
membolehkannya mendengar soalan-soalan Munkar dan Nakir,
boleh menjawab soalan dan sebagainya.

3. Mazhab Syafi'ie menghukumkan Talqin itu adalah sunat


seperti dijelaskan dalam Al-Majmu': (Al-Nawawi (5/273, 274).
Antara mereka yang menetapkan sunatnya ialah Al-Qadhi Husain,
Al-Mutawalli, Syaikh Nasr Al-Maqdisi, Al-Rafi'ie dan lain-lain lagi,
dan dinukil oleh Al-Qadhi Husain daripada sahabat kami secara
terus.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 25

Ertinya: Sekumpulan dari kalangan sahabat kami mengatakan:


Diharuskan pentalqin si mati selepas di semadikannya, dengan
cara duduk di sisi kepala (wajah) si mati dengan membaca: Wahai
pulan ibn pulanah, wahai hamba Allah ibn umat Allah, ingatkan
perjanjianmu semasa keluar daripada dunia ini iaitu mengucap
syahadah “Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-
benarnya melainkan Allah yang Esa”…
3. Mazhab Hanafi mengatakan bahawa Talqin itu harus,
setengahnya pula mengatakan sunat.13
4. Mengikut mazhab Maliki, golongan mutakhir secara jelas
mengharuskannya, di mana Abu Said ibn Lub menggunakan dalil
hadis Abu Umamah dikeluarkan dalam Al-Mi’yar oleh Al-
Thobarani.14
5. Mengikut mazhab Hanbali, yang paling muktamad mereka
menghukumkan sunat. Dalam kitab Al-Furu' oleh Ibn Muflih
(2/2755) mengatakan: Adapun mentalqinkan si mati selepas
dikebumikan, maka kebanyakan ulama menghukumkan sunat.
Dalam Kasysyaf Al-Qina' 'an Matni Al-Iqna' menyebutkan:
Kebanyakan ulama bertalqin selepas si mati dikebumikan adalah
sunat. Wallahu A’lam.

13
Al-Inayah 'ala Al-Hidayah (3/208, 209). Wirdu Al-Muhtar (1/571) dan I'la' Al-Sunan
(8/210, 211).
14
Al-Bahr fi Al-Mi’yar oleh Al-Thobarani (1/412).
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 26

Kedua

KITAB-KITAB
KARANGAN ULAMA MU'TABAR MENYANGGAH
FAHAMAN WAHHABI

Mukadimah

Kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama mu'tabar di seluruh


dunia jelas menjadi bukti kukuh bahawa fahaman Wahhabi yang
dipelopori oleh Muhammad ibn Abdul Wahab Al-Najdi adalah
disanggah dan ditentang sekeras-kerasnya, kerana ia merupakan
ajaran yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah wal
Jamaah. 15

Terdapat bukti sejarah yang membuktikan bahawa


fahaman Wahhabi ada hubungan dengan penjajah British.
Sekiranya pembaca ingin mendalami perkara ini sila rujuk
mengenai sejarah berkenaan.

Walaupun begitu, sebagai penganut fahaman Ahli Sunnah


wal Jamaah yang hidup aman damai dengan pegangan ini sejak
berkurun lamanya, umat Islam di Malaysia khasnya dan di
Nusantara amnya perelu sentiasa berwaspada dan menolak
fahaman Wahhabi bagi menjamin kesejahteraan ummah.

15
Fitnah Al-Wahhabiyyah min Al-Futuhat Al-Islamiah oleh Al-Syeikh Al-Zaini Dahlan Al-
Maliki Al-Syafie (bekas Mufti Mekah bermazhab Al-Syafi’ie, meninggal dunia tahun
1304 Hijrah. hal. 37-44.

http://www.sunna.info/Wahhabies/WahhabiesRefuted. htm 1-17 bertarikh 4/1/2008


jam 10:12 pagi).
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 27

Antara kitab-kitab yang diterbitkan bagi menyanggah


fahaman Wahhabi dalam pelbagai sudut seperti akidah, syariah,
akhlak dan kemasyarakatan adalah seperti berikut:

BIL NAMA KITAB MAKSUD PENGARANG


Anugerah orang-  Muhammad ibn
1. orang yang mulia Al-Syadiy.
mengenai
harusnya
bertawassul dan
istighathah
melalui nabi-nabi
yang mulia

Jawapan  Al-Syeikh Al-


2. mengenai Idrus.
masalah ziarah
kubur.
Jawapan ulama  Abi Al-‘Aun
3. Najd atas Syamsuddin
soalan-soalan Muhammad ibn
masyarakt Najd. Ahmad ibn Salim
terkenal dengan
nama Al-Safarini,
Al-Nablusi Al-
Hanbali,
meninggal tahun
1188 Hijrah.
Jawapan ulama  Nu’man ibn
4. Al-Nu’maniyah Mahmud
(mazhab Hanafi). Khairuddin
terhadap terkenal dengan
pertanyaan nama Ibn Al-
ulama India (Al- Alusi Al-
Nadawi dan Al- Baghdadi Al-
Maududi) Hanafi,
berkaitan meninggal dunia
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 28

dengan akidah. tahun 1317


Hijrah.
Empat prinsip  Muhammad
5. berkaitan Hassan Sahib Al-
dengan Sirhindi Al-
mengulang- Mujaddidi,
ulang fahaman meninggal dunia
Wahhabi. tahun 1346
Hijrah.
Penyataan  Al-Syeikh Al-
6. durhaka oleh Musrifi Al-Maliki
mereka yang Al-Jazairi.
menegah
bertawassul
dengan nabi dan
wali yang benar.
Pendapat-  Faqih ‘Ata’ Al-
7. pendapat yang Kasm Al-
memuaskan Dimasyqi Al-
dalam Hanafi.
menyanggah
fahaman
Wahhabi.
Kemenangan  Syeikh Al-
8. untuk para wali Muhaddith Tahir
Allah yang mulia. Sunbul Al-
Hanafi.
Lembaran ulama  Syeikh Ibrahm
9. Baghdad Al-Rawi Al-
berkaitan ulama Baghdadi Al-
Najd. Rifa’ie, pemimpin
Tariqat Al-Rifa’ie
di Baghdad.
Pembelaan diri  Syeikh Zainal
10. daripada Abidin Al-Sudani.
perselisihan
dalam
menyanggah
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 29

orang-orang
yang ingkar,
munafik serta
sanggahan
terhadap
golongan
Wahhabi yang
sesat.
Bukti-bukti  Syeikh Salamah
11. (keterangan) Al-Azami,
yang jelas. meninggal dunia
1379 Hijrah.
Petunjuk yang  Hamdillah Al-
12. membuka hati Dajuwa Al-Hanafi
orang-orang Al-Hindi.
yang menolak
bertawassul
dengan ahli
kubur.
Sejarah Ayub Sabri Al-
13. Fahaman Rumi, penulis
Wahhabi Mir’at Al-
Haramain.
Menghunus  Syeikh Abdullah
14. pedang jihad ibn Abdul Latif
kepada orang Al-Syafi’ie iaitu
yang mendakwa guru dan syeikh
berijtihad. Muhammad ibn
Abdul Wahab,
ditolak semasa
beliau masih
hidup.
Karangan /  Syeikh
15. Rencana yang Muhammad Al-
indah. Naqilati Al-
Hanafi, Mufti Al-
Quds Al-Syarif.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 30

Mendorong  Syeikh Abdullah


16. orang-orang ibn Ibrahim
yang bodoh Mirghani, Al-
meminta Hanafi menetap
bantuan dengan di Taif.
para nabi dan
wali.
Anugerah  Syeikh Daud ibn
17. Wahhabi untuk Sulaiman Al-
menangkis Baghdadi Al-
fahaman Naqsyabandi Al-
Wahhabi. Hanfi, meninggal
dunia 1299
Hijrah.
Menyucikan jiwa  Syeikh
18. daripada Muhammad
pencemaran Bakhit Al-Muti’ie
akidah. Al-Hanafi, ulama
Al-Azhar.
Pembatasan  Ibn Kiran, Kadi
19. mengenai Jemaah di
pergantungan Maghrib,
dan tawassul Manuskrip di
dengan para Khazanah Al-
nabi dan orang- Jalawi / Rabath
orang yang no. 153J.
soleh.
Pembatasan  Sama
20. mengenai pengarang.
menziarahi para
wali dan
bertawassul
dengan mereka.
Penghinaan  Syeikh
21. terhadap pak Muhammad ibn
turut / pengikut Abdul Rahman
orang yang Al-Hanbali,
mendakwa menolak
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 31

membawa fahaman
pembaharuan Muhammad
agama. Abdul Wahab
dalam semua
masalah yang
dibid’ahkan
dengan
penolakan yang
jitu.
Bertawassul  Mufti Muhammad
22. Abdul Qaiyum
Al-Qadiri Al-
Hazari.
Mohon sesuatu  Abi Hamid ibn
23. dengan melalui Marzuq Al-
nabi dan orang- Dimasyqi Al-
orang yang Syami.
soleh.
Penjelasan  Abdullah Afandi
24. mentauhidkan Al-Rawi,
Maha Pencipta Manuskrip di
berkaitan Universiti
dengan jawapan Cambridge Al-
penduduk Iraq Nun dengan
terhadap nama (menolak
Muhammad ibn Wahhabi) dan
Abdul Wahab. ada naskhah di
Perpustakaan Al-
Auqaf di
Baghdad.
Kebenaran yang  Syeikh Ibrahim
25. unggul / agung Hilmi Al-Qadiri
dalam Al-Iskandariah.
menyingkap
perihal makhluk
yang jahat.
Jawapan  Syeid Alwi ibn Al-
26. mengenai ziarah Haddad, aku
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 32

kubur. dapati jawapan


ulama besar dari
kalangan
mazhab yang
empat daripada
ahli Haramain
Syarifain, Ihsa’,
Basrah,
Baghdad, Halab,
Yaman dan
Negara-negara
Islam dalam
bentuk athar dan
nazam.
Fakta-fakta Islam  Malik Ibn Al-
27. dalam Syeikh Mahmud,
menyanggah pengetua
prasangka madrasah ‘Urfan
fahaman di Bandar
Wahhabi Kotabali di
berdasarkan Republik Mali,
dalil-dalil Afrika.
daripada Al-
Quran dan
sunnah nabi.
Kebenaran yang Syeikh Ahmad
28. nyata dalam Said Al-Sirhindi
menyanggah Al-Naqsyabandi.
orang-orang
yang
berfahaman
Wahhabi.
Fakta Islam  Abdul Ghani ibn
29. dalam Soleh Hamadah.
menyanggah
fahaman
Wahhabi.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 33

Permata  Syeid Ahmad ibn


30. gemerlapan Zaini Dahlan,
untuk Mufti Mekah Al-
menyanggah Syafi’ie,
fahaman meninggal dunia
Wahhabi. 1304 Hijrah.
Bukti lengkap  Syeikh Misbah
31. untuk ibn Ahmad
menyanggah Syabqalu Al-
orang yang Bairuti.
berfahaman
Wahhabi.
Nadzam (berakhir  Nazm Al-Syeikh
32. dengan huruf Ra) Al-Banhani Al-
mencela Bairuti.
perbuatan bid’ah
dan memuji
sunnah yang
mulia.
Sanggahan  Ismail Al-Tamimi
33. terhadap ibn Al-Maliki, Syeikh
Abdul Wahab. Islam di Tunis.

Suatu Syeikh Ahmad Al-


34. sanggahan Masri Al-Ihsa’ei
terhadap anak
Abdul Wahab.
Suatu  Al-Allamah
35. sanggahan Barakat Al-Syafie
terhadap anak Al-Ahmadi Al-
Abdul Wahab Makki.
Sanggahan  Syeikh Al-
36. terhadap Muhaddith Soleh
Muhammad ibn Al-Ghulani Al-
Abdul Wahab Maghribi berkata:
Syeid Alwi ibn Al-
Haddad
mempunyai kitab
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 34

yang banyak
mengandungi
risalah dan
jawapan
kesemunya
daripada
kalangan ahli
mazhab yang
empat, mereka
menolak
fahaman
Muhammad ibn
Abdul Wahab.
Sanggahan  Syeikh Soleh Al-
37. terhadap Kuas Al-Tunisi.
fahaman
Wahhabi.
Sanggahan  Syeikh
38. terhadap Mohammad
fahaman Soleh Al-
Wahhabi. Zamzami Al-
Syafie, Imam
Maqam Ibrahim
Mekah Al-
Mukarramah.
Sanggahan  Ibrahim ibn Abdul
39. terhadap Kadir Al-Trablus
fahaman Al-Riyahi Al-
Wahhabi. Tunisi Al-Maliki
dari Bandar
Tustur,
meninggal dunia
1266 Hijrah.
Sanggahan  Abdul Muhsin Al-
40. terhadap Asyqiri Al-
fahaman Hanbali, Mufti
Wahhabi. Bandar Al-Zabir
di Basrah.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 35

Sanggahan  Muhammad ibn


41. terhadap Sulaiman Al-
Muhammad ibn Kurdi Al-Syafie,
Abdul Wahab. guru dan syeikh
Mohammad ibn
Abdul Wahab.
Sanggahan  Umar Al-Mahjub,
42. terhadap Manuskrip
fahaman terdapat di
Wahhabi. Perpustakaan
Tunisia no. 2513.
Salinannya di
Maahad
Makhtutat Al-
Arabiyah,
Kaherah dan di
Perpustakaan Al-
Kattaniyah, Ribat
no.1325K.
Sanggahan  Ibn Kiran, Kadi
43. terhadap Jemaah di
fahaman Maghrib.
Wahhabi.
Sanggahan  Syeikh Abdullah
44. terhadap Al-Qadumi Al-
Muhammad ibn Hanbali Al-
Abdul Wahab. Nablusi, ulama
Hanbali di Hijaz
dan Syam.
Suatu perutusan  Syeikh Salamah
45. untuk Al-Azami,
menyokong meninggal dunia
aliran fahaman 1379 Hijrah.
Tasawwuf dan
sanggahan
terhadap orang-
orang yang
menentang
mereka.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 36

Suatu perutusan  Syeikh Mahdi Al-


46. mengenai hukum Waznani, Mufti
bertawassul Fas.
dengan para
nabi dan wali
dalam
menyanggah
pendapat
Muhammad ibn
Abdul Wahab.
Suatu perutusan  Syeikh
47. mengenai hukum Muhammad
bertawassul Hasanin Makhluf
dengan para Al-Masri Al-
nabi dan wali. Azhari, menjadi
Mufti di Negara
Mesir.
Suatu perutusan  Syeikh Qasim
48. menyanggah Abi Al-Fadl Al-
fahaman Mahjub Al-Maliki.
Wahhabi.
Perutusan balas Muhammad
49. terhadap ‘Ato’ullah dikenal
golongan dengan ‘Ato’ Al-
Wahhabi. Rumi dari Kuzal
Hihsor.
Suatu perutusan  Syeikh
50. mengenai Muhammad ibn
perselisihan Nasir Al-Hazimi
antara penduduk Al-Yamani,
Mekah dan meninggal dunia
penduduk Najd 1283 Hijrah,
dalam akidah. Manuskrip di
Perpustakaan Al-
Kataniyah, Ribat
no.30/1K.
Rencana yang  Muhammad Al-
51. memuaskan Sa’di Al-Maliki.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 37

mengenai
sanggahan
terhadap sesiapa
yang
mengingkari
ziarah makan
Nabi Muhammad
SAW
Taman legar  Syeikh Abdul
52. bagi Rahman Al-Hindi
menyanggah Al-Delhi Al-
orang-orang Hanafi, cetakan
yang sesat. Jedah 1327
Hijrah.
Kebahagian  Ibrahim ibn
53. dunia akhirat Uthman ibn
pada Muhammad Al-
menyanggah Samnudi Al-
dua golongan: Mansuri Al-Misri,
Wahhabi dan cetakan Mesir
pengikut tahun 1320
membuta tuli Hijrah.
fahaman
zahiriyah.
Pedang terhunus  Syeid Alwi ibn
54. untuk tengkuk Ahmad Al-
penentang Haddad,
ulama-ulama meninggal dunia
besar / terkenal. 1222 Hijrah.
Pedang kilat di 
55. tengkuk orang-
orang yang
mengingkari
para wali setelah
perpindahan dari
Baitul Maqdis.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 38

Pedang berkilau  Ali ibn


56. untuk Muhammad Al-
memenggal Mili Al-Jamali Al-
leher mereka Tunisi Al-Gharbi
yang Al-Maliki,
mengatakan
Allah S.W.T. itu
mempunyai arah
dan lembaga.
Pedang buatan  Syeikh Ato’ Al-
57. India untuk leher Makki
orang Najd
(Abdullah ibn
Abdul Wahab).
Berita benar  Syarif Abdullah
58. dalam masalah ibn Hassan
orang-orang Basya ibn Fadl
Khawarij kurun Basya Al-Alawi
ke-12 yang Al-Husaini Al-
menyatakan Hijazi, Amir
bahawa pengikut Dzafar, cetakan
fahaman Al-Laziqiyah.
Wahhabi adalah
tergolong dalam
golongan
Khawarij.
Perdamaian  Syeikh Daud ibn
59. orang Ikhwan Sulaiman Al-
mengenai Naqsyabandi Al-
sanggahan Baghdadi Al-
terhadap sesiapa Hanafi,
yang meninggal dunia
melimparkan 1299 Hijrah.
syirik dan kufur
kepada orang-
orang Islam; bagi
menyanggah
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 39

fahaman
Wahhabi yang
mengkafirkan
orang-orang
Islam
Halalintar Tuhan  Syeikh Sulaiman
60. dalam ibn Abdul
menyanggah Wahab, abang
fahaman Muhammad ibn
Wahhabi. Abdul Wahab.

Halalintar dan  Syeikh ‘Afifuddin


61. guruh. Abdullah ibn
Daud Al-Hanbali.
Akidah yang  Syeikh Ahmad
62. sembilan. ibn Abdul Ahad
Al-Faruqi Al-
Hanafi Al-
Naqsyabandi.
Akidah yang  Hafiz
63. betul bagi Muhammad
menolak Hassan Al-
dakwaan Sirhindi
Wahhabi Al-Najd
yang diulang-
ulang.
Kalung berlian  Ismail Abi Al-
64. untuk Fida’ Al-Tamimi
menyanggah Al-Tunisi Al-
kekeliruan Faqih Al-
fahaman si Mu’arrikh.
Wahhabi yang
malang.
Bantuan untuk  Syeikh Mustaffa
65. hamba-hamba Al-Hamami Al-
Allah dengan Misri.
penjelasan
bimibngan.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 40

Fitnah fahaman  Syeikh Ahmad


66. Wahhabi sejak ibn Zaini Dahlan,
pembukaan meninggal dunia
Islam. 1304 Hijrah,
Mufti mazhab
Syafie di
Haramain, Guru
di Masjid Al-
Haram Mekah.
Fajar menyinsing  Jamil Sidqi Al-
67. dalam Zahawi Al-Afandi
menyanggah Al-Baghdadi
penentang cetakan Mesir. Ia
Tawassul, mensabitkan
keramat dan Abdul Wahab
perkara-perkara dan
ganjil yang penyokongnya
berlaku pada meminggirkan
wali-wali. akal dan
menafikan ijmak,
qiyas dan
mengkafirkan
seuma orang
yang mengikut
imam mujtahidin.
Kitabnya Tarikh
Al-Wahhabiyah
dicetak semula
dengan tahqiq
Dr. Ahmad Soleh
Daqmaq.
Penjelasan Al-  Syeikh Salamah
68. Quran Al-Azami Al-
Qada’i Al-Syafie
Al-Masri.
Kata putus  Syeikh Sulaiman
69. menolak ibn Abdul
Muhammad ibn Wahab, abang
Abdul Wahab. Muhammad ibn
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 41

Abdul Wahab,
kitab yang
pertama menolak
Wahhabi.
Kata putus  Ahmad ibn Ali Al-
70. menolak Basri dikenal
kesesatan ibn dengan Al-
Abdul Wahab. Qabbani Al-
Syafi’ie.

Limpahan  Abi Abas Ahmad


71. anugerah untuk ibn Abdul Salam
menangkis Al-Banani Al-
golongan Maghribi.
Wahhabi.

Antologi Qasidah  Syeikh Ibn


72. menyanggah Ghalbun Al-Libyi,
San’ani yang ada 40 rangkap
memuji-muji syair.
anak Abdul
Wahab.

Antologi Qasidah  Syed Mustaffa


73. menyanggah Al-Masri Al-
pengarang yang Bulaqi, ada 126
memuji-muji rangkap syair.
anak Abdul
Wahab.

Antologi Qasidah  Syeikh Abdul


74. menyanggah Aziz Al-Qurasyi
fahaman Al-Alaji Al-Maliki
Wahhabi. Al-Ihsa’i ada 59
rangkap syair.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 42

Untaian berlian  Syeikh Amir Al-


75. menyanggah Qadiri, guru di
fahaman Darul Ulum Al-
Wahhabi. Qadiriyah,
Karaci, Pakistan.
Penyuluh  Syed Alwi ibn
76. makhluk dan Ahmad Al-
penyingkap Haddad,
kegelapan untuk meninggal dunia
menyanggah 1222 Hijrah,
kekeliruan bid’ah cetakan Al-
orang Najd Amirah Mesir
(Abdullah ibn 1325.
Abdul Wahab)
yang telah
mempengaruhi
orang awam.
Makalah Syeikh Fizbek.
77. pelindung untuk
menangkis
fahaman
Wahhabi.
Anugerah Ilahi  Kadi Ismail Al-
78. untuk Tamimi Al-Tunisi,
melenyapkan meninggal dunia
kesesatan 1248 Hijrah.
fahaman Manuskrip
Wahhabi. tersimpan di
Perpustakaan
Kebangsaan
Tunis no. 2780,
salinannya di
Maahad
Manuskrip Arab
di Kaherah.
Anugerah  Syeikh Daud ibn
79. penganut Sulaiman Al-
golongan Naqsyabandi Al-
Wahhabi untuk Baghdadi,
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 43

menyanggah meninggal dunia


fahaman 1299 Hijrah,
Wahhabi. cetakan Bombay
1305 Hijrah.
Nasihat yang  Syed
80 baik untuk Muhammad
penganut Tahir Ali Mula Al-
fahaman Kayali Al-Rifaie,
Wahhabi. naqib Asraf
Adlab.
Nas-nas syarak  Syeikh Mustaffa
81 untuk ibn Ahmad Al-
menyanggah Syati Al-Hanbali
fahaman Al-Dimasyqi,
Wahhabi. cetakan Istanbul
1406 Hijrah.
Penghalang /  Syeikh
82 penangkis Muhammad Al-
orang-orang Hidr Al-Syanqiti,
yang meninggal dunia
menyeleweng 1353 Hijrah.
dan tidak
percayakan
Tuhan daripada
mencerca orang
yang bertaklid
kepada ulama
mujtahid.
Ungkapan yang  Jam’ Ibrahim
83 bertatah. Ahmad Syahatah
Al-Siddiqi.
Membuka minda  Ibrahim Abdul
84 daripada Wahid Al-Syeid,
pemikiran yang ulama Al-Azhar
jahat. Al-Syarif.
Petikan-petikan  Dr. Muhammad
85 daripada artikel- Najmuddin Al-
artikel. Kurdi.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 44

Anugerah warga Ahmad ibn Abi Al-


86 zaman dengan Dhaiyaf.
berita mengenai
raja Tunis dan
zaman aman.

Mengimarahkan  Al-hafiz Ahmad


87 tanah ibn Al-Siddiq Al-
perkuburan Ghamari,
berdasarkan dalil meninggal dunia
keharusan 1380 Hijrah.
memibna masjid
dan kubah di
atas tanah
perkuburan.
Risiko ekoran  Syeikh Hamdi
88 membantu Juijati Al-
Khalifah Al- Dimasyqi.
Rasyidin.
Usaha sahabat  Muhammad
89 mengambil Tahir ibn Abdul
berkat dengan Kadir Al-Kurdi.
kesan-kesan
rasulullah SAW
Ingatan ulama  Syeikh
90 halaf daripada Muhammad
terpengaruh Zahid Al-
dakwaan Kauthari, wakil
golongan salaf. pemerintah
Uthmaniyah di
zamannya.
Hasyiah Al-  Syeikh Ahmad
91 Shawi mengenai Al-Shawi Al-
Tafsir Al-Jalalain. Maliki.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 45

Jawapan terpilih  Muhammad


92 ke atas permata Amin dikenal
terpilih dengan nama
Ibn ‘Abidin Al-
Hanafi Al-
Dimasyqi
Menyanggah  Syeikh Al-
93 fahaman Makhdum Al-
Wahhabi. Mahdi, mufti Fas.
Perutusan  Syeikh Yusof Al-
94 mengenai Dajwa.
tatacara para
wali
Jalan selamat  Qadi Abdul
95 melepaskan Rahman Quti.
daripada bid’ah
golongan
pelampau dan
sesat
Huraian untuk  Syeikh
96 menyanggah Muhammad
golongan ‘Ato’illah ibn
Wahhabi Muhammad ibn
Ishak syeikh Al-
Islam Al-Rumi,
meninggal dunia
226 Hijrah.
Penyuluh hati  Zahir Syah Mian
97 kepada mereka ibn Abdul Azim
yang Mian.
mengingkari
tawassul dengan
ahli kubur.
Perbicaraan  Syeikh
98 yang sebenar Muhammad
mengenai Zahid Al-
masalah Kauthari.
tawassul.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 46

Sumber yang  Syed Mustaffa


99 mengalir Al-Masri Al-
mengenai halal Bulaqi.
dan haram.
Yahudi bukan  Syeikh Al-
100 mazhab Hanbali. Ahmadi Al-
Zawahiri, syeikh
Al-Azhar.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 47

KESIMPULAN

Dari paparan100 buah kitab yang ditulis oleh ulama seluruh dunia
menolak fahaman Wahhabi, ia menunjukkan kepada kita bahawa
fahaman yang dipelopori oleh Abdullah ibn Abdul Wahab yang
dikenali dengan fahaman Wahhabi itu sebenarnya tidak selari
dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagi memastikan negara kita selamat daripada


percanggahan pendapat yang boleh memecah-belahkan
masyarakat dan menghancurkan ummah, tolak sahaja fahaman
Wahhabi, perkasakan peganagan kita dengan pegangan Ahli
Sunnah wal Jamaah sama ada di segi akidah, syariah dan akhlak.
Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi 48

RUJUKAN

1. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Bahagian Hal


Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1995.

2. Sohih Al-Bukhari, Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

3. Sohih Muslim Bi Syarh Al-Nawawi, Dar Al-Fikr Birut 1978.

4. Sunan Al-Nasa’i Bi Syarh Al-Imamain Al-Suyuthi wa Al-Sindi, Dar Al-


hadis Al-Qahirah, 1999.

5. Sunan Al-Tirmizi, Abi Isa Muhammad ibn Isa ibn Saurah, cetakan Gagri
Yayinlari, Istanbul Turki.

6. Sunan Abi Daud, Imam Al-Hafiz Abi Daud Sulaiman ibn Al-Asy’as Al-
Sajastani Al-Azadi, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

7. Musnad Ahmad Ibn Nanbal, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

8. Al-Dalail Al-Muniqah Fi Bayan Adillah Al-Masail Al-Khilafiyah, susunan


Al-Hai’ah Al-Syar’iyah Li Wilayah Perak.

9. Al-Mausu’ah Al-Yusufiyah Fi Bayan Adillati Al-Sufiyah, Al-Syeikh Yusof


Khattar Muhammad, Cetakan Dar Al-Taqwa, Syeria, Dansyik, halbuni,
tahah, 2003.

10. Al-Azkar Al-Nawawiyah, Imam Al-Nawawi, cetakan Al-Kaherah, 1955.

11. Confession of a British Spy, 1998, Hakikat Bookstore: Istanbul.

12. Fitnah Al-Wahhabiyyah min Al-Futuhat Al-Islamiah oleh Al-Syeikh


Ahmad .Al-Zaini Dahlan Al-Syafi'e.

13.  http://www.sunna.info/Wahhabies/WahhabiesRefuted.


hlm 1-17 / 4/1/2008 jam 10:12 pagi.

14. (Minhaj Al-Salimin fi Toriqati Al-Mutaqaddimin, Ismail bin Ahmad bin


Muhammad Soleh Al-Tatani Al-Langguri, cetakan Al-Anwar, Mesir,
tahun 1381H.

15. Kalimah Hadi-ah fi Al-Hayat Al-Barzakhiyyah oleh Dr. Umar Abdullah


Kamil, Dar Al-Mustafa, tahun 2005.

16. Tahzib Misykat Al-Masobih, Imam Muhammad ibn Abdullah Al-Khatib


Al-Tabrizi, Dar Al-Quds, tahun 2004.

You might also like