You are on page 1of 32

DUB 1012 :

PENGAJIAN MALAYSIA

TEMA :
SEJARAH & LATAR
BELAKANG PENDUDUK
MALAYSIA
MALAYSIA

• Masyarakat terdiri daripada pelbagai keturunan,


etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan, dll.
• Satu-satunya negara yang mempunyai masyarakat
majmuk yang berjaya mengekalkan keamanan dan
perpaduan.
• Masyarakat majmuk mempunyai konsep dan
sejarahnya yang tersendiri di Malaysia.
KAUM MELAYU

 Ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu


 Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk Melayu di
Tanah Melayu ialah 2, 427, 834 orang iaitu 49.8% drpd
jumlah penduduk Tanah Melayu
 Kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu persisir
ialah perdagangan
 Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung,
penduduk Tanah Melayu tertumpu kepada kegiatan
menangkap ikan (nelayan) dan bertani
 Bagi kaum wanita di negeri Kelantan dan Terengganu,
mereka bergiat dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan
 Kegiatan ekonomi utama kaum Melayu ialah
perdagangan di samping ekonomi sara diri lain seperti
pertanian, penternakan, menangkap ikan dan mengutip
hasil hutan
 Penguasaan ekonomi kaum Melayu semakin berubah
dan merosot setelah campur tangan British
 Kemasukan buruh asing telah mengubah struktur
ekonomi masyarakat Melayu
KAUM CINA

 Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina


adalah terlalu kecil dan kebanyakannya bekerja sebagai
peniaga sahaja
 Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-
ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh
British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786,
pengambilan Singapura dari tangan Sultan Johor pada
tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat
pada tahun 1826
 Kebanyakan masyarakat Cina ini berasal dari wilayah
Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari
daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain
 Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di
tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan
Sungai Ujong
 Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan
perkembangan akativiti perlombongan
KAUM INDIA

 Kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara


pada abad ke-19 dan ke-20, sebenarnya hubungan
antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah
berlaku lebih awal lagi
 Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu
berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an
 Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India
 Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang-ladang
tebu dan kopi di Seberang Perai
 Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-
kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor
dan Negeri Sembilan
 Catatan menunjukkan sejak tahun 1900 hingga 1910,
iaitu seramai 48, 000 buruh India telah berhijrah ke
Tanah Melayu
 Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun
kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920
apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India
berhijrah ke Tanah Melayu
 90% daripada golongan penghijrahan terdiri daripada
orang Tamil yang berasal Chennai, sementara
selebihnya ialah Telegu dan Malayalam
 Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan
Ceylon
 Kumpulan etnik penduduk India yang terbesar ialah
orang Tamil yang terbentuk 80% daripada keseluruhan
penduduk India di Tanah Melayu sementara orang
Malayali meliputi 7%
 Orang Telegu pula berjumlah 4%
 Selain kelompok etnik di atas, orang Punjabi turut
datang dan pada peringkat awalnya mereka bertugas
dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi
pengawal keselamatan
AGAMA & KEPERCAYAAN

KAUM MELAYU

 Penduduk Melayu di Tanah Melayu, Sabah dan


Sarawak, amnya menganut agama Islam
 Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak
abad ke-14 atau ke-15
 Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai
pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam
memastikan penyebaran dan pengukuhan agama Islam
 Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan
kepadaTuhan yang satu
 Ajaran ini sememangnya berbeza dengan pegangan
masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga ke-
13 sebelum ini yang menganut agama Hindu dengan
konsep banyak Tuhan
 Dalam agama Islam, al-Quran dijadikan sebagai
sumber/asas hukum yang utama bersama-sama dengan
panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW
seperti hadis
 Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam dan
Rukun Iman
 Ajaran Islam bermatlamat :
a) Melahirkan manusia yang mempunyai konsep
kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada
kekuasaan Allah semata-mata
b) Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang
tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi
kehidupan mereka
c) Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai
khalifah Allah di muka bumi ini dan sekali gus
melahirkan manusia yang mengenali diri dan
mempunyai hala tuju hidup
KAUM CINA
 Golongan ini turut membawa bersama agama dan
kepercayaan yang dianuti mereka ke negara ini dan
kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-
masing tanpa halangan dan sekatan

 Taoisme
a) Merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina
b) Pengaruh Taoisme amat meluas
c) Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran
Confucianisme dan membantu memperluas ajaran
agama Buddha serta memberikan semangat, inspirasi
dan panduan akhlak kepada orang2 Cina
d) Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang
bermaksud 'Jalan' (The Way)
e) Sebagai satu sistem falsafah, Taoisme mengajar
pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian
fikiran dan keharmonian emosi
f) 2 orang ahli falsafah Taoisme yang terkenal ialah Lao Tzu
dan Chuang Tzu
g) Ajaran agama Tao telah diasaskan oleh Chang Ling yang
dikenali sebagai T'ien Shih (The Heavenly Teacher) dalam
kalangan para pengikutnya. Ajaran ini terbahagi dua, iaitu :
 Cult of Immortality-Mengajar pengikutnya mencari
kehidupan abadi menerusi meditasi, latihan pernafasan,
gimnastik, mandi, seni seksual & perubatan
 Way of the Heavenly Teacher- Dikembangkan oleh K'ou
Ch'ien-chih
 Fahaman Confucianisme
a) Pengasas >>> Kung Fu Tze (Confucius)
b) Lahir pada tahun 551SM dan meninggal dunia ketika
berusia 72 tahun
c) Merupakan seorang tokoh yg mendapat pendidikan &
pernah berkhidmat sebagai majistret dan menteri
d) Banyak menghabiskan masa ketika hayatnya dengan
menyemak manuskrip2 lama & menyampaikan ajaran2
yang mulia dalam kehidupan
e) Conficius mengajar falsafah moral & sosial serta garis
panduan tentang tingkah laku berlandaskan nilai2
abstrak seperti kasih sayang, keamanan, keharmonian,
kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian dan kesetiaan
 Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme
 Sangat mementingkan organisasi kekeluargaan
 Dalam sesebuah keluarga, kasih sayang sesama
keluarga (hsiao), ukhuwah (ti), ketaatan kepada ibubapa
dan abang sangat dititikberatkan
 Menekankan kepatuhan kepada orang yang
berkedudukan lebih tinggi
 Susunan dalam masyarakat berdasarkan status dan
tanggungjawab kepada keluarga
 Terdapat satu sistem moral yang sangat penting dikenali
sebagai Lima Jenis Perhubungan (Wu Lun)
 Ketaatan anak
 Penghormatan yang patut diberi oleh anak kepada
ibubapa
 Menekan kuat konsep pemujaan dan penyembahan
terhadap keluarga terutama nenek moyang yang telah
meninggal dunia
 Sebarang kebaikan atau keburukan yang dilakukan oleh
seseorang akan merujuk kepada perbuatan dan
gambaran terhadap seluruh keluarganya
 Konsep Yin dan Yang
 Semua benda yang ada di dunia ini merupakan
gabungan unsur pasif (Yin) dan unsur aktif (Yang)
 Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan
keharmonian
 Konsep ini menjadi teras kepada amalan masyarakat
Cina sehingga kini
 Yang (kuasa positif) dalam alam seperti panas matahari,
bumi dan kering, iaitu tanda2 yang melambangkan
kepintaran, kekuatan dan kepimpinan
 Yin (kuasa negatif) melambangkan kuasa2 negatif alam
seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan
sifat2 lemah, gelap dan pasif
 Jen
 Bermatlamat membentuk seorang individu bermoral
tinggi dan sempurna
 Menganggap manusia mempunyai sifat baik semula jadi
 Manusia perlu sentiasa bersedia dan membuat
kebajikan, mempunyai perasaan empati dan
persahabatan
 Semua perasaan ini perlu disemai untuk tujuan
menguntungkan masyarakat atau orang lain
 Ajaran ini boleh dikatakan sebagai perasaan
berperikemanusiaan
 Chun Zhi
 Bermaksud manusia yang benar, manusia yang
sempurna dan manusia yang terbaik
 Disamakan dengan konsep insan kamil (Manusia
Sempurna) dalam agama Islam

 Konsep Li
 Bermaksud kesopanan, budi pekerti dan pelaksanaan
upacara2 (rites)
 Bertujuan mewujudkan sebuah negara yang stabil,
pemerintah harus mengendalikan sistem pentadbiran
berdasarkan konsep ini serta konsep Jen
 Nilai Te
 Bermaksud persetujuan warganegara kepada nilai moral
yang merupakan prasyarat untuk menjadi anggota
masyarakat
 Jika pemimpinnya terdiri dari kalangan orang yang
mampu mengabdikan diri secara jujur kepada
kepentingan bersama dan memiliki watak dan kelakuan
yang baik supaya boleh melahirkan penghormatan
KAUM INDIA
 Agama Hindu ialah agama yang paling banyak dianuti
oleh kaum India
 Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri
untuk hidup demi masyarakatnya dan berusaha
memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya
 Sebagai balasan, Tuhan-tuhan akan menjauhkan
mereka daripada penyakit dan sebarang bencana,
memanjangkan usia dan membantu mereka
menewaskan musuh dalam sebarang peperangan
 Terdapat beberapa ciri yang terkandung dalam agama
Hindu ini
 Kepercayaan kepada dewa-dewa

 Asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu


 Namun, penjelmaan dewa menjadikan agama Hindu
sering dilihat beraliran politeisme, walaupun tidak tepat
 Konsep ketuhanan merangkumi elemen monoteisme
(satu tuhan), politeisme (banyak tuhan), henoteisme
(struktur tuhan mengikut kekuasaan), dan panteisme
(semua benda adalah tuhan)
 Konsep karma dan kelahiran semula
 Mereka percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam
salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan
mereka semasa dalam hayat terdahulu
 Keperibadian dlam hayat yang sedang dilalui perlulah
baik dan berbudi supaya mereka berada dalam kasta
yang baik dalam kehidupan yang akan datang
 Unsur yang menentukan kasta mana yang harus
diduduki selepas kelahiran semula ialah karma
 Hukum-hukum karma perlu dipatuhi untuk memastikan
kebahagiaan, kemakmuran, dan usia yang panjang
 Kitab-kitab Veda
 Kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam
masyarakat pengamal agama Hindu
 Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-
amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman,
dan sebagainya
 Kitab-kitab ini juga mengandungi ramalan-ramalan
tentang kedatangan seorang nabi
MASYARAKAT SARAWAK
 Mempunyai lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi
 Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak
Laut), orang Melayu dan orang Melanau

 Orang Iban
 Orang Iban tidak mempunyai agama tertentu
 Mereka masih berpegang kepada ajaran animisme
 Pegangan ini banyak dipengaruhi oleh unsur2 yang
dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha
 Selepas kedatangan kuasa2 Barat, agama Kristian telah
dibawa masuk
 Kini, sebahagian besar masyarakat Iban beragama
Kristian
 Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan
tradisional mereka
 Contoh, kepercayaan 'miring' iaitu jampi serapah yang
dilakukan atas tujuan menolak bala
 Mereka sangat patuh kepada pantang larang (mali)
 Akan ditimpa bala atau kematian sekiranya melanggar
pantang larang
 Kepercayaan lain berdasarkan tafsiran mimpi
 Aktivit harian dipengaruhi oleh tafsiran mimpi mereka
 Aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mendapat mimpi yang
tidak baik
 Orang Melayu
 Berpegang kepada agama Islam
 Agama ini membentuk ciri-ciri perkampungan mereka
seperti bersatu-padu, bertatasusila, bertanggungjawab
dan sebagainya
 Terdapat masjid di setiap kampung yang menjadi pusat
segala kegiatan keagamaan selain bersembahyang
 Terdapat juga madrasah yang berperanan sebagai pusat
kegiatan Islam
 Mereka juga percaya kepada pantang larang tertentu
 Pantang larang diamalkan bertujuan memelihara
keharmonian kaum dan kampung seluruhnya
 Masyarakat Melanau
 Asalnya merupakan pagan(tidak mempunyai agama)
 Kini, ramai yang beralih kepada agama Islam dan
Kristian ekoran pemerintahan Kesultanan Brunei dan
kedatangan keluarga Brooke
 Sebelum mereka memeluk Islam, mereka juga
mempunyai kepercayaan terhadap kuasa ghaib dan
kuasa luar biasa
 Mereka percaya dunia ini mempunyai tiga lapisan iaitu
atas, pertengahan dan bawah yang didalamnya
mempunyai unsur baik dan jahat
 Kuasa2 ghaib yang menjaga setiap lapisan tidak boleh
diganggu
 Sekiranya diganggu, masyarakat Melanau akan ditimpa
penyakit atau kesusahan
 Makhluk2 ini dikenalik sebagai 'jin', 'ipok', 'amok', 'tow',
dan 'during'
 Sekiranya makhluk ini mengamuk, khidmat dukun atau
bomoh digunakan untuk memujuknya
 Namun, ekoran pemodenan dan anutan Islam,
kepercayaan terhadap kuasa halus semakin
berkurangan
MASYARAKAT SABAH

 Dikatakan mempunyai lebih daripada 32 suku kaum


 Masyarakat Kadazan-Dusun ialah masyarakat terbesar
 Asalnya mereka memegang kepercayaan animisme
 Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk
agama Islam dan Kristian
 Di kawasan pedalaman, ramai yang masih pagan (tiada
agama)
 Masyarakat Kadazan-Dusun

 Percaya kewujudan syurga dan neraka


 Bagi golongan pagan, mereka percaya sesiapa yang
mati, rohnya akan dibawa pergi ke Gunung Kinabalu
 Percaya kepada pantang larang dan tafsiran mimpi
 Mimpi buruk boleh mempengaruhi keputusan dalam
kehidupan mereka
 Mempunyai upacara pemujaan seperti 'kaamatan'(pesta
menuai)
 Masyarakat Bajau

 Hampir semua beragama Islam


 Anutan ini menjadi pegangan mereka dalam segala
aspek kehidupan
 Mengamalkan upacara2 agama seperti berkhatan, akad
nikah, khatam al-Quran dan lain-lain
 Mereka percaya kepada 'jin' iaitu sejenis makhluk yang
dianggap mempunyai kuasa luar biasa
 Percaya konsep 'tulah' iaitu malapetaka yang ditimpa
apabila melanggar adat atau peraturan
 Kepercayaan begitu semakin pupus

You might also like