You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN TAMAN KELULUT SK PERWIRA

1. Profil sekolah
1.1. Sekolah Kebangsaan Perwira atau nama ringkasnya SK Perwira, merupakan sebuah Sekolah
kebangsaan yang terletak di Km 5, Jalan Changkat Jong.
1.2. Pada 2019, Sekolah Kebangsaan Perwira memiliki 237 pelajar lelaki dan 194 pelajar
perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 431 orang. Ia mempunyai
seramai 35 orang guru.
1.3. Sekolah yang terletak bersebelahan dengan Hospital Teluk Intan ini merupakan sebuah
sekolah bandar gred B. Kebanyakan penjaga murid-murid ini merupakan tergolong daripada
kakitangan awam yang bekerja di Hospital Teluk Intan dan pejabat-pejabat kerajaan. Oleh
yang demikian, sumbangan PIBG merupakan pendapatan yang utama untuk Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) SK Perwira.

2. Pengenalan
2.1. Program Taman Kelulut ini merupakan sebuah projek yang diilhamkan daripada program
menjana pendapatan PIBG SK Perwira. Dengan adanya program seperti ini diharapkan
supaya PIBG SK Perwira berupaya untuk menjana pendapatan sendiri bagi menampung
keperluan murid-murid di sekolah. Seperti yang diketahui bahawa sekolah merupakan satu
pusat komuniti yang memerlukan kewangan yang besar untuk semua murid mencipta
kejayaan. Berasaskan kepada situasi masa kini, murid-murid perlu mencapai kejayaan
secara holistik dalam semua bidang terutamanya bidang kurikulum, komurikulum dan
sahsiah. Usaha untuk mencapai kecemerlangan ini memerlukan belanja yang banyak
disamping sumber pendapatan yang terhad. Selain daripada kutipan sumbangan daripada
penjaga murid dan kerajaan, PIBG seharusnya berupaya membantu dari sudut kewangan
untuk menyuntik keupayaan sekolah melalui guru-guru supaya murid dapat dibawa ke
peringkat yang lebih tinggi.
2.2. Madu kelulut merupakan produk yang semakin mendapat tempat di kalangan penduduk
negara ini. Khasiat yang boleh di dapati daripada madu kelulut ini juga dapat dibuktikan
secara klinikal. Penyelidik-penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
contohnya, menyatakan bahawa madu kelulut ini bukan sahaja boleh didapati dengan
mudah di negara ini, malah ianya sangat sesuai untuk diamalkan oleh masyarakat dinegara
ini memandangkan ianya sangat sesuai dengan iklim dan cara hidup masyarakat tempatan.
2.3. Dikenali daripada spesis lebah, walaubagaimanapun kelulut juga tergolong daripada lebah
yang tidak mempunyai bisa iaitu stingless bees. Sehubungan itu, ibu bapa tidak perlu risau
dengan ancaman yang diberikan oleh serangga ini. Terdapat banyak sekolah-sekolah swasta
telah memulakan projek penternakan kelulut ini dan terbukti ianya dapat membantu
sekolah dari segi kewangan seperti yang telah dilaksanakan di sebuah sekolah di Jitra iaitu
Madrasah Tahfiz Taufiqillah. Sekolah ini berjaya menjana pendapatan sehingga RM24000
sebulan daripada 120 sarang kelulut yang di hasilkan.
3. Carta Alir Projek

Rundingan
Pembentangan Rundingan Rundingan
Pembinaan
Kertas Kerja Rakan JPK Tajaan Projek
Projek

Kemaskini Mendapatka Latihan dan Pembinaan


Projek n Bekalan Perbengkelan Projek
4. Jalinan Pintar Korporat
4.1. Projek ini merupakan sebuah Projek Jalinan Pintar Korporat yang menjalinkan antara SK
Perwira dan beberapa syarikat tempatan yang berpotensi:
4.1.1.A : Penaja 1
4.1.2.B : Penaja 2
4.1.3.C : Penaja 3
4.1.4.D : Penaja 4
4.1.5.E : Pemasaran

5. Jawatankuasa
5.1. Penasihat : En. Ahmad Jamhari Bin Daud (Guru Besar)
5.2. Pengerusi : (PIBG Biro Ekonomi)
5.3. Naib Pengerusi : (PIBG)
5.4. Setiausaha :
5.5. Naib Setiausaha:
5.6. Bendahari :

6. Objektif
6.1. Mengupayakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah untuk turut sama menyokong
aktiviti murid-murid dari segi kewangan.
6.2. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dengan memiliki beberapa jenis
tumbuhan untuk sesi pembelajaran dan pemudahcaraan murid di sekolah.
6.3. Meningkatkan peratus pencapaian murid dalam UPSR melalui projek sokongan.

7. Skop Projek

Bil Perkara Jumlah Catatan


1 Sarang kelulut 5 Sebuah sarang kelulut dijangkakan boleh
menghasilkan sehingga 500gm sebulan.

2 Teduhan (20’x30’) 1 Kawasan teduhan untuk mengelakkan sarang


kelulut terdedah daripada cahaya matahari.
3 Pokok hiasan (Bunga Air 20 Bunga yang dihasilkan merupakan sumber
Mata Pengantin) utama kelulut mendapatkan madu.

4 Pokok hiasan lain 20 Pokok bunga hiasan yang ditanam mampu


menghasilkanpemandangan yang menarik
disamping dapat dijadikan sumber PdPc.

8. Anggaran Kewangan

Bil Anggaran Pendapatan Jumlah (RM) Bil Anggaran Perbelanjaan Jumlah (RM)

1 1 Sarang kelulut x 3 1500.00


2 2 Teduhan (20’x30’) 2000.00

3 3 Sunblock Shade 100.00


4 4 Bunga Air Mata x 20 400.00

5 5 Pokok Hiasan x 20 400.00


6 6 Upah Pekerja 500.00

JUMLAH 4000.00 JUMLAH 4900.00

9. Output dan jangkaan faedah


9.1. Pengurusan madu kelulut akan dilaksanakan oleh Sarana PIBG secara kumpulan berjadual.
9.2. Pemasaran madu kelulut ini akan dilakukan oleh sebuah syarikat tempatan yang memang
pakar dari segi pemprosesan makanan dan pemasaran.
9.3. 100gm madu kelulut akan dijual dengan harga antara RM35 hingga RM50 sebotol dan
dijangka akan terus meningkat.
9.4. Bilangan sarang akan ditambah daripada masa ke semasa berdasarkan kemampuan dan
kejayaan projek.

10. Pelan Tapak Yang Dicadangkan

TAPAK
PROJEK
N CHANGKAT JONG

GUNAN SEKOLAH

GUNAN SEKOLAH

KANTIN
LAH
J

11. Lampiran Gambar Hiasan PRA

You might also like