You are on page 1of 2

CADANGAN SYARAT KELULUSAN PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI

BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP) BAGI MENGIKUTI KURSUS JANGKA MASA


PANJANG DAN SEDERHANA
a) CBBP ini diberi kepada pegawai dalam perkhidmatan Kumpulan Pengurusan
Dan Profesional untuk mengikuti kursus di peringkat Ph.D dan Sarjana.
b) Pegawai layak mendapat kemudahan CBBP maksimum dua kali sahaja
sepanjang tempoh perkhidmatan bagi mengikuti kursus Jangka Panjang.
c) Pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) akan dikenakan
ikatan kontrak berkhidmat dengan Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya 5 tahun
dan sekiranya melanggar syarat-syarat dalam perjanjian akan dikenakan ganti
rugi.
d) Pegawai di kehendaki mengemukakan Laporan Kursus berserta salinan
Ijazah/Sijil setelah tamat pengajian kepada Jawatankuasa Latihan.
e) Syarat-syarat pemberian:
i) Telah diluluskan Permohonan Sambung Belajar oleh Jawatankuasa
Latihan yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Kelantan.
ii) Berkhidmat secara tetap.
iii) Disahkan jawatan dalam skim perkhidmatan semasa dan tempoh
perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun.
iv) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dan memperoleh
markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-
kurangnya 90 peratus bagi tempoh genap tiga (3) tahun berturut-turut.
v) Telah mendapat tempat di universiti/institusi untuk mengikut kursus yang
diluluskan.
vi) Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib.
vii) Telah membuat pengisytiharan harta.
viii) Bebas dari keberhutangan yang serius.
ix) Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
x) Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam tegar dari institusi
pinjaman pendidikan
xi) Kuota kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada 2% (dua
peratus) daripada jumlah Pegawai Tadbir Negeri dan Pegawai Tadbir
Ugama.
xii) Kursus yang dipilih oleh perlulah mengikut bidang-bidang sebagaimana
Bidang Utama Pentadbiran (Kluster) di dalam Pelan Penggantian
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2020-2023.
xiii) Manakala kursus yang dipilih oleh Pegawai Tadbir Ugama perlu
mengikut bidang-bidang pengajian Islam.

You might also like