You are on page 1of 20

MINIT MESYUARAT

PENYELARASAN PELAKSANAAN KURIKULUM SAINS DAN MATEMATIK


ANTARA BAHAGIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DENGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI BIL. 1/2019

Tarikh: 29 dan 30 Ogos 2019 (Khamis dan Jumaat)

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Sri Duta


Aras 8, Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK)

SENARAI KEHADIRAN:

Ketua Sektor Sains dan Matematik,


1. YBrs. Dr. Rusilawati binti Othman
BPK (Pengerusi)

2. Puan Aizatul Adzwa binti Mohd Basri Ketua Unit Sains Menengah, BPK

3. Puan Hjh. Zainon binti Abdul Majid Ketua Unit Sains Rendah, BPK

4. Puan Rosita binti Mat Zain Ketua Unit Matematik Menengah, BPK

5. Encik Mazlan bin Awi Ketua Unit Matematik Rendah, BPK

6. Puan Ruslawati binti Mat Isa Unit Sains Menengah, BPK

7. Encik Mohd. Osmira bin Mohid Unit Sains Menengah, BPK

8. Encik Azmi bin Harun Unit Sains Menengah, BPK

9. Encik Kasdi bin Kamin Unit Sains Menengah, BPK

10. Encik Anandan Kanniapan Unit Sains Tulen, BPK

11. Puan Norfadhillah binti Yusoff Unit Sains Tulen, BPK

12. Puan Siti Aisyah binti Shahdan Unit Sains Tulen, BPK

13. Encik Kamarul Azlan bin Ahmad Unit Sains Rendah, BPK

14. Puan Nuraini binti Abu Bakar Unit Sains Rendah, BPK

15. Puan Kumutha a/p Krishnasamy Unit Sains Rendah, BPK

Muka 1 dpd 9
16. Cik Wong Sui Yong Unit Matematik Menengah, BPK

17. Cik Alyenda binti Ab Aziz Unit Matematik Menengah, BPK

18. Puan Noraida binti Md Idrus Unit Matematik Menengah, BPK

19. Encik Kumaresan a/l Subramaniam Unit Matematik Rendah, BPK

20. Cik Rabiatul Nazuha binti Mohd Unit Matematik Rendah, BPK

21. Dr. Hoi Sim Min Unit Matematik Rendah, BPK

22. Dr. Wong Li Li Unit Matematik Rendah, BPK

23. Cik Noor Aliza binti Nordin Mentor TIMSS dan PISA
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
24. Puan Aimy Aidora binti Mohamed
(BPSH)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
25. Cik Juraida Umat @ Bidin
(BPSH)
26. Encik Romzi bin Anwar Lembaga Peperiksaan (LP)

27. Puan Khausalyadevi a/p Singaraveloo Lembaga Peperiksaan (LP)

28. Encik Mohd Taam bin Hj. Sobri Lembaga Peperiksaan (LP)

29. Encik Azmi bin Shapiee Lembaga Peperiksaan (LP)

30. Puan Yuhana binti Yaacob Jemaah Nazir (JN)


Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
31. Puan Zalina binti Kamis
Kesenian (BSKK)
32. Encik Mohd Afandy bin Ibrahim JPN Perlis

33. Encik Abd Aziz bin Mohamad Noh JPN Kedah

34. Puan Susilawati binti Saad JPN Pulau Pinang

35. Encik Anas bin Mohamad Suffian JPN Perak

36. Puan Rashidah binti Mohamad Yusof JPN Selangor

37. Puan Eliza binti Mohd Salleh JPWP Kuala Lumpur

38. Puan Siti Zurina binti Mohd. Salleh JPWP Kuala Lumpur

39. Puan Rohana binti Mohamad JPWP Putrajaya

40. Encik Mohd. Fadzil bin Jamil JPN Negeri Sembilan

Muka 2 dpd 9
41. Encik Abdul Rahim bin Adam JPN Negeri Sembilan

42. Encik Mohd Alfouzii bin Nasir JPN Melaka

43. Tuan Hj. Amiruddin bin Abd Manaf JPN Johor

44. Encik Norhisham bin Mustaffa JPN Pahang

45. Encik Mohd Norhasani bin Kasim JPN Pahang

46. Encik Mohd Zamri bin Ab. Razak JPN Terengganu

47. Puan Halizah binti Mohd Zain JPN Kelantan

48. Encik Zakry bin Ismail JPN Sarawak

URUS SETIA

1. Encik Kamarul Azlan bin Ahmad Unit Sains Rendah, BPK

PENCATAT

1. Puan Norfadhillah binti Yusoff Unit Sains Tulen, BPK

2. Dr. Wong Li Li Unit Matematik Rendah, BPK

Muka 3 dpd 9
1. KATA ALUAN PENGERUSI

1. 1 Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat.

1. 2 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan


kepada mantan Timbalan Pengarah BPK, Datin Dr. Ng Soo Boon atas
sumbangan beliau terhadap pendidikan sains dan matematik negara.

1. 3 Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek


pembangunan dan pekerjaan, sektor pendidikan perlu berkembang dan berubah
terutamanya mata pelajaran sains dan matematik. Di samping pemantapan
pengetahuan sains dan matematik, elemen nilai dan akhlak perlu ditekankan
dalam segala aspek di sekolah termasuk aktiviti kokurikulum untuk
menghasilkan insan yang seimbang dan berkualiti.

1. 4 Pegawai KPM dan JPN yang terlibat dalam mesyuarat ini bertanggungjawab
memastikan murid dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan
matematik yang mantap agar murid bersedia untuk menghadapi cabaran
peringkat pengajian tinggi dan bidang kerjaya yang akan diceburi kelak
terutamanya dalam bidang STEM.

1. 5 Pegawai JPN merupakan agen perubahan yang penting dalam memastikan


keberkesanan pelaksanaan program yang diturunkan daripada KPM ke sekolah.
Pemantauan dan bimbingan serta penyampaian maklumat dan hasrat KPM
dengan tepat kepada pihak sekolah adalah penting.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Sains dan Matematik


antara Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dengan Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) Bil. 1/2018 telah dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Rohana
binti Mohamad dari JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan disokong
sebulat suara oleh ahli mesyuarat tanpa pindaan.

3. PERKARA BERBANGKIT (Daripada Mesyuarat PPSM Bil.1/2018)

3.1 Perkara 3.10: Pemantauan terhadap pelaksanaan amali sains bagi


memastikan murid menguasai kemahiran saintifik

Senarai spesifikasi bahan/radas sedia ada masih diguna pakai dan ada dalam
makluman Bahagian Perolehan Aset KPM. Pihak BPK sedang menyediakan
senarai terkini bagi kegunaan KSSM tahun 2020.

Muka 4 dpd 9
Berkenaan isu Matematik Tambahan yang berada dalam kumpulan II
(Vokasional dan Teknologi) tetapi diuruskan oleh pegawai Sains dan
Matematik, Perbincangan antara unit di bawah SPA JPN adalah perlu bagi
menyelaras pengurusan dan pemantauan pelaksanaan Matematik Tambahan.

Tindakan: JPN

4. PEMBENTANGAN BAHAGIAN

4.1. Pembentangan BPK

4.1.1. Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1 oleh


En. Kamarul Azlan bin Ahmad

i. Surat Siaran dan Surat Makluman berkenaan pemansuhan


peperiksaan murid Tahap 1 dan templat pelaporan PBD
 Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir
Tahun Murid Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 Dan Tahun 3) di
Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai
Tahun 2019 (Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 14 Tahun 2018: 19 Disember 2018)
 Perubahan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Bagi Tahap Satu (25 April 2019)
 Muat naik Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Bagi Tahap 1 (09 Julai 2019)
ii. Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan PdP serta
PBD dengan bimbingan JPN dan PPD.
iii. Tujuan templat pelaporan PBD adalah untuk membantu pihak
sekolah melaporkan kepada ibu bapa tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian anak mereka.
iv. Pandangan guru terhadap templat pelaporan
 Membantu guru membuat pelaporan
 Boleh menulis ulasan tentang pembelajaran dan
perkembangan murid
v. Pandangan ibu bapa terhadap templat pelaporan
 Pelaporan menggambarkan perkembangan dan pencapaian
secara holistik
 Ulasan tambahan guru mata pelajaran penting untuk
memaklumkan penguasaan mata pelajaran murid
vi. Pelaporan semua mata pelajaran disediakan dalam satu templat
yang sama memudahkan urusan guru kelas dalam menyediakan
pelaporan.

Muka 5 dpd 9
vii. Perekodan Tahap Penguasaan (TP) murid boleh dibuat mengikut
kesesuaian tempat dan masa guru.
viii. Penyataan terhadap TP mudah difahami oleh ibu bapa dan
berbentuk kebolehan dan perkembangan murid (Can do
statements).
ix. Ringkas dan senang diguna.
Makluman

4.1.2. Pelaksanaan KSSM Sains Menengah Atas oleh Pn. Norfadhillah


binti Yusoff

i. Bilangan amali wajib bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 4


dan 5 adalah seperti berikut:

Bilangan amali wajib (semua amali wajib dilaksanakan)


Tingkatan 4 7
Tingkatan 5 7

Sains Tingkatan 4
- Terdapat bidang pembelajaran baharu di bawah tema Kaedah
Saintifik, Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup,
Penerokaan Unsur dalam Alam serta Tenaga dan Kelestarian.

Sains Tingkatan 5
- Terdapat bidang pembelajaran baharu di bawah tema
Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup serta Tenaga dan
Kelestarian.

ii. Bilangan amali wajib bagi mata pelajaran Sains Tambahan


Tingkatan 4 dan 5 adalah seperti berikut:

Bilangan amali wajib (semua amali wajib dilaksanakan)


Tingkatan 4 7
Tingkatan 5 7

Sains Tambahan Tingkatan 4


- Terdapat bidang pembelajaran baharu di bawah tema
Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup, serta Penerokaan
Unsur dalam Alam.

Sains Tambahan Tingkatan 5


- Terdapat bidang pembelajaran baharu di bawah tema
Penerokaan Unsur Dalam Alam serta Penerokaan Bumi dan
Angkasa Lepas.

Muka 6 dpd 9
iii. Bilangan amali wajib bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan 4 dan
5 adalah seperti berikut:

Bilangan amali wajib (semua amali wajib dilaksanakan)


Tingkatan 4 12
Tingkatan 5 9

Biologi Tingkatan 4
- Empat tema dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 4
mempunyai enam bidang pembelajaran baru iaitu dalam
diselitkan dalam tema-tema Biologi.
Biologi Tingkatan 5
- Lima bidang pembelajaran baru terdapat dalam tema Biologi.
Dua bidang baharu dalam Biologi ialah Kejuruteraan Genetik
dan Bioteknologi serta Kelestarian Alam Sekitar.

iv. Bilangan amali wajib bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan 4 dan 5
adalah seperti berikut:

Bilangan amali wajib (semua amali wajib dilaksanakan)


Tingkatan 4 13
Tingkatan 5 8

Fizik Tingkatan 4
- Terdapat bidang pembelajaran baharu iaitu Kegravitian
Fizik Tingkatan 5
- Terdapat bidang pembelajaran baharu iaitu Kuantum Fizik

v. Bilangan amali wajib bagi mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 dan


5 adalah seperti berikut:

Bilangan amali wajib (semua amali wajib dilaksanakan)


Tingkatan 4 22
Tingkatan 5 21

Kimia Tingkatan 4
- Terdapat 6 standard kandungan baharu dalam mata pelajaran
Kimia Tingkatan 4 iaitu dalam tema Pengenalan kepada
Kimia, Asas Kimia dan Interaksi antara Jirim.

Muka 7 dpd 9
Kimia Tingkatan 5
- Tema Proses Kimia dan Kimia Organik disusun semula dari
tajuk lama dalam KBSM serta satu bidang pembelajaran baru
iaitu Kimia Polimer diperkenalkan. Beberapa standard
kandungan baru turut berada dalam Kimia Tingkatan 5 iaitu
Bahan Kosmetik, Nanoteknologi dan Teknologi Hijau.

Makluman

iii. Kurikulum Matematik Menengah dan Matematik Tambahan oleh


Cik Alyenda binti AB Aziz

i. Kurikulum Matematik Menengah dan Matematik Tambahan


bermatlamat membentuk individu yang berfikrah matematik.
ii. Tajuk baharu Matematik Tingkatan 4
 Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul
 Rangkaian dalam Teori Graf
iii. Tajuk baharu Matematik Tingkatan 5
 Pemodelan Matematik
 Sukatan Serakan Data Terkumpul
 Kekongruenan
iv. Tajuk baharu Matematik Tambahan Tingkatan 4 (Murid boleh
memilih mengikut kecenderungan, keupayaan dan minat)
 Penyelesaian Segi Tiga
 Nombor Indeks
v. Tajuk baharu Matematik Tambahan Tingkatan 4 (Murid boleh
memilih mengikut kecenderungan, keupayaan dan minat)
 Kinematik Gerakan Linear
 Pengaturcaraan Linear
vi. Isu dalam Bidang Statistik
 Penekanan oleh APEC terhadap Statistical Thinking sebagai
kemahiran penting untuk menghadapi era ekonomi digital.
Murid yang berpemikiran statistical, kompeten dalam coding
dan mengurus big data.
 Penekanan kepada inkuiri statistik bagi membentuk pemikiran
aras tinggi serta keupayaan memahami keragaman data
secara bermakna bagi menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.

Muka 8 dpd 9
 Subtopik baharu seperti plot titik, plot batang dan daun, plot
kotak serta sukatan serakan dimasukkan dalam KSSM
Matematik bagi meningkatkan keupayaan murid menjawab
soalan statistik dalam TIMSS dan PISA di samping
menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran yang
mencukupi untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi.
 Modul PdP Statistik sedang dibangunkan bagi membantu guru.
vii. Isu dalam tajuk baharu Matematik Pengguna
 Tajuk di bawah Matematik Pengguna:
Kredit dan Hutang, Pengurusan Kewangan, Insuran dan
Percukaian
 BPK bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam menggubal tajuk
ini.
 Penandaarasan dengan Standard Celik Kewangan (BNM),
OECD Framework dan National Standards for Financial
Literacy USA dan National Standards in K-12 Personal
Finance Education.
 Selaras dengan keperluan dan usaha membangunkan
masyarakat celik kewangan.
 Modul PdP Elemen Pendidikan Kewangan disediakan bagi
membantu guru.
 Item mirip PISA digubal dan ditadbir kepada murid Tahun 5
dan Tingkatan 1 dan 2.
viii. Isu dalam tajuk baharu Rangkaian dalam Teori Graf
 Bertujuan mendedahkan murid kepada aplikasi matematik
dalam kehidupan sebenar secara bermakna bagi
membolehkan mereka menyelesaikan masalah.
 Konsep diuji dalam TIMSS dan PISA.
ix. Isu dalam tajuk Kebarangkalian dan Set
 Dibawa dari menengah atas ke menengah rendah kerana rata-
rata negara berprestasi tinggi mengajar tajuk ini di peringkat
yang lebih rendah.
 Konsep diuji dalam TIMSS dan PISA.
x. Sesetengah topik dalam Matematik Tambahan Malaysia diajar
dalam Matematik di negara lain. Contoh: Singapura (Sine and
Cosine Rules & Vectors).
xi. Murid di negara lain mempelajari sebahagian topik dengan lebih
mendalam. Contoh: Singapura (Differentiation and Integration
involving Trigonometric Function, Coordinate Geometry of Circles,
Factorisation of Polynomials involving cubic equations).

Muka 9 dpd 9
xii. Dalam IGCSE Cambridge Additional Mathematics, kandungan
agak setara tetapi sebahagian tajuk dipelajari di peringkat
Tingkatan 6 di Malaysia. Contoh: Logarithmic and Exponential
Functions Series, Logarithmic and Exponential Functions Series.
xiii. Keupayaan murid menjawab soalan dalam tajuk Statistik:
 Domain Kognitif Penaakulan adalah jauh lebih rendah daripada
Domain Kognitif Pengetahuan
Makluman

iv. Inisiatif #20 Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam


Pembelajaran Abad ke-21 oleh En. Kasdi bin Kamin

i. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025


menggariskan strategi dan inisiatif bagi mengupayakan
peningkatan kualiti sistem pendidikan kebangsaan.
ii. Anjakan 1, 3, 4, 6, 7, 8, 9 dan 10 dalam PPPM menyokong Inisiatif
#20 yang bertujuan membudayakan KBAT dalam pembelajaran
abad ke-21.
iii. Kapasiti guru dari segi pedagogi dan pentaksiran yang dijalankan
seiring dengan PdP perlu ditingkatkan.
iv. Peranan dan sokongan pegawai sains dan matematik JPN adalah
penting dalam membantu guru menjalankan PdP yang berkualiti
dan secara langsung meningkatkan pencapaian murid dalam
TIMSS dan PISA.
v. PISA 2015 buat julung kali dilaksanakan secara berasaskan
komputer.
vi. Antara sasaran yang dihasratkan:
 Sasaran 1
Meningkatkan bilangan sekolah yang ditarafkan sebagai
sekolah yang membudayakan KBAT oleh Jemaah Nazir (JN)
mencapai tahap cemerlang dan seterusnya kesemua 282
sekolah yang terlibat mencapai tahap cemerlang menjelang
tahun 2020.
 Sasaran 2
Guru melaksanakan strategi PdP Abad Ke-21 sehingga
mencapai tahap 'Cemerlang'
 Sasaran 3
Mencapai skor purata kebangsaan kategori tinggi dalam
Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL)
vii. Pelbagai aktiviti dan inisiatif yang menjurus kepada Pembelajaran
Abad Ke-21 (PAK21) diperkenalkan:
 Konsep: 4C1V, KBAT
 Alat/Bahan: ICT dalam PdP, i-Think, HEBAT, B-STEM

Muka 10 dpd 9
 Kaedah/Pendekatan: Differentiated Teaching, Inquiry Based
Learning (IBL), Project Based Learning (PBL), Flipped
Classroom
 Pentaksiran: Pentaksiran Bilik Darjah, TIMSS & PISA, Profil
Murid
 Standard asas PAK21 di Malaysia melibatkan 4K1N iaitu
Komunikasi, Kolaboratif, Kreativiti, Pemikiran Kritis, Nilai Murni
dan Etika
viii. Sepuluh Sekolah IB World School KPM boleh dijadikan pakar
rujuk pelaksanaan PdP berasaskan KBAT.
ix. Item Penetapan Tahap Kompetensi dan Literasi (PKL) Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah yang dibina merupakan salah
satu usaha yang dijalankan untuk menghadapi TIMSS 2021 dan
PISA 2022.
x. Instrumen Penetapan Tahap Kompetensi dan Literasi bagi Sains,
Matematik dan Bacaan (PKLSMB) dihasilkan sejajar dengan
kerangka pentaksiran pada peringkat antarabangsa untuk
memberi gambaran menyeluruh mengenai tahap kompetensi dan
literasi murid dalam Sains, Matematik dan Bacaan dalam
perspektif KBAT seterusnya membantu merangka intervensi yang
diperlukan bagi meningkatkan tahap kompetensi dan literasi
murid.
xi. Pada tahun 2017, PKLSMB I dilaksanakan untuk mendapatkan
data asas (baseline data) bagi kohort murid Tingkatan 2 dan 3
dalam Sains, Matematik dan Bacaan
xii. Pada tahun 2018, PKLSMB IV yang memberi fokus kepada
kompetensi pengetahuan kandungan menunjukkan peningkatan
yang memberangsangkan dalam kategori Tinggi dan penurunan
yang banyak dalam kategori Rendah.
xiii. Rintis PKLSM dan PKLSR pada bulan Ogos 2019
 2880 orang murid terlibat
 32 sekolah menengah
 16 sekolah rendah
 24 sekolah luar bandar
 24 sekolah bandar
 24 sekolah secara berkomputer
 24 sekolah secara bertulis
Makluman

Muka 11 dpd 9
v. Pendidikan Kewangan dalam Mata pelajaran Matematik
Pn. Noraida binti Md Idrus

i. Pembentangan dimulakan dengan sejarah dan latar belakang


pendidikan kewangan dalam kurikulum Matematik yang bermula
pada tahun 2012 kerjasama bersama Bank Negara Malaysia
dalam dan dipersetujui dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi
KPM.
ii. Kepentingan Pendidikan Kewangan mendapat perhatian dimana
kesedaran tentang pengurusan kewangan perlu dipupuk dari
usia muda agar melahirkan masyarakat yang celik kewangan.
Dengan demikian, kerajaaan bersetuju mamasukkannya dalam
kurikulum menerusi Strategi Nasional Dalam Literasi Kewangan
2019 – 2023: Peranan KPM Dalam Melaksanakan Strategi
Keutamaan 1, iaitu Memupuk Nilai Murni Sejak Usia Muda.
iii. Kandungan kurikulum Pendidikan Kewangan dalam DSKP
Matematik sekolah rendah dan Matematik sekolah menengah
termasuk pengetahuan dan pemahaman konsep kewangan dan
risiko, dan kemahiran, motivasi dan keyakinan untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tersebut untuk
membuat keputusan yang efektif meliputi semua konteks
kewangan.
iv. Terdapat dua bahan sokongan yang telah dihasilkan oleh BPK
bagi membantu PdP guru dalam Pendidikan Kewangan iaitu
Buku Panduan Pendidikan Kewangan dalam KSSM yang telah
dimuat naik di laman web BPK dan Buku Panduan PdP
Pendidikan Kewangan Sekolah Menengah yang baharu sahaja
siap dikawal mutu dan akan dimuat naik di laman web BPK
pada masa terdekat.
v. Melalui Inisiatif #20 Pembudayaan KBAT Dalam Pembelajaran
Abad Ke-21Item pentaksiran kompetensi literasi kewangan
peringkat sekolah rendah dan menengah telah dibina untuk
memberikan pendedahan kepada guru tentang soalan-soalan
pendidikan kewangan. Turut sama disediakan adalah
Terjemahan Item Contoh dan Item Boleh-Edar Literasi
Kewangan Programme for International Student Assessment
(PISA) yang berasaskan kerangka pendidikan kewangan
termasuklah dari aspek kandungan, proses dan konteks.
vi. Beberapa bentuk soalan Released & Sample Items PISA telah
diberikan dalam slaid pembentangan sebagai gambaran kepada
semua pegawai agar dapat menyampaikan maklumat kepada
pegawai yang terlibat.
Makluman

Muka 12 dpd 9
vi. Pelaksanaan Kurikulum Sains Tambahan oleh En. Osmira bin
Mohid

i. Pengenalan kepada mata pelajaran Sains Tambahan dengan


kurikulum baharu yang akan dilaksanakan pada tahun 2020. Mata
pelajaran ini yang berada dalam kelompok III sains Elektif
mensasarkan murid yang berminat dengan aliran STEM selepas
tingkatan 3.

ii. Pakej Sains Tambahan mesti diambil bersama mata pelajaran


Sains dan jika murid mahu meneruskan peringkat tertier dalam
bidang STEM perlu mengambil juga mata pelajaran Matematik
Tambahan.

iii. Terdapat sembilan tema dalam Tingkatan 4 dan lapan tema di


tingkatan 5 yang memberi penekanan kepada penyiasatan
saintifik, pembelajaran berasaskan projek, aplikasi sains dan
pendidikan berasaskan 4IR.

iv. Terdapat bahan sokongan yang dapat membantu guru dalam PdP
Sains Tambahan termasuk Hebat Sains, Modul Cetree & USM,
Modul Plastik (Petronas) dan Panduan PdP Kurikulum KSSM
Sains dan Sains Tambahan.

v. Sains Tambahan mengalami kemerosotan sejak 2012 hingga kini


dalam bilangan murid yang mengambil pakej mata pelajaran
tersebut dan misi BPK dengan bantuan JPN dalam
mempromosikan Sains Tambahan. Keputusan murid dalam SPM
menunjukkan bahawa mata pelajaran ini boleh dicapai dengan
baik oleh murid.

Muka 13 dpd 9
vi, Kajian dalam menjejaki bekas murid yang mengambil mata
pelajaran ini juga menunjukkan mereka mampu menceburi
pelbagai bidang kerjaya termasuklah dalam bidang STEM. Turut
ditemubual adalah guru yang mengajar menyatakan antara
cabaran adalah kesedaran daripada pentadbir, keyakinan guru
dalam mengajar Sains Tambahan, kekurangan bahan rujukan
dan ketiaadaan makmal yang khusus.
Makluman

4.2. Pembentangan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK)


Program STEM BSKK oleh Pn. Zalina binti Kamis
4.2.1. Aktiviti yang dianjurkan oleh
 Aktiviti anjuran KPM bekerjasama dengan agensi-agensi
kerajaan dan agensi-agensi swasta dan
i. Unit kokurikulum JPN sentiasa dihubungi untuk memanjangkan
maklumat dan hebahan program serta melaksanakan program di
bawah KPM.
ii. Aktiviti kokurikulum kelab, persatuan, permainan, badan
beruniform dan sukan merupakan aktiviti sokongan bagi
mengukuhkan nilai dan kemahiran yang dipelajari dalam PdP.
iii. Program STEM melalui aktiviti kokurikulum terbahagi kepada
beberapa jenis:
 Program yang dianjurkan sepenuhnya oleh KPM bersama-
sama JPN
 Program yang dianjurkan oleh KPM dengan kerjasama agensi
kerajaan lain serta agensi swasta
 Program yang dianjurkan sepenuhnya oleh agensi swasta
iv. Kaedah yang digunakan dalam menjalankan aktiviti kokurikulum:
 Bengkel
 Pameran Bergerak Sains
 Ceramah
 Pertandingan
 Perkhemahan Pusat
 Karnival
 Science Show
 Aktiviti dalam Talian
 ‘Edutainment’

Muka 14 dpd 9
v. Implimentasi meliputi peringkat:
 Sekolah (melalui kelab dan persatuan)
 Daerah
 Negeri
 Kebangsaan
 Antarabangsa
vi. Sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti kokurikulum:
 Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Bahagian
 One-Off Luar Negara (untuk murid, guru atau pegawai)
 Peruntukan Agensi Kerajaan dan Swasta
 Lain-Lain (Inisiatif)
vii. Sebanyak 47 Program STEM yang dianjurkan oleh BSKK
sepanjang tahun pada peringkat sekolah, zon, negeri, kebangsaan
dan antarabangsa.

Makluman

4.3. Pembentangan daripada Lembaga Peperiksaan

4.3.1. Bidang Matematik oleh Encik Romzi bin Anwar

i. Format peperiksaaan UPSR masih menggunakan format lama


iaitu format yang digunakan semenjak 2016. Semua item dibina
berdasarkan DSKP KSSR. Terdapat 2 kertas soalan di mana
dalam Kertas 1 terdapat 40 soalan (40 markah -1 jam) dan Kertas
2 15 soalan (60 markah -1 jam).

ii. Format baharu peperiksaan PT3 mulai 2019 dibina dengan


semua item berdasarkan DSKP KSSM. Terdapat satu kertas
yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A terdiri
daripada objektif aneka pilihan. (20 soalan – 20 markah),
bahagian B terdiri daripada objektif pelbagai bentuk (5 soalan –
20 markah) dan bahagian C berbentuk subjektif (6 soalan – 60
markah).

iii. Format peperiksaaan SPM 2019 masih menggunakan format


sedia ada yang dugunakan dari tahun 2003. Semua item dibina
berdasarkan HSP KBSM. Mulai 2021, SPM akan berubah format
baharu berdasarkan DSKP KSSM. Bagi format baharu, masih
dlam peringkat draf dan akan di keluarkan pada awal 2020.

Muka 15 dpd 9
iv. Program Numerasi telah dijenamakan semula oleh KPM dengan
pada tahun 2019 menjalankan kajian rintis terhadap 54 buah
sekolah dab seterusnya pada tahun 2020 akan diperluaskan
kepada 1600 buah sekolah. Item dibangunkan oleh Lembaga
Peperiksaan untuk kegunaan guru2 dalam membuat pentaksiran
formatif bagi meyokong PBD. Melalui program ini, sekolah
diberikan lebih autonomi dalam pentadbiran dan pentaksiran.

v. LP memaklumkan bahawa surat pekeliling ikhtisas yang baharu


berkaitan dengan penggunaan kalkulator sainstifik dalam PdP
serta peperiksaan bagi memenuhi keperluan KSSM akan
dikeluarkan.

Tindakan: LP

4.3.2. Bidang Sains oleh Encik Mohd Taam bin Hj. Sobri.

i. Format peperiksaan terkini bagi UPSR masih mengekalkan


format yang diperkenalkan pada tahun 2016. Pelaksanaan format
baharu UPSR mulai 2016 adalah selaras dengan transformasi
kurikulum kebangsaan yang diterapkan dalam KSSR dan aspirasi
sistem pendidikan dalam PPPM 2013-2025.

ii. Format Pentaksiran PT3 mulai 2019 masih mengekalkan ujian


bertulis aneka pilihan, item pelbagai bentuk, item respon terhad
dan respon terbuka. Tempoh ujian selama 2 jam dengan jumpalh
markah 100% dibahagikan dalam 3 bahagian dengan 6 konstruk
diuji. Kaedah penskoran secara dikotomus, analitikal dan holistik
digunakan dengan memetakan tujuh objektif mata pelajaran
kepada enam objektif pentaksiran.

iii. Format pentaksiran SPM yang dibentangkan adalah bagi mata


pelajaran Kimia yang dijadikan contoh mewakili mata pelajaran
Sains yang lain dengah masih mengekalkan 3 kertas iaitu ujian
objektif, subjektif dan ujian amali. Secara umumnya, jenis item,
bilangan soalan dan tempoh ujian masih sama dengan format
sedia ada tetapi wajaran konstruk, cakupan konstruk dan aras
kesukaran akan sedikit berubah.
Makluman

Muka 16 dpd 9
4.4. Pembentangan Jemaah Nazir oleh Puan Yuhana binti Yaacob

4.4.1 i. JN membentangkan laporan dapatan amalan PdP guru dan


menyarankan perkara berikut:

 Penguasaan DSKP oleh guru adalah satu kemestian iaitu guru


perlu menghayati matlamat kurikulum, menguasai
pengetahuan dan kemahiran dengan baik serta memahami
tafsiran SPi mata pelajaran yang diajar.
 Penyampaian guru juga perlu mantap dan dapat mengaitkan isi
kandungan pembelajaran dengan kehidupan murid
(kontekstual) terutamanya dalam mata pelajaran Matematik.
 Guru perlu mahir dalam kemahiran saintifik dan komputasional
agar dapat membimbing murid dalam KBAT.
 Guru perlu menyediakan perancangan pembelajaran yang
menyeronokkan dan bermakna serta bersesuaian dengan aras
murid contohnya berbentuk permainan dan didik hibur.
 Guru juga perlu bersedia dan banyakkan membaca dan
sentiasa kemaskini dengan perkembangan terkini.
 Bagi mata pelajaran Sains, pembantu makmal boleh
diupayakan agar dilibatkan dalam PdP dan guru perlu mahir
dalam mengendalikan alat radas agar PdP melibatkan amali
berkesan.
 Penggunaan sumber pendidikan perlu dimaksimumkan.

ii. Laporan JN tentang pelaksanaan DLP dalam PdP mendapati


bahawa:
 Guru Sains dan Matematik berupaya menyampaikan konsep
Sains/Matematik bagi membantu murid memahami isi
pelajaran.
 Guru menggunakan BM dan BI secara bercampur dalam
penyampaian PdP disebabkan kurang kompeten untuk
menggunakan BI sepenuhnya.
Makluman

Muka 17 dpd 9
4.5. Pembentangan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian oleh Puan Aimy
Aidora binti Mohamed

4.5.1 i. Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) adalah melalui


Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa
Inggeris daripada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2018: Garis Panduan
Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2018.

ii. Pelaksanaan DLP adalah bertujuan untuk meningkatkan masa


pendedahan kepada Bahasa Inggeris, akses dan penerokaan
pelbagai ilmu untuk bersaing pada peringkat global serta
menyediakan murid yang mempunyai kebolehpasaran dalam
alam pekerjaan.

iii. Sekolah yang melaksanakan DLP perlu menepati syarat seperti


berikut
 mempunyai sumber yang mencukupi
 Pengetua/Guru Besar dan Guru mempunyai perancangan
untuk melaksanakan DLP
 permintaan dan sokongan daripada ibu bapa
 pencapaian sekolah dalam MP Bahasa Melayu

iv. Sehingga kini terdapat 654 buah sekolah rendah, 4,383 orang
guru dan 93,403 orang murid DLP sekolah rendah manakala 703
buah sekolah rendah, 11,787 buah sekolah dan 169,108 murid
DLP sekolah menengah.

v. Dapatan pemeriksaan dlp kohort 1 mendapati


 Penempatan guru sains dan matematik yang tidak
menepati syarat.
 Kualiti Keupayaan Guru & PdP
 Penutupan kelas serta ketidakbolehlaksanaan DLP
di sekolah DLP sedia ada.
Makluman

Muka 18 dpd 9
4.6. Pembentangan BPSH oleh Hajah Juraida binti Umat @ Bidin

4.6.1 i. Dalam Dialog Prestasi Peringkat Nasional yang dipengerusikan


oleh KPPM memutuskan bahawa pengumpulan data dan
maklumat tentang bilangan murid Tahun 3 yang mencapai Tahap
Penguasaan 1 dan 2 perlu dilaporkan untuk program intervensi
yang akan datang.
ii. Sekolah perlu menyimpan data tentang pencapaian murid
terutamanya murid yang tidak mencapai tahap minimum supaya
boleh dilaporkan apabila perlu.
Makluman

4.7. Perbincangan dalam isu pendidikan Sains dan Matematik dan


dibentangkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri

4.7.1 Tajuk 1: Memperkasakan guru Sains & Matematik sekolah


menengah

i. Strategi memperkasakan guru Sains dan Matematik perlu


bermula dengan memperkasakan peranan guru kanan Sains dan
Matematik di sekolah. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan
adalah bengkel merungkai DSKP dan pelbagai aktiviti
mengupayakan panitia mata pelajaran.
ii. Perkongsian amalan terbaik juga harus dilaksanakan
terutamanya dalam pedagogi dan pelaksanaan amali. Selain itu
juga pihak sekolah digalakkan untuk mengupayakan sains dan
matematik dalam ko-akademik contohnya dalam aktiviti
Persatuan Sains dan Matematik.
iii. Bagi meningkatkan penyertaaan murid dalam aliran Sains di
sekolah, disarankan agar kaunselor memainkan peranan untuk
mendedahkan murid peluang melanjutkan pelajaran dan laluan
kerjaya dalam bidang STEM serta sekolah juga perlu merancang
dan menyediakan pakej kombinasi pemilihan mata pelajaran
dalam aliran Sains dan mempromosikan kepada murid.

Makluman

4.7.2 Tajuk 2: Memperkasakan guru Sains & Matematik sekolah rendah

i. Beberapa cadangan yang dapat meningkatkan pendidikan Sains


dan Matematik sekolah rendah adalah:
 Guru menjalankan strategi PdP Inquiry Based Learning
(IBSE/IBME).

Muka 19 dpd 9
 PPD harus merancang sesi perkongsian secara berkala
Amalan Terbaik dalam PdP Sains dan Matematik yang
dikendalikan oleh guru-guru cemerlang daerah masing-masing.
 Guru perlukan kursus profesionalisme bagi “unlearn and
relearn” pengetahuan dan kemahiran.
 Satu sekolah di Selangor iaitu SK Putra Perdana boleh
dijadikan contoh dalam Program Sansu Tokuiko Gakken
Kyoshitsu yang dijalankan disekolah mereka.
Makluman

4.7.3 Tajuk 3: Memperkasakan guru Matematik Tambahan sekolah


menengah.

i. Cabaran bagi guru Matematik Tambahan antaranya adalah guru


kekurangan latihan profesionalisme. Antara latihan yang
diperlukan adalah pedagogi, metadologi dan penggunaan
teknologi dalam bilik darjah.
ii. Guru Matematik Tambahan perlu merancang dan melaksanakan
pedagogi secara hands-on bagi menarik minat murid.
iii. Kumpulan guru boleh wujudkan system sokongan dengan kerap
menjalankan PLC (microteaching dan Teacher Sharing Session).
Contohnya, program daerah dirancang dengan menggerakkan
guru untuk mengajar sekolah lain dalam satu daerah/zon. Ini
wujudkan keterujaan guru mahu mengajar dan murid mahu
belajar.
Makluman

5. PENUTUP

5.1. Pengerusi menekankan tentang keperluan support system yang mantap di


peringkat negeri dan daerah dalam usaha memastikan pelaksanaan kurikulum
sains dan matematik serta program pendidikan dijalankan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.10 tengah hari.

Disediakan oleh:
UNIT SAINS TULEN dan UNIT MATEMATIK RENDAH
SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Muka 20 dpd 9

You might also like