You are on page 1of 28

urubm WADAH KECEMERLANGAN BM SPM

BAHASA MELAYU SPM


2021
Berpandukan Buku Teks &
Format Pentaksiran Baharu

MUNSYI K’SEVEN
TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

MODUL 1
TEMA MEREALISASIKAN IMPIAN

Kertas 1 | Bahagian A: Karangan Respons Terhad……. 3 Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman … 7


▪ Prestasi Sukan Negara ▪ Petikan Umum
Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka …..3 Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman .…8
▪ Peranan Ibu Bapa dalam Pemupukan Minat Bersukan ▪ Petikan Sastera
dalam Kalangan Anak Kertas 2 | Bahagian B: Novel .............11
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa……...4 Kertas 2 | Bahagian C: Rumusan .......12
▪ Morfologi: Kata Nama Majmuk & Kata Adektif Jawapan ......................................14 - 28
▪ Sintaksis: Ayat Bersusunan Songsang
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa ……..5
▪ Aspek Penyuntingan/Pengeditan: Kesalahan Bahasa
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa ……..6
▪ Bahasa Melayu Standard
▪ Aspek Peribahasa

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

PRAKTIS ESENSI SPM [1.1] Penulisan Karangan Respons Terhad


Kertas 1 | Bahagian B: Karangan
[30 markah]
Petikan di bawah berkaitan dengan isu sukan.
Huraikan pendapat anda tentang prestasi sukan tanah air kita.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Berdasarkan pemeringkatan Federation International Football


Association (FIFA), pasukan bola speak Malaysia berada pada
tangga ke-159. Kedudukan tersebut membuktikan bahawa
ngauman bola sepak negara semakin tidak bertaring dan tidak
berkuku. Jika dalam tahun 70-an dan 80-an, Malaysia sering
digeruni sebagai pasukan yang terhandal di Asia, kini segala-galanya
telah berlalu.
“Badi” yang mula menimpa pasukan bola sepak kebangsaan itu
mula menjangkiti beberapa pasukan sukan yang lain, termasuklah
hoki dan badminton.
Kemerosotan pasukan negara itu hendaklah dilihat dalam
pelbagai perspektif, di samping mewujudkan usaha tersusun
mengembalikan maruah sukan tanah air.
Sesungguhnya kita yakin, prestasi sukan negara tidaklah seburuk
seperti sekarang. Masih ada “ruang” dan cara untuk mengubatinya.

PRAKTIS ESENSI SPM [1.2] Penulisan Karangan Respons Terhad


Kertas 1 | Bahagian B
[70 markah]

Sebagai atlet, sudah menjadi lumrah untuk disanjung tinggi apabila meraih kejayaan
dan dikritik teruk apabila berhadapan dengan kegagalan.
Itulah nasib skuad hoki lelaki kebangsaan sekarang apabila menerima kritikan hebat
daripada banyak pihak selepas gagal layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Tidak elok kita menuding jari dan melontarkan tohmahan melulu. Hal ini hanya
memburukkan keadaan lagi. Alangkah baiknya kita menyumbangkan idea dan tenaga untuk
mengembalikan prestasi dan imej sukan negara kita.

Petikan di atas menyatakan bahawa prestasi sukan tanah air semakin merudum, dan
masyarakat hanya tahu mengutuk dan mengkritik. Sebagai peminat sukan tanah air, anda
terpanggil untuk menulis rencana yang bertajuk “Peranan Ibu Bapa dalam Pemupukan Minat
Bersukan dalam Kalangan Anak”.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.


3

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

PRAKTIS ESENSI SPM [1.3] Sistem & Aplikasi Bahasa | Morfologi


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Morfologi: Golongan Kata
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama majmuk dan dua
kata adjektif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda memahami maksud dan
penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Terdapat bukit bukau atau gunung-ganang yang
boleh anda teroka di tanah air kita. Anda dapat
menikmati panorama yang mengagumkan dengan
udara yang menyegarkan apabila menginjakkan kaki
di puncak gunung atau bukit. Kepuasan yang anda
kecap nikmat ini susah untuk digambarkan kerana
diselimuti oleh keindahan semula jadi.
Akan tetapi, kita anda tidak harus mendaki bukit
bukau atau gunung-ganang jika belum bersiap siaga
dari segi fizikal dan mental.
[8 markah]

PRAKTIS ESENSI SPM [1.4] Sistem & Aplikasi Bahasa | Sintaksis


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Sintaksis: Menukarkan Ayat Bersusunan Biasa kepada Ayat Bersusunan Songsang
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris
kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Pemegang rekod 100 meter kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, berpotensi untuk
muncul sebagai pelari pecut pertama negara.
Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Dwayne Miller, menegaskan
bahawa Khairul perlu mengatasi perasaan trauma akibat kecederaan hamstring yang
menghantui dirinya. (ii) Untuk mengatasi perasaan trauma bukan mudah bagi Khairul
kerana mungkin takut cedera lagi.
(iii) Khairul boleh berlari dengan pantasnya walaupun baru bangun daripada tidur.
Hal ini membuktikan bahawa dia merupakan pelari yang dilahirkan dengan bakat
semula jadi.
[6 markah]

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

PRAKTIS ESENSI SPM [1.5] Sistem & Aplikasi Bahasa | Penyuntingan


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa dan dalam petikan 2, terdapat juga
enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

PETIKAN 1

Kerajaan telah menyediakan perbagai ruang dan peluang kepada golongan muda untuk
berkecimpung dalam bidang sukan untuk mengalakan amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan rakyat. Di antaranya termasuklah pelibatan subjek pendidikan jasmani dalam
pembelajaran di sekolah yang bukan sahaja mengenengahkan aspek teori bahkan juga
turut merangkumi aspek pratikal melalui aktiviti senaman dan sukan yang diadakan.

PETIKAN 2

Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bertanggungjawab dalam pengurusan kejohanan


sukan yang dilaksanakan dalam negara. Badan ini turut bergabung dengan organisasi
sukan bukan nasional, seperti ASEAN Schools Sports Council (ASSC), Asian Schools Sports
Federation (ASSF), dan Asian Schools of Football Federation (ASFF). Ini adalah bermakna
para pelajar-pelajar berpeluang menterjemahkan kebolehan sukan masing-masing
hingga ke peringkat antara bangsa dengan menonjolkan kecemerlangan sukan secara
berterusan.
[12 markah]

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

PRAKTIS ESENSI SPM [1.6] Sistem & Aplikasi Bahasa


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahasa Melayu Standard
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.
Maka Laksamana pun segera melompat maka
disentaknya keris pada pinggang Hang Jebat itu,
dapat ke tangan Laksamana.
Maka Jebat pun berbangkit, serta diusirnya akan
Laksamana, katanya, “Hai Si Tuah, demi Allah,
bunuhlah aku, kerana tiada berkeris!”
Maka, Laksamana pun berundur sedikit, seraya
katanya sambil tertawa, “Hai saudaraku, kerana
keris ini kerisku dianugerahkan oleh Betara
Majapahit sebab itulah maka aku ambil pula
daripadamu!”
Dipetik daripada cerita “Pertarungan Tuah dengan Jebat”
Dalam Antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)
[“6 markah]

PRAKTIS ESENSI SPM [1.7] Sistem & Aplikasi Bahasa


Kertas 2: Sistem & Aplikasi Bahasa
Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian berikan dua peribahasa yang
sesuai untuk situasi dalam petikan tersebut.

Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.


Kalau nasib baik aku selamat, kalau nasib malang
celaka. Sebagai hamba Allah yang bukanlah kamil,
tabahkanlah hati meniti hari pada perancangan
yang tidak dipinta untuk bertembung dengan
kegagalan. Dengan pasrah, segala yang terjadi
berserahlah, itu kan takdir!
“Muliati rindukan cikgu!”
“Cikgu tahu, sayang…. Tapi, cikgu nak buat
macam mana? Cikgu ni dalam keadaan serba
salah.” Suaranya lemah sekali. Lirih kedengaran.

[4 markah]

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

PRAKTIS ESENSI SPM [1.8] Pemahaman Petikan Umum


Kertas 2 | Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berusaha
menangani kemelut kepimpinan dalam beberapa
persatuan sukan termasuk Majlis Sukan Negara
(MSN), kata mantan menteri berkenaan, Khairy
Jamaluddin.
Beliau memberikan jaminan bahawa isu itu akan
diatasi dari semasa ke semasa bagi memastikan
senario itu tidak terus menjejaskan prestasi sukan
negara.
"Melalui pesuruhjaya sukan yang dibekali dengan
kuasa Akta Pembangunan Sukan, kita (KBS) akan
sentiasa melibatkan diri dan mengenal pasti apa-apa
saja masalah dalam persatuan sukan.
"Kita mengakui bahawa ada beberapa persatuan
sukan yang ada perebutan jawatan dan pelbagai isu
lagi.
Dipetik dan diubah suai daripada
KBS mahu atasi kemelut politik dalam sukan
Bernama
BAHAN 2
Jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei menasihati pemain
perseorangan lelaki kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin agar merobah gelagat
dan menjadi suri teladan kepada pemain muda yang lain.
Chong Wei menegur Iskandar agar tidak boleh merokok semasa menyertai
kejohanan seperti Piala Thomas, Bangkok, Thailand dan seharusnya menyedari kesan
kelakuannya itu.
Semalam Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza
Zakaria memaklumkan bahawa Iskandar digugurkan daripada senarai pemain badminton
ke Sukan Asia Indonesia pada Ogos ini selepas didapati merokok dan tidak menghadiri
latihan.
"Disiplin adalah paling penting. Perkara yang saya belajar daripada Jurulatih Misbun
(Datuk Misbun Sidek) ialah penjagaan disiplin. Jurulatih memang tidak akan
berkompromi dengan mana-mana pemain yang ada masalah disiplin.
Dipetik dan diubah suai daripada
Iskandar perlu ubah sikap, jaga disiplin - Chong Wei
Bernama
7

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menangani kemelut.


[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor
yang menyumbang kepada kemerosotan mutu sukan negara pada peringkat
domestik dan antarabangsa.
[3 markah]

(iii) Aktiviti sukan, tidak dapat dinafikan, mendatangkan kesan yang positif kepada
para pengamal sukan. Akan tetapi, generasi muda tidak cenderung untuk
bersukan.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca ketidakcenderungan menceburi bidang


sukan dalam kalangan generasi muda?
[3 markah]

(iv) Mutu sukan sekolah anda, terutamanya dalam acara olahraga, semakin merosot
belakangan ini. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti
sukan sekolah. Namun demikian, prestasi atlet-atlet kurang memberangsangkan
pada peringkat negeri.

Seandainya anda dipilih sebagai jurulatih olahraga sekolah, cadangkan langkah-


langkah untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet sekolah.
[4 markah]

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

PRAKTIS ESENSI SPM [1.9] Kertas 2 | Pemahaman Petikan Sastera

BAHAN 1

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Buatmu Harimau Malaya
Dalam derita memangku cita,
menunggu menggarap kejayaan,
sebuah harapan, sebuah impian,
bagi negara tercinta,
usaha ditabur, peluh dititik,
tanda kerja penuh semangat,
dengan semangat keramat,
satu Malaysia menyokong padu,
dalam rencah yang sama,
dengan berkat hijrah,
terlakar semula sejarah,
mengakhir sebuah kemarau,
menjulang sebuah piala,
sejuta tahniah,
buatmu Harimau Malaya…
Dipetik daripada Puisi Myrole Rosle
https://myrulrosle.wordpress.com/tag/puisi-sukan/

BAHAN 2
Bal, kenapa boleh jadi macam ni?" kata Naim dengan nada yang sedih.
"Aku jatuh motor sebab brek aku rosak lah. Polis kata ada orang sabotaj aku. Tapi tak
apalah benda dah jadi, aku reda saja dan budak yang sabotaj aku tu pun dah minta maaf.
Dia kata dia buat tu sebab jeles tengok semangat kita yang nak jadi ahli sukan negara ni
haha kelakar saja aku rasa. " ujar Iqbal sambil menitiskan air mata.
"Esok sukan tahunan sekolah dah mula. Hmm"
"Naim, kau janganlah sedih. Mungkin tak ada rezeki aku nak jadi ahli sukan negara
bersama kau tahun ni. Kau janji dengan aku ye kau akan buat yang terbaik esok. Nanti
bila aku dah sihat aku akan susul jejak kau pula.
Dipetik dan diubai daripada
Cerpen Sukan dan Persahabatan
http://amirultajularos.blogspot.com

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud susul jejak.


[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1, nyatakan faktor-faktor Harimau Malaya dapat menundukkan


pihak lawan dalam kejohanan bola sepak.
[4 markah]

(iii) Negara-negara maju di dunia hendak menjadi tuan rumah sukan yang bertaraf
antarabangsa seperti Olimpik dan Sukan Komanwel.

Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat yang bakal diperoleh penganjur


sukan tersebut?
[3 markah]

(iv) Saban hari, anda dan rakan sepermainan dan sepermandian gigih berlatih untuk
merealisasikan impian, yakni menjadi atlet yang tersohor dan disegani. Oleh sebab
kegigihan dan semangat anda berdua terlalu menonjol dalam kalangan rakan yang
lain, ada yang cemburu sehingga ada yang merancang untuk membatuapikan atau
melagakan anda berdua. Pada suatu hari, anda mendapat khabar tentang hal itu
yang tersebar dalam media sosial.

Sebagai rakan yang berpegang pada prinsip kesetiakawanan, bagaimanakah anda


dapat menangani masalah tersebut?
[4 markah]

10

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

PRAKTIS ESENSI SPM [1.10] Pemahaman


KERTAS 2 | BAHAGIAN B: PEMAHAMAN (NOVEL)

BAHAN 1

Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Sejak pagi tadi, Amira keseorangan memikirkan insiden yang telah berlaku
terhadap dirinya dan Jacinta. Perasaan bersalah bergumpal dalam dirinya. Dia masih
berpegang pada kenyataan bahawa Jacinta yang mencari nahas kerana berpatah balik
setelah meninggalkan kawasan air terjun itu. Tetapi timbul penyesalan dalam dirinya
kerana berfikiran sebegitu. Jacintalah satu-satunya kawannya yang amat memahami dan
rapat pula dengannya sehingga cemuhan daripada murid lain kerana dia berkawan
dengan orang bukan sebangsa. Bagi Amira cemuhan itu datang daripada mereka yang
tidak mengenali Jacinta secara dekat. Jacinta tidak pernah menyinggung perasaannya
walaupun mereka berdua berlainan agama.

Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan perpaduan terjejas dalam kalangan


masyarakat kita.
[4 markah]

BAHAN 2
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Silir Daksina, karya Nizar Parman
g) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd. Yusop
Pelbagai dugaan dan cabaran yang diharungi oleh watak utama.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, sebagai watak utama nyatakan cara-
cara anda akan menangani cabaran tersebut.
[6 markah]

11

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

PRAKTIS ESENSI SPM [1.11] Kemahiran Membuat Rumusan


KERTAS 2 | BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 Markah]

Baca petikan dan lirik lagu yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Andai digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan lirik lagu.

PETIKAN
Setiap pelajar, tidak dapat dinafikan, diwajibkan menyertai aktiviti sukan di sekolah.
Kerajaan telah menetapkan 10 peratus markah kokurikulum sebagai syarat kemasukan
pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi awam atau swasta untuk menunjukkan bahawa
aktiviti kokurikulum, khususnya aktiviti, sukan sangat penting sekali untuk diceburi oleh
pelajar sekolah. Sebagai membuktikan keseriusan kerajaan, Kementerian Pendidikan
telah melancarkan dasar 1Murid 1Sukan, iaitu setiap pelajar diwajibkan menyertai
sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah amat tepat. Mantan Menteri Pendidikan, Tan
Sri Muhyiddin Yassin, semasa berucap melancarkan dasar 1Murid 1Sukan,
menggarisbawahi kepentingan sukan dalam kehidupan generasi muda.
Apabila pelajar menyertai aktiviti sukan, mereka mampu melahirkan warga pelajar
yang sihat tubuh badan dan minda yang cerdas. Aktiviti sukan yang diceburi oleh pelajar
sekolah mampu menjadikan badan mereka sihat. Apabila mereka berbasikal, bermain
bola, ataupun mendaki bukit badan mereka akan berpeluh sekali gus mengeluarkan
toksin yang tidak diperlukan oleh badan melalui liang-liang roma.
Kata hikmat badan sihat otak cerdas sangat bertepatan dalam hal ini. Pelajar yang
menceburi kesukanan dapat memberikan fokus pada pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dengan baiknya. Dengan erti kata lain, atlet atau ahli sukan berupaya
mencipta kecemerlangan dan kegemilangan dalam bidang akademik kerana tumpuan
pelajar di dalam kelas merupakan prasyarat utama untuk menjadi cemerlang. Dr. Ismail
Zain, pakar kaunseling pendidikan, menyatakan bahawa pelajar yang fokus ketika guru
mengajar di dalam kelas sudah sebelah kaki menuju kecemerlangan. Kata-kata ini
membuktikan bahawa pelajar mampu fokus di dalam kelas jika badan mereka sihat
kerana badan yang tidak sihat akan menyebabkan mereka berasa letih dan mengantuk.
Selain itu, pelajar yang aktif bersukan juga mampu menghindari serangan penyakit
yang berbahaya kerana toksin yang dikeluarkan melalui peluh telah menyebabkan lemak
dalam badan terbakar ekoran aktiviti sukan yang dilakukan. Menurut kajian oleh
Universiti Sains Malaysia, 30 peratus kes obesiti atau kegemukan dalam kalangan pelajar
sekolah rendah di Malaysia telah direkodkan sepanjang tahun lalu. Perangkaan ini amat
membimbangkan kerana obesiti menjadi faktor utama yang menyebabkan penyakit-
penyakit berbahaya seperti serangan jantung, darah tinggi, dan kencing manis. Oleh hal
yang demikian, pelibatan diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan pelajar perlu
dititikberatkan kerana kita tidak mahu pelajar yang menjadi aset negara ini nanti
menderita akibat penyakit berbahaya.
12

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN
Amalan gaya hidup sihat ini mendatangkan seribu satu kebaikan kepada generasi
muda yang berada di bangku sekolah. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu berganding
bahu dengan pihak sekolah untuk menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan. Di samping
melahirkan warga muda yang cergas dan cerdas, generasi muda dapat menjauhi aktiviti-
aktiviti yang meruntuhkan akhlak. Andai kata mereka bersendel bahu sudah pasti kita
dapat melahirkan generasi muda yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, dan
setetusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

1Murid1Sukan Penjana Generasi Cemerlang


Munsyi K’Seven

LIRIK LAGU

1 Murid 1 Sukan ( 1M1S )

Mendukung cita-cita Kecergasan jasmani,


aspirasi negara, sahsiah dan jati diri
membangun modal insan memupuk perpaduan gagasan
tranformasi cemerlang. Satu Malaysia

Sukan untuk semua, Satu murid satu sukan


untuk kecemerlangan sukan untuk semua
jadikan satu budaya, satu murid satu sukan
demi negaraku Malaysial... sukan untuk kecemerlangan

Satu murid satu sukan Satu murid satu sukan


sukan untuk semua badan sihat otak cerdas
satu murid satu sukan satu murid satu sukan
sukan untuk kecemerlangan. majulah sukan untuk negara

Satu murid satu sukan 1MURID 1SUKAN


badan sihat otak cerdas Kementerian Pendidikan Malaysia
satu murid satu sukan https://www.moe.gov.my/dasarmenu/1-
majulah sukan untuk negara. murid-1-sukan

13

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


JAWAPAN
TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.1]


Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[30 markah]
ANALISIS SOALAN GLOSARI
Tema : Sukan menjadi gamit-
Isu : Kemerosotan mutu sukan tanah air gamitan
Tesis : Umum / Bebas = tak lekang di bibir;
Format : Tiada sesuatu yang bahan
perbualan
STRATEGI MENGARANG (masyarakat dsb)
Introduksi: Sayang seribu kali
1. Ayat tema: Senario sukan tanah air silam sayang
- Pada tahun 1970-an dan 1980-an, nama tanah air kita = tetapi malangnya
sebagai jaguh bola sepak, badminton, dan hoki menjadi gamit- terhakis
gamitan dalam kalangan penduduk di persada rantau ini. = lenyap
2. Ayat tema: Senario sukan tanah air kini inisiatif
- Sayang seribu kali sayang, kegemilangan sukan negara kita = usaha; ikhtiar; daya
semakin hari semakin terhakis walaupun pelbagai inisiatif usaha
diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan. Kalau ada asap, tentu
3. Ayat Tesis: Menyatakan fokus perbincangan ada api
- Kalau ada asap, tentu ada api bukan? Setiap penyakit ada = apa-apa yang
penawarnya bukan? berlaku tentu ada
Perenggan Isi: puncanya
Ayat topik [Faktor): Kepincangan sistem pendidikan Setiap penyakit ada
- Pada saya, kemerosotan prestasi sukan tanah air disebabkan oleh penawarnya
kepincangan sistem pendidikan negara kita. = setiap masalah ada
Ayat pengembangan/huraian: Nyatakan kepincangan sistem cara penyelesaiannya
pendidikan dan kesannya berorientasikan
- Hal ini saya nyatakan demikian kerana kurikulum pendidikan kita = berasaskan;
terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga mengabaikan aktiviti berteraskan;
kokurikulum ataupun sukan. berlandaskan;
- Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan setiap berpaksikan
pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menggubal dasar memandang remeh
1Murid 1Sukan, sesetengah pihak memandang remeh tentang = menganggap tidak
kepentingannya. penting
Ayat Penyimpul: Nyatakan kesannya menitikberatkan
- Dampaknya, mutu sukan pada peringkat sekolah merosot, dan = mementingkan
secara tidak langsung nescaya menjejaskan mutu sukan tanah air. hari muka
= masa hadapan
Ayat topik (Faktor): Ibu bapa mementingkan prestasi akademik
- Selain kelemahan sistem pendidikan negara, sikap ibu bapa yang
menitikberatkan prestasi akademik anak-anak mereka
menyumbang kepaada kemerosotan mutu sukan negara.
Ayat pengembangan/huraian: Nyatakan sebabnya
- Mereka mengambil berat tentang prestasi akademik anak kerana
hari muka mereka ditentukan oleh kecemerlangan dalam
akademik, bukannya bidang sukan.
15

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

- Oleh hal yang demikian, mereka lebih memustahakkan kelas GLOSARI


tambahan atau tuisyen sehingga kesuntukan waktu untuk bersukan. memustahakkan
Ayat Penyimpul: Menyatakan kesannya = mementingkan
- Tegasnya, sikap negatif ibu bapa tersebut sedikit banyak kesuntukan
menjejaskan kualiti sukan tanah air kita. = kesempitan;
kesesakan
Ayat topik (Langkah): Merancakkan aktiviti sukan menjejaskan
- Mutu sukan negara kita dapat ditingkatkan sekiranya semua pihak = memberikan kesan
melakukan anjakan paradigma dengan merancakkan aktiviti sukan. pada
Ayat pengembangan / huraian: Nyatakan caranya anjakan paradigma
- Sehubungan dengan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia = perubahan demi
hendaklah menyediakan prasarana sukan yang lengkap dan canggih kemajuan
di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. merancakkan
- Pihak sekolah pula hendaklah menjayakan dasar 1Murid 1Sukan = mempergiat;
yang digubal oleh kementerian tersebut. memperhebat
- Pihak ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka prasarana
agar bersukan pada waktu terluang. = kemudahan asas
Ayat Penyimpul: Nyatakan kesannya sinergi
- Dengan adanya sinergi ini, kualiti sukan tanah air yang tercinta ini = usaha sama antara
nescaya akan meningkat di persada tempatan dan antarabangsa. individu, organisasi
dll yg hasilnya lebih
Konklusi/Penutup baik berbanding jika
Ayat Kesimpulan: Nyatakan pandangan usaha tsb dilakukan
- Intihanya, andai kata semua pihak bersendel bahu untuk secara sendirian
mengembalikan kegemerlapan sukan tanah air, kita dapat berdiri bersendel bahu
sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain. = berganding bahu
Ayat Harapan: Nyatakan kesan yang diharapkan kegemerlapan
- Apabila generasi muda bergiat cergas dalam arena sukan, mereka = kecemerlangan;
tidak akan berjinak-jinak dengan rakan-rakan yang bejat akhlak. kegemilangan
- Lebih-lebih lagi, mereka akan menjadi generasi modal insan yang berdiri sama tinggi,
sihat dan berkualiti yang mampu menyumbang kepada duduk sama rendah
pembangunan negara. = sama taraf
bejat akhlak
-------------- TAMAT --------------- = rosak moral
KRITERIA PENSKORAN CEMERLANG
berjinak-jinak
▪ Karangan menepati tugasan.
= bermesra-mesra
▪ Bahasa gramatis dari segi morfologi dan sintaksis.
▪ Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
▪ Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
▪ Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
▪ Wacananya lengkap.
▪ Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik
(peribahasa, slogan, kata-kata ucapan)
▪ Idea relevan dengan tema bahan rangsangan serta huraian yang jelas dan matang.

16

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.2]


DOMAIN : KEKELUARGAAN & KENEGARAAN
TEMA : SUKAN TANAH AIR
SKOP : KEMEROSOTAN MUTU SUKAN NEGARA

a) Format: Rencana
Jika tiada: Tajuk rencana - 1m
Nama pengarang - 1m
b) Diharapkan calon dapat:
- Menjelaskan peranan / tanggungjawab ibu bapa dalam usaha memupuk minat bersukan
dalam kalangan anak mereka.

STRATEGI MENGARANG

Peranan Ibu Bapa dalam Pemupukan Minat Bersukan GLOSARI


dalam Kalangan Anak Mereka zaman Tok Nadur
Oleh: Munsyi K’Seven berkajang kain
- zaman dahulu/silam
Introduksi Jenis Gabungan: Sayang seribu sekali
1. Senario masyarakat silam sayang
- Pada zaman Tuk Nadur berkajang kain, masyarakat mengisi - Tetapi malangnya
kelapangan dengan aktiviti-aktiviti riadah atau sukan seperti menghirup
sepak raga, sepak takraw, dan bola sepak. - minum sedikit
- Seraya melepak dan menghirup teh tarik kurang manis di demi sedikit
warung-warung kopi, mereka akan bertukar-tukar pandangan Idola
tentang idola mereka seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Dato’ - orang yg sangat
Soh Chin Aun, Dolah Saleh, Arumugam, dan sebagainya. diminati (dikagumi
2. Senario masyarakat kini dsb; pujaan
- Sayang seribu sekali sayang, masyarakat dewasa ini berjinak- berjinak-jinak
jinak dengan peranti elektronik; ibu bapa bermesra-mesra - bermesra-mesra
dengan media sosial manakala anak-anak pula bermesra-mesra kesesakan waktu
dengan permainan komputer. - kesuntukan masa
- Rata-rata mereka kesesakan waktu untuk bersukan lantaran lantaran
sibuk dengan kerja dan aktiviti sosial masing-masing sehingga - kerana; sebab;
mengabaikan aktiviti sukan. oleh sebab
- Anak-anak pula terlalu sibuk dengan kerja sekolah, tuisyen, dan mengabaikan
aktiviti kegemaran. - tidak
3. Membuat ulasan: Nyatakan kesannya mengendahkan/
- Senario ini sudah tentu menjejaskan mutu sukan tanah air mengacuhkan
kerana tiada golongan pelapis dalam kontigen arena sukan
seperti yang menimpa arena badminton, skuasy, bola sepak, dan
hoki.
4. Menyatakan tesis karangan: Peranan ibu bapa
- Demi mengembalikan kegemilangan sukan tanah air, ibu bapa
terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan, yakni memainkan
peranan dalam pemupukan dan penyuburan minat bersukan
dalam kalangan anak mereka.

17

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

Perenggan Isi Jenis Deduktif: GLOSARI


1. Ayat topik (isi utama): Memupuk minat bersukan sejak kecil lagi pangkuan ibu bapa
- Sebagai ibu bapa yang berjiwa patriotik dan mengambil berat - kecil
tentang kesihatan anak-anak mereka, bibit-bibit semangat masa lagi rebunglah
bersukan hendaklah dipupuk dan disuburkan dalam diri mereka hendak dilentur,
sejak anak di pangkuan ibu bapa lagi. jangan dinanti-kan
2. Ayat pengembangan (huraian + contoh): Nyatakan sebabnya sampai menjadi aur
- Bukankah masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinanti- - Masa kecillah
kan sampai menjadi aur? Dengan erti kata lain, ibu bapa seharus- diajar dan dididik,
nya mendedahkan anak-anak mereka kepada permainan- jangan ditunggu
permainan gelanggang mahupun padang seperti badminton, sampai sudah
tenis, bola sepak, futsal, renang, dan sebagainya untuk mengisi besar
masa senggang mereka. mengisi masa
- Andai kata mereka mengabaikan aktiviti sukan dalam kehidupan senggang
anak-anak mereka, nescaya kecenderungan bersukan tidak akan - memenuhi waktu
sebati dalam diri mereka. lapang
- Apabila sudah besar panjang nanti, mereka segan untuk kecenderungan
beriadah atau bersukan, dan sebagai dampaknya sukan tanah air - minat; kegemaran
akan terkena tempiasnya. besar panjang
3. Ayat Penyimpul: Nyatakan cadangan - dewasa
- Oleh hal yang demikian, golongan ibu bapa terpanggil untuk dampaknya
memainkan peranan dalam pelahiran anak-anak yang - kesannya;
berkecenderungan untuk bersukan demi kepentingan sukan akibatnya;
tanah air. implikasinya
terkena tempias
Perenggan Isi Jenis Induktif: - terkesan; terjejas
1. Ayat pengembangan (huraian + contoh): Sikap ibu bapa kalau bapa borek,
mempengaruhi anak anaknya tentu rintik
- Kata pepatah Melayu kalau bapa borek, anaknya tentu rintik. - Sifat atau
Maksudnya, jikalau ibu bapa cenderung untuk bersukan atau kelakuan anak
beriadah, nescaya si cilik yang masih lembut ubun-ubun dan lelaki lazimnya
berhingus akan mengikut jejak langkah orang tua mereka. mengikut sifat
- Sekiranya si bapa berjinak-jinak dengan arena badminton atau kelakuan
bersama-sama rakan-rakan sekerjanya dan si ibu pula bermesra- bapanya juga.
mesra dengan gimnasium, si anak akan bermesra-mesra dengan masih lembut ubun-
bola sepak ataupun futsal bersama-sama rakan sepermainan dan ubun dan berhingus
sepermandian mereka. - masih kecil lagi
-Jikalau si ayah menjadi jaguh olahraga mahupun pemain rakan sepermainan
handalan, si anak juga akan mewarisi bakat ayah mereka; ke dan sepermandian
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. - rakan sebaya
2. Ayat topik (idea utama): Menjadi suri teladan kepada anak ke mana tumpahnya
- Sehubungan dengan ini, ibu bapalah yang perlu menjadi suri kuahnya kalau tidak
teladan ataupun uswah hasanah kepada anak-anak ke nasi
mereka dalam pelahiran anak yang bersemangat kesukanan. - Sifat atau perangai
3. Ayat penegas: Menegaskan peranan ibu bapa anak biasanya tidak
- Pendek kata, bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana jauh bezanya
rupa begitulah bayangnya; bagaimana contoh begitulah daripada sifat atau
gubahannya. perangai orang
tuanya.

19

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN
Perenggan Isi Jenis Deduktif-Induktif GLOSARI
1. Ayat topik (isi utama): Memberikan galakan menceburi bidang model peranan
sukan - suri teladan
- Di samping menjadi model peranan, ibu bapa hendaklah menyemaikan dan
menyemaikan dan menyuburkan bibit-bibit kesukanan dalam menyuburkan
lubuk kalbu anak-anak dengan menggalakkan mereka menceburi - memupuk
bidang sukan. lubuk kalbu
2. Ayat pengembangan (huraian + contoh): Nyatakan sebabnya + - jiwa; hati; sanubari
caranya dampak positif
- Hal ini saya nyatakan demikian kerana galakan dan motivasi ibu - kesan positif
bapa memberikan dampak positif kepada anak-anak agar berkecimpung dalam
berkecimpung dalam arena sukan yang digemari mereka. - melibatkan diri
- Demi menggalakkan mereka aktif bersukan, ibu bapa hendaklah dalam
meluangkan waktu untuk menyaksikan dan memberikan beraksi dalam
sokongan moral kepada anak-anak yang sedang beraksi dalam gelanggang sukan
gelanggang sukan. - bertanding
- Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membelikan anak-anak bertauliah
mereka majalah-majalah sukan, menemani anak-anak semasa - berkelayakan
menonton program-program kesukanan, mendapatkan khidmat Bergelanggang di
jurulatih yang bertauliah, dan menghadiahkan peralatan sukan mata orang
sebagai hadiah harijadi ataupun kecemerlangan dalam akademik. - Sudah jelas dan
3. Ayat topik: Menggalakkan anak menceburi bidang sukan nyata
- Bergelanggang di mata orang banyak bahawa galakan dan Sebagai intiha bicara
motivasi ibu bapa amat mustahak sekali sekiranya hendak - Sebagai
mendorong anak-anak mereka berkecimpung dalam bidang kesimpulan
sukan.
beriltizam
Penutup/Konklusi - berkomited;
1. Ayat kesimpulan: Rumuskan peranan ibu bapa dalam pelahiran keterlibatan
anak yang bersemangat kesukanan secara
- Sebagai intiha bicara, kepentingan peranan ibu bapa pemupukan bersungguh-
dan penyuburan minat bersukan tidak dapat dinafikan. sungguh dan
2. Ayat pandangan: Menyatakan kepentingan peranan ibu bapa penuh
- Sekiranya ibu bapa mengabaikan tanggungjawab tersebut, sudah tanggungjawab
pasti semangat kesukanan dalam kalangan generasi muda akan dlm melaksanakan
terhakis. sesuatu
-Kelunturan semangat ini akan memberikan kesan negatif pada kegemilangan
mutu sukan tanah air yang semakin merudum. - Kecemerlangan
3. Ayat cadangan: Menyatakan tanggungjawab ibu bapa menyempurnakan
- Memandangkan betapa pengaruh dan pentingnya peranan ibu - Melaksanakan
bapa, mereka hendaklah beriltizam dan berkomited untuk kegemerlapan
melahirkan anak-anak yang menceburi bidang sukan, dan - kegemilangan;
seterusnya menyumbang kepada kegemilangan sukan tanah air. kecemerlangan
4. Ayat harapan: Menyatakan kesan yang diharapkan masyhurlah gahnya
- Seandainya ibu bapa menyempurnakan peranan mereka - menjadi masyhur
tersebut, nescaya golongan pelapis dalam arena sukan dapat
dilahirkan dan mengembalikan kegemerlapan sukan tanah air
semula, dan masyhurlah gahnya nama Malaysia di persada sukan
antarabangsa.

20

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.3] Sistem & Aplikasi Bahasa


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Morfologi: Golongan Kata

Kata nama majmuk dan kata adjektif


(i) bukit bukau
(ii) tanah air
(iii) mengagumkan
(iv) menyegarkan
[4 markah]
Perhatian: kata majmuk “semula jadi” merupakan kata adjektif majmuk.

Pembinaan Ayat:
(i) Landskap pemandangan pendesaan meliputi bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan.
(ii) Kita hendaklah bersatu padu demi keharmonian dan kesejahteraan tanah air yang tercinta
ini.
(iii) Kepandaian ahli silap mata itu sungguh mengagumkan sehingga mendapat tepukan
gemuruh.
(iv) Pada waktu pagi, udara di perkampungan orang Asli di Hutan Royal Belum sungguh
menyegarkan.
[4 markah]

NOTA BESTASI GURUBM


Kata Nama Majmuk
(i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya:
usaha sama lebuh raya alat tulis kertas kerja
pasar raya baju hujan mesin fotostat

(ii) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah. Contohnya:
- media sosial (teknologi maklumat dann komunikasi)
- pencemaran bunyi (alam sekitar)
- penguam bela (undang-undang)
- agen hakisan (geografi fizikal)

(iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan. Contohnya:


kaki bangku buaya darat lintah darat batu api
anak pungut lipas kudung pilih kasih batu loncatan

Kata adjektif
Definisi: Kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama;
kata sifat. Berdasarkan sistem tatabahasa bahasa Melayu, apitan meN-…-kan boleh
membentuk kata adjektif apabila menerangkan kata nama atau frasa nama. Contohnya:
- prestasi akademik yang memuaskan
- ceramah yang memberangsangkan
- peristiwa yang menyedihkan
- sambutan yang menggalakkan
- udara yang menyamankan

21

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.4] Sistem & Aplikasi Bahasa


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Sintaksis: Menukarkan Ayat Bersusunan Biasa kepada Ayat Bersusunan Songsang
(i) Berpotensi untuk muncul sebagai pelari pecut pertama negara (predikat) pemegang
rekod 100 meter kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan. (subjek)
[2m]
(ii) Bukan mudah bagi Khairul (predikat) untuk mengatasi perasaan trauma (subjek) kerana
mungkin takut cedera lagi. (keterangan)
[2m]
(iii) Boleh berlari dengan pantasnya (predikat) Khairul (subjek) walaupun baru bangun
daripada tidur. (keterangan); atau
Boleh berlari dengan pantasnya (predikat) walaupun baru bangun daripada tidur
(keterangan) Khairul.(subjek); atau
Walaupun baru bangun daripada tidur, (keterangan) Khairul (subjek) boleh berlari
dengan pantasnya. (predikat)
[2m]
NOTA BESTASI GURUBM
Susunan Songsang
i) Ayat tunggal
(a) Pendepanan seluruh predikat:
- Budak-budak itu | melepak di tepi jalan.
| |
subjek predikat + keterangan
- Melepak di tepi jalan | budak-budak itu.
| |
predikat + keterangan subjek

(b) Pendepanan sebahagian daripada predikat, yakni keterangan:


- Budak-budak itu | melepak | di tepi jalan.
| | |
subjek predikat keterangan
- Di tepi jalan | budak-budak itu | melepak.
| | |
keterangan subjek predikat

ii) Ayat majmuk pancangan


- Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara kita
|
Ayat Inti
walaupun kempen keselamatan dilancarkan.
|
Ayat keterangan
Pendepanan ayat keterangan:
- Walaupun kempen keselamatan dilancarkan, kadar kemalangan jalan raya
| |
Ayat keterangan Ayat inti
semakin meningkat di negara kita.

22

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.5] Sistem & Aplikasi Bahasa


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan
Petikan 1:

JAWAPAN YANG MANTAP: PERHATIAN!!!:


(i) Senaraikan dan
perbagai –––– pelbagai
betulkan kesalahan;
mengalakan –––– menggalakkan
(ii) Tidak boleh
Di antaranya –––– Antaranya
menyenaraikan lebih
pendidikan jasmani –––– Pendidikan Jasmani
daripada jumlah
mengenengahkan –––– mengetengahkan
kesalahan yang
pratikal –––– praktikal
dinyatakan dalam
arahan soalan.
Petikan 2:

JAWAPAN MANTAP: PERHATIAN!!!:


dilaksanakan –––– dianjurkan (i) Senaraikan dan
Ini adalah –––– Hal ini betulkan kesalahan;
para pelajar-pelajar –––– para pelajar (ii) Tidak boleh
kebolehan –––– bakat menyenaraikan lebih
hingga ke –––– hingga daripada jumlah
antara bangsa –––– antarabangsa kesalahan yang
dinyatakan dalam
arahan soalan.

23

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.6] Sistem & Aplikasi Bahasa


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahasa Melayu Standard
Setelah itu, Laksamana pun segera melompat sambil NOTA
menyentak keris pada pinggang Hang Jebat, dan Laksamana Pemarkahan untuk aspek ini
berjaya merampasnya. lazimnya dilakukan secara
Kemudian, Hang Jebat berbangkit lalu mengejar “impression”.
Laksamana sambil berkata, “Hai Si Tuah, demi Allah bunuhlah Pastikan anda menggunakan
hamba kerana hamba tidak berkeris!” bahasa Melayu standard
Laksamana pun berundur sedikit serta berkata sambil (moden) serta sistem bahasa
tertawa, “Hai saudara hamba oleh sebab keris ini milik hamba yang baku.
ini dianugerahkan oleh Betara Majapahit, maka hamba Baik :5–6
merampasnya daripada tuan hamba!” Sederhana :3–4
Lemah :1-2

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.7] Sistem & Aplikasi Bahasa

Kertas 2: Sistem & Aplikasi Bahasa


Peribahasa

(i) untung sabut timbul, untung batu tenggelam [2m] untung sabut timbul,
(ii) ditelan mati emak, diluah mati bapa [2m] untung batu tenggelam
= jika bernasib baik akan
selamat, jika bernasib
Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. [i] Kalau nasib
malang binasalah
baik aku selamat, kalau nasib malang celaka. Sebagai hamba
Allah yang bukanlah kamil, tabahkanlah hati meniti hari pada
ditelan mati emak, diluah
perancangan yang tidak dipinta untuk bertembung dengan
mati bapa
kegagalan. Dengan pasrah, segala yang terjadi berserahlah, itu
= menghadapi sesuatu
kan takdir!
masalah yang sangat sulit,
“Muliati rindukan cikgu!”
dalam keadaan serba salah.
“Cikgu tahu, sayang…. Tapi, cikgu nak buat macam mana? [ii]
Cikgu ni dalam keadaan serba salah.” Suaranya lemah sekali. Lirih
kedengaran.

24

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.8] Pemahaman


Kertas 2 | Pemahaman Petikan Moden
(i) Maksud menangani kemelut:
menangani – mengatasi [1m]
kemelut – masalah [1m]
Jawapan yang Mantap
Maksud rangkai kata “menangani maksud” ialah mengatasi masalah.
PERHATIAN: Jawapan berbentuk huraian tidak diterima.

(ii) persamaan faktor


- kemanusiaan [1m]
perbezaan faktor
- kepincangan kepimpinan [1m]
- kemerosotan moral/disiplin [1m]
Jawapan yang Mantap
Berdasarkan Bahan 1 dan 2, faktor persamaan yang menyumbang kepada kemerosotan
mutu sukan negara pada peringkat domestik dan antarabangsa ialah faktor
kemanusiaan. Faktor perbezaannya ialah kepincangan kepimpinan dan kemerosotan
disiplin.

(iii) Punca-punca:
- kepincangan sistem pendidikan / sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan [1m]
- sikap ibu bapa mementingkan prestasi akademik berbanding dengan sukan [1m]
- kekurangan kemudahan sukan di negara kita [1m]
(Maksimum: 3 markah]
[Isi cukup: 2]
Jawapan yang Mantap
Punca-punca ketidakcenderungan menceburi bidang sukan dalam kalangan generasi
muda termasuklah sistem pendidikan negara kita terlalu berorientasikan peperiksaan,
dan sikap ibu bapa yang mementingkan prestasi akademik berbanding dengan sukan.

(iv) Langkah-Langkah:
- menubuhkan jawatankuasa kecil yang terdiri daripada guru-guru sukan, ibu bapa, dan
atlet-atlet yang berkaliber untuk memantau aktiviti sukan di sekolah [2m]
- mengadakan latihan intensif dan kem bina semangat untuk atlet-atlet dari semasa ke
semasa demi menguatkan fizikal dan mental [2m]
[Maksimum: 4 markah]
Ísi cukup: 3 isi tanpa huraian]
ATAU
[Isi cukup: 2 isi dengan huraian]
Jawapan yang Mantap
Seandainya saya dipilih sebagai jurulatih olahraga sekolah, langkah-langkah yang bakal
saya ambil untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet sekolah ialah saya akan menubuhkan
jawatankuasa kecil yang terdiri daripada guru-guru sukan, ibu bapa, dan atlet-atlet yang
berkaliber untuk memantau aktiviti sukan di sekolah. Selain itu, saya akan mengadakan
latihan intensif dan kem bina semangat untuk atlet-atlet dari semasa ke semasa demi
menguatkan fizikal dan mental.
25

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.9] Pemahaman Petikan Sastera


Kertas 2 | Pemahaman Petikan Sastera

(i) Maksud susul jejak:


susul – mengikut [1m]
jejak – langkah [1m]
Jawapan yang Mantap
Maksud rangkai kata “susul jejak”ialah mengikut jejak.
PERHATIAN: Jawapan berbentuk huraian tidak diterima.

(ii) Faktor-faktor:
- kegigihan/usaha gigih [1m]
- semangat yang berkobar-kobar [1m]
- sokongan padu rakyat [1m]
Jawapan yang Mantap
Faktor-faktor Harimau Malaya dapat menundukkan pihak lawan dalam kejohanan bola
speak ialah kegigihan, semangat yang berkobar-kobar, dan sokongan padu rakyat.

(iii) Manfaat-manfaat:
- peningkatan pendapatan negara/menyumbang kepada ekonomi negara
- peningkatan mutu sukan negara
- peningkatan kedatangan pelancong asing / merancakkan industri pelancongan negara
(Maksimum: 3 markah]
[Isi cukup: 2]
Jawapan yang Mantap
Manfaat-manfaat yang bakal diperoleh penganjur sukan antarabangsa ialah
peningkatan pendapatan negara, peningkatan mutu sukan negara, dan peningkatan
kedatangan pelancong asing.

(iv) Cara-cara:
- mengadukan hal tersebut kepada guru disiplin ataupun guru kokurikulum agar
tindakan disiplin diambil terhadap pengkhianat 2m
- tekun memanjatkan doa agar segala aral melintang dapat ditangani 2m
- meminta bantuan rakan sebaya untuk menjelaskan hal yang sebenarnya dalam media
sosial 2m
[Maksimum: 4 markah]
Ísi cukup: 3 isi tanpa huraian]
ATAU
[Isi cukup: 2 isi dengan huraian]
Jawapan yang Mantap
Sebagai rakan yang berpegang pada prinsip kesetiakawanan, saya dapat menangani
masalah tersebut dengan mengadukan hal tersebut kepada guru disiplin ataupun guru
kokurikulum agar tindakan disiplin diambil terhadap pengkhianat. Selain itu, saya akan
tekun memanjatkan doa agar segala aral melintang dapat ditangani.

26

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.10] Pemahaman Novel


Kertas 2 | Novel

(i) Punca-punca:
- Pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan ajaran sesat yang memecahbelah-
kan rakyat [1m]
- Sesetengah ahli politik mengamalkan dasar pecah dan perintah demi kepentingan
diri. [1m]
- penyebaran isu-isu perkauman dan sensitif dalam media sosial [1m]
Jawapan yang Mantap
Faktor-faktor yang menyebabkan perpaduan terjejas dalam kalangan masyarakat kita
termasuklah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan ajaran sesat yang
memecahbelahkan rakyat. Sesetengah ahli politik pula mengamalkan dasar pecah dan
perintah demi kepentingan diri. Di samping itu, penyebaran isu-isu perkauman dan
sensitif dalam media sosial dapat menggugat perpaduan rakyat.

(ii) Novel Songket Berbenang Emas


[Penyataan] Antara cabaran yang dihadapi oleh watak utama ialah senario prasangka dan
cemuhan; [Bukti teks] Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil perempuan
murahan akibat kunjungan beberapa orang lelaki.
[Caranya] Dahlia dapat menangani dugaan Tuhan itu dengan mendengar nasihat ayahnya
agar bersabar dan tabah menghadapi cemuhan dan prasangka buruk.
[3m]
[Penyataan] Cabaran yang seterusnya ialah senario pandangan sinis; [Bukti teks] Nenek
Kiah yang tidak suka akan keluarga Dahlia akibat kemiskinan memandang hina dan
menghamburkan kata-kata yang kesat terhadap Dahlia.
Dahlia dapat menangani pandangan sinis itu dengan menjaga Nek Kiah yang terlantar sakit,
sementelahan membantu neneknya dengan menghantarnya ke hospital. Kebaikan hati
Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah insaf. [3m]

Perhatian:
Jawapannya mengandungi 3 elemen, yakni:
1. cabaran hidup yang dihadapi watak utama [1m]
2. bukti teks / peristiwa dalam teks novel, [1m] dan
3. cara watak utama menangani dugaan Tuhan. [1m]
Nota: Teknik/pendekatan menjawab ini boleh diaplikasikan untuk novel-novel yang lain.

27

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.11] Membuat Rumusan


Kertas 2 | Bahagian C: Rumusan
Pendahuluan:
- Petikan membincangkan kepentingan/kebaikan/kemanfaatan/kelebihan aktiviti sukan [1m]
dalam kalangan murid sekolah. [1]

Isi tersurat (kepentingan aktiviti sukan dalam kalangan pelajar):


P1: Apabila pelajar menyertai aktiviti sukan, mereka mampu melahirkan warga pelajar
yang sihat tubuh badan dan minda yang cerdas.
- Aktiviti sukan dapat melahirkan warga pelajar yang sihat tubuh badan dan minda
yang cerdas. [2m]
P2: Pelajar yang menceburi kesukanan dapat memberikan fokus pada pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dengan baiknya
- Dari aspek akademik, pelajar yang bersukan dapat berfokus pada pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dengan baiknya. [2m]
P3: Dengan erti kata lain, atlet atau ahli sukan berupaya mencipta kecemerlangan dan
kegemilangan dalam bidang akademik kerana tumpuan pelajar di dalam kelas
merupakan prasyarat utama untuk menjadi cemerlang.
- Mereka juga berupaya mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik. [2m]
P4: Selain itu, pelajar yang aktif bersukan juga mampu menghindari serangan penyakit
yang berbahaya kerana toksin yang dikeluarkan melalui peluh telah menyebabkan
lemak dalam badan terbakar ekoran aktiviti sukan yang dilakukan.
- Dari aspek kesihatan, pelajar yang aktif bersukan dapat menghindari serangan
penyakit yang berbahaya. [2m]
P5: Di samping melahirkan warga muda yang cergas dan cerdas, generasi muda dapat
menjauhi aktiviti-aktiviti yang meruntuhkan akhlak.
- Dari segi sosial pula, para pelajar dapat menjauhi aktiviti-aktiviti yang meruntuhkan
akhlak. [2m]
P6: Mendukung cita-cita / aspirasi negara / membangun modal insan / tranformasi
cemerlang.
- Keterlibatan pelajar dalam bidang sukan dapat melahirkan modal insan yang
cemerlang. [2m]
P7 Kecergasan jasmani / sahsiah dan jati diri / Memupuk perpaduan gagasan / Satu
& Malaysia
P8: - Di samping membentuk sahsiah dan jati diri pelajar, [2m] aktiviti sukan dapat
memupuk perpaduan. [2]
Kesimpulan:
- Kesimpulannya, para pelajar perlu digalakkan menyertai aktiviti sukan di sekolah [1m] agar
keseimbangan fizikal, rohani, dan mental terjamin. [1m]
- Kesimpulannya, kita hendaklah menggalakkan para pelajar aktif bersukan [1m supaya tahap
kesihatan dan prestasi pendidikan dapat ditingkatkan. [1m]

PERHATIAN:
Kemungkinan besar isi tersirat tidak perlu dikemukakan. Hal ini berdasarkan dua faktor:
pertama, tiada tugasan tersirat yang diberikan, dan kedua, pada tahap PT3, isi tersirat tidak
perlu dikemukakan oleh pelajar.

28

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

You might also like