You are on page 1of 2

PEJABAT RESIDEN

BAHAGIAN LIMBANG,
Tingkat 6, Limbang Plaza,
98700 Limbang,
Sarawak.
Telefon Am : 085-202106
P.A. Residen : 085-202101
Pembangunan : 085-202105
No. Fax : 085-211005

Ruj. Tuan: Tarikh :


Ruj. Kami: (2)PRL100-14/1/5 Tarikh : 22 Januari 2021

Kepada:

Ketua Masyarakat Bahagian Limbang


Ketua Kaum Bahagian Limbang

Tuan/Puan;
ARAHAN MEMBERHENTIKAN SEMUA MAJLIS SOSIAL/MAJLIS KERAMAIAN DI
KAMPUNG DAN RUMAH PANJANG SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(PKP/PKPB)

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2. Susulan daripada kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri


Sarawak (JPBN) bertarikh 20 Januari 2021, ruj: Kenyataan Media JPBN Bil 20/2021,
JPBN telah memutuskan bahawa semua majlis sosial dan aktiviti perhimpunan
adalah TIDAK DIBENARKAN semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan/Bersyarat (PKP/PKPB), berkuatkuasa serta-merta.

3. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang telah


diarah untuk memantau semua aktiviti dan perhimpunan di Bahagian Limbang. Majlis
sosial dan aktiviti perhimpunan yang dimaksudkan adalah seperti majlis harijadi, majlis
ulang tahun perkahwinan, aktiviti perjudian, aktiviti melibatkan minuman keras dan
majlis sosial lain yang menghimpunkan orang ramai. Namun begitu, untuk upacara
pengkebumian, Unit Hal-Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan Majlis Adat Istiadat
Sarawak (MAIS) ada menyediakan Garis Panduan Upacara Pengkebumian semasa
PKP/PKPB sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 (sila rujuk lampiran).

4. JPBN juga telah mengeluarkan Module For Community Empowerment in


Combating Covid-19 untuk memperkasakan peranan ketua masyarakat dan ketua kaum
(KMKK) dalam memantau, mengkoordinasi dan mengawal aktiviti-aktiviti di kampung
dan rumah panjang masing-masing di daerah Limbang dan Lawas semasa PKP/PKPB
ini (sila rujuk lampiran).
5. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam memastikan perkara ini dipatuhi untuk
bersama-sama membendung penularan Covid-19 amatlah diharapkan dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”


“AN HONOUR TO SERVE”

(Ir. AHMAD DENNEY BIN HAJI AHMAD FAUZI)


Residen Bahagian Limbang,
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang
LIMBANG

Salinan kepada:

1. Pengerusi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak


2. Pengerusi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Limbang
3. Pengerusi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lawas

~CLR

You might also like