You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG ASAM

33700 PADANG RENGAS, PERAK.


MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI KE 3/2016

Tarikh : 21 September 2016 (Rabu)


Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SK Padang Asam
Kehadiran 1. En. Kelana b. Che Abdul Halim
2. En. Zaifudzil@Latif B. Mohamad Amin
3. En. Zulkifley B. Othman
Agenda

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat Panitia RBT dan
TMK kali ke 3/2016.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana dapat hadir pada
mesyuarat kali ini.
Tindakan : Semua
Guru
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat
Dicadangkan oleh : En. Kelana Che Abdul Halim
Disokong oleh : En. Zulkifley B. Othman
3. Perkara Berbangkit
Tiada
4. Peperiksaan PKSR 2
4.1 Semua guru perlu menyelesaikan sukatan pelajaran kerana peperiksaan akan
dilaksanakan pada bulan oktober nanti.
4.2 Soalan peperiksaan perlu dibina sendiri oleh guru. Sila pastikan semua soalan
yang dibina menepati sukatan yang telah diajar.
4.3 Mohon semua guru untuk membanyakkan soalan-soalan KBAT dalam penyoalan
supaya mereka bersedia apabila menjawab nanti.
Tindakan : Semua
Guru

5. Aktiviti Panitia
5.1 Aktiviti panitia dilaksanakan dalam kelas masing-masing.
5.2 Peralatan untuk topik ekonomi rumah tangga masih belum mencukupi, sukar
untuk menjalankan aktiviti.
5.3 Kereta kawalan jauh bagi kelas tahun lima tidak mencukupi kerana bilangan
pelajar yang ramai. Murid berkongsi kereta untuk melaksanakan aktiviti.

6. Kewangan Panitia
6.1 Panitia RBT telah menggunakan hampir kesemua wang yang diperuntukkan pada
tahun ini untuk membeli alatan untuk PdP.
6.2 Panitia TMK masih belum menggunakan wang yang diperuntukan kerana
peruntukan yang sedikit sedangkan alatannya yang mahal.
Tindakan : Makluman
7. Hal-hal Lain
7.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru, jika masih terdapat peralatan yang tidak
mencukupi sila maklumkan dengan segera untuk tempahan pada tahun hadapan.
7.2 Guru-guru diminta untuk mengambil dan meletakkan kembali peralatan yang telah
disimpan.
7.3 Pengerusi memaklumkan supaya menjaga kebersihan bengkel KH.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................... ................................................
Zaifudzil@Latif B. Mohamad Amin Kelana B. Che Abdul Halim
Setiausaha Panitia RBT dan TMK Pengerusi Panitia RBT dan TMK
Sekolah Kebangsaan Padang Asam Sekolah Kebangsaan Padang Asam

You might also like