You are on page 1of 4

SK TANAH KEBUN

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


KALI KETIGA
TAHUN 2022/2023

Tarikh : 16 Ogos 2022


Hari : Selasa
Masa : Pukul 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTK

Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan


1. En. Sanusi bin Hamid Guru Besar
2. Pn. Siti Sanisah bt Husain PK Pentadbiran
3. Pn. Siti Hasmah bt Idris PK Kokurikulum/AJK
4. Pn. Norhedayatul Akmal bt Abd Samad PK Hal Ehwal Murid/AJK
5. Cik Norlam Farrah bt Lam Rasol Pengerusi
6. En. Saiful Rahman bin Mohamad AJK
7. Pn. Noryana bt Abdul Razak AJK
8. Cik Norhaslinda bt Zainon AJK

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan
Jasmani Kali Ketiga bagi sesi 2022/2023

1.1 Pengerusi mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua


program yang dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

(Tindakan: Makluman semua guru)

2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Guru besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.

2.2 Mengucapkan tahniah kepada semua warga SEKEBUN atas kejayaan Sukan Tahunan
ke 38.
2.3 Guru besar memaklumkan bahawa nazir akan melawat sekolah-sekolah yang 5
tahun tidak dilawat oleh nazir. Guru besar meminta semua guru bersedia.

(Tindakan: Makluman semua guru)

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Cadangan : En. Saiful Rahman bin Mohamad


Sokongan : Pn. Noryana bt Abdul Razak

(Tindakan: Makluman semua guru)

4.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

4.1 Pn Siti Sanisah menyampaikan :

4.1.1 Guru PBS ialah Puan Nurul Husna.

4.1.2 PBS terdiri daripada 4 elemen iaitu PP,PBD, PPSI, dan PAJSK.

4.1.3 Murid yang terlibat ialah murid tahap 2.

4.1.4 Tujuan PBS ialah untukmelihat kemenjadian murid dalam sahsiah (PPSI),
kokurikulum (PAJSK) dan akademik (PBD).

4.1.5 Pentaksiran Sumatif iaitu Ujian Akhir Sesi Akademik akan diadakan pada sesi
akhir persekolahan.

4.1.6 KPM akan menyediakan soalan untuk subjek BM, BI, SN, MT, dan SEJ.

4.1.7 Pelaporan PBD akan diadakan sebanyak 2 kali setahun.

(Tindakan: Makluman semua guru)

6.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

6.1 Pn Siti Sanisah menyampaikan bahawa PBD boleh dijalankan secara formatif atau
sumatif.

6.2 Guru bebas memilih jenis pentaksiran yang dijalankan secara formatif sama ada
secara pemerhatian, lisan atau bertulis.
6.3 Guru perlu ada rekod catatan hasil keputusan penilaian yang dibuat.

(Tindakan: Makluman semua guru)

7.0 PENTAKSIRAN : UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

7.1 Pn Siti Sanisah memaklumkan bahawa ujian ini berkonsepkan APPI iaitu Aplikasi
Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen.

(Tindakan: Makluman semua guru)

8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 Pn Siti Hasmah mengingatkan bahawa Hari Sukan Negara akan diadakan pada
27/9/2022.

8.2 Guru besar menyatakan bahawa lawatan penanda aras ke SK Jalan Baharu akan
diadakan untuk melawat pameran PBL pada 21/9/2022. Masa ialah 2.00 – 4.00
petang. Kehadiran semua guru adalah wajib.

8.3 Guru besar juga mengingatkan semua guru untuk sentiasa ikhlas dalam
menjalankan tugas serta menghormati rakan sejawat supaya keharmonian dapat
dicapai.

(Tindakan: Makluman semua guru)

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

9.2 Tarikh mesyuarat akan datang akan mengikut keperluan dan merujuk kepada
takwim.

9.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


____________________________ _______________________________
(PN NORYANA BT ABDUL RAZAK ) ( CIK NORLAM FARRAH BT LAM RASOL)
Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani Pengerusi Panitia Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Kesihatan
SK Tanah Kebun SK Tanah Kebun

Disahkan oleh,

______________________________
(PN SITI SANISAH BT HUSAIN)
PK Pentadbiran
SK Tanah Kebun

You might also like