You are on page 1of 27

INSTITUSI FATWA

MOHD ZAIDI DAUD, PhD


JABATAN SYARIAH DAN
UNDANG-UNDANG
APIUM
Apa itu Fatwa

Definisi Fatwa

• Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan
menghuraikan hukum permasalahan.

Dari Segi Istilah

Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:

• Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada sesuatu perkara yang
berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.

• Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau
harus.
Perundangan dan
Penguatkuasaan Fatwa di
Malaysia
• PP – kuasa kepada kerajaan negeri (termasuk WP) untuk mentadbir
hal ehwal agama Islam (J9 Senarai 2 Senarai Negeri)
• YDPA & Sultan – kuasa tertinggi dalam hal ehwal agama Islam di
negeri masing-masing
• Di setiap negeri – ditubuhkan MAIN yang menjadi pihak berkuasa
utama dalam hal ehwal Islam – berperanan membantu dan
menasihati YDPA/Sultan
• Pemantapan – pengasingan pentadbiran di antara Mufti, MAIN/JAIN
dan Mahkamah Syariah
Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang

Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505],
peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
• Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan
pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
• Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong,
atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak
Mufti itu sendiri;
• Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu
disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
• Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada
di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
• Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua
Mahkamah Syariah bagi negeri itu.
AKTA 505
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
mengandungi pindaan terkini - P.U.(A) 250/2002
Tarikh Persetujuan Diraja :7 Julai 1993
Tarikh diterbitkan dalam Warta :15 Julai 1993
Tarikh mula berkuatkuasa ditetapkan:15 Oktober 1993 [P.U.(B) 452/1993]

BAHAGIAN III - PERLANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN
JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK

Seksyen 32. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti.


Seksyen 33. Kuasa Mufti.
Seksyen 34. Fatwa.
Seksyen 35. Bentuk fatwa.
Seksyen 36. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.
Seksyen 37. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
Seksyen 38. Permintaan pendapat daripada Mufti.
Seksyen 39. Nas-nas yang hendaklah diikuti.
AKTA 505
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN)
1993
BAHAGIAN III - PERLANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN
JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK

Seksyen 32. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan
Majlis melantik orang-orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan
Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.

(2) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, mana-mana orang yang, sebelum
sahaja permulaan kuatkuasa itu, menjadi Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan
yang dilantik di bawah Enakmen hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik
sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan
dan hendaklah memegang jawatan demikian.
Seksyen 33. Kuasa Mufti.

Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong


berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua
perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di
Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali
jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini.
Seksyen 34. Fatwa.

(1) Mufti hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah, atas kehendaknya
sendiri atau atas permintaan mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang ditujukan
kepada Mufti, membuat dan menyiarkan dalam Warta suatu fatwa atau pendapat atas apa-
apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau
berhubungan dengan Hukum Syarak.

(2) Tiada pernyataan yang dibuat oleh Mufti boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika
dan sehingga pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (1).

(3) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam
yang bermastautin di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai ajaran agamanya dan
hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan
fatwa itu melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak tidak mengikut fatwa itu dalam
perkara-perkara amalan, kepercayaan, atau pendapat peribadi.

(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah dalam Wilayah-Wilayah
Persekutuan sebagai autoritatif mengenai semua perkara yang dinyatakan di dalamnya.
Seksyen 35. Bentuk fatwa.

(1) Sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat menurut seksyen 34.

(2) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan Rumi, tetapi teks
fatwa itu dalam tulisan Jawi boleh juga disiarkan.

Seksyen 36. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.

(1) Mufti boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah
dikeluarkan sebelum itu olehnya atau oleh mana-mana Mufti terdahulu daripadanya.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan suatu fatwa
dan peruntukan-peruntukan subseksyen (3) dan (4) seksyen 34 dan subseksyen (2) seksyen 35
hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia
dibuat menurut subseksyen (1).
Seksyen 37. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada--
(a) Mufti, sebagai Pengerusi;
(b) Timbalan Mufti;
(c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;
(d) tidak kurang daripada dua orang, yang layak dan sesuai, yang dilantik oleh Majlis; dan
(e) seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dilantik oleh Majlis, yang
hendaklah menjadi Setiausaha.

(3) Orang-orang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini, telah dilantik sebagai anggota
Jawatankuasa Undang-Undang Ugama yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Enakmen hendaklah, tertakluk
kepada Akta ini, disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Perundingan Hukum
Syarak dan hendaklah terus menjadi anggota sehingga habis tempoh perlantikan mereka sekarang.
(4) Daripada orang-orang yang disebut dalam subseksyen (3), dua orang yang adalah anggota Majlis
hendaklah disifatkan telah dinamakan di bawah perenggan (c) subseksyen (2) dan yang lainnya hendaklah
disifatkan telah dilantik di bawah perenggan (d) subseksyen itu.
(5) Bilamana Mufti bercadang hendak membuat fatwa di bawah seksyen 34 dia hendaklah memanggil suatu
mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.
(6) Sebelum Mufti membuat fatwa, dia boleh menyebabkan kajian-kajian atau penyelidikan dijalankan
sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.
Seksyen 38. Permintaan pendapat daripada Mufti.

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang Mufti


tidaklah boleh dipanggil untuk memberikan pendapat atau keterangan
berhubungan dengan Hukum Syarak di mana-mana mahkamah sivil
atau Mahkamah Syariah, tetapi jika dalam mana-mana mahkamah
selain daripada Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak
perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Mufti
tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapatnya
kepada mahkamah yang meminta itu.
Seksyen 39. Nas-nas yang hendaklah diikuti.

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau memperakukan
apa-apa pendapat di bawah seksyen 38, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut
pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie.

(2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab
Syafie akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan
awam, Mufti bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau
Hanbali.

(3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat
Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan
dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah menyelesaikan persoalan itu mengikut
hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana
Mazhab yang empat itu.
AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH
PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN
AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

Seksyen 9. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.


Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak
berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan
perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama
Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH
PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN
AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

Seksyen 12. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau


menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syarak
atau apa-apa isu yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang
sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.
Penubuhan dan Keanggotaan Jawatankuasa Fatwa
• Jabatan Mufti mengeluarkan fatwa bagi pihak MAIN atau kerajaan Negeri
• Pelbagai nama digunakan:
a) Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak – Pahang/Selangor/WP
b) Jawatankuasa Syariah – Melaka/N9/Perak/Perlis/PP
c) Majlis Fatwa – Sabah
d) Lembaga Fatwa - Sarawak
e) Lujnah atau Jawatankuasa Fatwa – Johor/Kedah/Terengganu
f) Jemaah Ulama- Kelantan
• Jumlah keanggotaan jawatankuasa fatwa ini berbeza-beza di antara negeri-negeri di
Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri masing-masing
• Semua nama ahli jawatankuasa termasuk mufti negeri adalah dilantik oleh YDPA/Sultan
dan diwartakan terlebih dahulu sebelum jawatankuasa ini menjalankan peranannya
• Diperingkat Persekutuan ditubuhkan sebuah jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (kini
dikenali sebagai Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia)
• Fungi JFMKBHEUIM – menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas
apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujukkan
kepadanya oleh Majlis Raja2
• Jawatankuasa ini terdiri daripada ahli-ahli iaitu:
a) Pengerusi Jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis dipilih daripada ahli-
ahlinya
b) Mufti setiap negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang
mewakili dalam hal ehwal agama
c) lima orang ulama yang dipilih dan dilantik Majlis Raja2
d) seorang ahli yang beragama Islam dari perkhidmatan kehakiman dan
undang-undang atau dari profesion undnag-undang yang dipilih dan
dilantik oleh Majis raja-raja
• Tiap-tiap ahli kecuali pengerusi dan mufti2 hendaklah dilantik daripada
calon-calon yang diperakukan oleh PM
• Mereka ini dilantik untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun tetapi layak dipilih
semula dan mereka boleh meletak jawatan pada bila-bila masa
Fungsi dan Kuasa-Kuasa Mufti
• Antara fungsi utama Mufti di setiap negeri – membantu dan menasihati Sultan
/YDPA bagi menyelesaikan persoalan semasa mengenai hukum syarak dalam
negeri masing-masing yang berkaitan dengan masyarakat Islam – cth: sec 16(1),
Johor; sec 37(1), Kedah; sec 33, WP;
• Mana-mana individu, pertubuhan atau badan-badan kerajaan atau swasta dan
atas perintah YDPA/Sultan di negeri masing-masing boleh mengemukakan
persoalan semasa kepada MAIN atau Pejabat Mufti di negeri masing-masing
• Mufti juga boleh atas daya usahanya sendiri membuat fatwa untuk tujuan
pemberitahuan di dalam warta – cth: sec 30(2), Melaka; sec 36(1) Pahang; sec
34(1) WP
• Pendapat Mufti as a rujukan di mahkamah – Mufti boleh keluarkan fatwa atau
memperakukan pendapatnya atau keterangan yang berhubung dengan hukum
syarak sekiranya diminta sama ada oleh Mahkamah Sivil ataupun Mahkamah
Syariah
• Mufti tidak boleh disaman untuk hadir di mahkamah bagi memberi pendapatnya
• Umumnya, autoriti pendapat atau perakuan mufti atau mana-mana fatwa adalah
tidak mengikat mana-mana mahkamah meskipun ia dirujuk oleh mahkamah
• Pendapat atau fatwa itu hanya merupakan suatu rujukan yang biasanya akan diambil kira
oleh mahkamah jika ia selaras dengan sumber atau mana-mana undang-undang bertulis
yang digunakan
• Cth: kes Pesuruhjaya Hal Ehwal Ugama Islam Terengganu lawn Tengku Mariam [1969] 1
MLJ 110/[1970] 1MLJ222 – Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa fatwa yang
dikeluarkan oleh Mufti adalah tidak mengikat Mahkamah Sivil di Malaysia
• YAA Tun Salleh Abbas di Mahkamah Persekutuan dlm kes Re Dato Bentara Luar Si Mati
Haji Yahya Yusoff dan lain-lain lawan Hassan Othman dan lain-lain [1981] 2 MLJ 352
dalam penghakimannya menyatakan – mereka sebenarnya tidak terpaksa menerima
fatwa itu kerana mereka juga berhak menerangkan apakah undang-undang Islam
terhadap sesuatu perkara. Mereka juga tidak semestinya menolak fatwa itu hanya kerana
undang-undang Islam adalah undang-undang negeri. Malah tidak ada sebab yang
membolehkan mereka menolak pendapat mufti dan mereka mengakui bahawa mereka
tidak terlatih dalam sistem undang-undang itu.
• Kes Hajah Halimatussadiah lawan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan
Seorang lagi [1994] 6 Kanun 3(36) – Mahkamah Agung telah merujuk pandangan mufti
WP yang mengesahkah bahawa Islam tidak melarang wanita Islam daripada memakai
atau mewajibkan untuk memakai purdah
• Kes Dalip Kaur lawan Pegawai Polis Daedah Balai Polis Daerah Bukit Mertajam dan lain-
lain [1992] 1 MLJ 1 – pendapat mufti diterima di mana simati telah sabit keislamannya
dengan mengucap dua kalimah syahadah dihadapan kadi Daerah Kulim
Proses Pengeluaran Fatwa

• Undang-undang perspective – sesuatu pernyataan yang boleh


ditafsirkan sebagai fatwa apabila pernyataan itu disiarkan di dalam
warta kerajaan negeri masing-masing. Cth: sec 34(2) WP
• Apa-apa pendapat atau pernyataan bertulis yang dibuat oleh mufti
kepada mana-mana mahkamah yang memerlukan pendapat atau
nasihat itu bukan dianggap sebagai fatwa
• Sesuatu persoalan hukum boleh dikemukakan secara bertulis kepada
pihak MAIN dan kemudiannya akan dimajukan kepada Pengerusi
Jawatankuasa Fatwa (Mufti) atau dialamatkan terus kepada Mufti
• Mufti sebagai pengerusi jawatankuasa biasanya akan bertindak
menyediakan kertas perbincangan atau jika perlu membentuk
jawatankuasa untuk membuat penyelidikan atau kajian mengenai isu
yang dikemukakan.
• Jawatankuasa fatwa yang dibentuk akan menyediakan draf fatwa dan
seterusnya akan dikemukakan kepada Majlis. Jika perkara yang
dikemukakan itu adalah perkara remeh, maka Mufti boleh memberi
jawapan bagi pihak Jawatankuasa Fatwa. Cth sec 39(6) EPUUI Pahang 2004
• Bukan semua fatwa yang diluluskan oleh jawatankuasa ini akan diwartakan.
Sesuatu fatwa itu hanya akan diisytiharkan di dalam warta kerajaan di
dalam negeri masing-masing sekiranya ia berkaitan dengan kepentingan
awam dan kerajaan negeri masing-masing
• Jika sesuatu fatwa itu tidak melibatkan kepentingan negeri, maka
keputusan itu hanya dibuat bagi pihak jabatan mufti berkenaan.
• Namun, jika sebaliknya maka sesuatu fatwa yang telah diputuskan oleh
jawatankuasa ini akan dikemukakan kepada MAIN masing-masing untuk
dipertimbangkan bagi tujuan penguatkuasaan dengan terlebih dahulu
disemak oleh penasihat undang-undang negeri
• Tugas jawatankuasa ini hanya setakat mengemukakan kepada Majlis.
Sebenarnya dari segi pentadbiran, fatwa yang dibuat itu adalah bagi pihak
majlis dan majlis pula adalah sebahagian daripada kerajaan negeri.
Mufti/Pegawai Hal
Perkara remeh
ehwal Negeri

Penyelidikan

Aduan Permasalahan
Hukum
Mesyuarat
Jawatankuasa
Perundingan Hukum
Syarak (Fatwa)

Perkara semasa MAIN

Penasihat Undang-
Undang Negeri

Pewartaan
Status Fatwa Kebangsaan
• Sesuatu fatwa yang dikeluarkan peringkat kebangsaan merupakan keputusan bersama
sesama mufti dari setiap negeri – pada peringkat muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan
• Dari segi pentadbiran, mana-mana isu atau perkara yang dibincangkan akan ditetapkan
oleh urusetia yang diletakkan di bawah JPM atau JAKIM.
• Isu yang dikemukakan adalah sama ada ia diminta oleh kerajaan-kerajaan negeri yang
melibatkan kepentingan kerajaan persekutuan atau ia diusulkan oleh JAKIM sendiri.
• Dari segi menentukan sesuatu perkara yang diputuskan diperingkat ini boleh dijalankan
ia dibuat sama ada secara bulat suara atau mengikut undian majority dua pertiga
daripada ahli-ahli eksekutif iaitu para mufti atau wakilnya dan ulama yang dilantik.
• Mereka ini berhak mengambil bahagian dalam perbincangan dan mengundi
• Sementara pengerusi dan ahli yang beragama Islam dari perkhidmatan kehakiman dan
undang-undang atau dari profesion undang-undang yang dipilih tidak berhak mengundi
• Keputusan bukanlah mengikat negeri-negeri tetapi boleh dikuatkuasakan sekiranya
negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai fatwa tersebut menerusi
keputusan mesyuarat jawatankuasa fatwa negeri yang ditubuhkan seterusnya
dikemukakan kepada MAIN untuk tujuan pewartaan dan penguatkuasaan
• Muzakarah fatwa kebangsaan hanya merupakan majlis diskusi bagi menentukan sesuatu
keputusan itu melibatkan kepentingan seluruh persekutuan
Rujukan Fatwa

• Mufti atau jawatankuasa fatwa yang ditubuhkan di negeri-negeri di


Malaysia dalam mengistibat sesuatu hukum masih mengekalkan rujukan
pendapat muktamad dalam mazhab shafi’i atau menerima pakai pendapat
mazhab ini sama ada yang qadim atau jaded
• Jika pendapat bertentangan dengan kepentingan awam, maka biasanya
jawatankuasa ini akan merujuk beberapa pendapat dari mazhab Hanafi,
Maliki dan Hanbali atau mana-mana mazhab lain yang kaedah istibat
hukumnya hampir kepada aliran-aliran ini.
• Jika dengan memakai pendapat-pendapat tersebut bertentangan dengan
kepentingan awam, maka jawatankuasa ini akan menggunakan ijtihad
mereka sendiri dengan terlebih dahulu mengambil kira pandangan siasah
di dalam negeri masing-masing. Contoh sec 39(1-3) APUUIWP 1993
• Kelantan – izin sultan apabila memerlukan pendapat selain mazhab shafi’i
dengan menjelaskan alasan-alasan secara terperinci sebab-sebab pendapat
mazhab shafi’i tidak boleh digunakan. Sec 37(2) EMAI&AIMKelantan 1994
Penguatkuasaan Fatwa

• Dari segi penguatkuasaan, bukanlah menjadi tanggungjawab Mufti


atau Jabatan mufti negeri-negeri untuk menguatkuasakan sesuatu
fatwa
• Tugas jabatan Mufti hanyalah menyelesaikan sesuatu persoalan
hukum semasa yang diperlukan oleh masyarakat atau kerajaan negeri.
Fatwa yang diwartakan akan menjadi hujah undang-undang dan fatwa
yang tidak diwartakan hanya sebagai rujukan sahaja.
• Fatwa yang diwartakan akan mengikat masyarakat Islam yang
bermastautin di dalam negeri masing-masing
• Dalam konteks fatwa yang telah diwartakan, enakmen negeri
memperuntukkan bahawa MAIN bagi pihak kerajaan negeri adalah
berperanan sebagai pihak yang boleh mendakwa orang Islam yang
melanggar fatwa di Mahkamah Syariah
• Biasanya, fatwa yang dikuatkuasakan adalah berkaitan dengan
perlanggaran hukum syarak di mana larangan atau pencegahannya
tidak terdapat dalam peraturan bertulis atau undang-undang yang
digubal oleh negeri-negeri.
• Kerajaan2 negeri telah menggubal “undang-undang kesalahan
jenayah syariah”.
• Adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana orang Islam di
dalam negeri memberi, mengembang atau menyebarkan apa-apa
pendapat berupa fatwa untuk diikuti oleh orang-orang Islam
mengenai apa-apa ajaran Islam atau hukum syarak yang berlawanan
dengan mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah
• Majlis diberi kuasa oleh undang-undang untuk menguatkuasakan
sesuatu fatwa dengan mendakwa mana-mana orang Islam yang
melanggar sesuatu peruntukan
Kesimpulan

• Wajib orang Islam mematuhi fatwa as a personal obligatory as a


hamba Allah
• Fatwa dikeluarkan oleh mufti (berkelayakan tinggi ilmu agama)
• Fatwa dikeluarkan sama ada individu dan kolektif (Jemaah)
• Semua undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran fatwa
digubal oleh kerajaan negeri
• Undang-undang yang digubal bagi mendakwa seseorang yang
melanggar fatwa dibuat adalah bagi memastikan kesucian agama
Islam dipelihara

You might also like