You are on page 1of 4

Assalamualaikum, saya hendak bertanya sedikit mengenai fatwa itu sendiri.

Apa perbezaan antara fatwa warta dan yang tidak warta dan jawapan kepada
soalan hukum seperti di Bayan Linnas, Irsyad Fatwa dan lain-lain seperti
yang di siarkan oleh Pejabat Mufti? Adakah Kami semua perlu ikut? Dan
kalau tak ikut ?

Ringkasan Jawapan

Sehingga kini, merujuk kepada pengamalan perundangan di Malaysia


berkaitan fatwa adalah tertakluk di bawah peruntukan Undang-Undang
Pentadbiran Hal Ehwal Islam setiap negeri. Setiap negeri memperuntukkan
bahawa sesuatu fatwa yang diwartakan itu adalah mengikat bagi setiap
pihak di bawah bidang kuasa negeri tersebut.

Manakala Fatwa tidak warta adalah suatu permasalahan yang juga


diputuskan oleh Mufti dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak. Oleh
itu setiap fatwa tidak warta tidak mempunyai implikasi perundangan  dan
merupakan suatu keputusan permasalahan dan penjelasan hukum kepada
sesuatu permasalahan yang dipertanyakan.

Manakala penjelasan hukum yang disiarkan melalui artikel-artikel yang telah


diterbitkan di laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan seperti  Bayan
Linnas, Irsyad Fatwa, al-Kafi Li al-Fatawi dan lain-lain adalah suatu
penerangan dan penjelasan hukum hakam sebagai panduan masyarakat
awam dan tidak semestinya ia telah diwartakan.

Huraian Jawapan

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh para ulama mengenai maksud
fatwa. Antara definisi yang lengkap ialah definisi yang diberikan oleh al-
Hattab, seorang ulama bermazhab Maliki, beliau berkata:

.‫م‬.‫ا‬.‫ز‬.‫ل‬.‫إل‬.‫ ا‬.‫ه‬.‫ج‬.‫ و‬.‫ى‬.‫ل‬.‫ ع‬.‫ ال‬.،.‫ي‬.‫ع‬.‫ر‬.‫ ش‬.‫م‬.‫ك‬.‫ ح‬.‫ن‬.‫ ع‬.‫ر‬.‫ا‬.‫ب‬.‫خ‬.‫إل‬.‫ا‬

Maksudnya: “Mengkhabarkan sesuatu hukum syarak bukan dalam bentuk


kemestian (tanpa mengikat).”  [1]

Perkataan tanpa mengikat penting kerana sekiranya fatwa bersifat mengikat,


maka sudah pasti ia akan menyamai qada’ (kehakiman) dan menjadi satu
keputusan yang mengikat orang ramai.

Walau bagaimanapun, pengamalan fatwa di Malaysia berbeza kerana apabila


fatwa tersebut diwartakan, maka ia dianggap sebagai undang-undang dan
setiap individu muslim di negeri terbabit terikat dengan fatwa tersebut.
Mereka yang melanggar fatwa yang diwartakan akan dianggap melakukan
kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3000.00 atau dipenjara
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Perkara ini
boleh dirujuk dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah
Persekutuan 1997, Seksyen 9.

Selain itu, ulama kontemporari juga memberi maksud yang hampir selari
dengan pemakaian di Malaysia. Majma’ al-Fiqh al-Islami memutuskan
bahawa fatwa adalah penjelasan hukum terhadap sesuatu pertanyaan yang
diberikan. Adakala bukan sahaja menjawab pertanyaan bahkan untuk
penjelasan hukum berkaitan isu-isu semasa untuk memperbaiki keadaan dan
tindakan orang awam. [2]

Justeru itu, klasifikasi fatwa amalan di Malaysia boleh dilihat dalam beberapa
pembahagian.

Pembahagian Fatwa

Pertama ialah fatwa rasmi yang dikeluarkan sama ada oleh mufti sendiri atau
majlis melalui Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak. Kemudian
diwartakan di dalam Warta Kerajaaan melalui peruntukan  Akta Pentadbiran
Undang- Undang Islam (Wilayah–Wilayah Persekutuan) 1993 AKTA 505
di bawah Seksyen 34.

Fatwa yang diwartakan ini merupakan fatwa yang diakui oleh mahkamah dan
mengikat semua pihak dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan. Fatwa ini juga
dikenali sebagai Fatwa Warta.

Oleh itu, fatwa kategori pertama ini mempunyai implikasi perundangan


apabila sudah diwartakan dan mengikut prosedur-prosedur tertentu
berdasarkan peruntukan perundangan setiap negeri melalui  Tatacara
Pembuatan Fatwa. Tindakan perundangan akan dikenakan bagi individu atau
pihak yang melanggar fatwa tersebut dan boleh didakwa di bawah  Seksyen
9. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama  dan Seksyen 12.
Pendapat yang bertentangan dengan fatwa di dalam Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997  Akta 559 khususnya bagi
Wilayah-wilayah Persekutuan.

Manakala, kategori yang kedua juga merupakan fatwa rasmi yang


dikeluarkan oleh mufti bersama Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak
melalui persidangan atau perbincangan namun fatwa itu tidak diwartakan di
dalam Warta Kerajaan bagi sesuatu Negeri.

Fatwa bagi kategori ini tidak berkuat kuasa ke atas mana-mana individu,
badan atau mahkamah. Ia hanyalah sebagai jawapan atau penjelasan
kepada orang yang masih tidak jelas mengenai sesuatu hukum secara
peribadi. Fatwa ini dikenali sebagai Fatwa Tidak Warta.
Kategori ketiga ialah pendapat yang diberikan oleh mufti secara
perseorangan atau fatwa yang dikeluarkan sendiri oleh mufti tanpa melalui
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak atau penjelasan hukum dari
pembantunya atau pegawai-pegawai penyelidiknya dengan kebenaran dari
Mufti.

Dalam melaksanakan tanggungjawab kefatwaan dan penjelasan hukum


PMWP telah  membuat penjelasan melalui platform seperti  Bayan
Linnas atau Irsyad Fatwa dan lain-lain yang disiarkan dalam web atau
facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.  Apa-apa yang disiarkan tidak
semestinya fatwa yang diwartakan bahkan kebiasaannya jika ia melibatkan
isu yang telah diwartakan kami akan menyatakan secara jelas dalam siaran
berkenaan

Kesimpulan

Secara asas, kategori fatwa-fatwa yang telah dinyatakan adalah berperanan


sebagai suatu pandangan hukum untuk memberi penjelasan mengenai
persoalan agama. Namun sebahagiannya boleh mengikat sesuatu pihak
apabila melalui beberapa proses dan diwartakan mengikut peruntukan
perundangan setiap negeri.

Walaubagaimanapun, masyarakat awam dinasihatkan agar mengikuti segala


pandangan hukum atau penjelasan permasalahan berkaitan hukum hakam
kehidupan harian walaupun tidak mengikat mana-mana individu secara
perundangan. Perkara ini ditegaskan oleh para ulama bahawa kedudukan
fatwa mufti berperanan besar dalam pengukuhan hukum syarak sebagai
panduan untuk masyarakat. Seperti firman Allah SWT:

.‫ن‬.َ .‫ و‬.‫ ُم‬.‫ َل‬.‫ع‬.ْ .‫ اَل َت‬.‫ ْم‬.‫ ُت‬.‫ ن‬.‫ ُك‬.‫ ِإ ن‬.‫ ِر‬.‫ك‬.ْ .‫ ِّذ‬.‫ل‬.‫ ٱ‬.‫ َل‬.‫ه‬.ْ ‫ َأ‬.‫ ۟ا‬.‫و‬.ٓ .ُ‫ َٔـ ل‬.‫س‬.ْ .‫َف‬

Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang


berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.

Surah al-Nahl (43)

Hal ini juga selari dengan kaedah yang dibahaskan oleh para ulama:

.ُ .‫ َه‬.‫ذ‬.ْ .‫َم‬
ِ.‫ه‬.‫ِ ي‬.‫ ت‬.‫ ْف‬.‫ ُم‬.‫ ى‬.‫و‬.َ .‫ ْت‬.‫ َف‬.ِّ.‫ ي‬.‫ ِم‬.‫ ا‬.‫ َع‬.‫ ْل‬.‫ ا‬.‫ب‬

Maksudnya: Mazhab orang awam berdasarkan fatwa muftinya [3]

Oleh itu jadual di bawah adalah ringkasan mengenai pembahagian fatwa:

Jenis Fatwa Maksud Implikasi


Perundangan
  Fatwa yang diputuskan oleh Mufti Sebagai undang-
atau Jawatankuasa Perundingan undang dan semua
  Hukum Syarak orang Islam di
dan diwartakan melalui warta negeri tersebut
Fatwa Warta kerajaan. terikat dengan
fatwa tersebut.
  Fatwa yang diputuskan oleh Mufti Tidak dijadikan
atau Jawatankuasa Perundingan  sebagai undang-
  Hukum Syarak dan diputuskan undang tetapi
untuk tidak diwartakan. sebagai panduan
Fatwa Tidak dan penjelasan
Warta hukum.

  Jawapan-jawapan lisan atau bertulis


Mufti atau pembantunya yang
  dijawab secara langsung atau pada
tempoh-tempoh yang tertentu
Pandangan kepada pihak-pihak yang bertanya
Hukum/Fatwa dan memohon fatwa tentang
Persendirian masalah agama.
Wallahua’alam

[1]  Al-Hattab, Muhammad bin Muhammad. (1992). Mawahib al-Jalil fi Syarh


Mukhtasar Khalil (Jilid 1). Beirut: Dar al-Fikr.

[2]  Majma’ al-Fiqh al-Islami, Qarar: 153 (17/2), Daurah 17, 2006 m

.‫ح‬.‫ي‬.‫ح‬.‫ص‬.‫ت‬.‫ ل‬.‫ة‬.‫ل‬.‫ز‬.‫ا‬.‫ن‬.‫ل‬.‫ ا‬.‫م‬.‫ك‬.‫ ح‬.‫ن‬.‫ا‬.‫ي‬.‫ب‬.‫ ب‬.‫ل‬.‫ا‬.‫ؤ‬.‫ س‬.‫ر‬.‫ي‬.‫غ‬.‫ ب‬.‫ن‬.‫و‬.‫ك‬.‫ ي‬.‫د‬.‫ق‬.‫ و‬.،.‫ه‬.‫ن‬.‫ ع‬.‫ل‬.‫ا‬.‫ؤ‬.‫س‬.‫ل‬.‫ ا‬.‫د‬.‫ن‬.‫ ع‬.‫ي‬.‫ع‬.‫ر‬.‫ش‬.‫ل‬.‫ ا‬.‫م‬.‫ك‬.‫ح‬.‫ل‬.‫ ا‬.‫ن‬.‫ا‬.‫ي‬.‫ ب‬.‫ء‬.‫ا‬.‫ت‬.‫ف‬.‫إل‬.‫ا‬
...‫م‬.‫ه‬.‫ت‬.‫ا‬.‫ف‬.‫ر‬.‫ص‬.‫ت‬.‫ و‬.‫س‬.‫ا‬.‫ن‬.‫ل‬.‫ ا‬.‫ع‬.‫ا‬.‫ض‬.‫أو‬

[3]  Al-Dahlawi, al-Insaf fii Bayan Asbab al-Ikhtilaf, Dar al-Nafais:Beirut, Jld.1,
Hlm.107.

You might also like