You are on page 1of 11

1) Terangkan tentang isu-isu politik dan konflik dunia semasa di Eropah dan

Timur Tengah serta implikasinya terhadap sistem pendidikan di Malaysia.

1.0 PENGENALAN

Peperangan bermaksud perkelahian atau pertempuran dengan menggunakan


senjata yang melibatkan satu negara dengan negara yang lain. Peperangan juga
boleh ditakrifkan sebagai konflik antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan
menggunakan taktik kekerasan. Peperangan yang bersifat konflik yang
terancang ini selalunya adalah kerana untuk mencapai objektif-objektif yang
tertentu. Kebiasaannya, peperangan berlaku akibat sesebuah kuasa
menginginkan sesuatu yang dimiliki oleh kuasa yang lain. Sebagai contoh,
penjajahan untuk merebut kuasa atau tanah boleh menyebabkan tercetusnya
peperangan. Pelbagai isu politik dan konflik dunia yang telah menjadi punca
tercetusnya peperangan. Sejarah membuktikan bahawa perjuangan para
nasionalis radikal yang memperjuangkan pembentukan sebuah negara etnik
homogenous telah mengheret banyak negara ke dalam kancah pergolakan
politik dan perang saudara. Dengan era kecanggihan senjata moden, semakin
bertambahlah angka magsa yang terkorban jika berlakunya peperangan.

2.0 ISU-ISU POLITIK DUNIA SEMASA DI EROPAH

2.1 Pembaharuan Dalam Sistem Politik Eropah


Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah telah mengalami zaman
Gelap yang mana masyarakat pada masa itu berada dalam keadaan
mundur dan tidak terurus. Mereka mengalami kemerosotan dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial. Tiada satu pun pentadbiran pusat
yang berkesan pada masa itu. Banyak kemusnahan yang telah berlaku
dek kerana kuasa pusat tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah yang
berada di bawah kekuasaan mereka. Pada waktu inilah munculnya
golongan Baron, iaitu tuan rumah yang berkuasa di wilayah yang
diduduki.

Golongan Baron ini akan memaksa para petani membayar cukai


kepada mereka dan sekiranya mereka tidak mampu umtuk membayar cukai
tersebut, mereka perlu menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah
dan terpaksa menjadi hamba. Tuan tanah mendapat perlindungan

1
daripada golongan raja dan sebagai balasan tuan tanah mestilah
memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja. Daripada
jalinan ikatan yang menghubungkan antara rakyat, tuan rumah dan raja
ini, maka terbentuklah sistem feudal di Eropah yang merupakan sistem
yang membentuk susun lapis masyarakat menjadi empat bentuk
heirarki yang mana, Raja atau Sultan berada di atas sekali. Kemudian,
kaum bangsawan yang, menjadi wakil raja dan pemungut hasil cukai.
Seterusnya, yang ketiga ialah rakyat dan yang terakhir, hamba.

Pada zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah, telah berlaku


perubahan yang mana golongan gereja memainkan peranan universal
serta menjadi ejen penyatuan. Perubahan terhadap kegiatan ekonomi
juga telah berlaku seperti peningkatan hasil pertanian yang telah
menambahkan prndapatan penduduk. Pembaharuan dalam sistem
politik melahirkan golongan kelas pertengahan seperti artisan,
pedagang dan ahli perbankan. Perubahan politik berlaku apabila rakyat
mula melibatkan diri dalam bidang politik. Perubahan ini dapat
memberikan hak politik kepada rakyat dan menuntut hak mereka
menerusi institusi parlimen yang diwujudkan. Situasi politik pada masa
ini menunjukkan bahawa pemerintah menjalinkan hubungan dengan rakyat.

Selepas zaman Gelap berakhir, muncul pila satu era baharu, iaitu
zaman Renaissance. Renaissance meninggalkan kesan yang besar
terhadap perkembangan politik di Eropah. Antara kesan perubahan
politik yang paling ketara ialah kemunculan monarki baharu yang
mempunyai kekuatan dan kekuasaan melalui kewujudan kerajaan pusat
dan kesatuan kebangsaan. Monarki baharu ini terdapat di Portugal,
Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda.

2.2 Pembentukan Negara Bangsa Akibat Keruntuhan Kesatuan Soviet

Kesatuan Republik Sosialis Soviet (KRSS) atau Union of Soviet


Socialist Republics (USSR) yang juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet
atau Soviet Union, ia merupakan sebuah negara sosialis yang wujud
pada tahun 1922 hingga tahun 1991. Sejak tahun 1945 hingga era
perpecahannya, Kesatuan Soviet merupakan salah satu kuasa besar
dunia selain Amerika Syarikat.

2
Soviet Union mempunyai sistem politik yang hanya terdiri daripda satu
parti politik, iaitu Communist Party sehingga tahun 1990. Oleh itu, 15
republik yang bersekutu dengan KRSS akan memusatkan pentadbiran
di bandar raya Moscow. Revolusi Rusia pada tahun 1917 telah
membawa kepada kejatuhan kerajaan monarki di Rusia. Kejatuhan
empayar Rusia pada Mac 1917 menandakan titik permulaan KRSS.

Pada 26 Disember 1991, Kesatuan Soviet telah dibubarkan. Rusia telah


ditubuhkan dan diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat dan rasmi.
Antara faktor yang membawa kepada keruntuhan Kesatuan Soviet
ialah :

FAKTOR-FAKTOR
KERUNTUHAN KESATUAN
SOVIET

a) Rakyat ditindas oleh


pemerintah
b) Dasar Perestroika
c) Dasar Glasnost
d) Pasrti komunis hilang
kredibiliti
e) Perubahan sistem ekonomi
f) Teknologi pengeluaran
merosot

Rajah 1 : Faktor Keruntuhan Kesatuan Soviet

3
3.0 ISU-ISU POLITIK DUNIA SEMASA DI TIMUR TENGAH
3.1 Krisis Mesir
Pada awal tahun 2011, Presiden Hosni Mubarak telah digulingkan
melalui kebangkitan media massa. Kejatuhan pemimpin ini
menandakan bermulanya pendemokrasian di Mesir. Kuasa sebenar di
Mesir, iaitu penguasa tentera menunjukkan dengan tegas cabaran yang
dihadapi dalam proses pendemokrasian apabila melakukan tindakan
menjatuhkan Presiden Mohamed Morsidaripada kedudukannya sebagai
seorang presiden. Tentera yang kelihatan agak kurang menonjol
sebelum ini, kembali menunjukkan kuasanya sejak Mosri memenangi
jawatan presiden ini dengan kerjasama kelompok sekular dan liberal
serta menggunakan sentimen ketakutan terhadap “kecenderungan
Islam” daripada kelompok parti Islam dan gerakan Ikhwan al-Muslimin
yang menjadi penggerak penting politik masa kini.

Kelompok liberal kelihatan telah menggunakan pelbagai cara untuk


mengkritik dan menjejaskan kredibiliti Morsi dan penyokongnya. Satu
pengajaran yang boleh diambil dari kes Mesir ini ialah suara rakyat telah
menjatuhkan pemimpin tidak demokratik seperti Mubarak. Kemudian,
mereka menggunakannya juga untuk menjatuhkan pemimpin yang
dilantik memalui proses demokrasi. Ini menunjukkan bahawa rakyat
dan demokrasi sentiasa berubah-ubah untuk digunakan dalam politik
tertentu. Walaupun penentang pemerintah menampakkan jumlah yang
sangat besar, namun jumlah penyokong di pihak Morsi juga besar dan
kes ini meningkatkan krisis kepercayaan terhadap proses demokrasi.

4.0 ISU-ISU KONFLIK DUNIA SEMASA DI EROPAH


4.1 Pembersihan Etnik di Bosnia
Bosnia merupakan kawasan yang terlibat dengan konflik antara gereja
Katolik dan Ortodoks kerana terletak di antara negeri Byzantium dan
Frankish. Pada penghujung abad-14 dan awal abad-15, penganut
gereja di Bosnia telah memeluk agama Islam secara beramai-ramai. Maka
terbentuklah orang Islam Bosnia berasaskan kaum dan linguistik
Bosnia-Slav serta melalui asimilasi budaya Islam.

4
Antara faktor yang menyebabkan timbulnya isu dan konflik di Bosnia
ialah :

FAKTOR ISU DAN KONFLIK BOSNIA

a) Pengisytiharan kemerdekaan
Croatia dan Bosnia dari serbia serta
pengiktirafan Eropah ke atas kedua-
dua buah negara tersebut.
b) Sikap golongan Serbs yang
berhasrat menguasai semua etnik
Yugoslavia.
c) Golongan Serbs memaksa etnik di
Yugoslavia supaya menggunakan
bahasa Serb dan menganut Kristian
Ortodoks.
d) Slobodan Milosevic juga bercita-cita
tinggi untuk menjadikan bangsa Serbs
sebagai satu bangsa yang kuat dan
berkuasa.

Rajah 2 : Faktor yang membawa kepada timbulnya isu dan konflik di


Bosnia

5
5.0 ISU-ISU KONFLIK DUNIA SEMASA DI TIMUR TENGAH

5.1 Masalah Konflik Palestin-Israel


Pada dasarnya, konflik ini merupakan pertikaian antara dua kumpulan
tentang tuntutan kawasan yang sama. Oleh sebab tanahnya yang
subur, luas dan kedudukan geografi yang strategik sebagai penghubung
antara Afrika, Asia dan Eropah, Palestin sering ditakluk lebih kurang 30
kali dalam sejarah yang telah menjangkau 5000 tahun.

Pada abad ke-19 dan 20, sebahagian besar tanah Palestin telah
diceroboh oleh pendatang Yahudi dari Eropah. Pada tahun 1948,
mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel di sebahagian besar
tanah Palestin setelah PBB mengundi untuk memecahkan Palestinyang
diperintah dengan mandat antarabangsa Arab Palestin dengan Yahudi.

Bermula dari 1516, pemerintah Uthmaniyyah dari Turki menakluki


keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin selama 400 tahun. Pada
abad ke-19 , orang-orang yahudi di Eropah telah ditindas. Kemudian,
mereka mula berhijrah ke Palestin.mereka bersatu dengan penduduk
Arab dan mendapatkan tempat perlindungan untuk mengamalkan
agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh
dunia, lahirlah gerakan Zionisme, yang mana ia merupakan sebuah
gerakan politik yang mendakwa bahawa semua orang Yahudi
mempunyai hak ekslusif ke atas Palestin. Dalam masa yang sama juga,
pemerintahan Uthmaniyyah ke atas Palestin dan Timur Tengah kian
lemah.

6.0 IMPLIKASI KONFLIK DUNIA TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI

6
MALAYSIA

Terdapat pelbagai implikasi yang akan dihadapi oleh sistem pendidikan Malaysia
jika isu-isu politik dan konflik dunia semasa ini berlaku. Salah satu implikasinya
ialah rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara
seperti Mesir, Jordan dan sebagainya akan terhalang. Ini kerana, kerajaan
Malaysia tidak mahu mengambil risiko dengan menghantar rakyatnya
melanjutkan pelajaran ke negara yang sedang berlaku pergolakan.

Isu Israel-Palestin yang berlaku sehingga ke hari ini juga turut memberi kesan ke
atas pendidikan di Malaysia. Isu ini boleh dikategorikan sebagai satu isu politik.
Namun, pelajar-pelajar di Malaysia nampaknya mudah terpengaruh dengan
dengan isu tersebut sehinggakan mereka tidak sedar bahawa umur mereka
masih belum cukup untuk melibatkan diri dalam hal-hal politik ini. Apabila
mereka melibatkan diri secara aktif dalam perhimpunan-perhimpunan politik ataupun
perbalahan idea melalui media sosial, ianya secara tidak langsung akan
menjejaskan pelajaran mereka serta wawasan 2020 yang Malaysia ingin capai
akan menjadi sukar untuk dicapai.

2) Membuat penilaian serta ulasan kritis terhadap satu artikel terpilih yang

7
berkaitan isu-isu global semasa dari pelbagai sumber yang berwibawa,
seterusnya mengaitkan impaknya terhadap peluang ekonomi Malaysia.

7.0 PENILAIAN SERTA ULASAN-ULASAN TERHADAP ARTIKEL YANG


BERKAITAN ISU-ISU GLOBAL SEMASA (CORAK TERKINI TERORISME
ALAF BARU)

Artikel yang telah dipilih ialah artikel Corak Terkini Terorisme Alaf Baru yang
telah disediakan oleh Lt Kol Dr Zulkarnain Haron dan Lailatul Afizdha Arip.
Artikel ini menerangkan tentang perubahan corak terorisme daripada ‘old
terrorism’ kepada ‘new terrorism’ atau dalam bahasa Melayunya disebut
terorisme alaf baru. Perubahan ini adalah sejajar dengan perubahan
teknologi, demografi penduduk, situasi politik antarabangsa, situasi dan
kondisi dalaman sesebuah negara dan kepekaan manusia terhadap
perubahan di sekitar mereka. Dari segi pelaku, motif, taktik, motivasi,
strategi, matlamat dan struktur organisasi, terorisme alaf baru adalah jauh
berbeza jika hendak dibandingkan dengan ‘old terrorism’.

7.1 Definisi dan Ciri-ciri Terorisme

Sehingga kini, istilah terorisme masih tidak mempunyai definisi


yang tepat. Oleh itu, terdapat 212 definisi yang berbeza tentang
istilah terorisme telah digunakan oleh pelbagai agensi dan kerajaan di
dunia sekarang. Menurut Mark Juergensmeyer, terorisme berasal
dari bahasa latin iaitu “Terrere” yang bermaksud menimbulkan rasa
gementar dan rasa cemas. Jika diterjemah dari bahasa Inggeris, ia
menjadi “to terrorize” yang membawa erti ‘menakut-nakutkan’.
“Terrorist” bermaksud teroris atau pelaku keganasan.’Terrorism’
pula bermaksud menimbulkan ketakutan atau membuat gentar.
Dalam bahasa Arab, ia dipanggil ‘irhabiyyah’.

Secara umumnya, istilah terorime ini diertikan sebagai satu bentuk


serangan (fahaman/ideologi) terkoordinasi yang dilancarkan oleh
kelompok tertentu dengan maksud untuk membangkitkan perasaan
takut di kalangan masyarakat. Terorisme merupakan satu kaedah
atau ‘method’ yang mempunyai tujuan untuk membuat orang lain

8
merasa ketakutan, sehingga dapat menarik perhatian masyarakat
yang lebih luas. Terorisme dianggap sebagai senjata psikologi
untuk menciptakan suasana panik, tidak menentu serta menciptakan
ketidakpercayaan masyarakat terhadap kemampuan pemerintah
dalam menangani situasi keselamatan negara.

Tindakan keganasan yang digunakan oleh kumpulan pengganas


adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut :
a) Attention (perhatian)
b) Acknowledgement (pengakuan)
c) Recognition (pengiktirafan)
d) Authority (kuasa)
e) Governance (pentadbiran)

Sesetengah kumpulan pengganas berselindung di sebalik istilah


‘pejuang kebebasan’, ‘separatis’, ‘national liberators’,
‘fundamentalis’ bagi mengaburi aksi dan tindakan ganas mereka.
Namun begitu, terorisme sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang
sangat jelas, antaranya :
a) Tindakan dan aksi terorisme adalah dirancang dan
bukan tindakan secara spontan.
b) Terorisme selalunya bemotifkan politik.
c) Terorisme dilakukan oleh ‘non-state actor’.
d) Terorisme menyasarkan orang awam.
e) Aksi dan tindakan terorisme memberi kesan psikologi
seperti kesan trauma, ketakutan dan kejutan kepada
sasaran mereka dan masyarakat umum secara
keseluruhannya.

7.2 Perbezaan Antara Era Old Terrorism dengan Terorisme Alaf

9
Baru (New Terrorism)

Pengkaji keganasan menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti keganasan


sekitar era 1960an hingga 1980an memenuhi ciri-ciri dan dimensi
‘old terrorism’. ‘Old terrorism’ mempunyai beberapa ciri, antaranya
ialah ideologi haluan kiri. Secara amnya, motif perjuangan ‘old
terrorist’ adalah berorientasikan ideologi haluan kiri dan bercirikan
sekular. Kemudian, tuntutan yang munasabah. Tuntutan ‘old
terrorist’ boleh dirunding kerana permintaan kumpulan-kumpukan
pengganas pada era itu adalah jelas. Organisasi kumpulan pada
era tersebut juga jelas tersusun. Selain itu, saiz kumpulan pada ketika
itu juga adalah kecil berbanding dengan saiz kumpulan alaf baru ini.
Mereka juga beroperasi dalam wilayah yang tertentu sahaja. Oleh
itu, aktiviti keganasan tidak merebak keluar ke wilayah-wilayah
yang tidak terlibat dengan konflik tersebut. Kumpulan pengganas
pada era itu juga tidak menggunakan taktik atau senjata bukan
konvensional seperti kimia, nuklear dan sebagainya kerana
penggunaan senjata pemusnah seperti itu akan menyebabkan
collateral damage yang mana ianya akan mengurangkan sokongan
dan pengaruh mereka terhadap orang ramai. Serangan akan
dilancarkan di dalam lingkungan kawasan pengaruh dan tidak
bersifat regional (keagamaan).

Ianya sangat berbeza dengan terorisme alaf baru yang mana


aktiviti keganasannya bukan sahaja terhad kepada wilayah tertentu
tetapi ia telah merebak ke seluruh dunia selaras dengan
perkembangan teknologi semasa. Corak keganasannya juga
dipengaruhi oleh perjuangan yang bercorak religious motivation
yang mana ia bermotifkan keagamaan seperti Islamis State (IS), Al-
Qaeda dan sebagainya. Terorisme alaf baru ini juga telah mula
menunjukkan minat untuk menggunakan senjata bukan
konvensional dan melakukan serangan keganasan. Pennganas
moden kini lebih ganas, kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

8.0 IMPAK KEGANASAN TERSEBUT TERHADAP PELUANG EKONOMI DI

10
MALAYSIA

Aktiviti-aktiviti keganasan yang telah berlaku di negara-negara lain seperti


Iraq, Iran dan sebagainya boleh memberi impak kepada ekonomi di
Malaysia. Antaranya ialah, Malaysia tidak dapat melabur di sesetengah
negara kerana pergolakan yang berlaku di negara tersebut. Apabila sesebuah
negara itu mengalami pergolakan, nilai mata wang negara mereka akan jatuh
dan peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka juga akan
berkurang kerana tiada pengeluaran yang dilakukan oleh negara tersebut
akibat daripada peperangan yang berlaku di negara tersebut.

Oleh itu, Malaysia perlu mengambil langkah awal dengan cara tidak
melakukan pelaburan dengan mana-mana negara yang yang sedang
berlaku pergolakan tersebut. Ini kerana, jika Malaysia meneruskan
pelaburan dengan negara-nagara itu, maka Malaysia akan mengalami
kerugian kerana tiada hasil keuntungan pelaburan jika mereka meneruskan
pelaburan tersebut.

9.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, isu-isu global semasa ini membawa banyak kesan buruk
berbanding baiknya kepada negara kita. Ia bukan sahaja boleh
menyebabkan kerugian kepada negara, bahkan kemusnahan harta benda
dan kehilangan banyak nyawa juga akan terjadi. Isu-isu politik dan konflik
dunia ini tidak seharusnya terjadi kerana ianya tidak mendatangkan apa-
apa manfaat baik kepada diri kita, mahupun negara kita. Kemajuan sesebuah
negara diukur melalui kemajuan rakyat sesebuah negara tersebut. Jadi,
masyarakat Malaysia haruslah sentiasa bekerjasama supaya isu-isu dan
masalah-masalah ini tidak akan muncul dalam negara kita dan akan
membawa negara kita satu langkah maju ke hadapan.

11

You might also like