You are on page 1of 4

2019202310035 BMM1064

BAHAGIAN A

1. (a) Berdasarkan keterangan tersebut, jenis frasa kerja dalam ayat i dan ii ialah
frasa kerja tak transitif kerana kedua-dua kata inti iaitu kata kerja di dalam frasa
tersebut tidak memerlukan objek untuk menjadikannya satu ayat yang lengkap. Di
bawah frasa kerja tak transitif, terdapat dua subgolongan iaitu kata kerja tak
transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Ayat i
tergolongan dalam subgolongan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Hal ini
kerana, kata kerja yang digunakan di dalam ayat tersebut tidak memerlukan apa-
apa unsur sebagai pelengkap untuk memberi makna kepada kata kerja tersebut.
Manakala, ayat ii pula tergolong dalam subgolongan kata kerja tak transitif
berpelengkap. Hal ini kerana, kata kerja yang digunakan di dalam ayat tersebut
tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diletakkan unsur pelengkap
padanya.

(b) Berdasarkan jadual tersebut, tatatingkat bawah sekali merupakan peringkat


perkataan. Perkataan ialah bentuk tatabahasa yang terkecil. Bentuknya juga
bebas dan boleh berdiri sendiri. Perkataan merupakan unsur kepada frasa.
“Cucu”, “mak cik kiah”, “sedang” dan “bermain” adalah contoh-contoh bagi
perkataan berdasarkan jadual tersebut. Seterusnya, tatatingkat kedua dari bawah
merupakan peringkat frasa. Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan
yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Frasa tidak mempunyai
subjek dan prediket dan ia boleh menjadi unsur kepada klausa. Contoh frasa yang
diberikan di dalam jadual tersebut ialah “cucu mak cik kiah” dan “sedang bermain”,
yang mana, frasa “cucu mak cik kiah” tersebut merupakan frasa nama dan
“sedang bermain” itu pula merupakan frasa kerja. Kemudian, tatatingkat kedua
dari atas pula merupakan peringkat klausa. Klausa merupakan satu unit rangkaian
perkataan yang mengandungi subjek dan prediket, iaitu menjadi unsur atau
konstituen dalam ayat. Beza klausa dengan ayat ialah, klausa tidak mempunyai
tanda baca padanya manakala ayat pula ada. Akhirnya, tatatingkat atas sekali
merupakan peringkat ayat. Ayat merupakan unit pengucapan paling tinggi

1
2019202310035 BMM1064

letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.


Binaan suatu ayat memerlukan sekurang-kurangnya satu subjek dan satu
prediket. Subjek dalam contoh ayat yang diberikan ialah “Cucu Mak Cik Kiah” dan
prediketnya ialah “sedang bermain.”

2
2019202310035 BMM1064

BAHAGIAN B

2. Penggunaan frasa yang betul sangat penting, lebih-lebih lagi untuk penutur
bahasa Melayu. Hal ini kerana, ia akan memperlihatkan keupayaan berbahasa
dalam kalangan masyarakat. Keupayaan berbahasa merujuk kemampuan
seseorang pengguna bahasa menghasilkan output bahasa yang gramatis dan
bersesuaian dengan keperihalan keadaan, dan juga kemampuan mereka
memahami input bahasa yang diterima bersesuaian dengan keperihalan
komunikasi. Sekiranya penggunaan frasa yang digunakan masih tunggang-
langgang, ia bermaksud bahawa masyarakat tersebut masih lemah dalam
keupayaan berbahasa. Oleh itu, semua pihak yang terlibat harus memainkan
peranan masing-masing untuk meningkatkan keupayaan berbahasa dalam
kalangan masyarakat. Salah seorang yang berperanan dalam hal ini ialah guru.

Pada pendapat saya, guru boleh mencapai matlamat tersebut dengan cara
memperkukuhkan lagi ilmu-ilmu bahasa mereka. Hal ini kerana, para pelajar
sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan bahasa oleh guru-guru bahasa
Melayu itu sendiri, sama ada melalui percakapan, penulisan dan sebagainya.
Seperti contoh, kebanyakan masyarakat lebih selesa menggunakan istilah
“goreng pisang” berbanding “pisang goreng” walaupun mereka tahu ianya salah
dari segi hukum D-M. Jadi, guru perlulah membiasakan mereka dengan frasa yang
betul supaya keupayaan berbahasa dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.

Selain itu, guru juga perlulah menegur para pelajar apabila mereka melakukan
kesalahan dalam berbahasa. Menegur tidak bermaksud guru harus memarahi
pelajar tersebut atas kesalahan yang mereka lakukan, tetapi guru perlulah
memberitahu mereka bahawa frasa yang mereka gunakan adalah salah dan
sebagainya. Guru harus menegur dengan baik supaya pelajar tersebut lebih
bermotivasi untuk memperbaiki kesilapan mereka. Dengan itu, pelajar akan

3
2019202310035 BMM1064

berusaha untuk memantapkan lagi ilmu bahasa mereka sekali gus ianya akan
meningkatkan lagi keupayaan berbahasa dalam kalangan masyarakat.

Terdapat banyak kesan keupayaan berbahasa ini kepada negara kita. Antaranya,
keupayaan berbahasa ini dapat mengekalkan perpaduan di negara kita. Hal ini
kerana, sekiranya masyarat mempunyai keupayaan bahasa yang mantap, isu-isu
seperti salah faham dalam komunikasi, ayat disalahertikan dan sebagainya tidak
akan berlaku. Jadi, perpaduan antara kaum dapat dikekalkan dan dimantapkan
serta dapat mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969.

Keupayaan berbahasa ini juga dapat menjamin kestabilan ekonomi, sosial dan
juga politik negara kita. Hal ini kerana, hubungan kaum yang harmoni adalah kunci
kepada kemajuan dan kestabilan negara. Hubungan kaum yang harmoni dapat
dicapai dengan banyak cara, salah satunya ialah dengan berkeupayaan untuk
berbahasa. Sekiranya semua kaum berupaya untuk meningkatkan kemahiran
berbahasa mereka, sudah tentu hubungan kaum yang harmoni dapat dicapai,
kerana seperti yang kita tahu, bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan di
negara kita. Oleh itu, negara kita akan bertambah maju dan lebih dikenali di mata
dunia.

Kesimpulannya, keupayaan berbahasa ini sangat penting bagi kemajuan


sesebuah negara. Kita seharusnya bersedia untuk mengorbankan tenaga, wang,
dan masa untuk membangunkan bahasa Melayu secara menyeluruh dan utuh.
Hanya pengetahuan bahasa Melayu yang dikuasai secara utuh dan menyeluruh
yang dapat menjadi alat komunikasi dan alat penyatu rakyat Malaysia. Keutuhan
dan kecemerlangan bahasa Melayu akan menjadi penyumbang yang besar
kepada keutuhan dan kecemerlangan negara kita.

You might also like