You are on page 1of 2

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

SKIM PINDAHAN GAJI BANK RAKYAT

1. Apakah Skim Pindahan Gaji Bank Rakyat?

 Skim pindahan gaji Bank Rakyat menawarkan kadar keuntungan istimewa


keatas produk pembiayaan Bank Rakyat dengan syarat pindahan gaji ke
Bank Rakyat.

2. Produk apakah yang mendapat kadar keuntungan istimewa?

 Produk yang mendapat kadar keuntungan istimewa adalah seperti berikut :


i. Pembiayaan Peribadi-i
ii. Pembiayaan Perumahan-i
iii. Pembiayaan Kenderaan-i

3. Berapakah kadar keuntungan istimewa yang diberikan?

 Kadar keuntungan istimewa berdasarkan diskaun kadar keuntungan


seperti berikut :

PRODUK KADAR KEUNTUNGAN


Pembiayaan Peribadi-i : Sehingga 0.81%
Pembiayaan Perumahan-i : 0.20%
Pembiayaan Kenderaan-i : 0.10%

4. Adakah pelanggan hanya mendapat kadar keuntungan istimewa ke atas


salah satu produk yang ditawarkan?

 Tidak, pelanggan layak menikmati kadar keuntungan istimewa ke atas


ketiga – tiga produk yang ditawarkan.

5. Selain kadar keuntungan istimewa, apakah lagi yang diperolehi untuk


Skim Pindahan Gaji Bank Rakyat?

 Selain mendapat kadar keuntungan istimewa, pelanggan juga layak


mendapat cash back RM0.50 untuk tiga transaksi pertama setiap bulan
bagi MEPS dan Tabung Haji selagi akaun pembiayaan masih aktif.
6. Adakah syarat – syarat lain untuk mendapatkan kadar keuntungan
istimewa?

 Tiada syarat – syarat lain.

7. Bolehkah pelanggan yang mengkreditkan gaji ke akaun Bank Rakyat


memilih bayaran ansuran selain potongan gaji di Bank Rakyat untuk
produk pembiayaan Bank Rakyat

 Boleh, pelanggan berhak memilih ansuran selain pindahan gaji ke Bank


Rakyat tetapi pelanggan tidak layak untuk menikmati kadar keuntungan
istimewa yang ditawarkan.

8. Pelanggan dari sektor mana yang layak untuk mendapat kadar


keuntungan istimewa melalui Skim Pindahan Gaji Bank Rakyat?

 Pelanggan dari sektor awam, Perbadanan, Syarikat Berkaitan Kerajaan


(GLC) dan anak syarikat (GLC) yang terpilih sahaja yang layak.

9. Bagaimana ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan Skim ini?

 Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Pusat Panggilan


Bank Rakyat ditalian 1300 80 5454,layari laman sesawang kami di
www.bankrakyat.com.my atau hadir ke Cawangan Bank Rakyat yang
berhampiran dengan anda.

You might also like