You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN NGEE HENG

JKR 4874 JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK


80100 JOHOR BAHRU

JBB 1006

Tel & Fax: 07- 2243151

Ruj. Kami : JBB1006/700-5/4 ( )


Tarikh : 13 Februari 2020

KEPADA
ENCIK FAUDLEEN HAMIDY BIN ISMAIL
YDP PIBG SK NGEE HENG

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PIBG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Ngee Heng akan menyertai beberapa
kejohanan sukan pada tahun 2020.

3. Oleh yang demikian, pihak sekolah memohon sumbangan daripada Persatuan Ibu bapa dan
Guru bagi menampung perbelanjaan aktiviti sukan pada tahun ini.

4. Kos yang diperlukan adalah seperti yang berikut :

Bil Perkara Jumlah


1 Makan dan minum peserta Olahraga ( 2 hari ) RM 200
2 Sukan sekolah RM 500
3 Yuran MSSZ Bandar RM 200
4 Yuran Karnival Bahasa Melayu Zon Bandar RM 100
JUMLAH BESAR RM 1000

5. Pihak sekolah berharap agar Persatuan Ibu bapa dan Guru dapat memberikan sumbangan dalam
bentuk wang. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ROSLI BIN JAMIRAN)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ngee Heng,
Johor Bahru.

You might also like