You are on page 1of 1

GURUKU

Pakai baju sekolah baharu,

Jalan ke sekolah sambil menyanyi lagu;

Murid harus sentiasa hormatkan guru,

Kerana guru itu pembekal ilmu.

Cantik sungguh langit yang biru,

Terbang burung di langit itu;

Rajin didik mengajar sikap guru,

Budimu sentiasa ada dalam hatiku.

Tolong ibu membeli sagu,

Sagu dibeli bersama susu;

Mendoakan kesejahteraan semua guru,

Semoga guru saya riang selalu.

You might also like