You are on page 1of 1

Sebagai seorang guru kaunseling di sekolah,apakah yang perlu anda lakukan sekiranya

terdapat pelajar di sekolah anda terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Sebagai seorang guru kaunseling yang bertanggungjawab, saya perlu memberi bimbingan
kepada pelajar saya yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dengan pelbagai cara.
Pertama sekali, saya boleh memberikan sesi kaunseling bersama dia dengan tujuan untuk
membincangkan permasalahan individu serta membantu murid itu mencari jalan yang berkesan
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olehmurid tersebut. Kaunseling individu lebih
kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah
menjadi tanggungjawab baginya utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau permasalahan klien
yang diperbincangkan.

Sebagai guru kaunseling, saya perlu sentiasa peka dengan murid saya agar sempat mengesan
murid-murid yang mempunyai masalah dan memberi peluang kepada mereka untuk
mendapatkan bimbingan. Peluang-peluang serta saluran perhubungan perlu disediakan supaya
murid-murid boleh membincangkan masalah mereka bila-bila masa dikehendaki. Oleh itu, saya
sebagai guru kaunseling haruslah memberi bimbingan yang sepatutnya kepada pelajar dan
juga haruslah melayan mereka seperti pelajar yang biasa dan jangan mempunyai pemikiran
atau pandangan yang nagatif kepada mereka supaya mereka tidak akan rendah diri

You might also like