You are on page 1of 2

SOALAN 1

Terdapat beberapa perbezaan antara vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang dari segi
penghasilan bunyi. Cara penghasilan bunyi vokal depan ialah bibir dihamparkan, bahagian
hadapan lidah dinaikkan tinggi ke arah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk
menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan
supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara. Contoh bunyi vokal
depan tinggi ialah bunyi [i]. Bagi penghasilan bunyi vokal tengah pula, bibir adalah dalam
keadaan antara hampar dengan bundar, Tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi
tidak mennyentuhnya. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung
dan pita suara digetarkan. Contoh bunyi tengah ialah bunyi e pepet. Vokal belakang terhasil
apabila keadaan bibir hampar, belakang lidah dinaikkan tinggi ke arah lelangit lembut. Anak
tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan.
Contoh vokal belakang ialah bunyi [u].

SOALAN 2

Konsonan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada konsonan asli dan konsonan pinjaman.
Konsonan pinjaman kebanyakan dipinjam daripada bahasa asing seperti bahasa inggeris dan
bahasa sanskrit. Terdapat beberapa jenis konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu.

Konsonan pinjaman yang pertama ialah konsonan geseran bibir-gigi. Cara penghasilan bunyi
konsonan ialah bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas untuk membuat sempitan kepada udara
yang keluar. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran
apabila melalui sempitan bibir bawah dan gigi. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga
hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan dan
pita suara tidak digetarkan. Bunyi yang terhasl ialah bunyi konsonan geseran bibir-gigi tidak
bersuara [f]. Contoh perkataan ialah ’fikir’, ’hafal’ dan ’maaf’ manakala bagi menghasilkan
geseran bibir bersuara pula,glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan,bunyi yang terhasil ialah
bunyi konsonan geseran bibir-gigi bersuara [v]. Contoh sebutan bunyi ini ialah ’universiti’ dan
’versi’.

Seterusnya ialah bunyi konsonan geseran gigi tidak bersuara, [th]. Untuk menghasilkan bunyi
ini, hujung lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan dan udara
yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. Glotis direnggangkan dan pita
suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Contoh
perkataan ialah ‘hadith’ dan ‘thalatha’.

Bunyi geseran gigi bersuara terhasil apabila hujung lidah berada di antara gigi atas dan gigi
bawah. Lelangit lembut dinaikkan dan arus udara  dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[dh]. Contoh perkataan
sebutan ini ialah ‘buddha’.

Selain itu, konsonan pinjaman yang seterusnya ialah bunyi geseran lelangit lembut tidak
bersuara, [kh]. Bunyi ini terhasil dengan belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya
membuat satu sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Glotis
direnggangkan dan udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di
daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan ialah ‘khabar’, ‘akhbar’ dan
‘tarikh’.

Akhir sekali ialah konsonan pinjaman geseran lelangit lembut bersuara, [gh]. Bunyi konsonan
pinjaman ini terhasil dengan belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu
sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan
pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran lelangit lembut bersuara [gh].
Contoh perkataan ialah ‘ghaib’, ‘tabligh’ dan ‘loghat.’

You might also like