You are on page 1of 38

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara/Soalan Muka


Surat
Isi kandungan -
Penghargaan -
1 Latar belakang Perang Dunia Pertama / Latar belakang konflik dunia
pada awal abad ke-20.
1-2
Perang Dunia Pertama dianggap sebagai `The Great War’ (Perang
Besar). Jelaskan.
2 Jelaskan / huraikan factor-faktor berlakunya konflik dunia;
a) Perang Dunia Pertama
b) Perang Dunia Kedua
c) Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin
@
Jelaskan / huraikan faktor-faktor yang mencetuskan;
(i) Perang Dunia Pertama
(ii) Perang Dunia Kedua
@
Mengapakah / sebab Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah pada
tahun 1914 hingga 1918. 3-7
@
Jelaskan sebab berlaku Perang Dunia Pertama dan faktor yang
menyegerakan perang tersebut.
@
Jelaskan sebab tercetus Perang Dunia Pertama dan Kedua daripada
aspek berikut;
(i) Politik
(ii) Ekonomi
@
Pelbagai konflik yang berlaku di dunia bermula dengan Perang Dunia
Pertama dan Perang Dunia Kedua.
a) Apakah sebab berlakunya konflik ini?
b) Apakah kesan konflik tersebut kepada dunia antarabangsa?

3 Perihalkan/Jelaskan/Terangkan peristiwa yang meletuskan Perang


Dunia Pertama

Jelaskan/Terangkan/ Perihalkan peristiwa meletusnya perang berikut; 7-8


I. Perang Dunia Pertama
II. Perang Dunia Kedua
4 Bincangkan penglibatan negara-negara di Eropah dalam Perang
Dunia Pertama.
@
Jelaskan perkembangan negara-negara di Eropah sehingga
tercetusnya Perang Dunia Pertama.
8-9
@
Negara-negara di Eropah mula mengubah dasar luar mereka dan
membentuk pakatan demi mencapai kepentingan mereka Huraikan
perubahan ini yang akhirnya membawa kepada berlakunya Perang
Dunia Pertama.
5 Kesan / implikasi Perang Dunia Pertama (politik, ekonomi, dan sosial)

Kesan / implikasi Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin

Hubungkait Perang Dunia Pertama dengan Perang Dunia Kedua /


9-17
Perang Dingin

Hubungkait / perkaitan Perang Dunia Pertama dengan penubuhan


pertubuhan antarabangsa seperti Liga Bangsa dan PBB
6 Peranan generasi muda dalam mengelakkan konflik/ mengekalkan
keamanan negara.

Langkah-langkah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas 17-20


daripada konflik antarabangsa.

Kesan/impak peperangan kepada sesebuah negara


7 i. Peranan Malaysia dalam menangani konflik politik antarabangsa.
ii. Peranan Malaysia melalui badan-badan dunia dalam menangani
konflik antarabangsa.

i. Keberkesanan peranan Malaysia dalam pertubuhan serantau


ii. Kejayaan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
iii.Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
20-25
i. Keberkesanan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
dalam menjamin keamanan dunia
ii. Kejayaan penglibatan Malaysia dalam membantu mewujudkan
keamanan dunia.
iii.Peranan penting Malaysia dalam menangani konflik dunia.

i. Peranan Malaysia dalam menangani konflik dunia hari ini.


ii. Bukti Malaysia mengamalkan dasar yang menekankan
pemeliharaan keamanan dunia
iii.Peranan Malaysia dalam mengekalkan keamanan dunia.
8 Cabaran yang dihadapi / isu-isu terkini yang boleh mencetuskan
konflik antarabangsa serta langkah mengatasinya.
25-28
Cadangan / Langkah mengatasi cabaran/ konflik antarabangsa.

9 Iktibar/ nilai/ semangat patriotisme yang perlu diamalkan untuk


29-30
memastikan kepentingan tersebut tercapai.

10 Rumusan/ Kesimpulan daripada tajuk yang dikaji

Rumusan daripada peranan Malaysia dalam usaha menyelesaikan 30-32


konflik dunia dan serantau / Rumusan daripada peranan Malaysia
dalam mengekalkan keamanan dunia dan serantau.
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

TEMA UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang
pernah diketahui oleh manusia. (Sumber: www.bbc.ok.uk). Perang tersebut yang
menandakan bermulanya konflik antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesan yang
besar terhadap dunia.

Latar Belakang Perang Dunia Pertama / Latar Belakang Konflik Dunia Pada Awal
Abad Ke 20.

BAB 9 Latar Belakang Perang Dunia Pertama/ Konflik Dunia m/s 229
Pada Awal Abad Ke 20.

Perang Dunia Pertama merupakan konflik antarabangsa yang berlaku pada


tahun 1914 -1918. Perang ini hanya berlaku dalam kalangan negara-negara Eropah
sahaja. Negara-negara di Asia dan di Afrika dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua
benua tersebut menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk menjadi tanah jajahan.

Perang Dunia Pertama ini melibatkan dua pihak iaitu Perikatan Kuasa Tengah
dan Pakatan Bertiga. Perikatan Kuasa Tengah atau Triple Alliance dibentuk pada tahun
1882 dengan dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary, Itali dan kemudiannya disertai
oleh Turki dan Bulgaria. Manakala Pakatan Bertiga atau Triple Entente terdiri daripada
Britain, Perancis dan Rusia yang dibentuk pada tahun 1907 yang kemudiannya disertai
oleh Itali dan Jepun.

Perang Dunia Pertama ini berlaku disebabkan oleh faktor politik, faktor ekonomi
dan faktor segera iaitu pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pewaris takhta Austria-
Hungary oleh seorang pengganas Serbia.

Perang ini berakhir dengan kemenangan oleh pihak Pakatan Bertiga yang
diketuai oleh Rusia menewaskan pihak Perikatan Kuasa Tengah yang diketuai oleh
Jerman melalui Persidangan Damai pada Jun 1919 yang membawa kepada Perjanjian
Versailles.

1
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Perang Dunia Pertama Dianggap Sebagai The Great War (Perang Besar).
Jelaskan.

BAB 9 Perang Dunia Pertama Dianggap Sebagai The Great War (Perang m/s 229-
Besar). 230

Perang Dunia Pertama dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) kerana
telah membawa kepada Perang Dunia Kedua 20 tahun selepas itu apabila Jerman
mengingkari Perjanjian Versailles.

Seterusnya, Perang Besar ini melibatkan lebih daripada 70 juta tentera dan
merekodkan jumlah kematian yang tinggi kerana telah mengorbankan 9 juta tentera
serta 13 juta rakyat. Manakala jumlah tentera yang cedera seramai 21 juta dan 7 juta
tentera yang hilang.

Selain itu, perang ini dikenali sebagai The Great War kerana mengakibatkan
hutang perang yang tinggi akibat perbelanjaan perang yang besar, contohnya Pakatan
Bertiga membelanjakan US$125 billion dan Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan
US $60 billion.

Di samping itu, perang ini juga disebut Perang Besar kerana telah menamatkan
pemerintahan beraja di Eropah dan Perjanjian Damai pada tahun 1919 yang membawa
kepada Perjanjian Versailles dan telah mengubah peta Eropah serta membentuk
beberapa buah negara baru.

Akhir sekali, Britain yang sebelum ini menguasai peratus perdagangan dunia
terbesar telah kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya yang telah diambil
alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun hingga kini.

2
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Jelaskan / huraikan faktor-faktor berlakunya konflik dunia;


a) Perang Dunia Pertama
b) Perang Dunia Kedua
c) Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin
@
Jelaskan / huraikan faktor-faktor yang mencetuskan;
(i) Perang Dunia Pertama
(ii) Perang Dunia Kedua
@

Mengapakah / sebab Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah pada tahun 1914
hingga 1918.
@
Jelaskan sebab berlaku Perang Dunia Pertama dan faktor yang menyegerakan
perang tersebut.
@
Jelaskan sebab tercetus Perang Dunia Pertama dan Kedua daripada aspek
berikut;
(i) Politik
(ii) Ekonomi
@
Pelbagai konflik yang berlaku di dunia bermula dengan Perang Dunia Pertama
dan Perang Dunia Kedua.
a) Apakah sebab berlakunya konflik ini?
b) Apakah kesan konflik tersebut kepada dunia antarabangsa?

Bab 9 Jelaskan / huraikan faktor-faktor berlakunya konflik dunia m/s : 229 - 231

Jelaskan faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama.

Faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama adalah disebabkan faktor politik
dan faktor ekonomi.

Faktor politik telah membawa kepada kemunculan nasionalisme di Eropah.


Negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk negara bangsa yang lebih
besar contohnya Jerman dan Itali. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa
besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Faktor

3
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

politik juga membawa kepada pembentukan sistem pakatan negara-negara


Eropah seperti Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Persaingan antara
kedua-dua pakatan tersebut membawa ancaman kepada perimbangan kuasa dunia
yang wujud pada masa itu.

Faktor ekonomi pula menyebabkan kuasa besar Eropah seperti Britian, Perancis,
Austria-Hungry dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Persaingan
hebat berlaku penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat kemunculan
imperialisme baru. Hal ini menyebabkan kuasa besar Eropah mula bersaing bagi
membentuk lingkungan pengaruh masih-masing. Persaingan kuasa-kuasa besar
Eropah adalah untuk mendapatkan bahan mentah serta memasarkan barangan siap
mereka.

Pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungry dan isterinya Archduke Franz


Ferdinand oleh pengganas Serbia turut menjadi faktor segera tercetusnya Perang
Dunia Pertama. Austria dengan sokongan Jerman telah mengisytiharkan perang
terhadap Serbia. Serbia pula disokong oleh Rusia dan Perancis. Serangan Jerman
terhadap Perancis melalui negara berkecuali iaitu Belgium telah menimbulkan
kemarahan Britain. Britain kemudiannya meminta bantuan daripada Amerika Syarikat.
Peristiwa serangan kapal dagang Amerika Syarikat oleh pihak Jerman turut membawa
negara tersebut dalam kancah Perang Dunia Pertama.

Faktor-faktor /sebab tercetus Perang Dunia Kedua.

Bab 9 Faktor-faktor /sebab tercetus Perang Dunia Kedua. m/s : 231 - 234

Perang Dunia Kedua tercetus disebabkan faktor politik. Kegagalan perjanjian


Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama telah menimbulkan rasa
tidak puas hati beberapa negara. Terutamanya Jerman kerana kehilangan tanah
jajahan dan terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi. Jerman juga diarahkan
mengurangkan saiz angkatan tentera. Kemunculan Adolf Hitler yang berjaya menguasai
Jerman melalui parti Nationalis Socialist. Hitler mengingkari Perjanjian Versailles
dengan membina angkatan tentera besar.

4
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Selain itu faktor perubahan politik di Soviet Union, Jerman, Itali dan Jepun telah
menjadi punca Perang Dunia Kedua. Berlaku perang saudara di Rusia dan komunis
berjaya mengalahkan pihak lawan. Pihak ini dibantu oleh Amerika Syarikat, Britain,
Perancis dan Jepun. Di samping itu, Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi
komunis di Rusia yang dikenali sebagai Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Manakala
tindakan Itali di bawah pimpinan Benito Mussolini telah menjajah Ethiopia dan
menceroboh Perancis pada tahun 1940. Sementara itu di Timur, Jepun pula muncul
sebagai kuasa untuk menguasai negara-negara di Timur dan bertanggungjawab untuk
membebaskan negara-negara ini dari penjajahan barat.

Kemelesetan ekonomi yang berlaku pada awal tahun 1930-an juga merupakan
faktor penyebab Perang Dunia Kedua. Kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika
Syarikat merebak ke seluruh dunia. Amerika Syarikat tidak mampu menyediakan
pinjaman untuk Jerman. Oleh itu Jerman tidak mampu membayar hutang peperangan.
Selain itu Britain, Perancis dan Itali mengurangkan peruntukan ketenteraan. Manakala
Jerman pula mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah ekonomi. Justeru, Jerman
bertindak mengukuhkan tentera dan menjalankan dasar perluasan kuasa. Perkara yang
sama juga berlaku di Jepun.

Perang Dunia kedua bermula apabila Jerman menyerang Poland dari Barat
manakala Soviet Union dari Timur. Serangan ini menyebabkan Britain dan Perancis
mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Di Timur pula, Jepun melancarkan serangan
mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941. Jepun berjaya
memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik. Seterusnya Jepun
menduduki Tanah Melayu dan Singapura setelah mengalahkan Britain pada September
1942.

5
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Terangkan faktor-faktor kemunculan blok dunia.

Bab 9 Faktor kemunculan blok dunia. m/s : 234 - 235

Faktor-faktor kemunculan blok dunia disebabkan ideologi politik yang berbeza.


Ideologi kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat. Manakala ideologi komunis pula
diketuai oleh Soviet Union. Kedua-dua blok ini mahu menyebarkan ideologi politik
masing-masing. Wujud persaingan antara blok Amerika Syarikat dengan blok Soviet
Union yang ingin membuktikan kekuatan masing-masing. Kedua-dua kuasa ini ingin
menyebarkan pengaruh mereka di Eropah dan di Asia. Kedua-dua kuasa ini ingin
memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan di Asia dengan menggunakan
propaganda dan bantuan ekonomi serta ketenteraan.

Selain itu, berlakunya pakatan ketenteraan iaitu penubuhan NATO yang


diketuai oleh Amerika Syarikat dan pakatan Warsaw yang diketuai oleh Soviet Union.
Wujud juga Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara atau South-East Asia Treaty
Organisation (SEATO) yang bersifat berkecuali. Pakatan ketenteraan ini menyebabkan
berlakunya perlumbaan senjata antara dua blok ini.

Jelaskan bagaimana berlakunya Perang Dingin.

Bab 9 Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin. m/s : 234 - 235

Perang Dingin ini berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehingga tahun
1989. Perang Dingin berpunca daripada ideologi dan fahaman politik yang berbeza
antara dua blok utama dunia pada ketika itu. Persaingan kuasa ini antara blok komunis
yang diketuai oleh Soviet Union dengan blok Kapitalis yang diketuai oleh Amerika
Syarikat. Namun tidak berlaku sebarang konflik bersenjata antara kedua-dua blok ini.

Kedua-dua blok ingin membuktikan kekuatan masing-masing dengan


menyebarkan pengaruh dan kepentingan masing-masing di Eropah dan di Asia.
Kedua-dua blok menjalankan propaganda dan bantuan ekonomi serta ketenteraan
kepada negara-negara tertentu untuk tujuan tersebut. Kedua-dua blok ini cuba
mempengaruhi pegangan negara-negara Dunia Ketiga dengan menawarkan

6
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

bantuan pertahanan dan ekonomi. Negara-negara Dunia Ketiga menjadi rebutan kuasa
besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union dan kemudiannya disertai oleh China.
Namun negara-negara Dunia Ketiga bersikap berkecuali dengan tidak bersekongkol
dengan mana-mana blok sama ada blok komunis atau blok kapitalis. Perang Dingin
tamat setelah sistem komunis Soviet Union runtuh pada tahun 1989.

Perihalkan/Jelaskan/Terangkan peristiwa yang meletuskan Perang Dunia


Pertama.

BAB 9 Peristiwa yang meletuskan Perang Dunia Pertama. m/s 230-231

Peristiwa yang meletuskan Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan Archduke


Franz Ferdinand dan isteri. Beliau ialah pewaris takhta Austria-Hungary. Pembunuhan
ini dilakukan oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Julai 1914. Austria dengan
sokongan Jerman telah mengisytiharkan perang ke atas Serbia pada 28 Julai 1914.
Serbia disokong oleh Rusia dan Perancis. Jerman menyerang Perancis melalui
Belgium iaitu negara berkecuali. Hal ini menimbulkan kemarahan kepada Britain. Britain
yang merupakan musuh Jerman telah campur tangan dalam peperangan. Britain
mendapatkan bantuan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat turut melibatkan diri apabila
Jerman menyerang kapal dagangannya.

Jelaskan/Terangkan/ Perihalkan peristiwa meletusnya perang berikut;

I. Perang Dunia Pertama


II. Perang Dunia Kedua

i) Perang Dunia Pertama


Peristiwa yang meletuskan Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan Archduke
Franz Ferdinand dan isteri. Beliau ialah pewaris takhta Austria-Hungary. Pembunuhan
ini dilakukan oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Julai 1914. Austria dengan
sokongan Jerman telah mengisytiharkan perang ke atas Serbia pada 28 Julai 1914.
Serbia disokong oleh Rusia dan Perancis. Jerman menyerang Perancis melalui Belgium
iaitu negara berkecuali. Hal ini menimbulkan kemarahan kepada Britain. Britain yang
merupakan musuh Jerman telah campur tangan dalam peperangan. Britain

7
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

mendapatkan bantuan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat turut melibatkan diri apabila
Jerman menyerang kapal dagangannya.

ii) Perang Dunia Kedua


Perang Dunia kedua bermula apabila Jerman menyerang Poland. Serangan ini
menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Jepun
melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember
1941 dan berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.

Seterusnya Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura setelah berjaya


mengalahkan Britain pada bulan September 1942. Semasa perang ini, muncul dua
pakatan kuasa besar iaitu Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi. Kuasa Bersekutu terdiri
daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Soviet Union. Manakala, Kuasa Paksi
pula ialah Jerman, Itali dan Jepun.

Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila berjaya


mengalahkan Jerman. Kuasa Bersekutu mengalihkan perhatian kepada Jepun di Asia.
Walaupun Amerika Syarikat memenangi beberapa siri peperangan dengan Jepun tetapi
Jepun masih bersemangat meneruskan perang. Akhirnya, Presiden Amerika Syarikat,
Harry Truman mengarahkan bom atom digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945.
Bom atom kedua digugurkan pada Nagasaki 8 Ogos 1945 bagi mengelakkan tempoh
peperangan lebih lama dan kehilangan nyawa yang lebih ramai.

Bincangkan/Jelaskan faktor-faktor/ penglibatan negara-negara di Eropah dalam


Perang Dunia Pertama.
@
Jelaskan perkembangan negara-negara di Eropah sehingga tercetusnya Perang
Dunia Pertama.
@
Negara-negara di Eropah mula mengubah dasar luar mereka dan membentuk
pakatan demi mencapai kepentingan mereka. Huraikan perubahan ini yang
akhirnya membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama.

BAB 9 Penglibatan negara-negara di Eropah dalam m/s 229-


Perang Dunia Pertama. 231

8
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil Eropah telah bersatu dan
membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar. Contohnya, Jerman dan Itali.
Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis,
Austria-Hungary dan Rusia.

Dalam usaha mendapatkan tanah jajahan, nasionalisme yang kuat menyebabkan


kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-
masing.

Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku
dalam kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing
bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan
mentah dan untuk memasarkan barangan siap mereka.

Menjelang awal abad ke-20, negara Eropah mempunyai dua pakatan iaitu Perikatan
Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Persaingan antara kedua-dua pakatan ini mula
mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud pada ketika itu. Perikatan kuasa
tengah dibentuk pada 1882 dan dianggotai oleh Jerman, Austria Hungary dan Itali.
Kemudian disertai Turki dan Bulgaria. Pakatan bertiga ditubuhkan pada 1907 dan
dianggotai oleh Britain, Perancis dan Russia. Pakatan ini kemudiannya disertai Itali dan
Jepun.

Kesan / implikasi Perang Dunia Pertama (politik, ekonomi, dan sosial).

Perang Dunia Pertama telah meninggalkan kesan politik yang besar di mana
telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah. Selain itu, Persidangan Damai
Paris pada Jun 1919 telah membawa kepada termenterainya Perjanjian Versailles
yang telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara baru.

Perjanjian berkenaan juga membawa kepada pembentukan Liga Bangsa yang


bermatlamat menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa dan
menjamin keselamatan bersama. Namun, Liga Bangsa ini gagal menjamin
kesejahteraan dunia.

9
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Kesan ekonomi akibat Perang Dunia Pertama ialah negara-negara yang


berperang mengalami inflasi dan menanggung hutang peperangan yang tinggi
kerana perbelanjaan perang yang besar. Pada akhir peperangan Pakatan Bertiga
membelanjakan US$125 bilion manakala Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan
US$60 bilion. Hal ini telah membawa kepada masalah pengangguran.

Selain itu, pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
dan ia memberi kesan kepada negara Eropah terutama Britain yang menguasai
perdagangan dunia. Ini menyebabkan Britain kehilangan satu per tiga daripada
perdagangan luarnya.

Kesan sosial akibat Perang Dunia Pertama ialah menyebabkan kehilangan


nyawa yang ramai sebanyak 8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta orang awam.
Peperangan ini mengakibatkan kemusnahan harta benda yang bernilai AS$ 36 760
juta. Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia.
Kesan Perang Dunia Pertama juga mengakibatkan pembentukan kerajaan komunis pertama
oleh Lenin dan pembentukan kerajaan Republik Weimer. Selain itu berlaku berlaku
kekurangan bekalan makanan, berlaku kepincangan sistem pengangkutan serta
berlakunya mogok dan rakyat melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.

Kesan / implikasi Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin

Kesan Perang Dunia Kedua dalam aspek politik ialah memecahbelahkan


negara Eropah. Jerman berpecah kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman
Timur.

Selain itu, sistem imperialisme barat runtuh dan membawa kepada


kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan daripada kuasa besar Eropah. Hal ini
telah mewujudkan negara yang baru merdeka. Contohnya Amerika Syarikat telah
memberi kemerdekaan kepada Filipina, Indonesia pula mencapai kemerdekaan
daripada Belanda manakala India dan Tanah Melayu daripada Britain. Negara-

10
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

negara baru ini perlu menangani masalah yang timbul daripada warisan ekonomi
penjajah dalam membangunkan ekonomi masing-masing.

Kesan seterusnya ialah pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


pada bulan Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa. Seterusnya Perang
Dunia Kedua mencetuskan Perang Dingin yang disebabkan oleh fahaman dan
ideologi yang berbeza. Persaingan berlaku antara blok kapitalis yang diketuai
Amerika Syarikat dan blok komunis yang diketuai Soviet Union.

Dari aspek sosial , menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan
kemusnahan harta benda. Contohnya dianggarkan 600 000 rakyat Jerman
terkorban akibat serangan bom. Perang Dunia Kedua juga memberi kesedaran
tentang pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia.

Dalam aspek ekonomi Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) dibentuk untuk


mengatasi masalah ekonomi. Amerika Syarikat telah menawarkan bantuan
ekonomi kepada negara Eropah Barat. Kesannya ekonomi Barat dapat dipulihkan.
Seterusnya Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC) dibentuk yang
dianggotai semua negara benua Eropah yang menerima bantuan melalui Rancangan
Marshall. Belanda Belgium dan Luxembourg mengadakan kerjasama ekonomi
yang lebih erat dan mewujudkan satu pasaran bersama iaitu Benelux dengan
menghapuskan semua cukai barangan yang didagangkan di kawasan mereka.

Perang Dunia Kedua membawa kepada tuntutan ganti rugi perang negara-
negara yang menang daripada negara-negara yang kalah. Menurut Perjanjian Damai
Paris , Hungary, Finland dan Romania perlu membayar ganti rugi $360 000 000
kepada Soviet Union. Amerika Syarikat mendapatkan paten (hak cipta) bagi semua
jentera dan mesin-mesin yang dihasilkan oleh saintis Jerman.

Kesan Perang Dingin ialah terbentuknya blok dunia iaitu negara-negara yang
sehaluan yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi
11
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

menjaga kepentingan ahli. Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada
berdasarkan aspek politik , ekonomi atau geografi. Blok Kapitalis diketua Amerika
Syarikat manakala Blok Komunis diketuai Soviet Union terbentuk berasaskan geopolitik

Perang Dingin juga membawa kepada Penubuhan North Atlantic Treaty


Organisation (NATO) iaitu perikatan ketenteraan antara beberapa negara
Eropah dan Amerika Syarikat. Perang Dingin juga mewujudkan perikatan
ketenteraan yang terdiri daripada negara komunis di Eropah Tengah dan Eropah
Timur yang dikenali sebagai Pakatan Warsaw. Seterusnya, wujud Pakatan
tentera South-East Asia Treaty Organisation (SEATO) dan mewujudkan
perlumbaan senjata antara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Soviet
Union.

Akibat Perang Dingin ialah kemunculan negara-negara berkecuali. Hal ini


kerana Perang Dingin menyebabkan negara Dunia Ketiga menjadi rebutan antara
dua kuasa besar. Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada blok
komunis atau blok kapitalis. Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan. Matlamat utama NAM adalah mengekalkan
keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat ataupun blok komunis.

Hubungkait Perang Dunia Pertama dengan Perang Dunia Kedua / Perang Dingin

Perang Dunia Pertama mempunyai hubung kait dengan Perang Dunia Kedua
dan Perang Dingin serta memberi implikasi kepada kuasa besar dunia sehingga ke hari
ini. Hal demikian kerana kebuntuan dalam rundingan penyelesaian Perang Dunia
Kedua telah menimbulkan bibit perpecahan dan akhirnya muncul blok dunia.

Kemunculan blok dunia ini merujuk kepada negara-negara yang sehaluan


yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga
kepentingan ahli. Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk, iaitu sama ada berdasarkan
aspek politik, ekonomi atau geografi. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin
berasaskan geopolitik.

12
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua disebabkan


ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Hal ini merujuk pada persaingan kuasa
yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai Amerika Syarikat dengan blok
komunis diketuai oleh Soviet Union. Perang ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana
tidak berlaku sebarang konflik bersenjata antara kedua-dua blok ini. Namun, kedua-
dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing di Eropah dan juga di Asia
melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan

Negara-negara Dunia Ketiga tidak bersekongkol dengan mana-mana negara


daripada blok komunis dan mengamalkan sikap berkecuali. Namun, semasa Perang
Dingin blok komunis dan blok kaptalis menawarkan bantuan pertahanan dan
ekonomi. Negara-negara Dunia Ketiga menjadi rebutan dua kuasa besar, iaitu
Amerika Syarikat dan Soviet Union yang kemudiannya disertai oleh China.

Kewujudan blok dunia ini dilambangkan oleh perpecahan negara Jerman dimana
Jerman terbahagi dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. Jerman Barat diduduki
oleh tentera Berikat dan mengamalkan sistem monarki manakala Jerman Timur
diduduki oleh tentera Soviet Union dan mengamalkan sistem komunis. Ibu kota Jerman
iaitu Berlin juga terbahagi dua dan dipisahkan oleh Tembok Berlin Dunia terbahagi
kepada dua blok.

Perbandingan ideologi antara blok komunis dan blok kapitalis amat ketara.
Contohnya dalah aspek politik blok kapitalis menjalankan sistem demotratik dan
pemilihan pemimpin melalui pilihan raya. Manakala blok komunis pula pemerintahan
secara diktator dan hanya Parti Komunis sahaja diiktiraf. Dalam bidang ekonomi pula,
blok kapitalis membuka peluang perniagaan dan pemilikan harta secara persendirian
manakala blok komunis pula perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan sahaja.
Dalam bidang sosial, blok kapitalis memberi kebebasan induvidu sepenuhnya manakala
blok komunis individu dilindungi dan disekat.

Konflik antarabangsa yang berlaku telah membawa perubahan ketara dari


segi politik, ekonomi dan sosial kepada negara-negara Eropah, Asia, Afrika, Asia Barat
dan Amerika Latin. Perubahan ini memberi peluang dan juga cabaran terutamanya

13
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

kepada negara-negara baru termasuk Malaysia dalam usaha membina identiti yang
tersendiri. Peluang dan cabaran ini harus ditandingi melalui hubungan antarabangsa
dan hubungan serantau yang dapat menjamin kepentingan bersama.

Selain itu wujud suasana tidak aman dalam dunia kerana perbezaan sistem
politik dan ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua blok ini mewujudkan perasaan
curiga antara satu sama lain. kewujudan wujud sistem politik dan ekonomi telah
menimbulkan saling mencurigai antara satu sama. Hal demikian telah membawa
kepada wujudnya ketegangan politik kerana kedua-dua pihak membuat pakatan
ketenteraan bagi menghadapi segala kemungkinan serangan dari satu sama lain timbul
perasaan curiga. Contohnya Amerika Syarikat dan sekutunya membentuk pakatan
tentera yang dinamakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1949.
Nato disertai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali, Portugal, Denmark, Norway,
Belgium, Belanda dan Luxemberg bagi menghadapi ancaman komunis. Manakala blok
komunis pula yang diketuai oleh Soviet Union (Rusia) menubuhkan Pakatan WARSAW
yang dianggotai oleh Rusia dan semua negara di Eropah Timur pada tahun 1955.

Natijahnya pertelagahan di antara kedua-dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat


dan Rusia di arena politik antarabangsa menyebabkan masing-masing memberi
perhatian terhadap keupayaan negara masing-masing. Dengan itu, berlaku perlumbaan
senjata seperti penciptaan bom atom dan bom hidrogen oleh kedua-dua kuasa besar
tersebut.

Seterusnya kesan Perang Dingin juga menyaksikan Amerika Syarikat dan Rusia
berlumba-lumba meluaskan pengaruh masing-masing iaitu prodemokrasi dan
prokomunis. Kedua-dua pihak melakukan pelbagai cara termasuk menawarkan bantuan
ekonomi dan pertahanan kepada negara-negara yang berpihak kepada mereka untuk
meluaskan pengaruh. Kedua-dua kuasa besar tersebut menggunakan pelbagai cara utk
memperjuangkan kepentingan masing-masing. Hal demikian termasuklah kegiatan
subversif, pengintipan dan berperang secara tidak langsung melalui sekutu mereka.

14
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Contohnya, di China, Amerika Syarikat membantu Chiang Kai Shek menghadapi


ancaman Parti Komunis China yang mendapat bantuan Rusia.

Manakala dalam perang Korea, yang berlangsung antara tahun 1950 hingga
1955, Amerika Syarikat menyokong Korea Selatan manakala Rusia dan China
menyokong Korea Utara melalui kegiatan subversif dan pengintipan. Selain itu Amerika
Syarikat juga campur tangan dengan memberi bantuan ketenteraan kepada Vietnam
Selatan yang pro demokrasi bagi menentang Vietnam utara yang pro komunis. Vietnam
Utara mendapat bantuan daripada Rusia dan China. Perang ini berlanjutan sehingga
tahun 1975 apabila pihak Vietnam Utara berjaya menguasai Vietnam Selatan dan
mengusir Amerika Syarikat dari bumi Vietnam. Kekalahan ini amat memalukan Amerika
Syarikat dan Vietnam menjadi medan utama Perang Dingin di Asia.

Hubungkait / perkaitan Perang Dunia Pertama dengan penubuhan pertubuhan


antarabangsa seperti Liga Bangsa dan PBB

Perang Dunia Pertama mempunyai perkaitan dengan penubuhan pertubuhan


antarabangsa seperti pertubuhan Liga Bangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Perang Dunia Pertama berakhir apabila Amerika Syarikat terlibat dalam
peperangan yang membawa kemenangan kepada Pakatan Bertiga. Ekoran daripada
kekalahan pihak Pakatan Kuasa Tengah, Jerman dipaksa menandatangani perjanjian
gencatan senjata. Beberapa siri persidangan dan perjanjian damai yang diadakan
selepas tamat perang telah memberikan kesan kepada negara di Eropah. Amerika
Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Pertama.

Pertama Persidangan Damai Paris diadakan pada I Januari 1919 untuk


membincangkan syarat perdamaian selepas perang. Syarat ini bertujuan memastikan
Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah. Persidangan tersebut
melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, iaitu cadangan Presiden Amerika
Syarikat sebagai asas perdamaian. Deklarasi ini merangkumi dua prinsip utama iaitu
penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa.
Kemuncak Persidangan Damai ialah Perjanjian Versailles ditandatangani antara
Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Berdasarkan perjanjian tersebut,

15
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Jerman dikehendaki bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang, perlu


membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga, perlu mengehadkan saiz angkatan
tentera serta perlu menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.

Perjanjian Versailles juga menetapkan penubuhan Liga Bangsa untuk


menjamin perjanjian-perjanjian dalam Persidangan Perdamaian dicapai. Selain itu, Liga
Bangsa juga berperanan memastikan keamanan dunia, mewujudkan kerjasama
antrabangsa dan menghalang pencerobohan oleh kuasa besar dunia.

Namun pada dasarnya, Liga Bangsa gagal memainkan peranannya sebagai


badan pengaman dunia. Hal ini kerana Liga Bangsa gagal menguatkuasakan
perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku
selepas Perang Dunia Pertama menyebabkan dunia terdedah kepada konflik
berterusan. Kelemahan in berpunca daripada sesetengah kuasa besar seperti Amerika
Syarikat, Jerman dan Rusia tidak menggangotai badan itu. Itali, Britain dan Perancis
anggota Tetap Liga Bangsa tetapi Itali sendiri tidak mematuhi peraturan Liga Bangsa.
Britain dan Perancis pula tidak mampu bertindak untuk mengatasi krisis antarabangsa
tanpa sokongan kuasa besar yang lain.

Bukti kegagalan Liga Bangsa ialah apabila gagal mengambil tindakan terhadap
Jepun yang merampas Manchuria. Liga Bangsa juga gagal menghalang Bennito
Mussolini menjajah Habsyah. Liga Bangsa juga gagal mengambil tindakan ke atas
Adolf Hitler yang melanggar Perjanjian Versailles. Jerman tidak berpuas hati dengan
syarat Perjanjian Versailles yang menyebabkan Jerman kehilangan tanah jajahan,
dipaksa membayar pampasan yang tinggi untuk membiayai perang malah angkatan
tentera dan laut Jerman dihadkan. Kawasan jajahan Jerman juga diserahkan kepada
Poland dan Perancis. Itali yang menyebelahi Pakatan bertiga juga tidak berpuas hati
kerana tidak diberi tanah jajahan baru seperti Perancis dan British walaupun negaranya
menang.

16
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Rakyat Jerman juga tidak puas hati kerana sekatan ke atas Jerman
menyebabkan rakyat menghadapi inflasi dan kemelesetan ekonomi. Keadaan
bertambah buruk apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia pada 1929, akibatnya
rakyat Jerman dan Itali mengadakan gerakan politik yang dipimpin oleh pemimpin
nasionalis mereka yang berfahaman melampau. Di Itali, Bennito Mussolini dan Parti
Fasis memulihkan ekonomi melalui langkah radikal dan menyerang serta menguasai
Habsyah dan Albania. Di Jerman, Adolf Hitler dan Parti Nazi yang berjaya mengatasi
masalah pengangguran dan masalah ekonomi bertindak mengingkari Perjanjian
Versailles dengan membina angkatan tentera darat, laut dan udara dan menduduki
semula daerah Saar dan Rhineland, menguasai Chezcoslavakia dan menyerang
Poland sehingga mencetuskan Perang Dunia Kedua.

Oleh kerana Liga Bangsa gagal untuk menjadi badan pendamai dunia, 50
negara berhimpun di San Francisco untuk menubuhkan pertubuhan yang baru
menggantikan Liga Bangsa iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Matlamat
PBB ialah mewujudkan keamanan dan menjalinkan kerjasama antarabangsa dalm
ekonomi. Cadangan pembentukan bagi PBB dibuat oleh empat kuasa besar dunia iaitu
Amerika Syarikat, Britain, China dan Rusia dan disahkan oleh tiga kuasa besar iaitu
Amerika Syarikat Britain dan Rusia dalam Persidangan Yalta pada Februari 1945. PBB
mengandungi sebuah majlis dan perhimpunan agung serta beberapa badan
antarabangsa. PBB cuba mengatasi kelemahan dalam Liga Bangsa. Semua kuasa
besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Britain, China, Perancis dan Rusia dan menjadi ahli
tetap Majlis Keselamatan PBB dan mempunyai kuasa veto.

Kesimpulannya, Perang Dunia Pertama telah membawa kepada kewujudan


pertubuhan antarabangsa untuk bekerjasama menangani konflik dunia.

17
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Peranan generasi muda dalam mengelakkan konflik/mengekalkan keamanan


negara.

Generasi muda berperanan menanam sikap menghormati pemimpin negara.


Tindakan ini dapat membentuk negara yang aman dan harmoni serta bebas daripada
sebarang konflik yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara. Kita perlu
mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara. Perjuangan tokoh-tokoh
negara seperti Tunku Abdul Rahman dalam memperjuangkan kemerdekaan negara
haruslah dihargai.

Selain itu, generasi muda perlulah bertolak ansur dalam pergaulan seharian.
Hal ini demikian kerana sikap bertolak ansur ini perlulah dipupuk sejak kecil lagi.
Amalan ini bersesuaian dengan kepelbagaian kaum di Malaysia yang memerlukan
sikap tolak ansur dalam masyarakat Malaysia. Sikap ini dapat menghentikan serta
mengelakkan sebarang konflik daripada berlaku dan kesannya Malaysia akan sentiasa
aman.

Peranan generasi muda mengekalkan keamanan negara dengan mengamalkan


akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian. Ini akan mendorong pengamalan nilai-
nilai murni dalam kehidupan generasi muda. Contoh pengamalan akhlak ini boleh
diterapkan semasa generasi muda melayari laman sesawang dan aplikasi dalam gajet.
Kesannya generasi muda akan terbiasa dengan tutur kata yang baik tanpa bahasa
cacian terhadap orang lain serta dapat mengelakkan konflik.

Akhirnya, generasi muda perlulah mematuhi dan mengamalkan undang-


undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan
sebarang konflik dalam negara kita. Generasi muda tidak perlu terlibat dengan sindiket
penipuan atau kegiatan kongsi gelap. Jenayah ini dianggap sebagai musuh negara
yang akan mewujudkan konflik yang tidak sihat serta mengganggu gugat keamanan
negara.

18
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Langkah-langkah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas daripada


konflik antarabangsa.

Rakyat hendaklah bersatu padu agar menjadikan negara ini sebagai negara
contoh kepada dunia. Ini kerana kemerdekaan dan keamanan yang dicapai selama ini
merupakan hasil daripada perpaduan yang dicapai oleh masyarakat majmuk. Setiap
kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah.
Apabila negara kita aman dan harmoni maka kita dapat bebas daripada sebarang
konflik antarabangsa.

Politik yang matang perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat supaya ia


tidak menimbulkan pelbagai perbalahan yang mengganggu kestabilan negara. Oleh itu,
pemikiran politik kita harus matang dan tidak diganggu oleh emosi. Secara ringkasnya,
kita perlu berusaha untuk menjadikan politik sebagai satu alat perpaduan, bukan
perpecahan.

Selain itu, warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri
dalam misi keamanan dan menghormati hak asasi manusia global. Kita harus
berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dalam tindakan serta menentang
kezaliman. Misalnya menyokong mis bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya
dan rakyat Palestin.

Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta


mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang konflik antara negara. Malaysia
perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan.
Misalnya, Malaysia perlu bergiat aktif melalui Forum Serantau ASEAN iaitu,
membanteras kegiatan lanun, mencegah penyeludupan, pertikaian wilayah bagi
memastikan kestabilan yang berterusan di rantau ini.

19
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Kesan / impak peperangan kepada sesebuah negara

Berdasarkan pengetahuan saya, peperangan akan mengakibatkan kemusnahan


harta benda masyarakat. Antara harta benda awam yang musnah ialah bangunan,
sekolah, jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, dan
sebagainya. Bagi mereka yang bekerja sebagai petani, hasil tanaman, dan ternakan
juga lenyap akibat daripada tindakan tentera penceroboh yang tidak
berperikemanusiaan ini. Misalnya bom atom telah menusnahkan bandar Hiroshima dan
Nagasaki di Jepun.

Peperangan akan mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa di serata


tempat. Orang awam yang tidak bersalah seperti kanak-kanak, wanita dan orang tua
dibunuh tanpa rasa belas kasihan dan berperikemanusiaan. Misalnya, Perang Dunia
Kedua telah mengorbankan hampir 75 juta penduduk. Tegaslah di sini bahawa,
peperangan yang berlaku akan membawa kepada kehancuran keharmonian manusia
sejagat.

Selain itu, penggunaan senjata kimia dan biologi dalam peperangan


mengakibatkan kesan buruk berterusan kepada kesihatan penduduk. Contohnya bom
atom Little Boy adalah senjata nuklear yang digunakan dalam perang. Selain itu, gas-
gas yang terbebas melalui udara itu akan mengundang pelbagai penyakit seperti asma,
barah, dan sebagainya. Natijahnya, peperangan ini akan menyebabkan kesihatan
penduduk dunia semakin merudum dan pembangunan negara tidak dapat berkembang
dengan baik.

Sehubungan itu juga, sistem ekonomi bagi negara yang terlibat dalam
peperangan turut mengalami gangguan yang teruk sehingga menjejaskan
pembangunan negara. Aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan,
pelancongan dan lain-lain tidak dapat berjalan dengan lancar. Contohnya pihak Jerman
telah mengalami kemerosotan ekonomi selepas Perang Dunia Pertama. Kesannya,
kadar pengangguran akan semakin tinggi dan membantutkan pembangunan negara.

20
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

i. Peranan Malaysia dalam menangani konflik politik antarabangsa.


ii. Peranan Malaysia melalui badan-badan dunia dalam menangani konflik
antarabangsa.

Malaysia telah memainkan peranannya dengan baik dalam mengahadapi konflik


politik antarabangsa selaras dengan prinsip berkecuali dan berbaik baik dengan semua
negara. Di peringkat antarabangsa, sejak tahun 1960 Malaysia telah dipilih untuk
menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang
saudara di Congo. Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia dipilih untuk mewakili
pasukan pengaman PBB di Namibia bagi membantu negara itu mencapai
kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke
sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pengaman ke Bosnia.

Malaysia turut bersuara lantang di PBB menentang dasar aparteid di Afrika


Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Contohnya dalam Sidang
Kemuncak Kelapan di Harare, Zimbabwe, Malaysia telah mengemukakan cadangan
bagi menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan.

Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun
1965,1989 dan 1999. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi
Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk
menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas
dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan
menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Selain itu, melalui Pertubuhan OIC, Malaysia telah menjadi perantara dalam
menyelesaikan peperangan Iran-Iraq. Di samping itu, Malaysia juga memberikan
sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan
semula tanah air mereka daripada Israel.

21
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

i. Keberkesanan peranan Malaysia dalam pertubuhan serantau


ii. Kejayaan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
iii. Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau.

Malaysia menyertai tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai
iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA), Malaysia, Filipina, dan Indonesia
(MAPHILINDO), dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). ASA
dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan Filipina. Tujuan penubuhan ASA adalah
melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis serta menjalinkan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial. Namun ASA dianggap sebagai
pertubuhan anti pemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia, selain berlaku
kesangsian kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain
sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika
Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan
persekutuan Malaysia membawa kepada pembubaran ASA.

MAPHILINDO ditubuhkan bagi meningkatkan perhubungan persahabatan dan


menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia. Melalui
MAPHILINDO ketiga-tiga negara mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk
mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan
Malaysia. Namun hasil daripada siasatan PBB tersebut, Indonesia dan Filipina tidak
berpuas hati dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang
berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO dibubarkan.

Pada 8 Ogos 1967, Deklarasi Bangkok membawa kepada penubuhan ASEAN.


Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di
rantau Asia Tenggara. Antara sumbangan dan peranan Malaysia dalam ASEAN
daripada aspek politik adalah mengadakan satu deklarasi bersama yang dikenali
sebagai Deklarasi Kuala Lumpur serta mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai
zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) untuk mengekalkan keamanan dan

22
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

kestabilan politik rantau ini. Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri-menteri Luar
ASEAN memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.

Manakala daripada aspek ekonomi pula, negara-negara ASEAN membentuk


kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu
(Malaysia) serta di Acheh (Indonesia). Selain itu, zon Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA) telah diumumkan dalam sidang kemuncak ASEAN di Singapura pada
tahun 1992 yang bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan
kerjasama ekonomi di kalangan negara ASEAN. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
telah mengemukakan idea yang dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan
China, Jepun dan Korea Selatan. Usaha ini diteruskan dengan kerjasama secara tidak
rasmi melalui konsep ASEAN + 3 iaitu merujuk kepada kerjasama antara negara
ASEAN dengan negara-negara timur, iaitu China, Jepun dan Korea.

Bagi aspek sosial pula, penubuhan Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran


ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua
bidang yang berkaitan, contohnya Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang. Kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung
Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan.
Bukan itu sahaja, Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara
negara melalui semangat kesukanan. Manakala dalam bidang pelancongan kerjasama
dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN 1991.

23
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

i. Keberkesanan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa dalam


menjamin keamanan dunia
ii. Kejayaan penglibatan Malaysia dalam membantu mewujudkan keamanan
dunia.
iii. Peranan Malaysia memainkan peranan penting dalam menangani konflik
dunia.

Antara peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa ialah menjadi tuan


rumah menganjurkan persidangan bagi membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
Contohnya menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM pada tahun 1989. Kesan daripada
persidangan ini Deklarasi Langkawi diisytiharkan iaitu persetujuan negara anggota
Komanwel untuk mengawal dan mengatasi pencemaran.

Selain itu, Malaysia juga bersuara lantang menentang Dasar Apartheid di Afrika
Selatan melalui penglibatan dalam Komanwel dan PBB kerana penyalahgunaan hak
asasi manusia. Dasar ini membezakan taraf penduduk Afrika Selatan mengikut warna
kulit. Kesannya penduduk berkulit hitam dianggap rendah dan tidak mendapat hak
politik mahupun kemasyarakatan yang sama dengan orang kulit putih.

Di samping itu Malaysia juga memainkan peranan penting dalam PBB untuk
menyelesaikan konflik antarabangsa. Contohnya Malaysia telah menyertai PBB pada
tahun 1960 sebagai pasukan pendamai bagi menamatkan perang saudara di Congo
/Zaire. Selain itu, Malaysia juga telah dipilih menganggotai pasukan pengaman PBB ke
Namibia pada tahun 1989 untuk membantu negara tersebut mencapai kemerdekaan.

Seterusnya, Malaysia juga berpendirian teguh dalam usaha memerangi gejala


penyalahgunaan dadah. Contohnya satu persidangan antarabangsa telah diadakan di
Vienna pada Jun 1987 hasil daripada usul Malaysia. Malahan Perdana Menteri
Malaysia telah dipilih menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.

Peranan Malaysia seterusnya ialah membela kepentingan negara-negara


membangun termasuk mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin dengan
menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

24
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Selain itu, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam menubuhkan


Suruhanjaya Selatan-Selatan kerana idea penubuhannya dikemukakan oleh Dato’ Seri
Dr. Mahathir Mohamad semasa sidang kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun 1987.
Hasilnya Kumpulan 15 atau G15 ditubuhkan pada tahun 1989.

Di samping itu, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam Pertubuhan


Persidangan Islam (OIC) apabila Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk
menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malahan, Malaysia juga menjadi
perantara dalam menyelesaikan peperangan antara Iran - Iraq.

i. Peranan Malaysia dalam menangani konflik dunia hari ini.


ii. Bukti Malaysia mengamalkan dasar yang menekankan pemeliharaan
keamanan dunia
iii. Peranan Malaysia dalam mengekalkan keamanan dunia.

Sejak dari dahulu lagi, Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan
sejagat dan negara kita sememangnya sangat prihatin terhadap pelbagai isu dan konflik
yang boleh menjejaskan keamanan serantau dan antarabangsa.

Ketegasan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
ketika berucap dalam Perbahasan Umum Ke-71, Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York yang lalu membuktikan komitmen
Malaysia dalam menangani pelbagai isu antarabangsa khasnya yang berkaitan dengan
keamanan sejagat.

Malaysia sudah menyatakan komitmen untuk membantu masalah yang berkaitan


dengan pelarian Syria dan akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam
tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.

Bukan itu sahaja, di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Datu Seri Najib Tun
Abdul Razak, Malaysia turut memainkan peranan mengurus dan menyelesaikan konflik
di Pulau Mindanao, selatan Filipina sehingga mendapat pujian daripada pelbagai pihak.
Usaha misi diplomasi Malaysia ini berakhir dengan termeterainya proses damai antara
Bangsa Moro dengan Kerajaan Filipina.

25
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Negara Malaysia juga mendesak agar penyiasatan hendaklah dijalankan untuk


menentukan pihak yang bertanggungjawab dalam menembak jatuh pesawat MH17 dan
apabila penyiasatan itu selesai kelak, Malaysia akan mempertimbangkan opsyen yang
terbaik untuk langkah seterusnya, iaitu proses pendakwaan.

Cabaran yang dihadapi / isu-isu terkini yang boleh mencetuskan konflik


antarabangsa serta langkah mengatasinya.

Terdapat pelbagai cabaran yang mendepani dunia yang boleh mencetuskan


konflik hingga tercetusnya peperangan. Antara isu hangat yang diperkatakan itu ialah
isu pengganas dan pelampau, isu Laut China Selatan dan perang dagang China-
Amerika Syarikat. Dewasa ini fenomena isu pengganas menjadi semakin kompleks
dan mencetuskan ancaman kepada keselamatan antarabangsa. Kemunculan
kumpulan pengganas seperti Islamic State (IS) dan Boko Haram di persada global amat
membimbangkan seluruh dunia. Contoh peristiwa serangan pengganas ke atas Pusat
Perdagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat dan pengeboman Bali yang telah
membunuh 202 orang awam terutamanya pelancong luar negara. Hal ini kerana
kumpulan pengganas sentiasa mengambil kesempatan ke atas situasi politik yang tidak
menentu dengan melancarkan keganasan dan kekacauan. Akibatnya berlaku
ketidakstabilan dan keharmonian sesebuah negara yang boleh merubah landskap
keselamatan dunia kini.

Langkah bagi mengatasi kumpulan pengganas dan pelampau ini ialah semua
negara di seluruh dunia bekerjasama memerangi pengganas dan pelampau ini.
Kerjasama ini boleh dilakukan dengan berkongsi risikan bagi menyiasat dan
mencari saki baki pengganas. Seterusnya Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-
Bangsa Bersatu yang menghendaki setiap negara di dunia ini membekukan kewangan
pengganas termasuk aset harta yang hanya tertumpu kepada mereka, malah kepada
rangkaiannya serta menutup kemasukan mereka ke dalam sistem kewangan
antarabangsa. Segala tindakan yang dikenakan ke atas pihak pengganas dan
pelampau ini dapat mengurangkan tekanan kepada negara-negara yang sering menjadi
sasaran mereka.

26
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Cabaran kedua yang dihadapi ialah PBB didapati gagal berperanan sebagai
badan pengaman dunia dalam aspek keselamatan bagi menghindari peperangan.
Hal ini adalah kerana PBB menjadi medan percaturan politik kuasa-kuasa besar.
Contohnya 5 anggota tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Amerika Syarikat, Rusia,
China, Perancis dan Britain mempunyai kuasa veto dan sering menggunakan kuasa
veto untuk membatalkan sebarang usul demi kepentingan mereka. Kesannya setiap
rancangan PBB menemui jalan buntu dan keamanan dunia tidak dapat dicapai dan
dinikmati oleh warga global.

Selaku badan yang dipertanggungjawabkan mewujudkan keamanan dunia, PBB


seharusnya bersifat lebih demokratik. Hal ini supaya PBB tidak memfokuskan
kepada 5 kuasa besar yang mempunyai kuasa veto. Contohnya isu membabitkan usul
Malaysia membentuk satu tribunal pengadilan antarabangsa bagi jenayah yang
dilakukan ke atas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh di
Ukraine pada Julai 2014. Kesannya keadilan tidak dapat ditegakkan dan mangsa yang
terlibat akan menanggung kesedihan dan kekecewaan seumur hidup

Cabaran seterusnya yang menjadi tumpuan utama dewasa ini ialah perebutan
persempadanan Laut China Selatan oleh negara China. Hal ini melibatkan negara
seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Hal ini berkait juga dengan Amerika
Syarikat yang sangat komited terhadap lalu-lintas di Laut China Selatan. Contoh satu
pertiga penghantaran komersial global Amerika Syarikat menggunakan laluan Laut
China Selatan. Kesannya keselamatan negara-negara di sekitar Laut China Selatan
terancam. Krisis yang berlaku ini bakal mengundang peperangan yang menggugat
keamanan dunia jika tidak dibendung.

Bagi menyelesaikan isu perebutan persempadanan Laut China Selatan perlulah


dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Hal ini membolehkan negara
yang terlibat berpuas hati dengan keputusan yang dicapai. Contohnya, tribunal

27
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Timbang Tara Antarabangsa (PCA) di Hague, Belanda telah membuat keputusan


menentang tuntutan China ke atas Laut China Selatan menerusi “Sembilan garis putus”
Keputusan PCA mengisytiharkan “Sembilan garis putus” ini tidak sah di bawah undang-
undang antarabangsa yang telah memberikan kelebihan kepada Malaysia. Kesannya
keputusan PCA adalah suatu pencapaian dalam perkembangan undang-undang laut
antarabangsa yang mendukung semangat LOSC iaitu menyelesaikan pertikaian tanpa
peperangan.

Selain itu, isu Kepulauan Spratly ialah kemampuan ketenteraan negara bagi
menangani pencerobohan sempadan antarabangsa Malaysia. Hal ini kerana
negara-negara yang menuntut Kepulauan Spratly mempunyai kemampuan ketenteraan
yang lebih canggih berbanding Malaysia terutamanya kuasa besar dunia iaitu China.
Sebagai contoh, kapal-kapal Pengawal Pantai China sering menceroboh EEZ Malaysia
dan negara ASEAN lain. Kesannya, pencerobohan antarabangsa Malaysia akan
berlaku jika kemampuan ketenteraan negara tidak dipertingkatkan.

Langkah bagi mengatasi cabaran di atas ialah meningkatkan kemampuan


ketenteraan negara. Hal ini penting supaya negara-negara lain tidak sewenang-wenang
menceroboh sempadan antarabangsa Malaysia. Sebagai contoh, pada 21 Jun 1980
dan pada Mei 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) telah ditempatkan di Terumbu Layang-layang. Kesannya, kedaulatan
sempadan antarabangsa Malaysia di Pulau Layang-Layang terjamin dan terjaga.

Cadangan / Langkah mengatasi cabaran/ konflik antarabangsa

Antara cadangan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan konflik dunia pada
masa kini ialah semua negara meneruskan dasar luar negaranya dengan
mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat
atau blok Timur dan pendekatan berunding dalam menyelesaikan konflik antara
sesebuah negara . Hal ini demikian kerana melalui perundingan, pemimpin kedua-dua
belah pihak boleh duduk semeja dan berusaha untuk mencari jalan keluar bagi

28
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

mengatasi konflik yang dihadapi. Contohnya, rundingan gencatan senjata antara


negara yang berbalah. Jelaslah bahawa perundingan akan mengelakkan berlakunya
pertumpahan darah dan konflik dunia.

Cadangan seterusnya ialah memperkasakan peranan Pertubuhan Bangsa-


bangsa Bersatu (PBB). Antara objektif penubuhannya adalah untuk memastikan
kestabilan politik, ekonomi, dan hak asasi manusia terpelihara. Namun, sehingga kini
badan dunia ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dunia seratus
peratus kerana badan ini dipengaruhi oleh negara besar terutama negara yang
memiliki kuasa veto ( kuasa pembatal) yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Rusia,
China, Perancis, dan Britain. Contohnya, Amerika Syarikat sering menggunakan kuasa
berkenaan membantu tindakan Israel menyerang negara Palestin. Justeru, perubahan
perlu dilakukan kepada petubuhan dunia ini agar dapat menangani permasalahan
negara dunia terutama negara-negara kecil seperti Palestin.

Selain itu, negara-negara dunia juga perlu membela dan menyokong hak asasi
manusia. Langkah yang perlu diambil ialah tindakan bersama yang disuarakan pada
pertubuhan antarabangsa. Sebagai contoh Malaysia lantang bersuara di PBB
menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Dengan ini, suara negara kecil seperti
Malaysia akan dapat didengari dan membuka mata negara-negara lain bagi
memperjuangkan isu yang sama.

Di samping itu, cadangan yang lain ialah memupuk kesedaran masyarakat


dunia tentang kesan peperangan. Peperangan menggunakan senjata-senjata
canggih seperti bom nuklear dan peluru berpandu yang mampu memusnahkan apa-apa
sahaja dalam sekelip mata. Sebagai contohnya, peperangan yang berlaku di Syria telah
membawa kemusnahan infrastruktur negara yang teruk. Oleh itu, jelaslah kepada kita
bahawa kesedaran masyarakat dunia tentang kesan peperangan dapat
mengelakkan kemusnahan harta benda yang tidak diduga sama ada harta benda
persendirian atau milik kerajaan. Dengan itu, negara-negara dunia perlu bersama
menyokong kempen anti peperangan dan membantu misi antarabangsa dalam mencari
keamanan dunia.

29
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Iktibar/ nilai/ semangat patriotisme yang perlu diamalkan untuk memastikan


kepentingan tersebut tercapai.

Antara iktibar yang boleh kita pelajari daripada peristiwa peperangan yang
berlaku dalam sejarah dunia termasuklah kita hendaklah menjalinkan hubungan baik
dengan semua negara tanpa mengira perbezaan ideologi. Hubungan baik antara
negara akan mengekang mereka daripada bertindak secara terburu-buru. Sebaliknya,
cuba untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul melalui rundingan.
Contohnya, konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia telah berjaya diselesaikan apabila
Presiden Soeharto telah menghantar Menteri Luarnya, Adam Malik untuk berunding
dengan Tunku Abdul Rahman yang membawa kepada termeterainya perjanjian
perdamaian. Dengan cara ini, pertelingkahan yang berterusan dapat dapat dielakkan.

Keamanan dunia juga dapat dicapai sekiranya kita semua mempunyai


semangat cinta dan setia kepada negara. Kesetiaan pada negara akan melahirkan
nilai ketaatan kepada pemimpin dan kepatuhan kepada perlembagaan negara. Hal ini
mengelakkan berlakunya pergolakan dalam negara. Semangat cinta akan negara juga
akan memupuk nilai bertanggungjawab dalam kalangan rakyat. Seterusnya, rakyat
juga akan sanggup berkorban mempertahankan negara dan bangsa daripada
serangan musuh. Contohnya, Sarjan Baharuddin Ramli iaitu, anggota PGA yang
terkorban di sempadan Malaysia Thailand semasa bertugas. Kesimpulannya, warga
yang cinta akan negara pastinya sangat menghargai keamanan dan keharmonian yang
di kecapi serta berusaha mengekalkannya.

Selain itu, nilai hormat - menghormati juga wajar diamalkan oleh seluruh warga
di dunia sekiranya keamanan dunia ingin dikekalkan. Setiap negara perlulah
menghargai dan menjaga hubungan antara negara demi kesejahteraan sejagat.
Pemimpin setiap negara perlulah menghormati perbezaan pandangan, dasar, serta
kedaulatan negara lain. Contohnya, Malaysia mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak
campur tangan dalam urusan pentadbiran negara lain. Malaysia mengutamakan
semangat kerjasama dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi

30
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

politik. Kesannya, jalinan hubungan seperti ini akan membentuk satu ikatan
persahabatan dan persefahaman yang erat antara satu sama lain.

Rumusan/ Kesimpulan daripada tajuk yang dikaji.

Pengetahuan yang diperoleh daripada tajuk ini ialah Perang Dunia Pertama berlaku
pada tahun 1914 -1918. Perang ini melibatkan dua pihak iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan
Pakatan Bertiga. Konflik ini telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan menjejaskan
hubungan antara negara.

Nilai yang diperoleh daripada tajuk ini ialah setiap pemimpin negara tidak boleh
mementingkan diri sendiri dengan menyerang atau menguasai negara lain demi kepentingan
negara tersebut. Selain itu setiap pemimpin negara perlu mempunyai sifat kemanusiaan dan
menghormati hak asasi negara lain agar kedaulatan semua negara di dunia kekal terpelihara.

Unsur patriotisme yang terdapat dalam tajuk ini ialah setiap pemimpin negara haruslah
berbaik-baik dan bekerjasama dengan semua negara agar dunia kekal aman. Selain itu setiap
pemimpin negara perlu bijak menyelesaikan masalah antara negara melalui rundingan
bukan melalui peperangan.

Harapan saya ialah pemimpin setiap negara berwawasan dalam mentadbir negara dan
tidak bersaing menunjukkan kuasa masing-masing agar pembangunan berjalan lancar serta
kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama-sama.

Sebagai kesimpulannya, peperangan hanya mengakibatkan kemusnahan yang besar


dan merugikan kedua-dua pihak bak kata pepatah “kalah jadi abu menang jadi arang.” Jadi,
bersama-samalah kita menghindari sebarang konflik atau peperangan.

Rumusan daripada peranan Malaysia dalam usaha menyelesaikan konflik dunia


dan serantau / Rumusan daripada peranan Malaysia dalam mengekalkan
keamanan dunia dan serantau.

Rumusan yang diperolehi ialah Malaysia telah menjalinkan hubungan baik dengan
negara-negara lain. Contohnya Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel untuk membina
semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan anggota. Menerusi pertubuhan ini
Malaysia berusaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.

31
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Selain itu, Malaysia juga berusaha untuk menjamin keselamatan dunia dan
membantu menyelesaikan konflik antarabangsa melalui penyertaan dalam Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sebagai contohnya, pada tahun 1960 Malaysia telah dipilih
untuk menyertai pasukan pendamai bagi menamatkan perang saudara di Congo.

Seterusnya Malaysia juga menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka
terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia. Contohnya Malaysia mengamalkan Dasar
Berkecuali dengan tidak bersengkokol dengan mana-mana Blok Dunia.

Di samping itu, Malaysia turut berusaha memelihara kestabilan politik serantau


dengan menyertai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Malaysia bersepakat
dengan anggota ASEAN mengisytiharkan ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali
(ZOPFAN).

Nilai yang diperoleh daripada tajuk ini ialah tidak mementingkan diri dengan sentiasa
menghulurkan bantuan kepada negara yang berkonflik supaya dunia kembali aman. Selain
itu, kita juga perlu menghormati hak asasi negara lain demi memelihara kedaulatan semua
negara.

Unsur patriotisme yang diperoleh daripada tajuk ini ialah bekerjasama dengan negara
lain demi kemakmuran dunia. Selain itu, pemimipin harus bijak menyelesaikan masalah
antara negara lain melalui rundingan agar dapat mengelakkan peperangan.

Harapan saya agar Malaysia terus memainkan peranan aktif dalam pertubuhan
antarabangsa dan serantau bagi menangani konflik dunia yang berlaku pada hari ini.

Sebagai kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa peranan Malaysia yang


berterusan dalam mewujudkan keamanan dunia sejak merdeka sehingga kini berjaya
mengelakkan konflik dunia seperti Perang Dunia Pertama dan Kedua daripada berulang lagi.

32
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Penghargaan
PANEL PENGGUBAL MODUL SEJARAH KERTAS 3 SPM 2020

PENASIHAT : PN. HAJAH RAHIMAH BINTI MOHAMED


(Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, JPN Perak )
: TN. HJ. AHMAD LUTFI BIN ABU BAKAR
( KPPK Sains Sosial Sektor Pembelajaran, JPN Perak
: EN. MEGAT MUHAMMAD AZHAN B MEGAT RAFIE
(Penolong Pengarah Sains Sosial Sektor Pembelajaran, JPN Perak

PENYELARAS : TN. HJ PUZIE BIN YAHYA SMK RUNGKUP


KETUA PANEL KERTAS 3 : EN. MOHAMAD AZHAR BIN RADIZUAN SMK LAMBOR KIRI

PANEL PENULIS
1 EN. MOHD SAIPULIZAN BIN ABDULLAH THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
2 PN. ASNARINA BINTI A. RAHMAN SMK SAYONG
3 EN. MOHAMAD HAFIZ MOHAMED SMK RLKT LASAH, SG SIPUT (U)
4 TN. HJ. KHAIRUL KAMEL BIN AHMAD SMK TOH MUDA ABD.AZIZ
5 EN. HAZLI BIN ABU HASHIM SABK AD-DINIAH AL-ISLAMIAH
6 EN. SYAHARAWI BIN ISHAK SMK TRONOH
7 PN. SURAYAH BT ISMAIL SMK SERI KAMPAR
8 CIK NUR’UYUN BT ABU BAKAR SBPI GOPENG
9 EN. BAKRI BIN MOHAMED YUSOF SMK MALIM NAWAR
10 CIK SURIANI BINTI MOHD IDRIS SMK KAMPAR
11 CIK HARISON BINTI HASAN SMK JELAI, BATU KURAU
12 PN. NORHAYA BINTI JAPAR SMK TOH JOHAN, TRONG
13 EN. MAZELAN BIN AHMAD SMK DATO WAN AHMAD RASDI
14 PN. MAZURA BINTI HJ MANAN SMK KING EDWARD VII, TAIPING
15 PN. MAGES A/P VENUGOPAL SMK MATANG
16 EN. S.SIVANANDAM A/L
SMK METHODIST(ACS),IPOH
SUBRAMANIAM
17 EN. HASRI B SAHABUDIN SM IZZUDIN SHAH
18 PN. P. MEGALA A/P K.PONNUSAMY SMK DR MEGAT KHAS IPOH
19 EN. MOHD. HUSNI BIN ARIFFIN SMK RAPAT SETIA.
20 EN. MUHAMAD SALLIH BIN ASRANI SMK SERI KELEDANG
21 CIK ROFIDAH BT AHMAD BADRI SMK SRI KURAU, BAGAN SERAI
22 EN. ANANDARAJAN A/L SUBRAMANIAM SMK SELINSING
23 EN. JUPRI BIN SANHOSI SMKA KERIAN
24 EN. AZMIL BIN SHARIFFUDDIN SMK KUALA KURAU
25 PN. SAMIHAH BT PAHIM SMK ABU BAKAR AL BAQIR
26 EN. KAMARULNIZAM BIN AMIR SMK PANTAI REMIS
27 PN. AINI BINTI BAKRI SMK METHODIST ( ACS) SITIAWAN

33
[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

28 PN. ROSLIZA BT RAMLI SABK MAAHAD ISLAHIAH


29 PN. SHAMALA A/P ARJUNAN SMK PANGKOR
30 PN. NORARNI BINTI MD.JOHAN SMK DATO SERI KAMARUDDIN SERI
MANJUNG
31 EN. WAN YUNUS BIN WAN ISA SMK RAJA MUDA MUSA, TELUK INTAN
32 EN. PADLI BIN ABDUL RAHMAN SMK DATO' SAGOR, LANGKAP
33 PN. MARIAM BT OMAR SMK SERI PERAK.
34 PN. NUR JAM'ATUR RAFHANAH BT SMK SERI PERAK, TELUK INTAN
MOHAMED NAWAWI
35 PN. MARIATI BT RAMLI. SMK SULTAN ABDUL AZIZ
36 EN. YUSUF BIN AHMAD@HARUN SMK SULTAN AZLAN SHAH, LENGGONG
37 PN. NORIHAN BT MOHD TAHIR SMK DATO'AHMAD, LENGGONG
38 PN. FAKIRAH BINTI JAMALUDIN SMK TAN SRI ABDUL AZIZ LENGGONG
39 EN. ISHAK BIN HASAN BASRI SMK DATO AHMAD, LENGGONG
40 EN. MOHD. FAZIL BIN MD. AKHIR MRSM GERIK
41 EN. JEYAKUMAR A/L PARAMSIVAM SMK TUN ABDUL RAZAK SELEKOH
42 PN. NORAZWALIZA BT AZIZAN SMA AL ULUM
43 EN. AMRIL AMRE BIN RAZALLI SMK SERI MUARA
44 PN. ZANARIAH BINTI IBRAHIM SM SAINS BAGAN DATUK
45 PN. NOR ALIZAN BINTI HASAN SM SAINS TELUK INTAN
46 PN. ROHAIZA BT ZAINAL ABIDIN SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKOB
47 EN. MOHD IZHAM BIN HALIAS SMK DATUK SERI MAHARAJA LELA, KG
GAJAH
48 PN. FARIAL BT WAHAB SMKA SULTAN AZLAN SHAH, SERI
ISKANDAR
49 EN. MOHD. SHAHSWAN NIZAM BIN
SMK CHANGKAT LADA
SHARUDDIN
50 EN. MD. SAAD BIN DAIJAH @ DESA SMK SUNGAI RANGGAM
51 PN. NORLIZA BINTI ABDUL LATIB SMK ISKANDAR SHAH
52 PN. NORLYZAN BT ISMAIL SMK SLIM RIVER
53 CIK NOR AZIMAH BT ARIFFIN SMK HAMID KHAN
54 PN. HASLIZA BT MANAP SMK SUNGAI KERUIT
55 PN. RUSILAWATI BT ABDUL SALAM SMK SRI TAPAH
56 PN. RAZMARINA BT ABD RASAK SMK KHIR JOHARI TANJONG MALIM

34

You might also like