You are on page 1of 6

Huraikan DUA perbezaan ketara antara kepimpinan dan pengurusan.

 
Jawapan yang diberikan haruslah tidak melebihi 250 patah perkataan.  

Saravanan:
Perbezaan pertama daripada aspek membina hubungan.Kepimpinan merupakan kebolehan
mengetuai sekelompok orang untuk sama-sama bekerja dan merealisasikan suatu visi yang dikongsi
bersama dan berketrampilan mewujudkan hubungan yang berkualiti antara pemimpin
dengan pengikut kerana pemimpin menyedari dan menghargai personaliti yang berbeza-beza
dalam pasukan.Pemimpin juga mempunyai pengaruh peribadi dan kepercayaan yang tinggi kepada
ahli-ahli yang lain dan tidak mengasingkan diri daripada orang lain serta memimpin melalui
teladan supaya dapat memupuk sikap ‘kita boleh’ dalam kalangan ahlinya.Pemimpin memahami
hubungan berdasarkan kepercayaan dan keakraban kepada ahlinya yang akan lebih bersemangat
dalam merealisasikan matlamat bersama-sama.Justeru,pemimpin lebih fokus ke atas ahli-ahlinya
,Kesannya, mereka lebih bermotivasi dan berinspirasi dalam menjayakan misi.Pemimpin juga lebih
memberi tumpuan kepada mencungkil bakat kakitangannya untuk mencapai misi
organisasi.Manakala ,pengurus memfokuskan kepada ahli-ahlinya untuk bekerja keras bagi
mencapai misi organisasi.Ahli-ahlinya tidak diberikan keutamaan dalam meningkatkan atau
mengasah bakat masing-masing.Pengurus percaya bahawa pangkat dan posisi formal dalam
organisasi harus digunakan dalam mengurus dan menangani urusan organisasi.Kakitangan dibayar
untuk melaksanakan kerja, jadi mereka perlu bergerak dan menyiapkan kerja, tanpa menyelami
pemikiran, perasaan dan keperluan pekerja .

Kedua daripada segi kualiti peribadi.Pemimpin menyemai sikap peka dengan keadaan sekeliling
dalam kalangan pekerja melalui kecerdasan emosi, dan mampu menyelami hati pengikut supaya
mampu mencapai potensi yang sebenar-benarnya dan memberi yang terbaik dalam usaha mencapai
matlamat dan objektif yang dikongsi bersama.Pemimpin meluangkan masa untuk mendengar
masalah ahli-ahlinya dan saling mempercayaai antara satu sama lain serta berkolaboratif dalam
penyelesaian masalah organisasi untuk mencapai misi. Pemimpin yang sejati mempunyai minda
terbuka untuk mengalu-alukan idea baharu daripada ahlinya.Manakala,pengurusan lebih bertumpu
kepada penjarakan emosi dan hanya menumpukan perhatian kepada penyelesaian masalah dan lebih
kepada mengarah,bercakap dengan formal.

ALICE

Perbezaan pertama ialah penetapan hala tuju sesuatu organisasi.Pemimpin akan menetapkan hala
tuju lalu bersama-sama kakitangan atau ahli-ahlinya akan bergerak seiring untuk melakukan perkara
yang betul untuk mencapai matlamat atau visi yang ditetapkanDalam merealisasikan perkara ini,
pemimpin mewujudkan visi yang memberi inspirasi dan memotivasikan atau galakan kepada
orang lain untuk mencapai visi tersebut.Malahan,pemimpin juga memfokuskan pada objektif
jangka panjang dan besar ,merangka strategi dan melakukan perubahan untuk mencapai objektif
dan memberi tumpuan kepada tahap peningkatan dalam mencapai objektif

Manakala pengurusan iaitu pengurus lebih memberi fokus kepada merancang, menguruskan dan
menetapkan sumber serta menetapkan jadual untuk mencapai hasil yang
ditetapkan.Seterusnya,pengurusan juga menekankan kepada keputusan atau objektif jangka pendek
yang mana dalam memastikan hala tuju atau matlamat mereka tercapai,mereka lebih memberi
arahan dan tidak memberi inspirasi atau galakan kepada kakitangan masing-masing.
Perbezaan yang kedua ialah menstrukturkan kakitangan.Seseorang pemimpin mempunyai
perancangan yang jelas bertujuan untuk mempengaruhi,  menerajui, memberi bimbingan, dan
dorongan kepada ahli-ahli dalam usaha menambah baik dan memperbanyakkan program berkaitan
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.Selain itu,komunikasi yang efektif dengan pekerja
bawahan dalam penyelarasan kerja berkaitan tugasan masing-masing merupakan perkara yang
dititikberatkan dalam sifat kepimpinan di samping mengambil berat tentang visi yang perlu dicapai
pada masa hadapan.Sehubungan itu,kepimpinan juga lebih cendurung untuk mewujudkan dan
membangunkan nilai-nilai dan budaya saling mempengaruhi antara satu sama lain secara
positif.Sedangkan,pengurusan ialah perangkaan sesuatu struktur untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.Oleh itu,aspek pengurusan melibatkan pengagihan tugas kepada pekerja-pekerja
bawahan,mengembangkan polisi organisasi,prosedur dan sistem untuk mengurus dan mentadbir
pekerja.Pengurusan organisasi juga melibatkan pengawasan terhadap rancangan atau strategi yang
telah disediakan.

2. Seorang pengurus lebih suka memberikan perhatian terhadap proses dan prosedur.
Sedangkan seorang pemimpin lebih memperhatikan apa yang terjadi dan mengapa
sesuatu boleh terjadi, terutama pada ketika mereka sedang berusaha menyelesaikan
sesuatu masalah. 

3. Seorang Pengurus cenderung mengatur dan mengelola sesuatu aktiviti, program


atau projek serta mempertahankan system yang sudah ada. Sedangkan seorang
pemimpin memotivasi anggotanya serta mengembangkan system prosedur.   
Berdasarkan nota kuliah dan kuliah yang telah diberikan,
sila nyatakan DUA contoh ciri kepimpinan instruksional yang
ditunjukkan oleh pemimpin dalam organisasi
anda.  Huraikan kepentingan tindakan tersebut kepada
peningkatkan pencapaian akademik dalam organisasi anda. 

Hallinger dan Murphy (1985) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai apa-apa


sahaja yang dilakukan oleh pengetua atau guru besar yang bertujuan untuk meningkatkan
kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran ke arah kemajuan sekolah. Takrifan yang umum dan
luas itu menunjukkan besarnya ruang lingkup yang perlu dilaksanakan oleh pengetua sebagai
pemimpin instruksional.
Berdasarkan nota kuliah dan kuliah yang disampaikan oleh Prof.Dr Aziah,dua ciri
kepimpinan instruksional yang ditonjolkan oleh Tuan Pengetua di sekolah saya ialah pertama,beliau
mewujudkan budaya atau iklim sekolah yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan memperuntukkan masa bersama-sama staf.Apabila pembelajaran abad ke-21
diperkenalkan bermula tahun 2014,maka sebagai pemimpin instruksional,gerak kerja pertama yang
dilakukan oleh beliau ialah mewujudkan ilkim pembelajaran abad ke-21 di dalam kelas di samping
mewujudkan bilik-bilik abad ke-21.Beliau telah bersama-sama dengan kumpulan pengurusan
sekolah dan guru-guru menyusun atur kedudukan meja murid dalam bentuk abad ke-21 bagi
memudahkan pembelajaran koperatif diimplementasikan.Malah,beliau turut membimbing dan
menggalakkan para guru untuk menggunakan kaedah PAK 21 dalam proses mengajar murid-
murid.Beliau juga telah memudahkan tugas kami sebagai pemudahcara dengan mengadakan
Latihan dalam perkhidmatan(LADAP) dari semasa ke semasa.Kesannya,walaupun pada permulaan
pelaksanaan pembelajaran ini ,terdapat pelbagai rungutan dan keluhan daripada para guru,namun
hasil motivasi ,galakan dan bimbingan beliau,akhirnya kaedah pembelajaran PAK 21 digunakan
seratus peratus di sekolah saya.
Selain itu, sebagai pemimpin instruksional,Tuan Pengetua bersama-sama kumpulan
pengurusan sekolah telah merancang pelbagai program peningkatan akademik dan kokurikulum
bertujuan untuk memastikan  pencapaian positif dalam kalangan murid-murid terutamanya murid
kelas peperiksaan. Setiap kali selesainya sesuatu ujian atau peperiksaan,Tuan Pengetua akan
menganalisis data yang diperoleh daripada ketua panitia mata pelajaran dan menggunakan data
tersebut  untuk membuat keputusan. Hasil keputusan peperiksaan akan dianalisis bersama-sama
melalui mesyuarat Post Mortem untuk mengenal pasti kelemahan murid-murid sebelum pelan
intervensi yang sesuai dirangka.Sebagai buktinya,untuk memastikan murid-murid kelas peperiksaan
khususnya lulus dalam dua mata pelajaran wajib lulus iaitu bahasa Melayu dan Sejarah maka
program Task Force dirancang dan dilaksanakan yang mana semua murid yang gagal mata pelajaran
tersebut akan dikumpulkan di bilik khas selama satu jam pada setiap pagi bermula hari Isnin hingga
Khamis untuk mendapatkan bimbingan khusus daripada guru yang bertanggung jawab.Pada sebelah
petangnya pula iaitu bermula pada pukul 2.30 petang,kelas kepung secara berjadual disusun supaya
murid-murid kelas peperiksaan dapat mengulang kaji sukatan pelajaran tingkatan empat.Jadual-
jadual ini telah disusun secara adil dan tidak membebankan mana-mana guru oleh Tuan Pengetua
melalui Setiausaha Program Peningkatan Sekolah.Malah sebagai ganjaran,beliau menyediakan
makanan tengah hari kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dengan Kerjasama PIBG
sekolah.Begitu juga dengan Program Guru Muda yang menunjukkan impak yang amat tinggi
kepada keputusan peperiksaan awam.Kesannya, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia menunjukkan
peningkatan yang memberangsangkan dari segi kualiti dan kuantiti. Program yang diatur telah
menunjukkan kemenjadian murid dari pelbagai aspek bukan sahaja dari aspek kurikulum malah
kokurikulum.Sebagai bukti kejayaan beliau dalam menstrukturkan program sekolah,sekolah saya
pasti mempunyai kedudukan sama ada tempat pertama atau kedua dalam sukan bola baling di
daerah Larut Matang dan Selama.Malah,ada pelajar-pelajar saya mewakili daerah dan seterusnya
negeri Perak ke peringkat kebangsaan dalam sukan bola baling.

Seterusnya,beliau telah memperuntukkan masa bersama-sama kami warga sekolah dengan


mengadakan ‘contact time’ pada setiap hari khamis.Beliau menyediakan ruang kepada kami untuk
berkongsi masalah dan mencari solusi .Malah beliau turut mewujudkan Group Telegram SMKPA
bagi memudahkan guru-guru dan staf sekolah menyalurkan sebarang perkongsian yang
bermaklumat.Dalam pada itu,beliau akan bertandang ke bilik guru sekurang-kurangnya seminggu
sekali untuk memastikan kami bekerja dalam suasana yang menggembirakan.Keutamaan juga
diberikan dalam soal kebajikan guru dan staf yang mana beliau sentiasa bertanyakan khabar ahli
keluarga dan tidak lupa mengucapkan selamat hari jadi kepada guru-guru yang meraikannya pada
setiap bulan.Kepimpinan beliau juga telah diperkukuh dengan membangunkan dan menjadikan
guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia sebagai pemimpin instruksional.Beliau telah
mewujudkan ‘Senior Leader Team(SLT) dan Medium Leader Team (MLT).Beliau dibantu oleh
kedua-dua kumpulan ini dengan matlamat pasukan kepimpinan sekolah dapat memberikan
kepimpinan instruksional dan seterusnya memacu prestasi sekolah secara keseluruhan.
Kesimpulannya,sikap atau ciri-ciri tuan pengetua yang saya kongsikan di atas bukan sahaja berjaya
mengubah kedudukan sekolah dari band enam kepada band lima,malah beliau merupakan seorang
pemimpin yang bukan sahaja disenangi oleh warga sekolah malah beliau turut disegani oleh
masyarakat sekitar.

2.4  Guru Besar / Pengetua perlu menggunakan teknologi terkini dengan efektif untuk

meringankan tugas guru-guru dan menyediakan komunikasi yang lebih efektif. Sistem

komunikasi yang lebih mudah seperti wassap, facebook, email atau telegram boleh digunakan

oleh Guru Besar / Pengetua dalam memastikan maklumat dapat disampaiakn kepada semua

guru-guru dan berlakunya komunikasi pelbagai hala.

2.5  Guru Besar / Pengetua perlu memahami perbezaan individu di kalangan guru-guru  dan

murid dan menyediakan peluang untuk memenuhi keperluan mereka. Kurikulum dalam abad

ke 21, menuntut guru-guru untuk membuat pilihan tentang apakah yang penting pada masa

kini untuk menyediakan modal insan pada masa hadapan. Untuk merealisasikannya,  guru-

guru banyak menggunakan peralatan ICT, jadi sebagai Guru Besar / Pengetua perlulah

menyediakan kelengkapan yang lengkap bagi tujuan tersebut. Guru Besar / Pengetua yang

berperanan sebagai pemimpin instruksional juga perlu memastikan guru-guru yang senior
mendapat bimbingan yang berterusan dari guru-guru muda yang dilantik untuk menggunakan

aplikasi online dari pihak KPM seperti penggunaan VLE Frog.

2.6  Guru Besar / Pengetua akan sentiasa memudahkan dan bersepakat dalam melaksanakan

tugas berbanding dengan menggunakan kuasa yang ada. Terdapat Guru Besar / Pengetua yang

mengambil peluang sebagai Jurulatih kepada guru-guru dalam bidang-bidang yang tertentu.

Setiap tugasan diberikan secara adil kepada guru-guru dan Guru Besar / Pengetua sentiasa

memberikan komitmen dan bantuan kepada guru-guru untuk menyiapkan tugasan tersebut.

2.7  Guru Besar / Pengetua mengambil kira pandangan semua pihak dalam proses membuat

keputusan. Guru Besar / Pengetua menganggap mandat yang diberikan kepada mereka

bukanlah hak mutlak mereka untuk membuat keputusan, sebaliknya keputusan yang dibuat

adalah hasil perbincangan. Keputusan yang dibuat bukan untuk kepentingan sendiri dan

mematuhi semua prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

2.8  Guru Besar / Pengetua berperanan untuk memberikan inspirasi, meyakinkan dan berupaya

untuk mempengaruh melalui tindakan dan sikap. Peranan guru dalam abad ke 21 agak

mencabar, kerana guru-guru perlu menguasai pedagogi, menguasai silibus, penggunaan

“toolkit” abad ke 21 dan guru-guru sendiri berperanan sebagai pembimbing dan pemudahcara

kepada murid-murid. Jadi Guru Besar / Pengetua perlu sentiasa memberikan motivasi dan

inspirasi kepada guru-guru untuk memastikan PdPc abad ke 21 menjadi amalan mereka. Pada

awal pengenalan kepada PdPc abad ke 21 ini, agak sukar untuk diterima oleh guru-guru, tetapi

dengan sokongan yang berterusan dari pihak Guru Besar / Pengetua, perubahan secara

beransur-ansur dapat dilihat dalam PdPc abad ke 21 ini.

2.9  Guru Besar / Pengetua perlu sentiasa mengikuti kajian pendidikan dan trend pendidikan

terkini dan menyediakan maklumat kepada stakeholders. Banyak kajian dan seminar-seminar

tentang PdPc abad ke 21 yang boleh diikuti dan seterusnya membantu guru-guru di sekolah.

Guru Besar / Pengetua seharusnya sentiasa mencari maklumat dan kaedah-kaedah pengajaran

terkini yang boleh diaplikasikan di sekolah. Terdapat 115 aktiviti abad ke 21 yang boleh
digunakan semasa PdPc ke 21 dan sekiranya dapat dilaksanakan akan mendorong kepada

kemnejadian murid.

DOMAIN ELEMEN

1. Mendefinisi 1.1 Merangka Matlamat Sekolah


Matlamat

1.2 Menyampaikan Matlamat Sekolah


Sekolah 

2.1 Penyeliaan dan Penilaian Instruksional


2. Mengurus Program 
2.2 Menyelaras Kurikulum
Instruksional
2.3 Memantau Kemajuan Sekolah

3.1 Melindungi Waktu PdPc

3.2 Membudayakan Perkembangan Profesional


3. Mewujudkan Iklim  3.3 Mengekalkan Ketampakan (Visibility)

Pembelajaran Positif 3.4 Menyediakan Ganjaran Kepada Guru

3.5 Penguatkuasaan Standard Akademik

3.6 Menyediakan Insentif Kepada Murid

You might also like