You are on page 1of 2

Kehadiran : 

    
        En. Mohamed Faris Asri
En. Faysley Joca Joldin
Kehadiran pelajar: 17 orang

1. Kata Alu-aluan Guru Penasihat

En. Mohamed Faris Asri mengalu-alukan kehadiran ahli baru serta ahli lama
Persatuan STEM tahun 2020. En. Mohamed Faris Asri turut memperkenalkan
guru penasihat kedua; En. Faysley Joca Joldin.

2. Pelantikan AJK STEM tahun 2020


.
2.1 Guru penasihat melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi,
Setiausaha, Naib Setiusaha, Bendahari, dan Timbalan
Bendahari secara undian daripada ahli Perbai yang turut
dicalonkan oleh ahli STEM.

2.2  Semua ahli bersetuju memilih Fairuz Hafizi dari kelas


Tahun 6 sebagai Pengerusi STEM tahun 2020 dibantu oleh
Nazirah Kamalia juga dari kelas Tahun 6 sebagai Timbalan
Pengerusi.

2.3 Pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu telah dijalankan


dan mendapat persetujuan ahli-ahli lain.

3. Laporan Aktiviti dan Perbentangan Perancangan Tahunan.

3.1 Guru Penasihat memaklumkan tentang masa serta peraturan


perjumpaan mingguan iaitu pada hari Rabu yang diadakan
secara bergilir dengan unit beruniform dan unit sukan dan
permainan.
3.2      Guru penasihat juga menjelaskan tentang yuran ahli sebanyak
RM5 setahun yang mana dipersetujui oleh semua ahli.
3.3    Guru Penasihat juga melaporkan beberapa aktiviti persatuan
pada tahun 2019 yang telah dilaksanakan. 
3.4 Beliau juga meminta pandangan dan cadangan aktiviti yang
akan dilaksanakan pada tahun ini, antaranya ialah :

i) Penganjuran Minggu STEM pada sekitar April.


ii) Pertandingan Sudoku pada akhir semester kedua.
ii)         T-Shirt STEM untuk semua ahli.
iii)        Jamuan akhir tahun.
4. Hal-Hal Lain

4.1 En. Mohamed Faris Asri mengharapkan agar semua ahlI


STEM sesi 2020 dapat memberi kerjasama yang padu dalam
menjayakan pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan.

4.2 Beliau juga mengharapkan agar semua ahli dapat datang pada
setiap perjumpaan untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah
dirancang.

5. Ucapan Penangguhan.

5.1 Majlis ditangguhkan oleh pengerusi.

Disediakan oleh:
NURASRI BIN ALISLAM
Setiausaha,
Persatuan STEM,
Sekolah Kebangsaan Sabur,
Pulau Banggi, Kudat,
Sabah,

You might also like