You are on page 1of 1

Ciri-Ciri Perlembagaan Malayan Union

1)Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Negeri Selat, disatukan.

2)Seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan Union.

3)Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

4)Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

5)Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union.

6)Raja – Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja – Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama
Islam dan adat istiadat Melayu.

7)Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir

Mengapa dianggap lebih mengutamakan golongan imigran?

Malayan Union dianggap lebih mengutamakan golongan Imigran terutamanya adalah kerana
dari segi hak kerakyatan. Golongan imigran terlalu mudah untuk mendapatkan kerakyatan tanah
Melayu iaitu antara syaratnya mereka telah tinggal di tanah melayu sekurang-kurangnya 10 tahun.
Hal ini juga menyebabkan mereka mempunyai 2 kerakyatan iaitu kerakyatan tanah melayu dan
kerakyatan negara asal mereka.

Selain daripada itu, Malayan union juga telah menghapuskan hak dan kekuasaan raja. Hal ini
demikian kerana tugas raja adalah menjadi lambing kedaulatan tanah melayu serta mentadbirnya
telah digantikan dengan gabenor jeneral daripada pihak penjajah. Raja menjadi tidak berkuasa
kecuali dalam hal keagamaan semata-mata. Raja juga tidak berhak mengutip cukai di tanah melayu
yang sebelumnya digunakan untuk membantu rakyat tempatan serta menjana ekonomi tanah
melayu. Gabenor jeneral menjadi pemerintah tertinggi di tanah melayu yang dinasihati oleh raja
yang tidak berkuasa untuk menentukan apa-apa kepuusan.

You might also like