You are on page 1of 1

PEMBORONG ANAK PENEROKA

PETI SURAT 1920


91009 TAWAU SABAH
NO. TEL : 016 368 7377
EMAIL : funtz86@yahoo.com

Kepada,

YBHG TUAN BACHO JANSIE


(GROUP MANAGING DIRECTOR SAWIT KINABALU SDN BHD)

SAWIT KINABALU GROUP


Jalan Kelapa Sawit, Off KM4,
Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah 22 MAC 2021

TUAN,
MEMOHON SOKONGAN KELULUSAN SEBAGAI SYARIKAT PELAKSANA BAGI
KERJA PENYELENGGARAAN JALAN PERTANIAN (ROAD MAINTENANCE) DI
SYARIKAT SAWIT KINABALU SDN BHD

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Fandi Bin Zainal selaku pengurus Syarikat Pemborong Anak Peneroka dengan ini
memohon untuk menjadi kontraktor membaikpulih jalan pertanian ladang di bawah kawalselia
Syarikat Sawit Kinabalu Sdn Bhd yang berada di daerah Tawau

3. Untuk makluman pihak Tuan, Syarikat kami adalah sebuah syarikat milik Bumiputera
dan terletak di daerah Tawau yang berdekatan dengan lokasi ladang-ladang syarikat Tuan.
Syarikat kami juga mempunyai pengalaman dalam menjalankan operasi membaikpulih jalan
pertanian di Syarikat Felda Global Venture Berhad dan FELDA.

4. Besarlah harapan kami agar dapat diberi peluang berkhidmat di Syarikat Sawit Kinabalu
Sdn Bhd. Pertimbangan dan kelulusan daripada pihak Tuan kepada syarikat Bumiputera seperti
kami ini amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

……………………
(FANDI BIN ZAINAL)
PENGURUS

You might also like