You are on page 1of 1

JENIFFER

TUTORIAL 1 (PENDIDIKAN INKLUSIF)

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang


diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar
bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar
oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini
melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana
bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka
mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah
Jalil, 1995). Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di
dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan
mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran
dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing). Terdapat beberapa
objektif Pendidikan Inklusif seperti berikut :

1. Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan


pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.
2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa
daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan
peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru
dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role
model).
3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan
khas dengan murid di aliran perdana.
4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka
menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka.
Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira
perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan
khas
6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi
masyarakat.
7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar
berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

You might also like