You are on page 1of 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 2103

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

NOR HAYATI BT OTHMAN

661022-02-5056

017-5707750

aminorothman@gmail.com

NAMA TUTOR: EN. ROSLAN BIN KADIR

PUSAT PEMBELAJARAN KANGAR

SEMESTER SEPTEMBER

TARIKH SERAHAN TUGASAN : 21HB.NOVEMBER 2010


Isi Kandungan
Tajuk

1.0 Pengenalan

1.1 Pentadbiran dan Organisasi

1.2 Sumber Peruntukan RMT dan Kaedah Pembayaran

1.3 Kaedah dan Kriteria Pemilihan Tender untuk RMT

1.4 Kaedah dan Kaedah Pemilihan Murid

1.5 Kaedah Pengagihan Makanan dan Tatacara Makan

1.6 Pemilihan Pekerja-pekerja Yang Terlibat dengan RMT

1.7 Pemilihan Bahan Mentah

1.8 Menu

1.9 Cara Penyediaan Makanan

2.0 Keberkesanan program RMT dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar

2.1 Data Fizikal

2.2 Data Kesihatan

2.3 Data Akademik

2.4 Data Kokurikulum dan Ko-akademik

3.0 Pandangan analitikal tentang keberkesanan program RMT


1.0 Pengenalan

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dijalankan di sekolah-sekolah


rendah adalah salah satu daripada usaha murni kerajaan untuk memperbaiki lagi taraf
pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah terutamanya murid-murid dari golongan
berpendapatan rendah. Menurut Aziz Ibrahim(1997) dalam Buletin Institut Penyelidikan
Perubatan(IMR),rancangan ini sebenarnya bukanlah untuk mengambilalih tugas ibu-bapa
tetapi sekadar membekalkan 25% hingga 33% daripada keperluan kalori harian kanak-
kanak.

Matlamat RMT adalah untuk mempertingkatkan taraf pemakanan dan seterusnya


taraf kesihatan kanak-kanak sekolah. Secara tidak langsung program ini dapat
memperbaiki prestasi fizikal dan mental kanak-kanak sekolah.

Objektif RMT di sekolah ialah memberi makanan tambahan yang berzat dan
seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi
pelbagai masalah dari segi petumbuhan badan dan kekurangan tenaga.

1.1 Pentadbiran dan organisasi

Sekolah Kebangsaan Pokok Sena adalah salah sebuah sekolah yang turut
serta dalam program RMT. Guru Besar merupakan penasihat bagi program ini.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula bertindak sebagai pengerusi.Penyelaras,
setiausaha dan ahli jawatankuasa terdiri daripada beberapa orang guru. Sila rujuk
lampiran 1(a).

1.2 Sumber peruntukan RMT dan kaedah pembayaran

Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil. 2,Tahun 2008 telah menggariskan


tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan. Peruntukan wang bagi menjayakan
program RMT di sekolah rendah disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran
dibuat terus oleh Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pendidikan
Malaysia.Peruntukan dibayar secara berkomputer melalui system e-PCG terus
kepada akaun kerajaan sekolah-sekolah berkenaan.
Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid bagi setiap murid di Sabah
Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh pelaksanaan RMT adalah
190hari setahun.

Biasanya pihak pengurusan kantin di sekolah saya akan membuat tuntutan


kepada pihak sekolah menggunakan invois pembayaran. Contoh invois adalah
seperti pada lampiran 1(b). Pihak pengurusan kantin di sekolah saya turut
menyertakan bersama surat tuntutan bayaran seperti di lampiran 1(c).

1.3 Kaedah dan kriteria pemilihan tender untuk RMT

Pihak pengurusan kantin yang mendapat tender kantin biasanya diberi


keutamaan untuk menguruskan Rancangan Makanan Tambahan. Pihak sekolah
akan menyediakan dokumen perjanjian untuk tempoh tertentu. Khidmat pembekal
boleh ditamatkan jika berlaku perlanggaran terma perjanjian. Sila rujuk lampiran
1(d).

1.4 Kaedah dan kriteria pemilihan murid

Peserta RMT terdiri daripada keluarga, ibubapa atau penjaga yang


berpendapatan bulanan RM400.00 dan ke bawah. Pendapatan perkapita keluarga
setakat RM35.00 . Murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan tidak
mempunyai kemudahan pengangkutan turut dipertimbangkan.

1.5 Kaedah pengagihan makanan dan tatacara makan.

Peserta-peserta RMT akan berkumpul seawal jam 7.00 pagi dan berada di
meja makan. Mereka terlebih dulu akan membacakan doa makan. Setelah siap
makan, mereka akan membaca doa selepas makan dan bersurai pada jam 7.30
pagi. Mereka dipantau oleh guru-guru RMT yang bertugas . Sila rujuk lampiran
1(e).
1.6 Pemilihan pekerja-pekerja yang terlibat dengan RMT

Pekerja-pekerja kantin yang mendapatkan suntikan yang telah ditetapkan


oleh kementerian kesihatan biasanya dipilih. Mereka disahkan sihat oleh pegawai
perubatan sebelum memulakan tugas mereka.

1.7 Pemilihan bahan mentah

Bahan mentah yang digunakan terdiri daripada yang segar sahaja.


Barangan segar ini dibeli sehari sebelum digunakan dan disimpan di dalam peti
sejuk.

1.8 Menu

Pihak pembekal telah bersetuju untuk membekalkan makanan berteraskan


nasi setiap hari. Hal ini disepakati oleh pihak pengurusan sekolah memandangkan
peserta RMT tidak berminat makan selain daripada nasi. Contoh menu dan
gambar berkaitan adalah seperti di lampiran 1 (f).

1.9 Cara penyediaan makanan

Makanan dimasak di kantin sekolah. Proses penyediaan bahan-bahan


bermula sehari sebelumnya. Nasi dan lauk pauk biasanya dimasak pada seawal
jam 4.00pagi pada keesokannya. Minuman dan buah-buahan disediakan pada
sebelah pagi , sebelum makanan dihidang.lampiran 1(g)
2.0 Keberkesanan program RMT dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar

Seramai 5 orang peserta RMT Tahun 4, 2010 telah dipilih sebagai sampel dalam
kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah RMT dapat
mempertingkatkan pencapaian pelajar yang terlibat. Pelajar yang dipilih berdasarkan
taraf sosio ekonomi, kawasan tempat tinggal,taraf pendidikan ibubapa dan bilangan adik
beradik.

Sila rujuk borang data soalselidik pelaksanaan RMT yang merangkumi data
maklumat murid dan ibubapa (lampiran 2a,2b,2c,2d dan 2e), data fizikal ,data
kesihatan, data akademik pelajar dan data ko-akademik dan kokurikulum.
2.1 Data Fizikal

UKURAN
PERKARA PELAJAR AWAL AKHIR PERUBAHAN
TAHUN TAHUN
BERAT
TAHUN 2008 26kg 30kg 4kg
TAHUN 2009 32kg 36kg 4kg
TAHUN 2010 37kg 42kg 5kg
KETINGGIAN 1
TAHUN 2008 1.15m 1.17m 0.02m
TAHUN 2009 1.17m 1.22m 0.05m
TAHUN 2010 1.25m 1.30m 0.05m

BERAT
TAHUN 2008 19kg 23kg 4kg
TAHUN 2009 23kg 26kg 3kg
TAHUN 2010 26kg 33kg 7kg
KETINGGIAN 2
TAHUN 2008 1.17m 1.19m 0.02m
TAHUN 2009 1.19m 1.25m 0.06m
TAHUN 2010 1.25m 1.33m 0.08m

BERAT
TAHUN 2008 16kg 18kg 2kg
TAHUN 2009 18kg 20kg 2kg
TAHUN 2010 3 21kg 25kg 4kg
KETINGGIAN
TAHUN 2008 1.12m 1.15m 0.03m
TAHUN 2009 1.15m 1.23m 0.12m
TAHUN 2010 1.23m 1.30m 0.07m

BERAT
TAHUN 2008 21kg 25kg 4kg
TAHUN 2009 25kg 30kg 5kg
TAHUN 2010 4 30kg 35kg 5kg
KETINGGIAN
TAHUN 2008 1.20m 1.25m 0.05m
TAHUN 2009 1.25m 1.30m 0.05m
TAHUN 2010 1.30m 1.40m 0.10m

BERAT
TAHUN 2008 25kg 28kg 3kg
TAHUN 2009 28kg 32kg 4kg
TAHUN 2010 32kg 35kg 3kg
5
KETINGGIAN
TAHUN 2008 1.20m 1.25m 0.05m
TAHUN 2009 1.25m 1.35m 0.10m
TAHUN 2010 1.35m 1.39m 0.04m

Rajah 1
Daripada rajah perbandingan pelajar (Rajah 1), berlaku peningkatan yang ketara
dari segi berat dan ketinggian pelajar secara keseluruhannya. Kanak-kanak yang
mendapat cukup zat makanan dan dalam keadaan persekitaran yang baik akan berpeluang
mencapai tumbesaran yang sepenuhnya (Chong et al.,1984).

2.2 Data Kesihatan

TAHUN PELAJAR KEADAAN KESIHATAN


Tahun 2008
Tahun 2009 1 Sihat, tiada masalah kesihatan
Tahun 2010
Tahun 2008
Tahun 2009 2 Sihat, tiada masalah kesihatan
Tahun 2010
Tahun 2008
Tahun 2009 3 Sihat, tiada masalah kesihatan
Tahun 2010
Tahun 2008
Tahun 2009 4 Sihat, tiada masalah kesihatan
Tahun 2010
Tahun 2008
Tahun 2009 5 Sihat, tiada masalah kesihatan
Tahun 2010

Rajah 2

Merujuk kepada data di atas, kelima-lima murid yang menyertai program


RMT sentiasa sihat . Melalui pemakanan yang seimbang yang disediakan melalui
program ini, mereka sentiasa sihat dan cergas.
2.3 Data Akademik

PENCAPAIAN
TAHUN PELAJAR PERUBAHAN
AWAL AKHIR
TAHUN TAHUN

Tahun 2008 85.8% 86.8% 0.3%


Tahun 2009 76.0% 79.3% 3.3%
1 5.5%
Tahun 2010 83.1% 88.6%

Tahun 2008 62.3% 63.0% 0.7%


Tahun 2009 2 60.0% 63.3% 3.3%
Tahun 2010 64.2% 68.4% 4.2%

Tahun 2008 32.2% 30.2% -2.0%


Tahun 2009 3 30.0% 39.4% 9.4%
Tahun 2010 33.3% 34.2% 0.9%

Tahun 2008 58.3% 59.3% 1.0%


Tahun 2009 4 45.4% 48.1% 2.7%
Tahun 2010 33.4% 39.3% 5.9%

Tahun 2008 41.1% 51.5% 10.4%


Tahun 2009 5 51.6% 45.4% -6.2%
Tahun 2010 37.0% 35.3% -1.7%

Rajah 3

Hasil dapatan daripada Rajah 3 di atas, dapatlah saya membuat rumusan


bahawa program RMT banyak membantu ke arah pencapaian akademik. Majoriti
pelajar mengalami peningkatan peratus dalam peperiksaan walaupun agak rendah.

2.4 Data Ko-kurikulum dan ko- akademik


Bil
Pelajar Penglibatan
.
1.  Mewakili sekolah di dalam pertandingan
Pelajar 1
mendeklamasi sajak tahap 2.
2.  Mewakili sekolah di dalam pertandingan lari
Pelajar 2
200m.
3. Pelajar 3  Menjadi bendahari Rumah Satria
4. Pelajar 4  Menjadi ketua kelas 4Ibnu Hanbal

5.  Mewakili rumah sukan dalam pertandingan


Pelajar 5
lompat jauh .
Rajah 4

Penyediaan makanan yang bermutu apatah lagi seimbang mampu


meningkatkan kualiti pencapaian kesihatan murid. Merujuk kepada Rajah 4 di
atas,kita dapati murid menjadi cergas dan aktif di dalm sukan dan kegiatan ko-
akademik selain menjawat jawatan penting di dalam kelas dan sekolah.

3.0 Pandangan analitikal tentang keberkesanan program RMT

Pada pendapat saya, program RMT di sekolah saya berkesan dan berjaya
membantu murid mengatasi masalah kekurangan zat pemakanan di kalangan murid-
murid miskin yang belajar di sekolah ini. Pencapaian akademik yang lebih baik terhasil.
Ini berdasarkan pencapaian murid-murid di dalam bidang pelajaran dan ko-
kurikulumdan meningkatnya tahap kesihatan mereka.

Selain itu,faktor pihak pengusaha RMT yang telah menyediakan menu makanan
yang bermutu dan berkualiti juga turut menyumbang kepada keberkesanan program ini.
Makanan dan minuman yang disediakan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan di
dalam perjanjian penyediaan makanan. Syabas kepada pihak sekolah kerana memilih
pengendali RMT yang berhemah. RMT perlu diteruskan demi mempertingkatkan
pencapaian pelajar yang terlibat dalam bidang akademik khususnya dan bidang-bidang
lain amnya.

RUJUKAN
(http://ilmusvr:imr.gov.my

(http://members.tripod.com/onedin/INTAN.htm 14 Julai 2007).

Chong YH, Tee ES, Ng TKW, Kandiah M, Rozia Hanis H, Teo PH & Siti Mizura S (1984).
Status of community nutrition in poverty kampungs. Bull No. 22, Institute for Medical
Research,Kuala Lumpur.

Jabatan Audit Negara (1990). Kajian khas audit ke atas Rancangan Makanan Tambahan dan
Program Susu Sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1984). Usaha Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan


taraf pemakanan murid-murid sekolah. Prosiding Bengkel Amalan Makanan Murid-
murid Sekolah Rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Rancangan Makanan Tambahan di sekolah. Unit


Kesihatan Sekolah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

Suhaime M (1985). Bahan-bahan Tambah didalam Makanan Snek Ekstruksi Tempatan dan
Penerimaannya oleh Murid-murid Sekolah Rendah. Tesis Ijazah Sarjanamuda Sains
Kepujian, Fakulti Sains Hayat, UKM.

Tee ES (1979). Nutrition of school children and snack foods sold in canteens. Kertas kerja
Seminar on Health, Food and Nutrition, 15 - 20 September 1979, Penang.

You might also like