You are on page 1of 5

KESTABILAN TERHADAP SEKTOR PERHOTELAN

Industri perhotelan merupakan salah satu bentuk pelaburan yang baru di Malaysia. Seperti
yang kita ketahui, Malaysia merupakan satu negara yang memandang serius terhadap
pembangunan industri pelancongan. Industri perhotelan juga dikenali sebagai satu bentuk
pelaburan yang boleh mendatangkan pendapatan besar kepada negara. Peranan perhotelan
telah di kaji bagi mendapatkan faedah kepada negara. Malahan, industri perhotelan
mendapat banyak latihan daripada pihak berkaitan seperti kerajaan bagi menaiktarafkan
lagi sektor perhotelan di negara Malaysia.

Selain itu, kestabilan perhotelan turut dipengaruhi oleh ekonomi negara melalui
penemuan paling penting akibat daripada peristiwa 9/11 yang menyebabkan pelancong dari
Timur Tengah datang ke Malaysia serta kos melancong di Malaysia lebih rendah berbanding
di negara-negara Eropah (Redzuan &Norlida, 2009). Hasil daripada kajian Mohd Fadhli
(2011) mengatakan industri pelancongan negara mampu meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara dengan menghasilkan pelbagai jenis produk dan menyediakan
perkhdmatan yang dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita. Sebagai
contoh segmen pasaran pelancongan Islam semakin berkembang pesat dengan
bertambahnya pelancong terutama dari negara Timur Tengah dan pelancong Muslim.
Industri perhotelan perlu mewujudkan hotel patuh syariah bagi memenuhi permintaan
segmen pasaran dan perlu diperluaskan serta dimajukan dengan mempromosikan ke
peringkat antarabangsa mahupun tempatan. Oleh itu. Malaysia telah diiktiraf sebagai
sebuah negara Islam yang progresif dan mampu mempelopori konsep hotel patuh syariah
dan dapat menyaingi produk perhotelan negara Barat.

Di samping itu, pembinaan hubungan dalam industri perhotelan bergantung kepada


pelancong yang datang menginap di hotel tersebut serta mendapatkan kepuasaan yang
sewajarnya dan akhirnya pelancong itu akan kembali memilih hotel itu menjadi tempat
akomodasi. Oleh hal yang demikian, hubungan jangka panjang yang baik mendatangkan
banyak manfaat kepada industri perhotelan dalam menjana pendapatan yang stabil
sekaligus menaikan reputasi hotel tersebut melalui respon positif daripada pelanggan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, pelbagai kaedah dijalankan untuk mewujudkan
hubungan jangka panjang yang baik dengan pelanggan contohnya, dalam memberikan
ganjaran kepada pelanggan yang tetap. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan organisasi
tertinggi percaya bahawa usaha yang tidak rasmi dalam membangunkan “persahabatan”
antara kakitangan di barisan hadapan dengan pelanggan melalui perhatian peribadi dan
penyesuaian dapat memenangi kesetiaan hati pelanggan dalam tempoh jangka masa yang
panjang.

Seterusnya, ialah tenaga kerja yang banyak berorientasikan perkhidmatan iaitu


memerlukan bekalan tenaga kerja yang besar bagi mewujudkan sebuah pengalaman yang
hebat kepada pelanggan. Antaranya adalah seperti, staf perkhidmatan untuk bahagian
bilangan tetamu yang menginap di sesebuah hotel dan memberikan layanan khas kepada
pelanggan mereka. Meskipun, kemajuan teknologi boleh berkontribusi pada beberapa
tugas-tugas yang agak sederhana dalam proses pelayanan secara keseluruhannya namun,
cara layanan yang berunsur ‘care’ pada umumnya mengharapkan interaksi dan layanan
secara personal. Hal ini menjelaskan lagi bahawa industri ini selalu memiliki permintaan
tinggi terhadap tenaga kerja yang diperlukan.

Di samping itu, kestabilan terhadap sektor perhotelan ialah merangkumi hospitaliti.


Hospitaliti merupakan elemen yang merangkumi faktor yang menjadi penyokong yang
efektif dalam kemajuan bidang pelancongan. Kebiasannya, industri hospitaliti dikaitkan dan
digunakan dalam bidang perhotelan yang mempunyai slogan khas masing-masing untuk
menunjukkan ciri hospitaliti mereka. Hospitaliti telah lama menjadi perhatian di dalam
industri perhotelan dan juga dalam industri pelancongan. Beberapa pengkaji menilai
hospitaliti daripada pelbagai aspek, dalam kajian yang dilakukan Testa & Sipe (2012) sejak
tahun 1998, kajian mengenai hospitaliti sudah dilakukan. Namun, kajian tersebut mendapati
bahawa menguruskan masalah tetamu, interaksi yang baik dan membangun hubungan baik
dengan pelanggan amatlah penting, selain ditemukan bahawa kecekapan pengurus,
mengekalkan kualiti perkhidmatan dan fokus terhadap tetamu juga menjadi faktor penting
dalam industri hospitaliti.

Selanjutnya, kestabilan perhotelan juga bergantung kepada faktor kemudahan


infrastruktur dan kemudahan rekreasi. Tetapi pada masa yang sama juga perkembangan
sektor perhotelan haruslah selari untuk menampung bilangan pelancong yang kian
meningkat. Oleh itu, kerajaan telah mewujudkan pelbagai jenis insentif sejak tahun 1968
bagi membantu perkembangan sektor perhotelan. Bagi mengukuhkan lagi pembangunan
sektor perhotelan beberapa insentif pelaburan telah diperketatkan melalui Akta
Penggalakan Pelaburan 1968. Melalui insentif taraf perintis bagi hotel baru, kelonggaran
cukai pelaburan dan pengurangan cukai pendapatan sehingga 30 peratus merupakan
sebahagian daripada pengubahsuaian yang dilakukan untuk menarik minat lebih ramai
pelabur ke dalam sektor ini.

Tambahan pula, persidangan bertaraf antarabangsa turut mempengaruhi kestabilan


sektor perhotelan. Hal ini kerana, persidangan yang dianjurkan dapat memberi dua
matlamat penting kepada sesebuah negara misalnya, dapat mengiklankan negara kepada
dunia sebagai pusat pelancongan dan pelaburan yang menarik, dapat meraih pulangan
daripada peserta persidangan antarabangsa kerana pada amnya mereka menetap lebih
lama dan berbelanja lebih besar daripada pelancong biasa. Seperti yang kita ketahui,
Malaysia mempunyai keupayaan dari segi kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan
untuk menganjur persidangan antarabangsa. Pusat Dagangan Dunia Putra dan hotel-hotel
bertaraf antarabangsa di bandar besar dan pusat peranginan menyediakan kemudahan
persidangan yang setanding dengan kemudahan di negara Asia lain.

Akhir sekali, komunikasi dua hala juga merupakan salah satu aspek yang perlu
dititikberatkan dalam memastikan kestabilan terhadap perhotelan. Oleh itu, untuk
memberikan perkhidmatan yang sistematik dan terbaik pihak hotel perlu memastikan setiap
layanan yang diberikan dapat memberikan kepuasaan yang maksimum kepada pelancong.
Hal ini kerana, staf perkhidmatan perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan tetamu
bagi mewujudkan komunikasi dua hala. Dalam hal itu, penglibatan dan penyertaan daripada
kedua-dua belah pihak memainkan peranan penting dalam proses penyediaan
perkhidmatan kepada pelancong. Melalui hasil komunikasi tersebut, staf perkhidmatan
dapat mengetahu lebih jelas mengenai keinginan seseorang pelanggan dan dapat
melaksanakan tindakan dengan segera bagi memenuhi keinginan mereka. Jelaslah, interaksi
antara kakitangan dalaman atau antara jabatan juga penting kerana kebiasannya pelanggan
menggunakan apa-apa penginapan atau perkhidmatan melibatkan kerja berpasukan dan
pertukaran maklumat dalam sesebuah organisasi.

Kesimpulannya, hasil daripada maklumat yang saya perolehi sektor perhotelan


sangat berkait rapat dengan politik. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan supaya
kemelesatan ekonomi tidak berlaku jika negara berada dalam keadaan yang tidak stabil dan
sentiasa memastikan agar sektor perhotelan negara terus berkembang maju. Namun negara
kita mungkin akan menghadapi pelbagai halangan dan cabaran dalam setiap pelaksanaan
serta perancangan dalam memajukan sektor perhotelan pada masa depan. Justeru itu,
dengan adanya sistem sokongan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta,
industri perhotelan mampu bergerak ke hadapan dan membangun sejajar dengan
kepesatan pembangunan ekonomi negara.
RUJUKAN

Mohd Fadil Mohd Yusuf. 2011. Hotel Patuh Shariah Sebagai Produk Baru Industri Pelancongan Di
Malaysia. Prosiding

Perkem VI 2011.

Redzuan Othman & Norlida Hanim Mohd Salleh, (2009). The Impact of September 11th On The
Arrival of Middle East

Tourist To Malaysia Prosiding Perkem iv Jilid 2

Testa MR, Sipe L (2012) Service-leadership competencies for hospitality and tourism management.

International Journal of Hospitality Management 31, 648–658.

You might also like