You are on page 1of 5

Selasa 4 Mei 2021

Pembetulan Pentaksiran Tahun 5 ( 21 April 2021 )

Bahagian A : Tulis LIMA ayat yang lengkap tentang cara-cara penjagaan gigi berdasarkan gambar.

1. Kita mestilah menggunakan ubat gigi dan berus gigi yang berkualiti agar gigi dan gusi kita tidak rosak dan
terluka ketika menggosok gigi.
2. Kita tidak digalakkan memakan makanan yang manis dalam kuantiti yang banyak kerana kandungan gula
pada makanan boleh merosakkan gigi.
3. Afriz sedang mendapatkan rawatan gigi di klinik gigi untuk menampal giginya yang berlubang dan
membersihkan karang gigi.
4. Adeeb menggosok gigi selepas makan untuk membersihkan sisa makanan yang melekat dan terselit pada
giginya.
5. Airis berkumur semasa bangun pagi menggunakan pencuci mulut agar dapat mematikan kuman dan
mengelakkan mulut berbau.
Selasa 4 Mei 2021

Pembetulan Pentaksiran Tahun 5 ( 21 April 2021 )

Bahagian B : Tulis ulasan tentang kepentingan kitar semula dalam bentuk perenggan.

Jawapan .

Program kitar semula merupakan satu program yang sangat baik untuk alam sekitar kerana kita dapat melihat
alam yang bersih dan menghirup udara yang segar. Pengasingan bahan buangan dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu tong biru untuk kertas, tong coklat untuk kaca dan tong hijau untuk tin aluminium, tin keluli dan
plastik. Antara kepentingan kitar semula ialah dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Selain itu, kitar semula dapat menambahkan sumber pendapatan sampingan kepada kita. Di samping itu,
kita juga dapat menjimatkan kos pengeluaran bahan mentah. Bahan yang dikitar akan diproses semula untuk
dijadikan bahan yang baharu.

Akhir sekali, program kitar semula dapat mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab menjaga
alam sekitar daripada tercemar. Kesimpulannya, setiap rakyat di negara kita perlu mempunyai kesedaran dan
peranan untuk menjayakan program kitar semula agar alam kita terus terpelihara dan bersih.

You might also like