You are on page 1of 3

BAB 1: JADUAL DAN GRAF

Jadual – merupakan cara untuk mempersembahkan sesuatu data atau maklumat


secara lebih tersusun

Ciri-ciri Jadual
i) tajuk
ii) data dan maklumuat
iii) sumber yang bersesuaian

Kegunaan
i) data dan maklumat dalam jadual digunakan untuk menghasilkan graf
mengikut kesesuaian
ii) digunakan untuk melihat perubahan dan pertalian antara dua set maklumat
iii) pengkelasan malumat dalam jadual adalah lebih tersusun dan mudah menarik
perhatian orang yang melihat

Graf – rajah yang terdiri daripada bar atau garisan untuk menunjukkan pertalian
antara komponen-komponen yang dikaji

1) Graf Bar Mudah


PENTING!!!!!!!!!!
Seteleh selesai melukis graf, pastikan 5 perkara ini ada dalam graf anda.
1. Tajuk
2. Label paksi menegak dan paksi mendatar.
3. Unit – ditulis dalam kurungan pada paksi menegak. Contoh:
(orang) (RM juta) (Tan)
4. Nilai sifar atau 0 pada permulaan skala.
5. Petunjuk – sebelah kanan graf.

Ciri-Ciri
i) graf terdiri daripada paksi menegak, paksi mendatar, tajuk dan petunjuk
ii) bar dilukis secara menegak
iii) ketinggian bar mewakili kuantiti sesuatu komponen

Kegunaan
i) untuk mempersembahkan data yang boleh dikira
ii) untuk menunjukkan perbezaan antara komponen yang dikaji
Contoh
Jadual di bawah menunjukkan bilangan pelajar Tingkatan 1 di SMK. Tanjung
Bunga Pada Tahun 2018.

Tingakatan Bilangan Murid (orang)


1 Anggerik 36
1 Bakawali 34
1 Mawar 33
1 Melor 28
1 Dahlia 27

Dengan menggunakan skala 1cm mewakili 5 orang murid, lukiskan sebuah


graf bar mudah berdasarkan maklumat tersebut.
LATIHAN PENGUKUHAN

Jadual menunjukkan Jumlah Pengeluaran Hasil Pertanian di Ladang Agro


Utama Pada Tahun 2017.

Hasil Pertanian Jumlah Pengeluaran (Tan metrik)


Durian 1000
Kelapa 3400
Jagung 1200
Mangga 3000
Tembikai 5200
Rambutan 3300

Dengan menggunakan skala 1cm mewakili 500 tan metrik, lukiskan sebuah
graf bar mudah berdasarkan maklumat tersebut.

You might also like